Rabu, 3 Oktober 2012

SELERA PAHANG 4

Gua menghirup secawan kopi tak bergula. Dalam usia yang mencecah 55 tahun itu, banyak pantang larang gua kena follow. Makan tak boleh masin masin sangat, minum tak boleh gula gula sangat.

Dalam akhbar yang sedang dibaca, berita seorang pemuda telah dikerat tanganya akibat daripada mencuri tali bra makwe rumah sebelah. Nampak gayanya, ada lagi yang tak mengambil iktibar dengan sebilangan rakyat yang menjadi OKU jenis paksa rela. Hukum hudud ni jangan buat main main beb. Bisa!

Gua menyelak helain demi helaian akbar Harakah yang kertasnya bergred A. Gua tahu, pada zaman begini memang susah dah nak dapat akhbar jenis tulis atas kertas. Semua main tulis dalam skrin. Main ta ta ta atas keyboard, keluar ikut skrin. Cara hidup rakyat Malaysia sudah berubah. Jam tangan pun pakai hologram. Dan baca akhbar melalui skrin ini sudah menjadi trend yang mesti.

Sebagai veteran yang berwawasan namun menolak mainstream, gua lebih senang dengan cara konvesional.

bersambung

4 ulasan:

dari sisi hidupku berkata...

dunia dah maju. tp kemajuan tu kekadang membawa keburukan kepada kita.

Alif Amin Othman berkata...

betei la dah teee

FataMorgana berkata...

mana ejaan djaman tu? dah ja di zaman balik? =D

Alif Amin Othman berkata...

Masa aku menulis ni, (masa depan) perkataan djaman dah dihapuskan dalam kamus sastera DBP.