Rabu, 11 Julai 2012

ABAH POWER 3

Masa tu abah mengalami sedikit demam. Dah 3 minggu dia punya demam tak kebah kebah. Dan gua saspek ini bukan runcit runcit punya demam.

Buat pengetahuan tuan tuan, abah seorang yang kuat bekerja. Dalam usia dia yang dah cecah 56 tahun, dia masih aktif ke pendalaman orang asli selain daripada memberi talk kepada kerani dan pembantu tadbir yang baru nak up dalam scene pentadbiran.

Hal hal kesihatan ni memang dia tak cakna. Sedangkan ubat kencing manis dan darah tinggi yang berlori lori dalam kabinet tu pun dia tak makan, usahkan pergi ke hospital untuk sakit demam. Yang dia tahu, minum air pucuk ceri dan akar patawali. Mak gua pun geleng kepala. Mende sangat la setakat akar patawali dan pucuk ceri tu berbanding dengan ubat ubatan moden.

Lalu, atas nasihat adik beradik yang lebih senior yang ketika ini bermastautin di luar Pahang, gua packing kain baju abah lalu menyetat enjin kereta untuk membawanya pergi ke hospital.

Tekaan gua mengena. Abah disabitkan ke wad. Dia geleng kepala berkali kali. Frust benar dia tak dapat berkhidmat untuk kerajaan barangkali. Gua senyum nipis dan menolak kerusi roda ke wad orang orang kerajaan duduk.

'Inilah pertama kali koi masuk ke hospital, Musa.'

Adu abah dalam dialek Temerloh kepada Pak Cik Musa yang incas shift malam jaga kaunter unit kecemasan. Pak cik Musa yang ketika itu sedang bekerja masih sempat lagi berborok dengan abah di katilnya. Biasalah, orang gomen.

* * * * *

Tik...

Tik...

Tik...

'Hish, lambat betul air ni. Kalau macam ni bila nak habis?'

Omel Abah sambil mengejas speed flow tabung dextrose/saline solution.

'Eh, pakcik jangan main mende tu. Nanti air masuk tak sama pressure dengan darah. Kembung tangan pakcik nanti' Tegur seorang misi Kelantan.

'Hehehe..'

Abah terkrenyih krenyih macam budak nakal kantoi dengan cikgu.

2 ulasan:

afzan berkata...

sampai dalam wad org ppd sibuk telefoon pasal keje dengarnya

Tanpa Nama berkata...

hahaha. terkerenyih kerenyi aboh aok yek. comel gek aboh aok neh. sama cam aok. hahaha