Sabtu, 16 November 2013

AKU, SEKERITARI, ISTERI

'Yang, hari ni kita tak larat la nak buat apa apa. Kita demam...'

Rengek isteri gua awal awal. Gua jamah dahinya, dedor. Belakang badan nya gua touch guna telapak tangan, panas mengenggor.

Gua kalih selimut yang menyelubungi seluruh tubuh badannya. Kalih sedikit. Supaya gua dapat merenung wajahnya yang indah persis permaisuri.

Mukanya merah panas. Matanya merah berurat urat.

Gua kembali selubungkanya dengan selimut. Suhu pendingin hawa bilik gua turunkan sehingga 16 darjah celcius. Gua pun tak tahu mende gua buat. Gua pun bukan nya ahli fizik mahupun dokter yang pandai main dengan suhu tubuh manusia. Gasak la.

Pintu bilik ditutup dan gua buat pemerhatian dari tingkat atas. Seisi rumah berselerak- hari minggu, orang gaji gua cuti. Mata gua jadi sakit. Rumah perlu dikemas !

Kruk kruk kruk

Gua garu kepala tiga kali. Tak tahu nak mula dari mana. Mungkin gua boleh mulakan dengan main golf dekat Subang Empire.

AKU, SEKRETARI, ISTRI, 2028

Urgghhh....

Gua menggeliat di kerusi pejabat. Letih sungguh hari ni buat kira kira dengan pelanggan. Ada project RM24 juta , projek baik pulih jambatan kereta api di Selingsing.

Gua tengok jam. Ah hampir pukul 7 malam. Kerja jadi bos pun balik lewat. Kerja jadi kuli pulak asyik mengulor. Lepas tu makan duit tepi. Ah, macam la gua tak tahu. Gua pun pernah makan duit tepi masa jadi kuli dulu. Gaji kuli brader, apa la sangat.

Tadi pukul 4 petang tadi, isteri gua ada call tanya dinner dekat rumah tak.

"Insya Allah sayang, kalau kita dapat close dengan client ni, kita balik awal ye sayang."

"Balik makan tau. Kita masak gulai masam tempoyak otak lembu ni. Awak tak balik kita bagi kucing mak cik sebelah makan !"

"Okay sayang. Jumpa dekat rumah malam ni ya. Lebiu"

''Lebiu tu"

PAA !

Ganggang diletak selepas masing masing memberi salam. Gua menekan punat 'jawab' di meja pejabat. Talian terus dijawab oleh sekeritari peribadi gua, Syazleen.

'Leen, you suruh Datuk Aziz masuk. I dah ready.'

* * * * *

"Assalamualaikum. Sayanggg, kita dah balik"


"Yayongggg. Lambatnya sampai. Dah dekat pukul 9 dah. Lauk semua dah sejuk"

"Sorry sayang, jalan jem teruk di LDP tadi. Ada tanker 16 tayar terbalik melintang jalan." Jelas gua sambil menggayakan lori terbalik menggunakan tangan.

"Takpe, yayang pergi naik atas dulu, mandi. Kita nak pergi panaskan lauk pauk."

"Okey, eh Kiss dan Qiu mana? Selalu kita balik mintak cekelat."

"Budak budak tu dah tidur dah. Penat sangat petang tadi, ada sukan tara dekat sekolah."

* * * * *

Selesai mandi, gua ke bilik Kiss dan Qiu. Bilik yang berlainan namun sebelah menyebelah. Betulkan selimut Qiu yang tidurnya buas dan tutupkan lampu bilik Kiss yang takutkan gelap. Usai kucupan didahi kedua mereka, gua turun ke bawah untuk dapatkan Shazreen, isteri yang gua anggap tak ternilai dek wang hantaran, tak terluak dengan kejelitaan. Solehah dan pandai menjaga kebajikan suami.

Tangannya yang dahulu pernah menjadi mangsa ex-boyfriend, dipulas dan dicekup kuat di depan Barra, sekarang tengah sibuk menyusun atur gelas pinggan dan mangkuk. Sudu gulai diletak mengikut jarum jam. Teliti benar orangnya, susah nak jumpa.

Dari belakang gua memeluk erat pinggang Shazreen. Dia sedikit terkejut lantaran pipi gua yang sejuk baru lepas mandi bertemu pipinya. Namun dia seperti biasa, tersenyum comel, penuh ikhlas. Gua lega.

Kami berbalas suapan. Menyenduk nasi dan mencedok kuah ke pinggan antara satu sama lain. Gua tahu, walaupun dia tidak makan makanan eksotik seperti otak lembu, namun baginya selera suaminya yang bizarre lebih diutamakan. Utamanya diri gua lebih dari berkehendakan dia.

Walaupun hanya berdua, suasana di dining room tetap ceria. Yela, masing masing kuat berborak. Ada sahaja isu isu yang boleh dibawa berborak. Sama masuk kepala, senang berbuat kawan, senang bercerita.

Kami berbaring didepan TV menonton drama cinta Melayu yang serupa gampang, "Suamiku Rupanya Seorang Khunza". Ah, dengar tajuknya aja dah rasa nak terajang tong sampah. Apatah lagi bila para plakunya dibarisi oleh budak budak AF.

Tak dan 10 minit drama bermula, kami tertidur. Dia selalunya tertidur diatas dada gua sampai bereje air liur basi. Dan hari hari indah itu sering kali berulang, berulang, berulang, berulang dan berulang sama seperti 13 tahun yang lalu.

Catitkiri: Doakan kami bahagia sepertimana Mak dan Arwah Abah pernah rasa. Amin. 

Rabu, 10 April 2013

KETUA KELAS 1998

Waktu tu gua sekolah rendah darjah satu. Sesi P&P gua belah petang. Belah pagi budak darjah empat lima dan enam. Belah petang ni kira macam sesi budak darjah rendah. Fak, tak sedap langsung bunyi 'darjah rendah' ni.

Sebagai budak lelaki yang pernah menjawat ketua kelas Tadika Perpaduan, gua diangkat semula sebagai ketua darjah Satu Efektif. Disebabkan gua juga anak seorang pegawai PPD, gua tidak perlu bersusah payah melalui saringan untuk menjadi ketua darjah. Alah, lagi pun gua dah memang berkarisma. Peh....

Gua ingat ingat lupa je ni. Tak silap gua masa tu cikgu tengah ada mesyuarat dengan Penyelian Petang. Keadaan jadi kucar kacir macam biasa. Yang main gelongsor di bukit, gelongsor la dia. Yang main gelongsor di pemegang tangga, mengelongsor lah juga dia. Yang bertempik, bertempik. Yang pergi tangkap katak di Taman Sains, tangkap katak.

Gua jadi serba tak kena. Nak selak skirt Sing Kee karang, Sing Kee tak datang sekolah. Nak menyakat Azizah karang, Azizah ni pengawas. Dia tulis nama karang, sia je.

Jadi gua pun buat rilek sambil main laga biji getah dengan member gua. Tambahan pulak, gua punya biji getah tu 'gohuk'. Memang gua champion sokmo la.

"Alih, Alih....tolong Alih. Iskandar tu kacau budak kelas kita'

Yani berlari cemas mendapatkan gua. Buat pengetahuan semua, Yani ni anak Guru Penolong Kanan. So, what do you espek.

'Ah, gasok la die. Aku nak main laga biji getoh ni.'

'Wei, Alih. Ko kan ketua kelas. Ko kena buat sesuatuuuu !'

Desak Yani.

Gua perati je dari tempat duduk. Iskandar bertindak ganas. Selain dari membuka zip seluarnya sendiri, dia juga turut menendang bakul sampah dan menyepahkan kertas manila. Itu belum papan hitam yang dah berconteng dengan lukisan 'hujan rintik rintik, air bergeloraaaa..mak bagi seposen, ayah bagi seposen' dan lukisan anak beruang.

Gua jadi panas hati. Serta merta gua teringat lagu tema Ultromen Taro. Suhu badan gua naik ke kepala. Tangan gua menggeletar. Spirit gua naik!

'Aku harus bertindak !'

POW !

POW !

POW!

Penyapu patah tiga. Iskandar menangis berlari ke bilik guru.

* * * *

Besoknya gua terpaksa berjumpa dengan cikgu Norhayati yang lembah lembut itu.

"Aliffff....Alif tak boleh jadi ketua darjah dah yeee. Alif jadi ketua kebersihan je yeee..."

Gua angguk yakin. Sebagai ketua kebersihan gua harus yakin.

Rabu, 27 Mac 2013

POS SELAJU

Kejadian ini berlaku kira kira matahari Dzuhur baru hendak masuk ke Asar. Entah la. Barangkali mungkin. Mana la gua nak usul periksa sangat tentang waktu sebenar. Dengar azan pun sekali sekala.

Begini, sewaktu gua yang ingin berurusan dengan kaunter pos laju di sebuah pejabat pos besar itu tadi, bahu gua dilanggar oleh seorang pemuda yang bajunya basah berjeruk. Dari telitian gua, pemuda itu mungkin baru lepas belari sewaktu turun bas di hentian luar sana. Bajunya yang basah berpeluh itu sudahlah berkolar V, berbau tengik pulak.

Melihatkan keadaan pemuda yang pada perkiraan gua pelajar IPT - berkaca mata dan bersikat tepi, meradang gua sebaik bahu dilanggar itu tiba tiba menurun. Selalunya tidak la gua jadi bergitu. Sedangkan ayam berkokok pun gua terajang tong sampah !

'Minta maaf bang. Minta maaf.'

Gua secara auto memberi senyuman senget tepi. Perbuatan itu sudah cukup untuk memberi tahu yang gua ini pemuda yang bertolenrasi.

Tiba tiba datang seorang makwe yang pakai baju transparent lalu hinggap di meja sudut untuk mengisi borang. Masing masing pemuda dan budak Giat Mara yang mana tadi beratur di hadapan gua melopong memandang ke arah tubuh makwe tersebut.

Namun gua hanya memandang dengan mata kisi. Tidak pulak gua meneropong ke segenap inci tubuh makwe itu tadi. Gua steady sambil memeluk erat bungkusan yang hendak dipos.

* * * * *

Ah, ko ni pun pandir. Takan la aku nak tulis mende yang sebenor pulak. Apa pulak makwe aku fikir nanti bila dia baca.

Jumaat, 1 Mac 2013

MAIN DALAM KEPALA

Banyak perkara sebenarnya yang main dalam kepala gua ni. Kusut gua mikir. Kusut gua mikir.

Contohnya perkara perkara lazim seperti loan kereta, loan rumah, bil air api dan hal hal menikoh.

Tapi bila gua pikir balik,

....sedang umur gua yang sebegini, malas gua nak berpandir. Kahkahkahkah.

Selasa, 12 Februari 2013

PEMANDUAN

Baru sekejap tadi gua ada hal separa mustahak. Ingin ke bandar. Bandar Kota Anggerik yang terletak antara Ibu Kota dengan KLIA ini adalah antara bandar yang pening. Ya memang pening. Sebab banyak round about yang perlu juga gua terkenceh kenceh hendel stereng yang tak power stereng ini mengikut arah jam.

Gua perati, bandar yang selalunya sibuk dengan makwe makwe U dan pemuda pakai beg laptop ni lengang. Kala musim cuti sem begini, tak heran langsung bandar yang kononnya lagi hebat dari Kuala Lipis lenggang macam pekan Padang Tengku.

Sebenarnya begini. Gua nak ke kedai percetakan buku. Tapi memandangkan sosio ekonomi kita yang masih lagi tidak berubah sejak dari djaman British lagi menyebabkan tidak banyak syarikat syarikat percetakan berhakmilik Bumiputra. Gua hampa. Berkenaan dengan Cuti Raya Cina ni, rata rata orang tutup kedai. Cuti Beraya. Hak Melayu pun sama. Beraya mengalahkan orang Cina. Sekali lagi gua hampa.

Gua geleng kepala. Tak patut betul gua bawak kereta yang roadtaxnya mampus hujung bulan satu hari tu. Tak teringat. Tapi gua steady. Gua hendel cermat stereng kereta tak berbelah bahagi pulang ke studio.

Semasa dalam perjalan ke studio yang tentunya berpusing pusing itu, ada road block traffik kira kira 200 meter. Pandai betul Polis Trafik ni setting tempat. Tempat yang surprise, terlindung malah teduh pula tu.

Gua jadi gelabah puyuh. Dengan rokok di hujung telunjuk hilang entah ke mana mana semasa menarik seat belt. Lagi gua kucar kacir, road tax mampus. Gua dah la tengah kering. Gua tarik nafas steady.

PA PA PA PA !!!

500 meter lepas road block gua karate stereng. Cilake. Kalau setakat nak tahan motor baik tak payah ada road block barrier. Buat orang cuak je. Tak pasal pasal gua termenyayi lagu 150 Juta Kali part chorus. Gerrrr.

Rabu, 30 Januari 2013

HANYA SEKADAR BERIAN, BUKAN UNTUK BALASAN.

Hal ini berlaku kira kira beberapa minit yang lalu. Kira panas lagi. Tak payah gua nak pikir ayat pusing pusing bagi cerita ni sedap. Ceritanya bergini...

Tadi, Mat Pet member sesekolah asrama penuh dengan gua dulu lepak studio gua nak layan cerita X-Men First Class. Studio jamming gua ni canggih, ada astro HD dan juga set drum yang masih dara. Datang la. Bayaran dari RM 15 sejam.

Buat pengetahuan adik adik. Gua dan Mat Pet ni adalah salah seorang '7 ekor setang' yang bila bila masa nak kena kick dari Sekolah Sains Tengku Abdullah dulu, menurut Amir Ya- Cikgu Disiplin misai lebat sikit. Cuma tunggu point je. Gua setang yang first sekali keluar. Akram tak masuk list, sebab dia pura pura gengster. Gengster taik kucing.

Usai Mat Pet layan cerita sampai ke satu pagi tadi, dia meminta kebenaran untuk pulang. Gua sebagai brader brader yang menjaga studio, incas untuk mengantar dia ke rumah flat PKNS depan i-City yang berlampu lampu.

Semasa gua dan Mat Pet berborok pasal bikin kereta di traffik light Padang Jawa yang lama nak mati  itu, mata kami tertancap pada sesusuk tubuh tua baju berdampok dampak menolak motosikal menyeberang simpang tak kira lampu merah dan lori kontena yang garang melibas kona tak kira ke azan.

Gua menjadi ngeri. Mat Pet pun ngeri sebenarnya. Gua tahu. Tapi dia saja buat buat steady sambil cucuh Marlboro soft pack sebatang. Gua terliur.

Setelah lampu bertukar hijau, gua ambil signal kiri depan sikit pada pak cik yang menolak motor itu.

'Assalamualaikum, kenapa ni pak cik motor rosak ke?' Tanya gua macam orang Melayu yang lain. Jenis dah tahu buat buat tanya lagi.

'Waalaikumsalam. Motor ni. Takde minyak dik.' Jawab pakcik yang helmet masih tidak bertanggal dari kepala. Gayanya macam baru pulang dari menangkap ikan. Bertong ikan yang diikat di seat belakang dan serampang panjang.

'Takpe la, pak cik tinggal motor sini, naik kereta saya kita beli minyak. Stesen jauh lagi nuh'

'Tapi pakcik takde duit nak. Takpe la, pakcik tolak jela motor ni.'

Gua diam kejap. Mat Pet pun diam. Lagu keroncong SM Salim berkumandang dari speaker kereta. Lagunya sedih. Masing masing teringat ayah abah di kampung. Kedut muka pakcik itu melambangkan susahnya dia ketika itu. Menolak motor dengan kaki yang hogei. Lagi pun kami ni bukanya anak orang ada ada.

Gua pulak memang pesen berjalan jarang bawak apa apa. Mat Pet seluk kocek, ada sekeping RM10.

'Boleh Pet?'

Mat Pet angguk sambil pejam mata. Dia ramas not merah tersebut sebelum menyerahkan ke tangan aku tanda suruh aku settle.

'Takpe. Pak cik tunggu dulu sini. Kami pergi beli petrol kejap dekat stesen depan sana' kata Mat Pet yang memang tak gaya Mat Pet yang selalu. Lebih ke gaya anak anak yang soleh dan ada adab.

* * * * *

Selesai Mat Pet menghabiskan baki petrol dari dalam tong, pak cik yang badanya berbau hanyir ikan itu macam segan segan nak bersalam dengan kami. Gua menghulurkan tangan dan disambut kemas. Perbuatan itu diulangi Mat Pet.

Bersungguh sungguh benar pak cik ikan itu berterima kasih. Gua berasa sebak. Mat Pet pula entah ke menangis dalam perut.

Dalam perjalanan ke rumah Mat Pet yang berhadapan dengan kota i-City itu, kami terdiam. Masing masing terdiam melayan angin malam.

Tiba tiba gua teringat satu ayat ni, HANYA SEKADAR BERIAN, BUKAN UNTUK BALASAN.


JARI JANUARY

Pada gua, biar la kita merahsiakan jerih perih kisah cinta kita kepada diri sendiri. Maksud gua, tak payah la lu orang nak published sampai ke merata ceruk. Contohnya, di instagram, tuiter, fesbuk dan blog.

Gua bukan mende, takut takut kita digelar membuat fitnah. Sebabnya, kita ni kadang ke menulis ikut dan je. Menulis main sedap jari menaip je. Lagipun, kita ni bukanya penulis yang ahli- penulis yang menulis menggunakan kewarasan buah pelir.

Lu tahu, kes fitnah yang membabit kerosakan reputasi orang ni boleh disabitkan ke mahkamah. Kalau lu tak percaya, tanya Ehsan Zolkifli. Dia pelajar BLS pertama yang mengikut hemat gua, bakal dikenakan tindakan mahkamah. Cewah, gua gurau saja.

Sebenarnya, gua pun ada juga kisah cinta. Biar pun tak jadi, biar pun jerih gua rilek je. Takde gua nak meroyan kehulu kehilir, terhiling hiling di bandar Lipis atau pun makan kemuncup sorang sorang. Gua steady.

Menipu la gua tak sedih brader. Menipu. Keknya, gua takde la sampai nak published cerita gua sampai menyebabkan kekeliruan kepada orang orang membaca.

Begini la, gua nak nasihat sikit kepada adik adik yang baru belajar menaip ni. Tulisan kena eja betul betul, cerita biar sedap. Jangan cerita sekerat jalan. Jangan berat sebelah. Bagi seimbang.

Lagi satu, ko tulis mende ni, 'ak' 'ak' ? Aku tak paham sepatah haram !