Selasa, 14 Februari 2012

LIPIS GENGSTER 5

Ta ta ta !

'Sebagai wakil Belia 4B Kampung Seberang Jelai, saya nak tanya sikit, mana perginya Tok Empat kampung kita ni? Dah tiga hari berturut turut saya pergi ke rumahnya tak berjumpa.'

Seorang pemuda menghentak hentak meja makan di warung kopi Pak Ali dengan hulu parang.

'Budak budak dah bising. Piala pusingan Liga Futsal JKKK tak dapat dapat lagi. Dah dua minggu budak budak yang menang hari tu tanya saya. Bila nak dapat piala? Bila nak dapat piala?'

Ta ta ta !

Meja kayu yang kejuruteraanya mungkin tak dapat lagi CF bergoyang goyang dihentak pemuda yang nampak serius pada malam itu. Barangkali ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati.

'Mana la saya tahu. Piala tu bukan pada saya. Pada Tok Empat. Tapi sebagai pengerusi merangkap wakil Belia 4B kampung kita ni, saya terpaksa menjawab. Kalau tak, malu besarlah Tok Empat kampung kita ni tuan tuan sekelian'

Meja kayu yang ibarat hogei menanti roboh itu terus menerus dikepalabanakan. Pak Ali geleng kepala tiga kali.

'Pening kepala saya ni tuan tuan. Pening kepala saya ni.' kata pemuda itu sambil menepuk nepuk dahi.

'Mana saya nak taruk muka kalau budak budak ni tahu Tok Empat yang sorok piala pusingan tu? Mana saya nak letak muka saya ni tuan tuan? Itu belum lagi kes baja subsidi. Berapa banyak orang kampung nampak dia sorok berguni guni baja bawah rumah.'

Lagi sekali Pak Ali geleng kepala tiga kali. Tuala Good Morning yang tersidai di tengkuknya dihempas ke meja setentang denganya. Pak Ali kepal penumbuk.

'Kalau tuan tuan nak tahu, saya sendiri nampak dengan mata kepala saya Tok Empat jual baja baja tu pada cina Ah Siong  Padang Tengku. Saya sendiri nampak. Ni mata ni jadi saksi' Pemuda tadi bertegas sambil menjuling julingkan biji matanya yang terjegil.

'Saya sebagai wakil Belii...'

Pub!

'Mende yang ko merepek sorang sorang ni Mail? Habis la punah meja aku tu, yang ko pergi hogoh tu pasalnya?

'Sss... saja je Pak Ali. Nak berdrama sikit.' Balas pemuda tersebut dengan mata pejam celik pejam celik sebaik ditinju oleh Pak Ali.

'Drama drama kepala koma ko! Dah dah, pergi balik. Aku nak tutup kedai ni.'

Pemuda tadi terkerenyih kerenyih meninggalkan Pak Ali mengemas kerusi di warungnya. Sambil berjalan, dia memetik bunga raya di sempadan masjid untuk dibuat cucuk sanggul.

'Ada hati nak jadi kepala belia. Tak padan dengan gila.' Pak Aji geleng kepala lagi tiga kali saat menutup pintu gelangsar warungnya.


LIPIS GANGSTER 
LIPIS GANGSTER 2
LIPIS GANGSTER 3
LIPIS GANGSTER 4 

7 ulasan:

Nor atau Nad berkata...

ayat last pak aji aku suka,, apa kata masuk "pilih kasih" sure rosyam nor sayang! haha

Alif Amin Othman berkata...

Pilih Kasih? woi, gua mana layan tV2 ni. Tak rebel langsung!

FataMorgana berkata...

boleh buat buku dah =D

Alif Amin Othman berkata...

Ok, baik. Tunggu aku buat kulit buku je dulu.

HR berkata...

berdrama macam awk jugak laa kan..hehe..cuma dia gila awk "gila"..huhu..:P

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

ko nutuk pm najib ke apa ni?

Alif Amin Othman berkata...

Entah, lu pandai pandai la enterpret sendiri.