Rabu, 27 Mac 2013

POS SELAJU

Kejadian ini berlaku kira kira matahari Dzuhur baru hendak masuk ke Asar. Entah la. Barangkali mungkin. Mana la gua nak usul periksa sangat tentang waktu sebenar. Dengar azan pun sekali sekala.

Begini, sewaktu gua yang ingin berurusan dengan kaunter pos laju di sebuah pejabat pos besar itu tadi, bahu gua dilanggar oleh seorang pemuda yang bajunya basah berjeruk. Dari telitian gua, pemuda itu mungkin baru lepas belari sewaktu turun bas di hentian luar sana. Bajunya yang basah berpeluh itu sudahlah berkolar V, berbau tengik pulak.

Melihatkan keadaan pemuda yang pada perkiraan gua pelajar IPT - berkaca mata dan bersikat tepi, meradang gua sebaik bahu dilanggar itu tiba tiba menurun. Selalunya tidak la gua jadi bergitu. Sedangkan ayam berkokok pun gua terajang tong sampah !

'Minta maaf bang. Minta maaf.'

Gua secara auto memberi senyuman senget tepi. Perbuatan itu sudah cukup untuk memberi tahu yang gua ini pemuda yang bertolenrasi.

Tiba tiba datang seorang makwe yang pakai baju transparent lalu hinggap di meja sudut untuk mengisi borang. Masing masing pemuda dan budak Giat Mara yang mana tadi beratur di hadapan gua melopong memandang ke arah tubuh makwe tersebut.

Namun gua hanya memandang dengan mata kisi. Tidak pulak gua meneropong ke segenap inci tubuh makwe itu tadi. Gua steady sambil memeluk erat bungkusan yang hendak dipos.

* * * * *

Ah, ko ni pun pandir. Takan la aku nak tulis mende yang sebenor pulak. Apa pulak makwe aku fikir nanti bila dia baca.