Isnin, 20 Februari 2012

NYIUR DISEBALIK PENYAPU

Trrrrr...  Trrrr... Te Trrrr....

Badan mesin parut kelapa bergegar gegar.

‘Buat mende tu mak?’ tanya gua sebaik melangkah dari tanah ke dapur.

‘Mesin nyior ni ha. Nak buat gulai lemak labu.’ Jawab mak acuh tak acuh sambil tangannya yang dahulu pernah jadi tangan makwe makwe ligat menghendel tempurung kelapa pada mulut mesin kelapa.

Selalunya, kalau bab kelapa ni, gua la orangnya yang hendel dari bab mengupas, membelah, hinggalah ke memesin kelapa. Mak, tinggal memerah santan je. Tapi, memandangkan hari ni gua baru balik dari menebas, mak gua offer diri nak buat semua mende. Manakala abah gua terbaring. Demam katanya. Dah tiga hari ambil MC.

Gua punya tekak dia punya haus mengalahkan orang berpuasa petang petang. King of Haus orang kabor. Gua buka peti ais, cadang nak la minum air sedap sikit buat penghilang dahaga.

Sebiji tin Nata de Coco gua capai. Dalam kepala dah main air Nata de Coco sejuk dalam gelas besar sambil layan Klasik Nasional di berandar belakang rumah. Gua senyum nikmat.

Sewaktu ingin membancuh air gula, terdapat beberapa manik gula tertumpah dari mulut kole. Gua geleng kepala sambil kata dalam hati, ‘ah, kejap lagi la aku settle.’

Mak yang baru saja selesai memesin nyiur tersedar.

‘Haa, aok buat tumpah gula ya. Pergi ambik penyapu, sapu.’

‘La, tak payah pakai penyapu pun takpe. Kutip pakai tangan je boleh. Ada  ke 5 butir je gula tu tumpah.’

‘Pakai penyapu la bersih sikit’

‘Mana ada penyapunya dekat dapur ni.’ Balas gua sambil mencari alasan.

‘Ada... penyapu dekat belakang pintu bilik Kak Nana. Pergi ambik sapu.’

Sebagai anak yang malas nak bertaki* dengan mak bapak, gua pun ambik penyapu.


‘Ha alang alang tengah menyapu tu, aok sapu sapu sekali nyior dekat mesin tu. Mak tertumpah sikit tadi. Hehehe.’ Perintah mak gua sambil terkerenyih kerenyih memerah santan.

TA TA TA

Patut la beria ria sangat nak gua menyapu. Rupanya ada nyior  disebalik penyapu !
  
Catitkiri: Bertaki = berdebat

Selasa, 14 Februari 2012

LIPIS GENGSTER 5

Ta ta ta !

'Sebagai wakil Belia 4B Kampung Seberang Jelai, saya nak tanya sikit, mana perginya Tok Empat kampung kita ni? Dah tiga hari berturut turut saya pergi ke rumahnya tak berjumpa.'

Seorang pemuda menghentak hentak meja makan di warung kopi Pak Ali dengan hulu parang.

'Budak budak dah bising. Piala pusingan Liga Futsal JKKK tak dapat dapat lagi. Dah dua minggu budak budak yang menang hari tu tanya saya. Bila nak dapat piala? Bila nak dapat piala?'

Ta ta ta !

Meja kayu yang kejuruteraanya mungkin tak dapat lagi CF bergoyang goyang dihentak pemuda yang nampak serius pada malam itu. Barangkali ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati.

'Mana la saya tahu. Piala tu bukan pada saya. Pada Tok Empat. Tapi sebagai pengerusi merangkap wakil Belia 4B kampung kita ni, saya terpaksa menjawab. Kalau tak, malu besarlah Tok Empat kampung kita ni tuan tuan sekelian'

Meja kayu yang ibarat hogei menanti roboh itu terus menerus dikepalabanakan. Pak Ali geleng kepala tiga kali.

'Pening kepala saya ni tuan tuan. Pening kepala saya ni.' kata pemuda itu sambil menepuk nepuk dahi.

'Mana saya nak taruk muka kalau budak budak ni tahu Tok Empat yang sorok piala pusingan tu? Mana saya nak letak muka saya ni tuan tuan? Itu belum lagi kes baja subsidi. Berapa banyak orang kampung nampak dia sorok berguni guni baja bawah rumah.'

Lagi sekali Pak Ali geleng kepala tiga kali. Tuala Good Morning yang tersidai di tengkuknya dihempas ke meja setentang denganya. Pak Ali kepal penumbuk.

'Kalau tuan tuan nak tahu, saya sendiri nampak dengan mata kepala saya Tok Empat jual baja baja tu pada cina Ah Siong  Padang Tengku. Saya sendiri nampak. Ni mata ni jadi saksi' Pemuda tadi bertegas sambil menjuling julingkan biji matanya yang terjegil.

'Saya sebagai wakil Belii...'

Pub!

'Mende yang ko merepek sorang sorang ni Mail? Habis la punah meja aku tu, yang ko pergi hogoh tu pasalnya?

'Sss... saja je Pak Ali. Nak berdrama sikit.' Balas pemuda tersebut dengan mata pejam celik pejam celik sebaik ditinju oleh Pak Ali.

'Drama drama kepala koma ko! Dah dah, pergi balik. Aku nak tutup kedai ni.'

Pemuda tadi terkerenyih kerenyih meninggalkan Pak Ali mengemas kerusi di warungnya. Sambil berjalan, dia memetik bunga raya di sempadan masjid untuk dibuat cucuk sanggul.

'Ada hati nak jadi kepala belia. Tak padan dengan gila.' Pak Aji geleng kepala lagi tiga kali saat menutup pintu gelangsar warungnya.


LIPIS GANGSTER 
LIPIS GANGSTER 2
LIPIS GANGSTER 3
LIPIS GANGSTER 4 

Sabtu, 11 Februari 2012

KUIH KOSUI 2

Masa tu gua berada dalam tingkatan dua. Tingkatan dua ni adalah tingkatan yang paling celaka dalam banyak banyak tingkatan. Masa ni la gua kena kantoi* buat itu ini seperti membasuh baju abang abang, mengambil air di water cooler, jaga line abang abang merokok di luar tandas dan segala kerja gampang yang boleh buat gua buruk muka nak menulis kesemua sekali satu persatu.

Dalam banyak banyak gua kena kantoi tu tadi, ada satu scene ni gua tak boleh tak ingat. Mesti gua ingat. Pasal kisah ni gua rasa epic dia sampai sekarang gua dapat rasa pada celah kangkang gua ni. Celaka!

* * * * *

Ketika itu, gua dan member gua- Cheng Jambu baru sahaja selesai makan petang di dewan makan. Dalam kepala masing masing semua dah ketar kepala nak main bola dekat padang belakang asrama blok A.

Dalam perjalan menuju ke bilik masing masing, tiba tiba kami di 'sweet' oleh brader yang separuh Melayu separuh India iaitu Mamok.

'Weh, ko berdua tolong ambik kuih dekat dema* untuk aku. Lepas tu bawak dekat bilik aku ya' Kata Mamok sambil menepuk nepuk bahu Cheng Jambu.

Cheng Jambu yang ketika itu mukanya mengalahkan bebudak Super Junior dia punya jambu senget sedikit bahunya ke sebelah kanan akibat tepukan tangan Mamok. Ko tau je la Mamok tu besarnya mengalahkan tong deram. Dah la itang. Tetek lanjut. Kalau cakap bab bau badan pula, usah cerita la. Gua yang tengah menaip ni pun nak terjeluak. Wek!

Lalu selesai saja kami, ceh kami. Tak sedap langsung. Ok gua tukar. Lalu selesai saja kitorang mendapatkan dua biji kuih kosui tiap seorang, tanpa membuang masa kitorang menuju ke bilik Mamok.

Masa tu dalam kepala gua asyik main perkara perkara yang Mamok buat pada gua seperti lintas gua sewaktu beratur nak ambik nasik ayam di dewan makan dan pow Nescafe ais gua sampai kering dengan sekali sedut je padahal waktu tu gua tengah pedas. Gua jadi menyirap!

'Stop dulu Cheng, stop!' arah gua yang ketika itu sikit lagi nak naik tangga menuju ke bilik Mamok.

'Pasal ko ni?'

'Kita ke kolah sekejap'


* * * * *

Cheng Jambu pandang gua. Gua pandang Cheng Jambu. Gua hangguk. Cheng Jambu pejam mata rapat rapat. Masing masing tanggal seluar.

Pap ! Pap! Pap!

* * * *

Mamok makan dengan selera sekali kuih kosui yang gua dan Cheng Jambu bawak. Walaupun kelapa parut pada kuih kosui tu dah takde, tapi dia mampu makan sampai menjilat bibir atasnya yang tebal.

Sewaktu gua melangkah keluar dari bilik Mamok, gua geleng kepala dua kali. Satu pasal tengok nasib Mamok makan kuih kosui kepit celah kangkang, satu lagi pasal macam mana gua nak settle kes celah kangkang penuh dengan kelapa parut.



Catitkiri:
Kena kantoi = Kena suruh buat kerja oleh senior.
Dema= Dewan Makan

Jumaat, 10 Februari 2012

TAK DAPAT TIDUR

Dalam pukul 2 lebih macam tu, entah macam mana mata gua ni tak boleh pejam pulak. Bila gua pejam gua rasa nak buka. Bila gua dah buka, gua terkebil kebil pandang syiling.

Pa ! Pa ! Pa ! Pa !

Bunyi kipas syiling membuatkan gua rasa nak terjeluak. Lalu gua ketik suis off pada remote kipas.

Gua ke ruang tamu dengan selera nak layan TV. Kusyen sofa ada sebiji atas lantai gua buat jadi bantal. Layan TV sambil berbaring ni baru feel. Gua tekan punat merah.

Dari satu channel gua kalih ke channel lain. Satu apa pun rancangan TV tak kena dengan tekak gua. Gua alih sukan, pun tak jadi. Apa ke banarnya golf ni boleh jadi sukan? Pada firasat gua, golf ni sejenis alat melobi tender JKR.

Gua alih lagi dari satu channel ke channel yang lain dengan harapan jumpa cerita yang benar benar into gua punya taste, gua punya mata.

Alih, punya alih, punya alih... gua dapat cerita hantu. Channel apa gua dah tak ingat. Tapi cerita hantu Indonesia la tapinya. Ceritanya lebih kurang sekerat dah berlalu.

Dalam kepala gua tak pikir lain, sambil gua tengok TV gua teringat cerita pasal anak Yong jumpa hantu tinggi dekat selekoh belakang rumah lepas dari mengisap gam. Lepas tu, gua teringat pula cerita Mok De gua dengar orang perempuan mengilai di batang durian dekat jalan yang sama. Lepas tu, gua teringat pula kes gua dengar bunyi langsuir waktu nak makan malam di berandar belakang rumah.

Tapi gua steady lagi. Dalam TV tengah main scene makwe makan bakso setelah penat membeli belah di sebuah gedung terkemuka Jakarta. Teguk air liur juga tengok makwe tu dress up.


Lepas tu scene dalam rumah. Makwe tu ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Tiba tiba black out. Suasana menjadi kelam. Dalam samar samar lampu lilin, di dalam tap mandi yang sudah separuh dipenuhi air terlihat......

Tip !

Anak anak beruang berlari ke arah ibunya. Ibu beruang yang baru sahaja mendapat seekor salmon mengagih agihkan hasil buruannya kepada dua ekor anak yang baru 2 bulan hidup di hutan Alaska.

Catitkiri: Ok, gua terus alih Nat Geo Wild. Apa gila gua nak tengok cerita hantu sorang sorang dekat kampung?

Khamis, 9 Februari 2012

MANDI

BRA !!! BRA !!! BRA!!!

Amboi, kuat betul bunyi orang rumah sebelah ni mandi.

Rabu, 8 Februari 2012

AKADEMI FANTASIA

Pada masa tu, Akademi Fantasia memang tengah hippies. Orang Lipis semua pakat pakat pasang Astro nak layan AF punya pasal. Rumah Mak Ngah Zainoh pasang Astro, rumah Ayah Akob pasang Astro, rumah Mat Jidin pasang Astro, rumah Zul Kambing pasang Astro dan rumah Tok Imam Ali pasang Astro. Malah rumah yang nak roboh dekat kampung gua ni pun turut tak terkecuali dalam hal ehwal  memasang Astro.

Gua baru je habis SPM. Masa tu Mawi dah popular dah. Semua orang nak jadi Mawi. Asal botak sikit je terus orang cakap buat rambut Mawi.

'Tu potong rambut botok tu, nak jadi Mawi lettew'

Kepala banar dia. Gua masa tu botak pasal gua main rugby. Baru la saiko sikit pihak lawan. Ganas. Rebel. Agresif ! Cheeewah.....

Memandangkan bakat gua dalam bidang seni suara berada dalam rangking atas atas daerah Lipis, adik beradik gua berkonspirasi untuk menghantar gua ke audition di selatan tanah air tanpa pengetahuan Mak. Kerana mak gua dah sound dah awal awal dulu.

' Aok jangan nak berangan nak jadi penyanyi adik. Belajo dulu. Menyanyi tu tak lepas kemana.'

Lalu disambung dengan ayat padu abah gua.

'Muka tak sepera, nak jadi penyanyi. Aok tengok muka Awei tu lawo ke tidok?'


Kesudahanya, gua berangkat ke JB atas alasan bagi menimba pengalaman di negeri orang. 

* * * * * *

Ni lagi dua hari sebelum audition di Plaza Angsana bermula. Gua dah beberapa kali tarik lagu Aduh Saliha time mandi dalam bilik air. Sedap. Ada gema. Kekeke.

Selesai berjimak, tiba tiba telefon bimbit gua berbunyi. Skrin menunjukan "Mak Calling...". Gua ketik punat hijau.

'Hah adik. Aok nak buat mende duduk Johor lama lama tu?'

'Cari kerja la mak.'

'Aok jangan pedeoh. Mak tahu aok nak masuk AF kan?'

Gua diam....

'Aok balik Lipis sekarang. Aok balik Lipis sekarang' Mak gua sambung.

* * * * * *

Beberapa bulan selepas itu, gua yang kebetulan sedang menjadi kutu, meluangkan malam minggu bersama keluarga memandangkan hari hujan dan tiada  aktiviti sedap dapat dilakukan.

Dalam kaca TV, rancangan Akademi Fantasia musim ke 6 (kalau tak silap) tengah dimainkan. Mak gua macam biasa terlentang atas 'kerusi dia'. Kerusi tu takde orang boleh duduk. Manakala, abah gua ambil seat murah- atas lantai sambil makan kacang goreng tabur garam.

Kesemua kami tengah ralit menonton tv. Semua terpana. Diam dan khusyuk mendengar lagu 11 January yang dialunkan oleh seorang pemuda gempal-Riz. Tiba tiba dalam semua terdiam tu, mak gua bersuara.

'Aok tak rasa menyesal ke tak pergi audition hari tu adik?'

'Kenapanya? Mak nak suruh kome masuk AF ke?'

'Nak jugak.....' jawab mak gua sambil tersenyum parody.

Ta ta ta !

Mak.... ko, ko, ko, ko memang........!

LARIS


Cerita dalam slanga Kuantan campur Tranung sikit sikit. Ork, ke tak ork?

Lagi satu, gua nak nasihatkan, janggut tu bela sikit lagi, kalau tak baik cukur terus.

Laris....laris...