Jumaat, 18 Julai 2014

CERITA SUAMI BBM YANG SEBENAR

Kletak kletak kletak tak!

Kletak kletak kletak tak takkk !

Peh. Begitu busy nya jari jemari aku kena menaip proposal - ‘CADANGAN MENAIK MEMBUDAYAKAN BANDAR SEJARAH KUALA LIPIS’. Sedari tadi, hampir tiga jam duduk didepan PC tanpa keluar ke koridor untuk menghisap rokok. Selalunya tidaklah begitu. Paling lama pun 40 minit dah kacip !

Hari itu benar benar hari yang menduga. Sudah la berpuasa yang sememangnya kewajipan, pung pang pung pang pula presentation disebelah pagi di hadapan majlis daerah yang sentiasa tidur itu. Barang kali, presentation yang diselang seli dengan bahasa Inggeris tidak di ambil port langsung.

Nah, sekarang sudah pun masuk jam 6 petang. Sudah hampir waktu berbuka ! Dan mungkin terlewat untuk menhadiri majlis iftar dengan Temasek Holding Berhad.

Dengan terkocoh kocoh aku mengenakan blazer dan berlalu pergi tanpa sempat menutup PC di meja CEO.

* * * *

‘Nah kunci. Parking kereta saya elok elok.’ Aku hulur kunci kereta beserta note unggu kepada budak joki kereta. Perlahan lahan kereta  Audi TT versi pintu terangkat hilang ditelan gelap.

Aku disambut hebat oleh kakitangan Temasek Holding dan dipersilakan duduk di meja baris hadapan bersama beberapa CEO syarikat yang lain. Duduk ku itu betul betul bersebelahan Syafiqah Alias, seorang eksekutif pemasaran syarikat Kencana Berhad. Mungkin kedudukan itu sudah direncanakan, Wallah Hu Alam.

Azan maghrib berkumandang dan aku perlahan lahan menarik piring kurma ke sebelah kiri ku. Dan perlahan lahan juga aku menjamah setiap sikit hidangan agar aku boleh merasa setiap juadah yang dihidangkan.

Sepanjang majlis itu, sempat juga aku berbual dengan Syafiqah tentang pengalaman kerjanya di Kencana dan dia bertanya serba sedikit tentang latar belakang aku. Sebelum beredar, sempat kami bertukar business kad.

* * * *
Entah kenapa, sejak dari itu, acap kali aku bertemu dengan Shafiqah di acara acara rasmi. Dan atas kekerapan bersua sapa itulah, kami tidak kekok untuk duduk bersama sama.

‘Alif, esok you free tak? I ada meeting dekat area company you. Temankan I lunch boleh tak?’ bisik Syafiqah di telingaku.

Kekuatan bunyi speaker dan lagu raya di Majlis Rumah Terbuka Datuk Sahol menyukarkan kami untuk berbual secara biasa.

‘Boleh jugak!’ balas aku separuh bertempik.

Namun, bila difikirkan balik, ini bukanlah ajakan pertama keluar makan bersamanya. Kerap juga diajaknya setiap kali berjumpa aku. Untuk hari itu, tak apalah. Aku layankan sahaja. Lagipun, besok aku tak busy sangat.

* * * *
Semenjak itu, setiap hari Syafiqah menelefonku. Bertanya khabar, bertanyakan dah makan ke belum, kerja okey tak dan paling kerap bertanyakan ‘you busy tak?’

Aku membalas setiap pertanyaanya dengan ikhlas. Tiada apa yang perlu dirahsiakan. Kalau aku betul betul busy, aku cakap aku busy. Jadi, takde la kerja aku terganggu.

Dia banyak berceritakan tentang latar belakangnya. Dapat la aku tahu, . Rupa rupanya, Shafiqah ini tinggal dekat saja di Kajang. Kacukan Cina. Matanya tidak pula sepet, bulat macam mata Sailormoon. Gigi putih dan sedikit bertaring. Berkulit putih namun manis bertudung.

Dan paling kerap diceritakan tentang kekasihnya (mungkin bekas) yang bekerja offshore. Rungutnya, kekasihnya itu tidak pandai melayan karenahnya, selalu tiada masa denganya, kerap kali bergaduh dan lain lain. Aku malas betul nak ingat, banyak sangat. Namun sebagai lelaki yang berjasa, aku berikan beberapa nasihat untuk dia memperbetulkan hubungannya.

* * * *

Pada suatu hari, di sebuah restaurant di tepi tasik aku dan Syafiqah duduk di gelegar betul betul berhadapan dengan pancur air. Kelihatan si tomman sedang menghendap anak anak ikan yang bermain disitu. Suasana yang berangin ditambah pula dengan suara Jamal melirikan lagu Kau Kekasih Awal dan Akhir membuatkan suasana bergitu tenaanggg sampai macam nak terpejam mata.

‘You, I nak cakap something.’

‘Cakap la. Apa dia?’ Balas aku sambil tangan membelek belek email di telefon pintar.

‘Sejak I rapat dengan you, I selesa dengan you. Cara you bercakap dengan I, cara you layan, cara you answer call and cara you berjalan dengan I, you protective. I tau you dah ada family, dah ada isteri dan anak anak, tapi… ’

‘Okey, teruskan’ sambil meneguk air liur.

‘Sebenarnya, I betul betul dah in love in you. I sayang you! I sanggup jadi second wife you.’

Aku bungkam. Susasan menjadi hening. Suara Jamal yang tadi tengah sedap berlagu hilang entah kemana. 
Celaka, time time macam ni semua stop apehal?

Dengan berat hati, aku bersuara:

‘I understand what you really meant but I have to say NO. I tau you cantik, muda dan berkelayakan tinggi. Lagipun, budak budak pejabat I semua tus air liur cakap body you cantik dan I confirm that you deserved someone better than me…’

‘I dah ada Shaz, dah ada Bobi. I tak boleh ketepikan mereka. Tahu tak kenapa I sentiasa nampak smart tiap tiap hari? Sebab yang gosokan baju I, isteri I, Shaz. Dan sebab apa pada usia sebegini, I dah ada syarikat sendiri? Sebab Bobi perlukan daddy dia untuk mencari rezki untuknya bersekolah kelak. I percaya, Bobi membawa rezki kerna sejak kelahiranya, bisnes I berkembang. Dan mereka semua adalah pendorong untuk I lebih berjaya’

‘Sungguh I rasa berdosa kalau I terpaksa ketepikan Bobi atau mencuriangi kasih Shaz hanya sebab seseorang yang mengagumi Alif Amin, yang sudah berjaya sekarang.’

‘I bermula dari zero.  Dari zaman I gemuk di kolej, I dah jumpa Shaz. Semasa I buat part time perniagaan kecil kereta sewa, Shaz ada bersama jadi runner ke sana ke sini menghantar kereta. Pernah juga Shaz jadi mekanik bidan terjun apabila ada kereta break down. Dia ada bersama I dalam situasi senang dan susah. Sehingga la ke tahap sekarang. Dia sentiasa menjadi pendorong.’

‘You cintakan I tak ikhlas. Sekarang I dah berada dalam keadaan yang selesa, dan you dambakan kejayaan I. Honestly, you tinggal petik hasilnya saja, tapi yang menyemai dan membaja adalah Shazreen Sabirin.’

‘ I percaya, di belakang seorang lelaki yang berjaya, ada seorang wanita. Dan jangan lupa, di belakang seorang lelaki yang gagal juga ada seorang wanita.’

‘ I tak nak you jadi wanita yang kedua itu…’