Rabu, 10 April 2013

KETUA KELAS 1998

Waktu tu gua sekolah rendah darjah satu. Sesi P&P gua belah petang. Belah pagi budak darjah empat lima dan enam. Belah petang ni kira macam sesi budak darjah rendah. Fak, tak sedap langsung bunyi 'darjah rendah' ni.

Sebagai budak lelaki yang pernah menjawat ketua kelas Tadika Perpaduan, gua diangkat semula sebagai ketua darjah Satu Efektif. Disebabkan gua juga anak seorang pegawai PPD, gua tidak perlu bersusah payah melalui saringan untuk menjadi ketua darjah. Alah, lagi pun gua dah memang berkarisma. Peh....

Gua ingat ingat lupa je ni. Tak silap gua masa tu cikgu tengah ada mesyuarat dengan Penyelian Petang. Keadaan jadi kucar kacir macam biasa. Yang main gelongsor di bukit, gelongsor la dia. Yang main gelongsor di pemegang tangga, mengelongsor lah juga dia. Yang bertempik, bertempik. Yang pergi tangkap katak di Taman Sains, tangkap katak.

Gua jadi serba tak kena. Nak selak skirt Sing Kee karang, Sing Kee tak datang sekolah. Nak menyakat Azizah karang, Azizah ni pengawas. Dia tulis nama karang, sia je.

Jadi gua pun buat rilek sambil main laga biji getah dengan member gua. Tambahan pulak, gua punya biji getah tu 'gohuk'. Memang gua champion sokmo la.

"Alih, Alih....tolong Alih. Iskandar tu kacau budak kelas kita'

Yani berlari cemas mendapatkan gua. Buat pengetahuan semua, Yani ni anak Guru Penolong Kanan. So, what do you espek.

'Ah, gasok la die. Aku nak main laga biji getoh ni.'

'Wei, Alih. Ko kan ketua kelas. Ko kena buat sesuatuuuu !'

Desak Yani.

Gua perati je dari tempat duduk. Iskandar bertindak ganas. Selain dari membuka zip seluarnya sendiri, dia juga turut menendang bakul sampah dan menyepahkan kertas manila. Itu belum papan hitam yang dah berconteng dengan lukisan 'hujan rintik rintik, air bergeloraaaa..mak bagi seposen, ayah bagi seposen' dan lukisan anak beruang.

Gua jadi panas hati. Serta merta gua teringat lagu tema Ultromen Taro. Suhu badan gua naik ke kepala. Tangan gua menggeletar. Spirit gua naik!

'Aku harus bertindak !'

POW !

POW !

POW!

Penyapu patah tiga. Iskandar menangis berlari ke bilik guru.

* * * *

Besoknya gua terpaksa berjumpa dengan cikgu Norhayati yang lembah lembut itu.

"Aliffff....Alif tak boleh jadi ketua darjah dah yeee. Alif jadi ketua kebersihan je yeee..."

Gua angguk yakin. Sebagai ketua kebersihan gua harus yakin.