Jumaat, 10 Februari 2012

TAK DAPAT TIDUR

Dalam pukul 2 lebih macam tu, entah macam mana mata gua ni tak boleh pejam pulak. Bila gua pejam gua rasa nak buka. Bila gua dah buka, gua terkebil kebil pandang syiling.

Pa ! Pa ! Pa ! Pa !

Bunyi kipas syiling membuatkan gua rasa nak terjeluak. Lalu gua ketik suis off pada remote kipas.

Gua ke ruang tamu dengan selera nak layan TV. Kusyen sofa ada sebiji atas lantai gua buat jadi bantal. Layan TV sambil berbaring ni baru feel. Gua tekan punat merah.

Dari satu channel gua kalih ke channel lain. Satu apa pun rancangan TV tak kena dengan tekak gua. Gua alih sukan, pun tak jadi. Apa ke banarnya golf ni boleh jadi sukan? Pada firasat gua, golf ni sejenis alat melobi tender JKR.

Gua alih lagi dari satu channel ke channel yang lain dengan harapan jumpa cerita yang benar benar into gua punya taste, gua punya mata.

Alih, punya alih, punya alih... gua dapat cerita hantu. Channel apa gua dah tak ingat. Tapi cerita hantu Indonesia la tapinya. Ceritanya lebih kurang sekerat dah berlalu.

Dalam kepala gua tak pikir lain, sambil gua tengok TV gua teringat cerita pasal anak Yong jumpa hantu tinggi dekat selekoh belakang rumah lepas dari mengisap gam. Lepas tu, gua teringat pula cerita Mok De gua dengar orang perempuan mengilai di batang durian dekat jalan yang sama. Lepas tu, gua teringat pula kes gua dengar bunyi langsuir waktu nak makan malam di berandar belakang rumah.

Tapi gua steady lagi. Dalam TV tengah main scene makwe makan bakso setelah penat membeli belah di sebuah gedung terkemuka Jakarta. Teguk air liur juga tengok makwe tu dress up.


Lepas tu scene dalam rumah. Makwe tu ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Tiba tiba black out. Suasana menjadi kelam. Dalam samar samar lampu lilin, di dalam tap mandi yang sudah separuh dipenuhi air terlihat......

Tip !

Anak anak beruang berlari ke arah ibunya. Ibu beruang yang baru sahaja mendapat seekor salmon mengagih agihkan hasil buruannya kepada dua ekor anak yang baru 2 bulan hidup di hutan Alaska.

Catitkiri: Ok, gua terus alih Nat Geo Wild. Apa gila gua nak tengok cerita hantu sorang sorang dekat kampung?

6 ulasan:

Nor atau Nad berkata...

aaron jaga2 belakang ko tu,,
ntah..ntahh...

Alif Amin Othman berkata...

Gua tidur telentang. Mana ada orang belakang gua.

Nur Nadia berkata...

nampok benor penakut..hahaha :P

Si Pensel berkata...

hik3... aku pon x berani tgok sorg2...kah3...

HR berkata...

penakut..??sakat org pandai..phui..:P

Tanpa Nama berkata...

hahaha..xleh blah tetba ank bruang..adui..msti mak ak ske klo bce ni