Rabu, 30 Januari 2013

HANYA SEKADAR BERIAN, BUKAN UNTUK BALASAN.

Hal ini berlaku kira kira beberapa minit yang lalu. Kira panas lagi. Tak payah gua nak pikir ayat pusing pusing bagi cerita ni sedap. Ceritanya bergini...

Tadi, Mat Pet member sesekolah asrama penuh dengan gua dulu lepak studio gua nak layan cerita X-Men First Class. Studio jamming gua ni canggih, ada astro HD dan juga set drum yang masih dara. Datang la. Bayaran dari RM 15 sejam.

Buat pengetahuan adik adik. Gua dan Mat Pet ni adalah salah seorang '7 ekor setang' yang bila bila masa nak kena kick dari Sekolah Sains Tengku Abdullah dulu, menurut Amir Ya- Cikgu Disiplin misai lebat sikit. Cuma tunggu point je. Gua setang yang first sekali keluar. Akram tak masuk list, sebab dia pura pura gengster. Gengster taik kucing.

Usai Mat Pet layan cerita sampai ke satu pagi tadi, dia meminta kebenaran untuk pulang. Gua sebagai brader brader yang menjaga studio, incas untuk mengantar dia ke rumah flat PKNS depan i-City yang berlampu lampu.

Semasa gua dan Mat Pet berborok pasal bikin kereta di traffik light Padang Jawa yang lama nak mati  itu, mata kami tertancap pada sesusuk tubuh tua baju berdampok dampak menolak motosikal menyeberang simpang tak kira lampu merah dan lori kontena yang garang melibas kona tak kira ke azan.

Gua menjadi ngeri. Mat Pet pun ngeri sebenarnya. Gua tahu. Tapi dia saja buat buat steady sambil cucuh Marlboro soft pack sebatang. Gua terliur.

Setelah lampu bertukar hijau, gua ambil signal kiri depan sikit pada pak cik yang menolak motor itu.

'Assalamualaikum, kenapa ni pak cik motor rosak ke?' Tanya gua macam orang Melayu yang lain. Jenis dah tahu buat buat tanya lagi.

'Waalaikumsalam. Motor ni. Takde minyak dik.' Jawab pakcik yang helmet masih tidak bertanggal dari kepala. Gayanya macam baru pulang dari menangkap ikan. Bertong ikan yang diikat di seat belakang dan serampang panjang.

'Takpe la, pak cik tinggal motor sini, naik kereta saya kita beli minyak. Stesen jauh lagi nuh'

'Tapi pakcik takde duit nak. Takpe la, pakcik tolak jela motor ni.'

Gua diam kejap. Mat Pet pun diam. Lagu keroncong SM Salim berkumandang dari speaker kereta. Lagunya sedih. Masing masing teringat ayah abah di kampung. Kedut muka pakcik itu melambangkan susahnya dia ketika itu. Menolak motor dengan kaki yang hogei. Lagi pun kami ni bukanya anak orang ada ada.

Gua pulak memang pesen berjalan jarang bawak apa apa. Mat Pet seluk kocek, ada sekeping RM10.

'Boleh Pet?'

Mat Pet angguk sambil pejam mata. Dia ramas not merah tersebut sebelum menyerahkan ke tangan aku tanda suruh aku settle.

'Takpe. Pak cik tunggu dulu sini. Kami pergi beli petrol kejap dekat stesen depan sana' kata Mat Pet yang memang tak gaya Mat Pet yang selalu. Lebih ke gaya anak anak yang soleh dan ada adab.

* * * * *

Selesai Mat Pet menghabiskan baki petrol dari dalam tong, pak cik yang badanya berbau hanyir ikan itu macam segan segan nak bersalam dengan kami. Gua menghulurkan tangan dan disambut kemas. Perbuatan itu diulangi Mat Pet.

Bersungguh sungguh benar pak cik ikan itu berterima kasih. Gua berasa sebak. Mat Pet pula entah ke menangis dalam perut.

Dalam perjalanan ke rumah Mat Pet yang berhadapan dengan kota i-City itu, kami terdiam. Masing masing terdiam melayan angin malam.

Tiba tiba gua teringat satu ayat ni, HANYA SEKADAR BERIAN, BUKAN UNTUK BALASAN.


5 ulasan:

dari sisi hidupku berkata...

lu buat gua nangis la der. x pe. keh pegang pada prinsip, hari ni hari dia, esok-lusa hari kita. Semoga ada orang yang akan tolong kita juga walaupon dia tu bukan org yang kita pernah tolong tu.

Alif Amin Othman berkata...

Petang semalam gua baru kena. Situasi sama. Kereta takde minyak. Ada budak Kelantan tolong aku beli minyak.

ALhamdulilah.

iKa iVy berkata...

edih pulok kome baca cerita awok ni adik...

Tanpa Nama berkata...

murni a korang

Tanpa Nama berkata...

Sgt the touching. Hebak2 aok ngan mat pet :) perlakuan bagai x penah terajang budok je :)