Selasa, 12 Februari 2013

PEMANDUAN

Baru sekejap tadi gua ada hal separa mustahak. Ingin ke bandar. Bandar Kota Anggerik yang terletak antara Ibu Kota dengan KLIA ini adalah antara bandar yang pening. Ya memang pening. Sebab banyak round about yang perlu juga gua terkenceh kenceh hendel stereng yang tak power stereng ini mengikut arah jam.

Gua perati, bandar yang selalunya sibuk dengan makwe makwe U dan pemuda pakai beg laptop ni lengang. Kala musim cuti sem begini, tak heran langsung bandar yang kononnya lagi hebat dari Kuala Lipis lenggang macam pekan Padang Tengku.

Sebenarnya begini. Gua nak ke kedai percetakan buku. Tapi memandangkan sosio ekonomi kita yang masih lagi tidak berubah sejak dari djaman British lagi menyebabkan tidak banyak syarikat syarikat percetakan berhakmilik Bumiputra. Gua hampa. Berkenaan dengan Cuti Raya Cina ni, rata rata orang tutup kedai. Cuti Beraya. Hak Melayu pun sama. Beraya mengalahkan orang Cina. Sekali lagi gua hampa.

Gua geleng kepala. Tak patut betul gua bawak kereta yang roadtaxnya mampus hujung bulan satu hari tu. Tak teringat. Tapi gua steady. Gua hendel cermat stereng kereta tak berbelah bahagi pulang ke studio.

Semasa dalam perjalan ke studio yang tentunya berpusing pusing itu, ada road block traffik kira kira 200 meter. Pandai betul Polis Trafik ni setting tempat. Tempat yang surprise, terlindung malah teduh pula tu.

Gua jadi gelabah puyuh. Dengan rokok di hujung telunjuk hilang entah ke mana mana semasa menarik seat belt. Lagi gua kucar kacir, road tax mampus. Gua dah la tengah kering. Gua tarik nafas steady.

PA PA PA PA !!!

500 meter lepas road block gua karate stereng. Cilake. Kalau setakat nak tahan motor baik tak payah ada road block barrier. Buat orang cuak je. Tak pasal pasal gua termenyayi lagu 150 Juta Kali part chorus. Gerrrr.

1 ulasan:

dari sisi hidupku berkata...

kalau dah buat salah, secara automatik kita rasa cuak.eh silap tukar statement. kalau ada roadblock, komfem cuak walaupon seatbelt dah pakai, ada lesen n etc.

tu la g sambung roadtax tu, nanti takde lah gelabah ayam kalau ada roadblock.