Selasa, 31 Julai 2012

JANJI DITEPATI


‘Besok, kita nak cari baju kurung untuk adik kita dekat Kamdar. Awak temankan kita boleh?’

Itulah ayat yang dinanti nantikan oleh Jamil semenjak dia berkenalan dengan seorang gadis Metro dari delaman sosial, Tuiter.

Jamil Shahadan, lelaki Jawa Afro yang berdiam di kawasan setinggan Pandamaran, Kelang langsung terjun dari katil dua tingkat biliknya. Hatinya gembira bukan kepalang. Lebih lebih lagi dapat berdating dengan gadis Kolumpo seperti Marisa itu. Gadis yang manis, pandai bergaya dan manja macam kucing.

Sebelum ini bukan Jamil tidak pernah bercinta. Pernah. Dengan Haryanti Haryanto, gadis seperaih seusianya. Sama sama mengaji di kampung baruhnya dahulu. Namun, selepas Haryanti melanjutkan pelajaran ke menara gading di utara tanah air, entah mengapa berubah benar sikap ‘Haryan’ kepadanya. Dingin semacam. Reply mesej pun ‘K’ sahaja.

Langsung Jamil membuka akaun Tuiter dan meroyan royan di sana tak hirau ke sembahyang bang. Dan berpeluanglah dia untuk berkenalan dengan Marisa Saila, gadis secantik bidadari.  Ayahnya loaded. Kerja melombong bijih emas di negara orang putih.

Maka, hari esok yang dinantikan itu pun kunjung tibalah. Jamil jadi tak senang duduk. Keluar masuk, keluar masuk dia ke dalam bilik. Lepas bilik air, bilik tidur. Lepas bilik tidur, bilik emak ayahnya. Sampai marahlah ayah dan emaknya kepada si Jamil sebab waktu sama sama mereka diganggu.

Pagi itu Jamil bangun pagi benar. Sebelum rancangan Malaysia Hari Ini bersiaran dia sudah pun bangun. Jamil sampu rambut, mandi bersabun dan berus gigi. Selama ini jangan haraplah dia nak bersampu,- memberus gigi dan mandi bersabun yang wajib itu pun sering kali bersuruh oleh emaknya yang gemar berleter.

Semasa memberus gigi dengan bersungguh sungguh, acap kali dia memandang cermin.

‘Hensem ke tidak aku ni? Hensem ke tidak?’

Ah, barangkali itulah yang diucapkan oleh Jamil kepada dirinya ketika itu. Manalah gua tahu isi hati Jamil dan hati perutnya yang entah apa apa. Malas gua nak selami sangat.

* * * *
‘Kita dah sampai traffic light ni, lagi sepuluh minit kita sampai rumah awak’

Tuit Marisa ke Jamil yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Pandamaran.

Maka lagi panas punggung la si Jamil ini. Cepat cepat dia mengenakan minyak rambut zam zam milik ayahnya. Diputarkan di telapak tangan lalu dilumurnya minyak yang serupa griss itu ke kepala yang berambut sedikit. Dikenakan juga berberapa calitan deodorant ke pangkal lengan. Takde la Jawa sangat baunya nanti ketika bersiar siar di dalam Kamdar yang beramai orang itu.

 Sebelum memasuki kereta, sempat lagi si Jamil ini tuit:

“Debooorrr nyaaaa.....”

Setelah berasa letak punggungnya mantap, Jamil menarik tali pinggang keledar dan Marisa masuk gear satu.

* * * *

Oleh sebab cuaca Malaysia yang sememangnya panas dan lembab, mereka berdua singgah di food court yang terletak di bawah pusat membeli belah Soga. Jamil memesan air sarbat manakala Marisa memesan Kapucino Milk Shake with Rice Chocolate in The Middle of The Glass.

Mereka berbual topik topik cuaca dahulu sebagai intro perbualan. Selanjutnya mereka berbual mengenai hal hal latar belakang masing masing dan sama sama berkongsi minat yang serupa secara kebetulan. Tiba je kan?

Sewaktu Jamil bercerita tentang hobinya yang suka mengail ikan, Marisa merenung dalam dalam anak mata Jamil yang berwarna hazel. Mungkin Jamil yang memang sudah tersedar matanya direnung, berpura pura tidak sedar dan meneruskan lagi penceritaanya ketika menaikan Keli Afrika baru baru ini.

‘Eh awak awak. Kejap kejap...’ celah Marisa.

‘Kenapa ni Maris?’  soal Jamil cemas.

‘Eeeeuuu...dekat mata awak tu ada taik mata keras. Yuks!’

Maka selepas peristiwa itu, Jamil terus melanjutkan pelajaran sehingga lulus maktab dan berjanji tidak akan melibatkan mana mana lagi wanita di dalam hidupnya selagi dia tidak bergelar Cikgu Kemahiran Hidup.


Nampaknya, janji Jamil telah pun ditepati.
  

Jumaat, 27 Julai 2012

DAN DAN DAN, BULAN REMDAN

Di sebuah kedai Kelantan yang berbau, gua duduk di meja paling tepi. Aliran udaranya lebih tenang berbanding meja di tengah kedai. Air koko yang gua pesan sebentar tadi gua hirup. Peh, padu juga rasa cekelat dia. Melekat sampai ke atas lelangit.

Lalu dengan dingin nya udara malam ini, gua terkenang kisah gua into puasa time sekolah menengah dulu. Waktu tu gua layan kaset Subculture kaler hitam. Ceritanya bergini...

* * * * *

'Woi Pet, ko serius la nak beli air ni?' Soal gua pada Mat Pet dengan muka yang berlemin.

'Serius la. Ko ingat aku main main.' Jawab Mat Pet tegas.

Gila gila. Memang gila hari itu buat kami berdua. Seumur hidup gua, belum pernah lagi gua berpuasa kena jalan kaki tengahari gehege tengah Raub dari Bandar Lama hingga ke Tong Fat. Tengahari brader, tengahari. Matahari terpacak atas kepala ! (walaupun pukul 3 gua masih anggap tengahari)

Gua melangkah mantap masuk ke kedai Aci. Mat Pet melangkah dengan muka serius. Gua pun tak faham, kenapa kena muka serius kalau setakat nak masuk kedai Aci. Entah mende mende.

Ta ! Ta !

Dua tin air tin yang diambil dari peti diletakan atas kaunter pembayaran.

'Berapa ni Aci?'

'Seringgit setengah satu' 

Gua membuka wallet dengan dada yang berdebor debor. Seumur hidup gua, inilah kali pertama gua membeli air tin secara open di Bulan Remdan. Bulan bulan lain gua steady je lagi. Gua riki Mat Pet, mukanya masih serius ketika membuat pembayaran.

Usai mengisi air tin ke dalam 'beg rempit' masing masing, kami menuju ke pondok bas di depan Tong Fat Value Mart Raub untuk menaiki Bas Jiwang balik ke asrama.

'Kita nak berbuka dekat mana ni Pet?'

'Ada la, tempat ni clear...'

Gua meneruskan episod perjalanan kaki itu dengan baju batik tak berbutang dua, kaki berurat urat dan tekak yang super duper kering. Mat Pet tak tahu la. Barangkali celah kangkang dia dah melelas sebab berjalan jauh sangat dengan seluar jeans hitam ketatnya.

* * * * *

'Allah Huakbar, Allah Huakbar....'

Gua terkocoh kocoh menarik tudung ceper pembuka tin setelah azan Maghrib berkumandang dari speaker surau. Belum azan masuk second verse, gua minum air gas perisa anggur dengan sekali nafas. Peh, lega.

Gua pandang Mat Pet di meja makan Rumah Musytari. Mat Pet pandang gua. Hari tu kami belajar, tempat yang paling clear untuk berbuka puasa adalah di Dewan Makan sekolah. Berbuka sekali dengan orang orang yang beriman.



Selasa, 17 Julai 2012

SELERA PAHANG 3

'Boboy tu buat apalah tu berkondeng aja dengan Papa dia.'

Tegur Roro sebaik keluar dari ruang dapur dengan semangkuk besar bihun yang berasap asap. Usai meletakan bihun di atas meja teh, dia menyidai apron di kepala cleoptra buatan Mesir di ruang tamu.

Marisa, gadis Latin Amarika, pembantu rumah kedua yang baru 3 bulan digaji serta merta menyiapkan piring bihun dan alat kulinari buatan Sweden. Kami sekeluarga memang begitu, lebih senang bersarapan di depan TV, atau pun di gazebo delaman hadapan rumah. Lebih tenang. Jarang sekali makan di dining room. Takde feel.

'Ibu, tengok ni. Papa lukis basikal untuk Boboy'

Gua diam. Masih menumpukan kemasan terakhir pada sepit udang dan bunga tayar. Hal hal melukis ni gua kena ambil serius. Namun Boboy masih lagi di ribaan gua.

'Shazz, Shazz. Jom makan sekali. Breakfast dah siap'

Jerit Roro dari bawah. Begitulah dia. Slanga Lipis dia tidak sepekat gua. Walaupun keluarganya menetap di Lipis dan berkampung hanya di Kg Banjir, namun keluarganya lebih senang mengunakan bahasa orang banyak dalam pertuturan harian.

Kalau dapat ke gua. Takdelah perkataan 'jom' tu. Gua bagi ini macam:

'Shazz, Shazz. Moh makan sekali. Minum pagi dah siak ni.'

Shazzirin Saibidin, berhati hati menuruni anak tangga dari tingkat atas. Sedang keadaanya yang berbadan dua begitu, adalah mustahak untuk menjaga kebajikan bayi di dalam kandunganya. Walaupun sarat, gadis Selayang itu masih ayu mengenakan gaun nipis Allan Paralo dan berseluar jeans kerat.

Cepat cepat gua mendukung Boboy dan terus ke tangga memimpin tangan Shazzirin. Bimbang. Takut takut tersepat bendul atau terpijak kereta Hot Wheels si Boboy yang bersepah di sini sana.

Sewaktu gua menjamah jari jemari halus si Shazz ini, gua bungkam dua kali. Pertama, masa bila pulak gua berbini dua? Kedua, masa bila pulak bini gua bukan orang Pahang?




Rabu, 11 Julai 2012

ABAH POWER 3

Masa tu abah mengalami sedikit demam. Dah 3 minggu dia punya demam tak kebah kebah. Dan gua saspek ini bukan runcit runcit punya demam.

Buat pengetahuan tuan tuan, abah seorang yang kuat bekerja. Dalam usia dia yang dah cecah 56 tahun, dia masih aktif ke pendalaman orang asli selain daripada memberi talk kepada kerani dan pembantu tadbir yang baru nak up dalam scene pentadbiran.

Hal hal kesihatan ni memang dia tak cakna. Sedangkan ubat kencing manis dan darah tinggi yang berlori lori dalam kabinet tu pun dia tak makan, usahkan pergi ke hospital untuk sakit demam. Yang dia tahu, minum air pucuk ceri dan akar patawali. Mak gua pun geleng kepala. Mende sangat la setakat akar patawali dan pucuk ceri tu berbanding dengan ubat ubatan moden.

Lalu, atas nasihat adik beradik yang lebih senior yang ketika ini bermastautin di luar Pahang, gua packing kain baju abah lalu menyetat enjin kereta untuk membawanya pergi ke hospital.

Tekaan gua mengena. Abah disabitkan ke wad. Dia geleng kepala berkali kali. Frust benar dia tak dapat berkhidmat untuk kerajaan barangkali. Gua senyum nipis dan menolak kerusi roda ke wad orang orang kerajaan duduk.

'Inilah pertama kali koi masuk ke hospital, Musa.'

Adu abah dalam dialek Temerloh kepada Pak Cik Musa yang incas shift malam jaga kaunter unit kecemasan. Pak cik Musa yang ketika itu sedang bekerja masih sempat lagi berborok dengan abah di katilnya. Biasalah, orang gomen.

* * * * *

Tik...

Tik...

Tik...

'Hish, lambat betul air ni. Kalau macam ni bila nak habis?'

Omel Abah sambil mengejas speed flow tabung dextrose/saline solution.

'Eh, pakcik jangan main mende tu. Nanti air masuk tak sama pressure dengan darah. Kembung tangan pakcik nanti' Tegur seorang misi Kelantan.

'Hehehe..'

Abah terkrenyih krenyih macam budak nakal kantoi dengan cikgu.

Isnin, 9 Julai 2012

DISYA 2

Gua balik ke Lipis itu hari. Anak anak sedara tengah meruit dekat kampung. Akak gua yang sulung tu beranak anak ke tiga dia. Rumah riuh rendah macam raya. Gua jadi happy. Peh 'happy'.

Sampai rumah dalam pukul 2 pagi, Disya dah terbangun dengar suara gua beri salam. Dalam keadaan suasana pagi begitu, dikucupnya pipi gua bertalu talu. Rindu katanya. Pagi yang syahdu, morning breath anak sedara.

Disya ni umurnya sekarang dah 6 tahun. Dah pandai cakap orang putih sikit sikit. Gua menjamah leggingnya dengan tangan.

'Kakak, did you wear underwear?

'No.'

'Then, you wear spender?'

'Bukan spender la Acu. Kakak pakai panties.'

Gua bungkam. Peh budak djaman sekarang punya bahasa, urban betul.


Ahad, 1 Julai 2012

SELERA PAHANG 2

'Papa, papa. Tengok ni.'

'Eh, Boboy lukis apa tu. Meh sini papa tengok'

Boboi duduk dia atas ribaan gua. Secangkir kopi yang tak berhabis minum ditolak ke tengah meja teh, memberi ruang untuk gua meletak kertas bersaiz A3 di bibir meja.

'Cantiknya Boboy lukis. Ada rumah, ada sungai, ada sawah, ada gunung...'

Cup !

Pipi gua mendapat satu ciuman. Boboi memeluk kemas batang tengkuk dan melekapkan pipinya pada pipi gua.

'Papa, papa tolong lukis basikal boleh?'

Gua senyum sambil mengambil pensel kayu pada tangan kiri Boboy. Dalam usianya yang baru mencecah delapan tahun begitu, adalah sangat sulit untuk dia melukis lidi rim, balak, seat, hendel dan sepit udang secara detail. Dan gua mengambil kesempatan ini untuk mengasah skill cikgu sandaran subjek Pendidikan Seni Visual yang gua tinggalkan 12 tahun dulu.

Kelentung, kelentang.

Kelentung, kelentang.

Roro tengah memasak di dapur agaknya. Memang begitulah sokmo kalau dia di dapur. Buas dengan kuali. Tak puas buas dengan gua di katil gamaknya.

Walaupun rumah agam ini mempunyai 2 orang pembantu rumah, namun bab hal masak memasak memang gua suruh isteri gua yang hendel. Bab bab masakan ni memang gua tak percaya sangat pada orang luar.