Rabu, 19 September 2012

TERCENGANG

Masa tu gua masih study di UiTM Shah Alam tak silap gua. Kecik lagi. Muda lagi. Bulu pahat pun tak tumbuh lagi. Gua rasa masa tu umur gua baya baya Justin Bieber baru nak SPM dekat Amarika.

Ada la satu ni. Nama dia Pekan Frinjan. Tempat ni memang pekan habis la. Tapinya Pekan Lipis lagi besor la tapinya. Pekan Frinjan ni kecik sikit je. Tak jauh sangat perbezaan saiz dia. Sikit je.

Gua pun macam biasa parking dekat belakang pentas. Sambil duduk belakang belebas tu, mata riki peha, ketiak dan dada makwe. Macam biasa lelaki lelaki buat. Gua bukan apa. Kalau gua tak buat nanti karang, tak lelaki la gua beb.

Depan pentas, budak budak rambut kuning terhenjut henjut layan lagu rock. Gua pun angguk la kepala ikut beat bass drum pasal nak masuk scene henjut kepala punya pasal. Entah lagu mabuk apa orang menyanyi tengah pentas tu gua tak tahu sangat. Tapi musik dia catchy la. Budak Sabah (Pique) dan budak Jerantut (Mat Pet) yang duduk sebelah gua ni pun terhiling hiling kepala juga.

Bersama sama kami di belakang pentas masa tu ada lagi budak 3 orang tengah isap rokok Marlboro soft pack. Dress gaya jabuk. Sorang pakai glove. Sorang rambut Korea. Sorang lagi gua tak ingat dress macam mana. Gua syak budak ni entah ke student UniSel. Tengok ke gaya iya dah.

Gua pun berborak la dengan Pique sama Mat Pet pasal hal yang serdehana berat seperti hala tuju band gua. Nak into mainstream ke nak main indie je. Ke nak berpecah je satu hari nanti. Semua hal masa depan band la cerita dia.

Dalam sedang ralit berborak hala tuju band tu, lepas ke berborak pasal band yang tak boleh pergi dekat Malaysia. Gua sama Pique beria beri komen ke band yang perform malam tu. Ada main macam budak mabuk la, nyanyi ikut dan dan beat drum berterabur.

"Ko minat Bittersweet?" Soal Mat Pet.

'Ah, aku tak boleh pergi betul dengan band ni. Main macam gampang!'

Pique angguk kepala 3 kali tanda setuju pendapat gua. Lepas tu dia sambung penyedap story. Drum berterabur la. Strum tak kena la. Chord lari la. Distort barai la. Amende la...gua dah tak ingat. Pergi mampus.

TA ! TA ! TA !

Salah seorang budak yang duduk sekali dengan kami tu hentak kotak Marlboro soft pack ke birai belebas. Pique masih seronok bakar line. Pung pang pung pang, selang seli dengan asap rokok gua dan Mat Pet. Seronok weh ngutuk orang ni rupanya. Rasa macam diri ni duduk level atas atas.

Bebudak 3 orang tu ralit lagi dengar gua, Pique dan Mat Pet pung pang pung pang dongak langit. Padahal gua tak kenal sangat pun Bittersweet ni macam mana dia punya rupa. Ah, pergi meninggal la.

' Now, band yang you all tunggu tunggu pada malam ni will be perform tak lama je lagi' pekik MC wanita di tengah pentas.

' Ladies and gentleman, welcome......BITTERSWEET !!!!'

Bebudak rambut kuning jadi hilarious depan pentas.Customer dekat kedai kain baju semua lari ke tempat main gig. Ulat ulat buku yang tengah baca zine tepi longkang dongak dagu perati ke tengah pentas. Semua crowd yang berada belakang belakang mara ke depan. Peh, power juga Bittersweet ni punya follower. Rip off ! Bisik gua dalam hati.

Gua perati bebudak 3 ekor yang ralit mendengar gua, Pique sama Mat Pet kutuk Bittersweet ni tadi dah takde. Gua pergi depan pentas. Sah, bebudak 3 ekor ni la Bittersweet. Diorang tengah perform lagu "Kucing Hitam" tengah pentas.

Gua, Pique dan Mat Pet pandang sesama sendiri. Masing masing tercengang depan pentas tengok Bittersweet perform sambil dikelilingi oleh crowd yang boleh tahan dia punya pergi.

catitkiri: entah dalam kepala masing masing semua menyesal pasal mengutuk Bittersweet depan depan. Tapi bebudak 3 orang tu pun pandir. Tak melawan langsung.

Isnin, 3 September 2012

MENAYANG PUNGGUNG

Kes menayang punggung ni gua perati dah lama dah. Gua rasa ini adalah perkara yang tidak elok.

Mula mula menayang punggung depan rumah Ambiga. Lepas tu menayang punggung depan gambar Najib. 

Sebagai pemuda rolling stone yang rebel tetapi berwawasan, gua rasa perbuatan ini bukan budaya orang Malaysia. Iyalah, rata rata orang Malaysia ni jubur dah la berkarah. Tak elok langsung nak buat menayang ke orang.

Gua ni pun bengang juga dekat pengetua Sekolah Menengah Sains Raub masa gua kena buang sekolah tanpa demokrasi itu hari, tapi takde la sampai gua menayang punggung dan memijak poster Hadi Mat Daim tu. 

Gua chilled je. Rilek je gua masuk Clifford siap boleh jadi pengawas. Tak pernah pernah seumur hidup gua jadi pengawas, gua jadi pengawas. Power betul gua rasa masa tu bila first time pakai baju biru rambut ada ekor. Kah Kah Kah Kah.