Ahad, 9 Disember 2012

KURANG AJAR, TIADA KOMPROMI

Semalam, waktu gua dan comrades band gua ada sound check dekat UiTM sana..

Pooo

Pooo

Poooo !!!

Gua bingkas bangun. Grrr. Ape celakanya orang tengah sound check bunyi hon bertempik ni?

Selepas menyapu punggung dari tempat duduk, gua berjalan mantap ke arah kawasan pakir berhampiran. Peh.... Rupa rupanya, sebuah Kelisa dah block kereta Myvi seorang makwe free hair.

Gua buat buat steady dan buat buat tanya.

'Ni pehal ni?'

'Kete ni la, block. Dah lama dah bang!'

Jelas seorang makwe free hair dengan muka buruk dimakan bahang tengahari.

Disebabkan makwe, gua pun ingat nak incas sikit sikit. Malu la gua sebagai pemandu yang dah habis P tak boleh nak hendel hal runcit runcit ni.

Kereta kelisa tersebut tarik hand brake dan letak 'P' pada gear auto. Pada hemat gua, hal ini patut dibawa ke tengah. Kedudukan Kelisa ni memang tak boleh diubah.

Gua mengambil inisiatif untuk membuat announcement di bahagian PA system. Pak Cik Halim yang usianya lebih kurang 50-60 sedang sibuk incas miking pada mixer gua dekati.

'Pak cik, pak cik buat pengumuman sikit. Ada kereta kena block ni.'

'Kereta mana? Kelisa Hitam ke?

'Ahah pak cik. WPP 6975'

'Ah, tu kereta pak cik. Ko ambik kunci ko gostan.'

Peh... dalam hati geram juga dengan Pak Cik Halim ni. Dah la block kertea orang, suruh gua joki pulak tu. Mana gua nak letak muka dekat makwe tadi braderrr? Tapi disebabkan dia orang tua tua, gua steady dan ambik kunci kereta dia yang tersangkut di pinggang.

'Ko jangan apa apakan kereta tu ! Aku dah dapat kunci !'

Pekik gua dari jauh sebaik melihat makwe dan geng geng makwe macam ada niat tak baik nak buat 'something' dekat kereta Pak Cik Halim.

Dengan rokok separuh isap, gua cucuh kunci kereta. Siap enjin mengaum, belum sempat gua tarik gear gostan....

SPLASSH !

Cermin hadapan kereta Pak Cik Halim kena curah kuah keropok lekor.

Gua dah jadi meradang! Gua letak P balik pada gear. Gua keluar kereta dengan hidung yang keluar asap rokok.

'Mende ni woi. Mende ni? Ko pergi curah sos tu buat mende lagi?

'Takde la bang. Orang dah tunggu lama kut. Panas la!'

'Mende dah settle ko nak panjang panjang buat mende lagi. Takde takde. Ko settle sendiri dengan Pak Cik tu! @#$%^&* betul la perempuan ni!

@#$%$#@!*&^ !

@#%^$%$^&* !

Dalam menuju perjalan nak ke PA system tu, entah ke berapa banyak gua dan makwe tu berbalas carut.

'Ko pehal tolak tolak aku ni? Aku tak touch ko, ko jangan touch aku!'

Peh, perempuan ni boleh tahan jugak gampangnya. Dia tolak gua masa nak menurun tangga. Gua punya kaki ni dah la tak elok seratus peratus lagi. Grrr

'Pak Cik, pak cik. Pak cik tengok budak perempuan ni dah buat mende ke kereta pak cik.'

'Puki!@#$ ko la ! Pak cik !@#$%6 ! Kereta block %$#@%^& ! Panas @#$%^&&* !'

Peh.... perempuan tu mengherdik dan mencarut ke pak cik Halim depan gua beb. Gua memang tak boleh ! Gua memang tak boleh ! Tangan gua dah kebas... Gua hayun penyepak...

Hiap !

Pak Cik Halim tepis tangan gua dan menolak gua rebah ke tanah.

Peh...kalau la kena penyepak letup gua tadi, memang bersepah muka makwe kurang hajar tu. Tapi sebaliknya kaki gua yang bersepah sebab jatuh tak balance tadi.

Begitulah kisahnya adik adik. Satu je gua nak pesan, walau muka lu secantik Emma Maembong sekali pun, kalau lu buat kurang hajar dengan orang tua, jaga jaga ada mata yang memerhati. Takut nanti penyepak letup hinggap dipipi.

Kurang ajar sama orang tua, TIADA KOMPROMI !

Khamis, 6 Disember 2012

POST YANG KE 200 (TERMASUK DRAFT)

Gua pun tak tahu mana datangnya angka 200 ni. Gua tengok dekat dashboard blog setakat yang gua belum tulis tadi dah 199. Kalau dikira hitung balik, baru seratus lebih entry. Misteri betul ni. Misteri.

Gua cuba berfikir mengunakan kewarasan buah pelir, mana datang kemalasan gua yang bertimbun ni? Mana datangnya? Kalau dulu masa scene tulis blog tengah hip, tak dan selang 5 minit naik entry baharu dekat dashboard gua.

Ya, masaeloh ni bukan gua sahaja yang terbabit. Bebudak golongan yang dulunya konon pure/true death blogger entah kemana dah pergi tak update update blog.

Ping !

Gua dapat satu akal. Rupanya, bebudak ni tengah sibuk into twitter. Sampai cerita hantu yang patutnya, seeloknya ditulis dalam bentuk karangan, di tulis dalam bentuk perenggan di twitter.

Asshole.

Masing masing taik tuiter termasuk la aku.

Ko pun sama. Sengih sengih pehal?


Rabu, 21 November 2012

JIHAD PETANG PETANG

Tekak aku ni berasa kering benar. Cuaca di Shah Alam ni entah ke tak betul dah gamaknya. Kadang nye main terik, kadang nye main hujan. Ringse aku dibuatnya. Tambah tambah lagi semua dah pakat pakat boikot Mekdi. Tak merasa la aku pinjam cup member buat refill air gas free. Peh....

Aku berjalan menuju peti ais dengan hanya berboxer. Sedang duduk dalam rumah ni tak payah la nak dress lawa lawa sangat. Bukan makwe nampak pun.

Tab !

Aku tutup peti ais. Menyesal. Kadang kadang aku rasa pandir juga bila haus ni pergi bukak peti ais., Yang adanya Streapsil, belacan, kicap, sos cili dan botol mineral kosong. Air sejuk mana ada. Air batu ada la dekat peti atas. Ah, malas aku nak ketuk air batu.

Aku pakai baju, sarung seluar. Aku turun bawah. Aku start motor. Aku pergi beli air limau nipis dekat kedai Mak Jawa medan selera. Lepas tu, aku ludah biji limau tu ke tengah jalan. Harap harap, ada Yahudi lalu tergelansar. Siku berdarah. Hendel motor lari.

Secara tak langsung aku berjaya berjihad. Bijak bijak. Aku bijak. Kahkahkahkah. Fak Israel.


SELERA 3.40 PETANG

Krup krap krup krap

'Ko makan mende tu ? '

'Aku makan kerepek pisang ni. '

'Pisang mende?'

'Pisang Nangka.'

'Sedap ke?'

'Ko kalau nak sikit, cakap. Tak payah banyak tanya!'

Krup krap krup krap

Isnin, 19 November 2012

SELERA 4 PETANG

Ah, pukul 4 petang karang la gua tulis. Ni baru pukul 1 pagi. Macam tak kena je. Tepi, tepi. Gua nak bentang toto.

Jumaat, 9 November 2012

PAKAI DUIT

Beberapa hari ni gua berasa tidak sedap badan hendak menulis. Sudahlah begitu, laptop gua pulak barai. Ah, celaka. Celaka. Semua mende pakai duit. Perasaan, hendak bersin pun pakai duit.

Rabu, 3 Oktober 2012

SELERA PAHANG 4

Gua menghirup secawan kopi tak bergula. Dalam usia yang mencecah 55 tahun itu, banyak pantang larang gua kena follow. Makan tak boleh masin masin sangat, minum tak boleh gula gula sangat.

Dalam akhbar yang sedang dibaca, berita seorang pemuda telah dikerat tanganya akibat daripada mencuri tali bra makwe rumah sebelah. Nampak gayanya, ada lagi yang tak mengambil iktibar dengan sebilangan rakyat yang menjadi OKU jenis paksa rela. Hukum hudud ni jangan buat main main beb. Bisa!

Gua menyelak helain demi helaian akbar Harakah yang kertasnya bergred A. Gua tahu, pada zaman begini memang susah dah nak dapat akhbar jenis tulis atas kertas. Semua main tulis dalam skrin. Main ta ta ta atas keyboard, keluar ikut skrin. Cara hidup rakyat Malaysia sudah berubah. Jam tangan pun pakai hologram. Dan baca akhbar melalui skrin ini sudah menjadi trend yang mesti.

Sebagai veteran yang berwawasan namun menolak mainstream, gua lebih senang dengan cara konvesional.

bersambung

Rabu, 19 September 2012

TERCENGANG

Masa tu gua masih study di UiTM Shah Alam tak silap gua. Kecik lagi. Muda lagi. Bulu pahat pun tak tumbuh lagi. Gua rasa masa tu umur gua baya baya Justin Bieber baru nak SPM dekat Amarika.

Ada la satu ni. Nama dia Pekan Frinjan. Tempat ni memang pekan habis la. Tapinya Pekan Lipis lagi besor la tapinya. Pekan Frinjan ni kecik sikit je. Tak jauh sangat perbezaan saiz dia. Sikit je.

Gua pun macam biasa parking dekat belakang pentas. Sambil duduk belakang belebas tu, mata riki peha, ketiak dan dada makwe. Macam biasa lelaki lelaki buat. Gua bukan apa. Kalau gua tak buat nanti karang, tak lelaki la gua beb.

Depan pentas, budak budak rambut kuning terhenjut henjut layan lagu rock. Gua pun angguk la kepala ikut beat bass drum pasal nak masuk scene henjut kepala punya pasal. Entah lagu mabuk apa orang menyanyi tengah pentas tu gua tak tahu sangat. Tapi musik dia catchy la. Budak Sabah (Pique) dan budak Jerantut (Mat Pet) yang duduk sebelah gua ni pun terhiling hiling kepala juga.

Bersama sama kami di belakang pentas masa tu ada lagi budak 3 orang tengah isap rokok Marlboro soft pack. Dress gaya jabuk. Sorang pakai glove. Sorang rambut Korea. Sorang lagi gua tak ingat dress macam mana. Gua syak budak ni entah ke student UniSel. Tengok ke gaya iya dah.

Gua pun berborak la dengan Pique sama Mat Pet pasal hal yang serdehana berat seperti hala tuju band gua. Nak into mainstream ke nak main indie je. Ke nak berpecah je satu hari nanti. Semua hal masa depan band la cerita dia.

Dalam sedang ralit berborak hala tuju band tu, lepas ke berborak pasal band yang tak boleh pergi dekat Malaysia. Gua sama Pique beria beri komen ke band yang perform malam tu. Ada main macam budak mabuk la, nyanyi ikut dan dan beat drum berterabur.

"Ko minat Bittersweet?" Soal Mat Pet.

'Ah, aku tak boleh pergi betul dengan band ni. Main macam gampang!'

Pique angguk kepala 3 kali tanda setuju pendapat gua. Lepas tu dia sambung penyedap story. Drum berterabur la. Strum tak kena la. Chord lari la. Distort barai la. Amende la...gua dah tak ingat. Pergi mampus.

TA ! TA ! TA !

Salah seorang budak yang duduk sekali dengan kami tu hentak kotak Marlboro soft pack ke birai belebas. Pique masih seronok bakar line. Pung pang pung pang, selang seli dengan asap rokok gua dan Mat Pet. Seronok weh ngutuk orang ni rupanya. Rasa macam diri ni duduk level atas atas.

Bebudak 3 orang tu ralit lagi dengar gua, Pique dan Mat Pet pung pang pung pang dongak langit. Padahal gua tak kenal sangat pun Bittersweet ni macam mana dia punya rupa. Ah, pergi meninggal la.

' Now, band yang you all tunggu tunggu pada malam ni will be perform tak lama je lagi' pekik MC wanita di tengah pentas.

' Ladies and gentleman, welcome......BITTERSWEET !!!!'

Bebudak rambut kuning jadi hilarious depan pentas.Customer dekat kedai kain baju semua lari ke tempat main gig. Ulat ulat buku yang tengah baca zine tepi longkang dongak dagu perati ke tengah pentas. Semua crowd yang berada belakang belakang mara ke depan. Peh, power juga Bittersweet ni punya follower. Rip off ! Bisik gua dalam hati.

Gua perati bebudak 3 ekor yang ralit mendengar gua, Pique sama Mat Pet kutuk Bittersweet ni tadi dah takde. Gua pergi depan pentas. Sah, bebudak 3 ekor ni la Bittersweet. Diorang tengah perform lagu "Kucing Hitam" tengah pentas.

Gua, Pique dan Mat Pet pandang sesama sendiri. Masing masing tercengang depan pentas tengok Bittersweet perform sambil dikelilingi oleh crowd yang boleh tahan dia punya pergi.

catitkiri: entah dalam kepala masing masing semua menyesal pasal mengutuk Bittersweet depan depan. Tapi bebudak 3 orang tu pun pandir. Tak melawan langsung.

Isnin, 3 September 2012

MENAYANG PUNGGUNG

Kes menayang punggung ni gua perati dah lama dah. Gua rasa ini adalah perkara yang tidak elok.

Mula mula menayang punggung depan rumah Ambiga. Lepas tu menayang punggung depan gambar Najib. 

Sebagai pemuda rolling stone yang rebel tetapi berwawasan, gua rasa perbuatan ini bukan budaya orang Malaysia. Iyalah, rata rata orang Malaysia ni jubur dah la berkarah. Tak elok langsung nak buat menayang ke orang.

Gua ni pun bengang juga dekat pengetua Sekolah Menengah Sains Raub masa gua kena buang sekolah tanpa demokrasi itu hari, tapi takde la sampai gua menayang punggung dan memijak poster Hadi Mat Daim tu. 

Gua chilled je. Rilek je gua masuk Clifford siap boleh jadi pengawas. Tak pernah pernah seumur hidup gua jadi pengawas, gua jadi pengawas. Power betul gua rasa masa tu bila first time pakai baju biru rambut ada ekor. Kah Kah Kah Kah. 

Selasa, 14 Ogos 2012

IKLAN RAYA BERNAS

Haa, kejap lagi ni kang gua nak balik ke Lipis. Nak beraya. Tapi, masaelohnye, ni ha, tiket bas gua tak beli pun lagi ni ha. Berita minggu lepas dalam TV dah kabor tiket belah pantai timur sold out. Kiranya gua gamble je ni karang. Ada, ada. Takde, ketar kepala la jawabnya.

Lagi satu, member gua cakap tok sah risau. Pahang tu bukan negeri Pantai Timur. Tiket available. Gua geleng kepala tiga kali. Puak dangkal mana yang kata Pahang ni bukan Pantai Timur gua pun tak tahu? Mende dulu masa darjah empat tak belajar Kajian Tempatan ke mende?

Tapi gua nekad. Mende nak jadi pun jadi la. Gua kena balik juga selewat lewatnya malam ni. Bukan selak sangat nak beraya, bukan. Tapinya, mak gua dah list dah mende kerja yang gua kena buat sebelum raya ni seperti menebas rumput, menyapu sawang, mengecat pagar dan melemang. Tu tahan, sebab mak gua dah panggil beruk untuk memanjat kelapa. Tak payah dah gua nak sakit tengkuk mengaik nyiur lagi.

Gua tak kira, gua kena balik juga. Tumpang lori pun tumpang lori la. Tapi gua nak lori beras la tapinya. Baru macam iklan raya Bernas sikit. Kekeke. Kekeke.

Selamat Hari Raya

Selasa, 31 Julai 2012

JANJI DITEPATI


‘Besok, kita nak cari baju kurung untuk adik kita dekat Kamdar. Awak temankan kita boleh?’

Itulah ayat yang dinanti nantikan oleh Jamil semenjak dia berkenalan dengan seorang gadis Metro dari delaman sosial, Tuiter.

Jamil Shahadan, lelaki Jawa Afro yang berdiam di kawasan setinggan Pandamaran, Kelang langsung terjun dari katil dua tingkat biliknya. Hatinya gembira bukan kepalang. Lebih lebih lagi dapat berdating dengan gadis Kolumpo seperti Marisa itu. Gadis yang manis, pandai bergaya dan manja macam kucing.

Sebelum ini bukan Jamil tidak pernah bercinta. Pernah. Dengan Haryanti Haryanto, gadis seperaih seusianya. Sama sama mengaji di kampung baruhnya dahulu. Namun, selepas Haryanti melanjutkan pelajaran ke menara gading di utara tanah air, entah mengapa berubah benar sikap ‘Haryan’ kepadanya. Dingin semacam. Reply mesej pun ‘K’ sahaja.

Langsung Jamil membuka akaun Tuiter dan meroyan royan di sana tak hirau ke sembahyang bang. Dan berpeluanglah dia untuk berkenalan dengan Marisa Saila, gadis secantik bidadari.  Ayahnya loaded. Kerja melombong bijih emas di negara orang putih.

Maka, hari esok yang dinantikan itu pun kunjung tibalah. Jamil jadi tak senang duduk. Keluar masuk, keluar masuk dia ke dalam bilik. Lepas bilik air, bilik tidur. Lepas bilik tidur, bilik emak ayahnya. Sampai marahlah ayah dan emaknya kepada si Jamil sebab waktu sama sama mereka diganggu.

Pagi itu Jamil bangun pagi benar. Sebelum rancangan Malaysia Hari Ini bersiaran dia sudah pun bangun. Jamil sampu rambut, mandi bersabun dan berus gigi. Selama ini jangan haraplah dia nak bersampu,- memberus gigi dan mandi bersabun yang wajib itu pun sering kali bersuruh oleh emaknya yang gemar berleter.

Semasa memberus gigi dengan bersungguh sungguh, acap kali dia memandang cermin.

‘Hensem ke tidak aku ni? Hensem ke tidak?’

Ah, barangkali itulah yang diucapkan oleh Jamil kepada dirinya ketika itu. Manalah gua tahu isi hati Jamil dan hati perutnya yang entah apa apa. Malas gua nak selami sangat.

* * * *
‘Kita dah sampai traffic light ni, lagi sepuluh minit kita sampai rumah awak’

Tuit Marisa ke Jamil yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Pandamaran.

Maka lagi panas punggung la si Jamil ini. Cepat cepat dia mengenakan minyak rambut zam zam milik ayahnya. Diputarkan di telapak tangan lalu dilumurnya minyak yang serupa griss itu ke kepala yang berambut sedikit. Dikenakan juga berberapa calitan deodorant ke pangkal lengan. Takde la Jawa sangat baunya nanti ketika bersiar siar di dalam Kamdar yang beramai orang itu.

 Sebelum memasuki kereta, sempat lagi si Jamil ini tuit:

“Debooorrr nyaaaa.....”

Setelah berasa letak punggungnya mantap, Jamil menarik tali pinggang keledar dan Marisa masuk gear satu.

* * * *

Oleh sebab cuaca Malaysia yang sememangnya panas dan lembab, mereka berdua singgah di food court yang terletak di bawah pusat membeli belah Soga. Jamil memesan air sarbat manakala Marisa memesan Kapucino Milk Shake with Rice Chocolate in The Middle of The Glass.

Mereka berbual topik topik cuaca dahulu sebagai intro perbualan. Selanjutnya mereka berbual mengenai hal hal latar belakang masing masing dan sama sama berkongsi minat yang serupa secara kebetulan. Tiba je kan?

Sewaktu Jamil bercerita tentang hobinya yang suka mengail ikan, Marisa merenung dalam dalam anak mata Jamil yang berwarna hazel. Mungkin Jamil yang memang sudah tersedar matanya direnung, berpura pura tidak sedar dan meneruskan lagi penceritaanya ketika menaikan Keli Afrika baru baru ini.

‘Eh awak awak. Kejap kejap...’ celah Marisa.

‘Kenapa ni Maris?’  soal Jamil cemas.

‘Eeeeuuu...dekat mata awak tu ada taik mata keras. Yuks!’

Maka selepas peristiwa itu, Jamil terus melanjutkan pelajaran sehingga lulus maktab dan berjanji tidak akan melibatkan mana mana lagi wanita di dalam hidupnya selagi dia tidak bergelar Cikgu Kemahiran Hidup.


Nampaknya, janji Jamil telah pun ditepati.
  

Jumaat, 27 Julai 2012

DAN DAN DAN, BULAN REMDAN

Di sebuah kedai Kelantan yang berbau, gua duduk di meja paling tepi. Aliran udaranya lebih tenang berbanding meja di tengah kedai. Air koko yang gua pesan sebentar tadi gua hirup. Peh, padu juga rasa cekelat dia. Melekat sampai ke atas lelangit.

Lalu dengan dingin nya udara malam ini, gua terkenang kisah gua into puasa time sekolah menengah dulu. Waktu tu gua layan kaset Subculture kaler hitam. Ceritanya bergini...

* * * * *

'Woi Pet, ko serius la nak beli air ni?' Soal gua pada Mat Pet dengan muka yang berlemin.

'Serius la. Ko ingat aku main main.' Jawab Mat Pet tegas.

Gila gila. Memang gila hari itu buat kami berdua. Seumur hidup gua, belum pernah lagi gua berpuasa kena jalan kaki tengahari gehege tengah Raub dari Bandar Lama hingga ke Tong Fat. Tengahari brader, tengahari. Matahari terpacak atas kepala ! (walaupun pukul 3 gua masih anggap tengahari)

Gua melangkah mantap masuk ke kedai Aci. Mat Pet melangkah dengan muka serius. Gua pun tak faham, kenapa kena muka serius kalau setakat nak masuk kedai Aci. Entah mende mende.

Ta ! Ta !

Dua tin air tin yang diambil dari peti diletakan atas kaunter pembayaran.

'Berapa ni Aci?'

'Seringgit setengah satu' 

Gua membuka wallet dengan dada yang berdebor debor. Seumur hidup gua, inilah kali pertama gua membeli air tin secara open di Bulan Remdan. Bulan bulan lain gua steady je lagi. Gua riki Mat Pet, mukanya masih serius ketika membuat pembayaran.

Usai mengisi air tin ke dalam 'beg rempit' masing masing, kami menuju ke pondok bas di depan Tong Fat Value Mart Raub untuk menaiki Bas Jiwang balik ke asrama.

'Kita nak berbuka dekat mana ni Pet?'

'Ada la, tempat ni clear...'

Gua meneruskan episod perjalanan kaki itu dengan baju batik tak berbutang dua, kaki berurat urat dan tekak yang super duper kering. Mat Pet tak tahu la. Barangkali celah kangkang dia dah melelas sebab berjalan jauh sangat dengan seluar jeans hitam ketatnya.

* * * * *

'Allah Huakbar, Allah Huakbar....'

Gua terkocoh kocoh menarik tudung ceper pembuka tin setelah azan Maghrib berkumandang dari speaker surau. Belum azan masuk second verse, gua minum air gas perisa anggur dengan sekali nafas. Peh, lega.

Gua pandang Mat Pet di meja makan Rumah Musytari. Mat Pet pandang gua. Hari tu kami belajar, tempat yang paling clear untuk berbuka puasa adalah di Dewan Makan sekolah. Berbuka sekali dengan orang orang yang beriman.



Selasa, 17 Julai 2012

SELERA PAHANG 3

'Boboy tu buat apalah tu berkondeng aja dengan Papa dia.'

Tegur Roro sebaik keluar dari ruang dapur dengan semangkuk besar bihun yang berasap asap. Usai meletakan bihun di atas meja teh, dia menyidai apron di kepala cleoptra buatan Mesir di ruang tamu.

Marisa, gadis Latin Amarika, pembantu rumah kedua yang baru 3 bulan digaji serta merta menyiapkan piring bihun dan alat kulinari buatan Sweden. Kami sekeluarga memang begitu, lebih senang bersarapan di depan TV, atau pun di gazebo delaman hadapan rumah. Lebih tenang. Jarang sekali makan di dining room. Takde feel.

'Ibu, tengok ni. Papa lukis basikal untuk Boboy'

Gua diam. Masih menumpukan kemasan terakhir pada sepit udang dan bunga tayar. Hal hal melukis ni gua kena ambil serius. Namun Boboy masih lagi di ribaan gua.

'Shazz, Shazz. Jom makan sekali. Breakfast dah siap'

Jerit Roro dari bawah. Begitulah dia. Slanga Lipis dia tidak sepekat gua. Walaupun keluarganya menetap di Lipis dan berkampung hanya di Kg Banjir, namun keluarganya lebih senang mengunakan bahasa orang banyak dalam pertuturan harian.

Kalau dapat ke gua. Takdelah perkataan 'jom' tu. Gua bagi ini macam:

'Shazz, Shazz. Moh makan sekali. Minum pagi dah siak ni.'

Shazzirin Saibidin, berhati hati menuruni anak tangga dari tingkat atas. Sedang keadaanya yang berbadan dua begitu, adalah mustahak untuk menjaga kebajikan bayi di dalam kandunganya. Walaupun sarat, gadis Selayang itu masih ayu mengenakan gaun nipis Allan Paralo dan berseluar jeans kerat.

Cepat cepat gua mendukung Boboy dan terus ke tangga memimpin tangan Shazzirin. Bimbang. Takut takut tersepat bendul atau terpijak kereta Hot Wheels si Boboy yang bersepah di sini sana.

Sewaktu gua menjamah jari jemari halus si Shazz ini, gua bungkam dua kali. Pertama, masa bila pulak gua berbini dua? Kedua, masa bila pulak bini gua bukan orang Pahang?




Rabu, 11 Julai 2012

ABAH POWER 3

Masa tu abah mengalami sedikit demam. Dah 3 minggu dia punya demam tak kebah kebah. Dan gua saspek ini bukan runcit runcit punya demam.

Buat pengetahuan tuan tuan, abah seorang yang kuat bekerja. Dalam usia dia yang dah cecah 56 tahun, dia masih aktif ke pendalaman orang asli selain daripada memberi talk kepada kerani dan pembantu tadbir yang baru nak up dalam scene pentadbiran.

Hal hal kesihatan ni memang dia tak cakna. Sedangkan ubat kencing manis dan darah tinggi yang berlori lori dalam kabinet tu pun dia tak makan, usahkan pergi ke hospital untuk sakit demam. Yang dia tahu, minum air pucuk ceri dan akar patawali. Mak gua pun geleng kepala. Mende sangat la setakat akar patawali dan pucuk ceri tu berbanding dengan ubat ubatan moden.

Lalu, atas nasihat adik beradik yang lebih senior yang ketika ini bermastautin di luar Pahang, gua packing kain baju abah lalu menyetat enjin kereta untuk membawanya pergi ke hospital.

Tekaan gua mengena. Abah disabitkan ke wad. Dia geleng kepala berkali kali. Frust benar dia tak dapat berkhidmat untuk kerajaan barangkali. Gua senyum nipis dan menolak kerusi roda ke wad orang orang kerajaan duduk.

'Inilah pertama kali koi masuk ke hospital, Musa.'

Adu abah dalam dialek Temerloh kepada Pak Cik Musa yang incas shift malam jaga kaunter unit kecemasan. Pak cik Musa yang ketika itu sedang bekerja masih sempat lagi berborok dengan abah di katilnya. Biasalah, orang gomen.

* * * * *

Tik...

Tik...

Tik...

'Hish, lambat betul air ni. Kalau macam ni bila nak habis?'

Omel Abah sambil mengejas speed flow tabung dextrose/saline solution.

'Eh, pakcik jangan main mende tu. Nanti air masuk tak sama pressure dengan darah. Kembung tangan pakcik nanti' Tegur seorang misi Kelantan.

'Hehehe..'

Abah terkrenyih krenyih macam budak nakal kantoi dengan cikgu.

Isnin, 9 Julai 2012

DISYA 2

Gua balik ke Lipis itu hari. Anak anak sedara tengah meruit dekat kampung. Akak gua yang sulung tu beranak anak ke tiga dia. Rumah riuh rendah macam raya. Gua jadi happy. Peh 'happy'.

Sampai rumah dalam pukul 2 pagi, Disya dah terbangun dengar suara gua beri salam. Dalam keadaan suasana pagi begitu, dikucupnya pipi gua bertalu talu. Rindu katanya. Pagi yang syahdu, morning breath anak sedara.

Disya ni umurnya sekarang dah 6 tahun. Dah pandai cakap orang putih sikit sikit. Gua menjamah leggingnya dengan tangan.

'Kakak, did you wear underwear?

'No.'

'Then, you wear spender?'

'Bukan spender la Acu. Kakak pakai panties.'

Gua bungkam. Peh budak djaman sekarang punya bahasa, urban betul.


Ahad, 1 Julai 2012

SELERA PAHANG 2

'Papa, papa. Tengok ni.'

'Eh, Boboy lukis apa tu. Meh sini papa tengok'

Boboi duduk dia atas ribaan gua. Secangkir kopi yang tak berhabis minum ditolak ke tengah meja teh, memberi ruang untuk gua meletak kertas bersaiz A3 di bibir meja.

'Cantiknya Boboy lukis. Ada rumah, ada sungai, ada sawah, ada gunung...'

Cup !

Pipi gua mendapat satu ciuman. Boboi memeluk kemas batang tengkuk dan melekapkan pipinya pada pipi gua.

'Papa, papa tolong lukis basikal boleh?'

Gua senyum sambil mengambil pensel kayu pada tangan kiri Boboy. Dalam usianya yang baru mencecah delapan tahun begitu, adalah sangat sulit untuk dia melukis lidi rim, balak, seat, hendel dan sepit udang secara detail. Dan gua mengambil kesempatan ini untuk mengasah skill cikgu sandaran subjek Pendidikan Seni Visual yang gua tinggalkan 12 tahun dulu.

Kelentung, kelentang.

Kelentung, kelentang.

Roro tengah memasak di dapur agaknya. Memang begitulah sokmo kalau dia di dapur. Buas dengan kuali. Tak puas buas dengan gua di katil gamaknya.

Walaupun rumah agam ini mempunyai 2 orang pembantu rumah, namun bab hal masak memasak memang gua suruh isteri gua yang hendel. Bab bab masakan ni memang gua tak percaya sangat pada orang luar.


Selasa, 26 Jun 2012

SELERA PAHANG


‘Hemo, jom pergi makan. Roro lapaaaarrr...’

Tu dia suara makwe gua di hujung talian. Suaranya bagus. Setelah menjawab secara trengkas, gua yang baru sahaja siap menghabiskan dealing dengan seorang customer ada ada di klinik guaman Kuci Koya, bergegas mencapai  blazer di belakang kerusi.

Kereta Satria Evo keluaran Proton terkini gua parking di tempat pakir Zam Zam Restaurant, sebuah restoran makanan Arab terkemuka Bandar Anggerik.

Sesudah menunggu hampir 10 minit, makwe gua yang bergelar Roro sampai dan berlegar legar mencari gua di depan kaunter.  Harakah, sebuah akhbar mainstream pada ketika itu gua letakan di tepi. Gua kabirkan tangan untuk menarik perhatianya.

Dengan pencahayaan yang tidaklah terlalu gelap, tidaklah terlalu terang, dan diiringi musik padang pasir, suasana petang itu bagaikan scene baru nak berbuka puasa.

Setelah makanan yang dipesan sampai, gua menarik  teh pudina ke diri sendiri dan mengunjuk Nasi Arab dan air lemon pada Roro. Pesanan gua lambat lagi sampai agaknya.

Baru beberapa sudu nasi Arab dijamah, Roro dah menyedut dalam dalam air lemon dan menolak pinggan ke tengah meja. Dahi gua berkerut, tambah tambah lagi kambing Morocco yang gua pesan tadi tak sampai sampai.

‘Aok ni dah kenapa? Meknya tak habiskan nasi tu? Tak sampai separuh makan?

Roro menjawab dengan gelengan kepala tiga kali.

Gua mencuba nasi Arab. Baru satu sudu....

Brum...brum...

Gua dan Roro start kereta masing masing. Kami sepakat untuk pergi ke Singgah Sokmo cawangan Shah Alam untuk pekena gulai tempoyak ikan patin.

Isnin, 28 Mei 2012

MAK GUA YANG GENGSTER

Sempena hari cuti sekolah, maka banyaklah majlis majlis menikoh area kampung gua ni. Dalam minggu ni sahaja, lebih kurang 3 buah rumah menikoh dan menyambut menantu. Kalau kampung belah atas ada 2, kampung di kulu ada 1, kampung di kilir pun ada 1 juga. Pendek kata, seminggu la kenyang makan lauk kawah.

Gua, Kak Nana, Apik dan Mak join satu kenduri menikoh ni. Kami follow belah lelaki, adik Mok De Nine. Dia ni budak Jengka, menikoh dengan makwe kampung gua.

Sebagai anak lelaki, gua pun bawalah kereta 4 by 4 Abah yang sengaja ditinggalkan di kampung. Senang nak cari parking time kenduri. Lanyak je semak ke, lopak ke, tak jadi hal. Abah gua tak berkira sangat kalau kereta ni  direnjas.

Kami pun berkonvoi la dari rumah Mok De Nine ke rumah Mat Yassin, ayah pengantin perempuan. Rumah Mok De Nine ni di bawah bukit, jadinya nak ke jalan besar kena la naik bukit sikit. Gua yang ketika itu sedang hendel stereng dan gear ketat kereta 4 by 4 ni memang menyirap jugalah nak follow kereta depan yang bawa pengantin. Memang lembab macam pengantin!

Sebelum apa apa, gua nak beritahu dulu. Perangai mak gua ni dia suka taruk tangan dia pada batang hand brek. Entah benda yang sedap sangat letak kat situ gua pun tak tahu.

Sampai je di simpang tiga nak ke jalan besar, gua terkial kial sama ada nak tarik hand brek ke nak tarik tangan mak gua. Kereta gua dah tergostan sikit, tapi nasib baik gua cekap pijak brek guna kaki.

Kereta di belakang main hon. Gua angkat tangan tanda tak apa apa.

'Hiii...tepi la sikit tangan tu. Orang nak tarik hand brek pun payah.' sound gua dalam berseloroh.

Mak terkrenyih kerang dan cepat cepat alih tanganya dari hand brek. Malu agaknya dengan fiilnya sebegitu yang memungkinkan gua dan ahli kereta belakang berkelahi.

Tapi, gua dah cakap tadi, mak gua ni gengster....

Mak tarik nafas dalam dalam dan jerit.

'Lah, MENDENYA?

Mak gua jegilkan mata pada gua.

Gua yang ketika itu masih lagi dalam mood berseloroh balas.

'Eleh, dah salah dia, nak sound orang balik. Takde point lettew nak marah orang tew. Tu yang keluar 'mendenya' je tu. Kah kah kah...'

'Ah, gasok la. Asalkan keh puas hati !'

Balas mak gua sambil gelak gaya ibu tiri.

Jumaat, 18 Mei 2012

CLASSIC SEKOLAH MENENGAH

Gua masa tu tingkatan tiga. Peh... tingkatan tiga ni adalah tingkatan yang rata rata bebudaknya baik baik belaka. Duduk buat kerja sekolah bila prep petang, duduk baca buku bila prep malam, duduk buat latih tubi di bilik study bila light off.

Tak macam tingkatan dua, semua perangai jadi macam kera. Terlolong sana, terlolong sini. Selak kain, main terup, menyakat  Ghafar, skodeng pondan, fly kedai seberang jalan, bawa henset 3310. Serius macam kera. Kadang kadang kelahi dengan kera. Keliru, mana satu kera mana satu Aker. Perangai dah la sama, muka pulak iras iras.

Baik, tingkatan tiga ni tingkatan yang orang tak boleh kacau mengikut adat resam sekolah gua. Sebab rata rata nak ambil PMR. Nak nak lagi kalau dah masuk bulan 6, 7, 8, lagi la tak boleh bawak bergurau. Dan kesemua kerja kerja seperti membasuh baju senior, ambil air di water cooler dan kes kuih kosui diserah kepada geng tingkatan  2.

Masa tu malam. Gua study la apa lagi. Risau dalam dada ni sampai nak pecah kepala hafal theory phantagorem, algebra, sejarah Mat Kilau dan baris ayat ayat lazim. Itu belum lagi masuk menghafal nama nama resident British di Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Tengah sedap gua study....

'Woi Adik Nana, (merujuk kepada akak gua-Nana, yang bersekolah di tempat yang sama) ko ada megi tak?'
tanya seorang brader tingkatan 5.

'Ada dalam loker tu. Tapi megi tomyam jela tapinya' jawab gua sambil menuding ibu jari ke arah loker.

'Ko buatkan aku sebungkus. Aku lapar la.'

'Tapi saya tengah study ni bang. Tak lama lagi nak trial.'

'Alah, ko buat jela. Banyak bunyi pulak.'

'Abang suruh la budak form 1 , form 2 yang buat. Saya tengah study ni !'

'Ah! Aku nak ko buat. Ko buat jela !'

Peh... buntang mata gua wei dengar brader tu cakap macam tu. Cilake! Dah la ambik megi gua, suruh gua pulak buat megi.

'Ko siap. Ko siap!' bisik gua dalam hati.

* * * * *
Taa !

Gua menendang kisi water coller yang sudah berkarat bahagian bawah.

'Cilake punya jambang. Ko siap la, ko siap. Aku tengah study ko kacau aku ye. Ko siap!' omel gua sendirian.

Waktu tu gua tengah bancuh megi dengan air panas. Seingat gua, tak sampai sesuku cawan pun gua tuang air panas dalam bekas megi tu masa tu. Dan usai gua buka plastik perencah tomyam, gua masuk ke tandas.

* * * * *

Slurrpp... slurrrrpp... slurrrppp...

'Peh...memang terbaik bro megi kau buat.' puji Jambang kepada gua.

Gua senyum nipis dan berbisik di dalam hati.

'Memang la sedap. Megi tomyam bancuh dengan AIR KENCING !'

Kah kah kah kah

catitkiri: gua dengar jambang sekarang kerja dengan Indah Water.

Selasa, 15 Mei 2012

HARI GURU

Sebenarnya, gua dah malas dah nak cerita pasal zaman gua handal melawan guru/cikgu djaman sekoloh dahulu. Malas sangat. Boring. Muak dan tak terhabis kalau nak cerita satu persatu.  Tu belum masuk bab sparring dengan Ustaz Meran lagi. Tu lagi boring.

Sebenarnya, gua pun turut merasa berada dalam sistem perguruan satu ketika dahulu. Walaupun gua bukan lah budak maktab, tapi gua pernah la juga jadi cikgu. Sungguh.

Gua jadi cikgu ganti je sebenarnya. Keh keh keh.

Tapi walaupun cikgu ganti, gua rasa dia punya feel lain macam. Dah macam cikgu sebenar dah rasanya. Apa taknya, gua mengajar setiap tingkatan, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Semua subjek berat berat gua pegang. Add Math, Bahasa Inggeris, Biologi, Sivik, Sejarah sehingga la subjek Seni Lukisan dan Visual. Nasib baik Pendidikan Islam gua tak mengajar, kalau tak pakai songkok la gua pergi sekolah tiap hari. Hilang la rock.

Okay, yang menjadikan lagi epic ialah bila gua jadi cikgu di Sekolah Menengah Kebangsaan (J) Chung Hwa, sekolah cina. Sekolah yang mana ramai hamla hamla bersekolah. Yang dalam kepala lepas habis sekolah nak tolong bapak masing masing buka bengkel spare part kereta. Bergaduh dengan Melayu. Tipu orang macam lu orang bila beli henset. Dan rata rata amoi sekolah tu semua minat gua. Amacam power tak gua? Kah kah kah.

Selain dari gua mengajar subjek subjek berat macam yang gua sembang dekat atas tadi, gua juga selalu mengajar subjek ringan seperti merokok di semak belakang padang dengan hamla hamla tingkatan 5. Gua memang 'friend' dengan bebudak yang jenis hamla ni. Sebab senang nak settle kalau ada hal dekat luar. Gua kalau ada bebudak nak pijak gua dalam sekolah, gua ajak settle luar je. Terus jadi kutu masing masing. Sebut ajak gua budak Padang Tengku, semua ketar kepala. Ha, amacam? Berlagak tak gua? Keh keh keh.

Pernah juga satu hari tu, masa merokok kena kejar dengan babi hutan. Merebas semua lari ke tengah padang.

Okay, baiklah. Cukup dulu setakat ini. Gua dah lambat nak pergi jamming ni.

Sebelum tu, gua simpulkan jadi cikgu-cekgi ni memang mencabar. Serius gua cakap, itu hari siap ada mak budak jumpa HEM pasal gua tibai anak dia. Tapi gua tenang....

Apa? Gua dah cakap cukup tadikan? Okey, nanti gua cerita. Member gua semua dah pakai seluar nak pergi jamming ni. Gua pergi dulu.

Selamat Hari Guru buat cikgu seMalaysia dan gua. Kah kah kah.

Jumaat, 27 April 2012

DUDUK BERSIH 3.0








Kulitnya bersih, hati pun BERSIH
Budi yang baik hatinya pengasih


Kulitnya bersih hatipun BERSIH
Memikul belati tiada memilih


Jadikah bersih hatipun BERSIH
Berkata bermulut fasih


-Gua nak layan lagu ni kejap bagi naik spirit nak duduk besok.

KEHIDUPAN SEORANG ART


Sewaktu gua sedang membeli tiket bas ke Kolumpo, gua perasan ada sorang makwe tengah daring lain macam ke gua. Gua cepat cepat bela rambut.

Makwe tu kecil, putih dan berhidung mancung. Dia sengih ke gua, gua balas senyum sikit. Dia merenung gua tajam. Mulutnya melopong sambil membuat riak muka seakan akan mengingati seseorang. Telunjuknya tala ke atas.

Selesai sahaja berurusan di kaunter tiket, gua buat buat lalu dekat dengan dia, padahal kereta gua dekat belah lain.

‘Eh, Alif kan?’ soal makwe hidung mancung dengan telunjuknya tala ke gua pula kali ni.

‘Ah ye. Aok buat mende sini?’

‘Nak balik Kolumpo. Alif dekat mana sekarang?’

‘Cuti ni, besok nak balik Kolumpo dah. Tu yang beli tiket ni.’

‘Eh, awak kenal tak kita sape?’

‘err.. Aisyah kan?’

‘Salah la.’

‘Atikoh?’

’Bukan.’

‘Amira?’

‘Eeee... bukanlah. Dah la, tak nak la cakap dengan awak dah!’

Kruk kruk kruk !

Gua  garu kepala.

Sumpah gile, aku tak ingat pun nama makwe tu. Tapi muka aku cam la.

Khamis, 19 April 2012

MENGHITUNG HARI

Tik !

Tik !

Tik !

Tik !

Tik !

Yah, tak sador keh Sabtu ni umor dah boleh buat  membuang undi. Cilake!

Tapi gua peduli mende. Malas keh pandir nak daftar. Seruan kerajaan ni kadang kadang buat memunah duit je. kah kah kah !

Rabu, 18 April 2012

CLASSIC 2000

Masa ni gua darjah tiga. Abang gua yang atas pada akak gua sikit ni, dah tingkatan satu. Kiranya dia tua empat tahun la dari gua. Tingkatan satu ni dah ada muscle dah pada perkiraan gua, berbanding kuderat budak baru darjah tiga memang out la.

Gua panggil dia Abang Didi. Tak pun, kalau gua nak kurang ajar sikit, gua panggil Didi je. Tapi kalau mak gua dengar gua panggil Didi je, memang siap la telinga kena cering.

Telah diketahui umum, gua punya fiil memang suka menyakat orang. Sehari gua tak dapat sakat orang hari tu gua rasa macam tak lengkap, badan tak sedap dan nak main petang petang pun gua dah takde mood. Spirit gua lari. Kadang kadang gua jadi sampai mengigil satu badan tak dapat menyakat orang. Cilake!

* * * * *

Hari tu nafsu menyakat gua membuak buak. Patutnya sebelah malam hari sekolah, gua kena pergi mengaji. Tapi, oleh kerana gua advance dalam bab mengaji, gua ambil cuti berehat.

Badan gua jadi tak sedap. Toleh kanan, toleh kiri, takde bahan pulak gua nak buat menyakat. Wan Ngah yang kuat melatah tu tak pulak rajin berdatang bawa gosip Kuantan laifstail dekat rumah. Gua jadi boring.

Pa !

Mata gua tertancap pada meja study. Dekat situ, Abang Didi sama Akak Nana tengah study subjek kira kira. Dipendekan cerita, gua pun berjaya menyakat mereka. Entah apa yang gua sakat, gua dah lupa. Sebab tu jadi, 'dipendekan cerita' tu. keh keh keh.

Didi (tengah marah, terus jadi kurang ajar) naik angin dan mendebok belakang gua dua kali. Gua terduduk tak membalas. Apalah sangat kuderat budak darjah tiga. Tapi gua tak mengaku kalah dan menyimpan dendam. Bukan runcit runcit punya dendam. Dendam yang mempunyai pandangan mata yang tajam!

* * * *

Keesokannya, usai Didi mandi selepas pulang bermain petang petang, gua pun ready atas tangga loteng dengan tangan yang mengepal penumbuk. Didi yang masa tu hanya mengenakan tuala cap "Hari Keluarga PPD Lipis" tak sedar yang gua tengah ready dari atas tangga loteng.

Kebetulan, Bedah- kucing baka kampung, tengah lalu mengiau mencari laki gamaknya, betul betul mengekor Didi menghala ke arah bilik.

Gua pandang Bedah, gua pandang belakang badan Didi. Gua pandang Bedah lagi, gua pandang belakang badan Didi balik.

'Inilah masanya!' getus hati gua.

Hiap!

Gua terjun dari tangga loteng.

Mioooow !!!

* * * * *

'Buat mende aok memunah belakang Abang Didi tu? Aok tak nampak habis calar balar belakang dia?' soal Aboh yang bertindak selaku Ketua Hakim keluarga.

'Bukan keh yang buat, Bedah yang cakar belakang dia.' Jawab gua tenang.

'Dah aok pergi baling kucing tu memang la dia kukar belakang budak tu!' balas Aboh tegas.

Di atas tikar, mak sedang menyapu minyak gamat ke belakang Abang Didi yang sedang mengaduh keperitan. Gua senyum nipis. Puas.

Sorry, Bang... Keh keh keh.

Jumaat, 13 April 2012

MUSLIHAT 3 SETENGAH PAGI

Melihatkan jam tangan yang menunjukan pukul tiga setengah pagi, gua geleng kepala. Tak jadi mende nya kalau setakat mata terkebil kebil pandang syiling rumah yang bersawang di merata ceruk. Tak jadi mende nya juga kalau belakang gua ni entah bila nak dapat baring atas tilam sedap. Mudah mudahan, kerajaan ambil berat dengan hal ehwal pelajar yang tiada bertilam dan berbaring di lantai selain berdebat dengan isu mansuh PTPTN.

Setakat yang gua tulis ni, ada dua ekor lagi kutu selain gua yang masing masing muka tala ke laptop. Entah buat apa tidaklah gua cakna. Mungkin si Lelaki Ipoh itu sedang melayan porno, melihatkan gayanya yang kacip menyilang kaki dan tertiarap di atas tilam nipis. Mungkin juga si Mat Amin tengah menelaah Bahasa Cina, melihatkan gayanya sibuk dengan mengoogle translet dan stress macam orang nak ambil periksa online Mandarin. Manakala gua baharu saja lepas bancuh Nescafe dan tengah menaip.

Masing masing dengan cara masing masing tapi dengan sifat yang sama- menghadap laptop. Tapi gua dapat agak, masing masing dalam kepala tengah fikir:

"Aih, bila la budak budak ni nak tidur. Aku nak layan porno sorang sorang pun tak boleh."

Kah kah kah kah !

Selasa, 3 April 2012

THE CLOROX

Seminggu dua ni, gua jarang up entry. Bukan gua bosan. Bukan gua takde idea. Bukan juga internet gua kena potong. Bukan itu, bukan ini. Bukan!

Gua bizi ni. Gua ada projek sikit dengan rakan rakan pre-law gua dahulu. Kami tengah berkolobrasi membuat kumpulan gitar rancak ni. Ko jangan main main.

Sekarang, gua tengah into scene menulis lirik dan membuat lagu. Manakala arrangement pulak member gua yang dari Sabah tu punya kerja.

Menulis lagu ni bukan macam menulis entry dekat Panas Punggung ni. Ikut dan mulut aja nak merepek tak tentu hala. Bukan. Menulis lagu ni kena ada kesenian yang halus, kena ada itu, kena ada ini. Kena ada serba serbi kesenian.

Manakala, kesenian mengukir kayu pula boleh tolak tepi.

Sekarang, gua dah siap lima lagu. Semua dah beres sekali dengan arrangement dia. Tinggal nak record aja belum lagi.

Lagi satu, gua nak cari keyboardist. Kalau boleh gadis gadis la tapinya. Free hair adalah priority kami. Muka nak yang licin. Baru senang nak jual. Keh keh keh.

Berminat?

Kontek gua dekat emel alif.amin@ymail.com atau boleh bbm gua. Kah kah kah.

(273A4511)

Rabu, 21 Mac 2012

NAJIB DATANG

Ha, molek sangat la kalau aok sudi datang dekat sini. Lagipun dah dekat sepenggal aok jadi PM, usahkan nak datang melawat kampung keh di daerah Lipis nuh, duit bantuan baja pun tak berapa nak masuk dengan kampung Seberang Jelai nuh. Jadinya, jangan marah la kalau tiap kali election, kome sepakat pangkah PAS.

Ni saya nak buat kompelin sikit la. Dah alang alang aok datang dari Putrajaya tu ye dak. Tapi buat pengetahuan aok la, sebenarnya ramai juga orang Lipis berkerja di Putrajaya nuh. Ada yang kerja dekat pejabat Perangkaan, ada dekat Sumber Manusia, ada dekat Jabatan Ukur dan yang paling banyak bekerja sebagai Pak Guard.

Entah mende la sedap sangat bekerja di Putrajaya tu pun keh tak tahu. Dah la sewa rumah mahal, makanan mahal, kencing kena bayar, dan cukai pintu rumah tak munasabah. Pada safa'at keh la, deme ni nak eksyen je lebih. Sebabnya, nanti bila orang kampung tanya,

'Aok kerje di mana Seman?'

'Keh bekerja di Putrajaya!'

Tak pun ada yang lagi ek' dia jawab,

'Keh kerja di Kolumpo!'

Peh... orang kampung kalau dengar aja kerja di Kolumpo, mesohor sangat dah gayanya. Nak pulak bila anak dia balik dari Kolumpo pakai kereta Mitsubishi, henset Blekberi, rambut kuning. Peh!

Baiklah, berbalik pada kompelin tadi. Keh rasa aok patut pantau sikit keadaan, kejerihan dan keperitan pelajar dekat sini. Ni keh dah buat list dah. Aok baca je ikut nombor:

1. JALAN RAYA. Jalan berlubang lubang. Entah dari zaman bila dia start belubang keh pun tak tahu. Tahu tahu, dah masuk sini memang dah jenis berlubang dah jalan dalam UiTM ni.

2. PARKIR. Aok tahu berapa ramai student dalam UiTM Shah Alam ni sahaja? 10 000? 12 000? Kepala hotok aok! Lebih 100 000 pelajar. Dah tu, tak reti reti nak buat bangunan khas pakir kereta? Ni biar student dengan staff berebut parkir. Dah la staff pun datang lewat, tapi ada parking khas. Kepala bana dia! Buat la parkir bertingkat. Menara Engineering tu tahu pulak buat tinggi tinggi. Kepala hotak dia buat bengkel dalam menara. Macam mana nak angkut mesin berat berat tu? Macam mana student engineering nak angkut enjin motor, selak pintu, mesin tebu dan kokpit kapal terbang naik dalam lift?  Tak sewswai okey!

3. AIR MINUM. Ini terjadi pada budak budak yang duduk di kolej/hostel. Water cooler/dispenser takde langsung. Takan la bebudak nak kena pergi masak air dulu dalam heater, lepas tu baru air tu selamat diminum.  Buatnya budak baru lepas main futsal ke kawad ke, jenis dahaga nak mampus nak minum air. Tak ke melepuh lidah budak tu minum air panas dari dalam heater. Tapi, yang keh heran, dalam kebanyakan office ada pulak water dispenser. Siap jenama Igloo lagi. Herm...

4.KEMUDAHAN2 LAIN. Keh dapat discover dua kekurangan jela setakat ni. Ni pun apa yang keh into. Studio Jamming dan Gymnasium. Keh dengar staff ada gymnasium sendiri, ada studio jamming sendiri. Tapi, yang belajar musiknya, yang nak mengejar ilmunya student. Gym untuk student ada 1 je. Tu pun kecik nak mati. Busuk toksah kira la, dengan mesin besi tu tercabut dawai nya lagi, kabel putus. Bahaya pepalih! Ada lagi satu gym untuk student jugak, tapi tu untuk budak sport rec jela. keh ni malas je nak tempeleng sekor sekor kepala budak sport rec masa diorang buat muka bila kita (student bukan sport rec) masuk gym diorang. Macam, bagus! Bebudak kalau nak guna studio jamming cukup payah sekali. Macam macam alasanya. Pergi hantar borang dekat sana, pergi hantar borang dekat sini. Birokrasi sangat. Last last kalau dapat pun dapat barang dah rosak, barang tak sedap. Penyudahnya, kena sewa studio luar. Duit PT aok pulak cas 1%. Molek sangat la tu makan riba'.

5. Itu aja setakat yang keh ingat ni. Pembaca, boleh la tambah aduan/kompelin pada ruangan komentar di bawah sekejap lagi.

Sebab keh ni mengadu pada aok sebab ada sebab. Bukan buta buta punya mengadu. Memandangkan UiTM ni antara penerima peruntukan terbanyak antara IPTA-IPTA yang lain dan aok juga Menteri Kewangan, ada baiknya aok buat siasatan mana perginya wang peruntukan tu. Betul ke tidak aliranya. Mengalir kemana? Ke student ke atau ke staff ke. Ada ke peruntukan untuk staff. Betul ke tidak aok bagi peruntukan. Ke aok saja je bentang dalam Bajet nak pancing undi. Keh keh keh.

Mohon aok ambil cakna kompelin kompelin keh tadi. Kalau boleh, aok up la sikit usul keh tu dalam manifesto PRU13 nanti. Kekeke.

Lagi satu, aok kalau tengah makan malam karang, keh tak ada dekat tempat yang aok reserve untuk keh tu, aok jangan berasa hati la. Keh terus terang cakap, malam ni memang keh ada hal. Nak berjamming kejap. Keh dah ada kumpulan baru. 'CloRock' nama dia. Tak lama lagi nak keluar ep. Mintak maaf sangat la.

Okey lah, keh nak bela tombol pintu bilik ni kejap. Entah celaka mana pulas kuat kuat masa menutup pintu semalam. Dah dia jam. Ok, kirim salam bini. Pesan ke dia, buat kelaku molek sikit malam karang. Orang ramai tutuh perati ke dia je sekarang ni.

Sehingga berjumpa lagi di rumah kelahiran mu- Bukit Bius, Kuala Lipis.

Isnin, 19 Mac 2012

MISS-KOMUNIKASI

Baru sebentar tadi, masa gua tengah lunch nasi kerabu sama air anggur di bilik, ada mesej masuk dalam telefon bimbit gua.

'Salam. Msg from your tutor: Class will begin next week. So no class today. And please make sure u informed dekat calssmate you'

Jadi, sebagai class rep subjek separa berat- Advance Business Law yang bertanggungjawab, gua pun forwadkan mesej tersebut kepada semua rakan sekelas secara pukal dan tergesa gesa. Hal ini menyebabkan gua menjadi havoc semasa menyuap nasi sementara tangan kiri menari nari menaip mesej.

Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan sekejap lagi. Dalam pada segala mesej tersebut sudah tersend, ada lagi yang masih bengap atau pun buat buat bengap. Contohnya mesej mesej ni:

'Ni sape?'- Bella Maskor, minah Jawa Kalang

'Kelas apa ni'- Nadirah, budak baru.

'Ni cpew?'- Izzati Mas Adaveena, atau nama pendek Evy.

Hati gua mula bara. Apa gila tak save nombor gua awal awal? Gua ni kan retis? Semua orang kenal. Semua orang berebut nak nombor gua. Gua saje je buat sombong kata gua pakai public phone. Cheeewah...

'Kalau aku yang bagi mesej, mestilah berkaitan dengan kelas law. Aku kan kelas rep. (chewaaah) Lagi satu, hari ni kelas tutorial, kelas law aja. Yang korang pergi tanya lagi buat mende? Gampaaa !'

Gua balas. Kali ni gua terkial kial nak isi air anggur dari dalam plastik ke dalam kole. 

'Jap2... nak anta msg nie kt evy ke?' Balas Evy.

'Kalau ko rasa kelas law sekali dengan aku, jangan datang pukul 2 ni. Kalau takde kaitan, please ignore. Lagi satu, save nombor aku lain kali. Jangan bagi aku hot. Chewaah! Balas gua dalam pantulan mesej yang lebih kurang marah dia punya bunyi.

Lepas tu lama juga mesej dari Evy tu nak muncul. Entah buat apa lama sangat makwe Rantau Panje ni. Balik Golok agaknya. Tapi dalam hati, gua ingat dia tengah terkial kial save no gua guna henset skrin sesentuh. Tak pun report pakwe sebab kena marah dengan gua yang garang ini. Ggrrrrr !!!

Selesai aja gua siap buang bungkusan nasi kerabu ke dalam jabir plastik yang tergantung pada engsel tingkap, ada mesej masuk dalam inbox gua. Gua saspek ni mesti dari Evy.

'Sory, evy daa xgne num nie...skg ank sdre dy y gne...'

Ta ! Ta ! Ta !

Lepas tu gua rasa macam nak nyala Surya dan siku kepala member yang tengah makan bersila atas lantai.

Rabu, 14 Mac 2012

SURYA

Berikan aku sepuntung Surya, dan aku akan terus berkarya.

Surya dan Denim Lusuh

Isnin, 20 Februari 2012

NYIUR DISEBALIK PENYAPU

Trrrrr...  Trrrr... Te Trrrr....

Badan mesin parut kelapa bergegar gegar.

‘Buat mende tu mak?’ tanya gua sebaik melangkah dari tanah ke dapur.

‘Mesin nyior ni ha. Nak buat gulai lemak labu.’ Jawab mak acuh tak acuh sambil tangannya yang dahulu pernah jadi tangan makwe makwe ligat menghendel tempurung kelapa pada mulut mesin kelapa.

Selalunya, kalau bab kelapa ni, gua la orangnya yang hendel dari bab mengupas, membelah, hinggalah ke memesin kelapa. Mak, tinggal memerah santan je. Tapi, memandangkan hari ni gua baru balik dari menebas, mak gua offer diri nak buat semua mende. Manakala abah gua terbaring. Demam katanya. Dah tiga hari ambil MC.

Gua punya tekak dia punya haus mengalahkan orang berpuasa petang petang. King of Haus orang kabor. Gua buka peti ais, cadang nak la minum air sedap sikit buat penghilang dahaga.

Sebiji tin Nata de Coco gua capai. Dalam kepala dah main air Nata de Coco sejuk dalam gelas besar sambil layan Klasik Nasional di berandar belakang rumah. Gua senyum nikmat.

Sewaktu ingin membancuh air gula, terdapat beberapa manik gula tertumpah dari mulut kole. Gua geleng kepala sambil kata dalam hati, ‘ah, kejap lagi la aku settle.’

Mak yang baru saja selesai memesin nyiur tersedar.

‘Haa, aok buat tumpah gula ya. Pergi ambik penyapu, sapu.’

‘La, tak payah pakai penyapu pun takpe. Kutip pakai tangan je boleh. Ada  ke 5 butir je gula tu tumpah.’

‘Pakai penyapu la bersih sikit’

‘Mana ada penyapunya dekat dapur ni.’ Balas gua sambil mencari alasan.

‘Ada... penyapu dekat belakang pintu bilik Kak Nana. Pergi ambik sapu.’

Sebagai anak yang malas nak bertaki* dengan mak bapak, gua pun ambik penyapu.


‘Ha alang alang tengah menyapu tu, aok sapu sapu sekali nyior dekat mesin tu. Mak tertumpah sikit tadi. Hehehe.’ Perintah mak gua sambil terkerenyih kerenyih memerah santan.

TA TA TA

Patut la beria ria sangat nak gua menyapu. Rupanya ada nyior  disebalik penyapu !
  
Catitkiri: Bertaki = berdebat

Selasa, 14 Februari 2012

LIPIS GENGSTER 5

Ta ta ta !

'Sebagai wakil Belia 4B Kampung Seberang Jelai, saya nak tanya sikit, mana perginya Tok Empat kampung kita ni? Dah tiga hari berturut turut saya pergi ke rumahnya tak berjumpa.'

Seorang pemuda menghentak hentak meja makan di warung kopi Pak Ali dengan hulu parang.

'Budak budak dah bising. Piala pusingan Liga Futsal JKKK tak dapat dapat lagi. Dah dua minggu budak budak yang menang hari tu tanya saya. Bila nak dapat piala? Bila nak dapat piala?'

Ta ta ta !

Meja kayu yang kejuruteraanya mungkin tak dapat lagi CF bergoyang goyang dihentak pemuda yang nampak serius pada malam itu. Barangkali ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati.

'Mana la saya tahu. Piala tu bukan pada saya. Pada Tok Empat. Tapi sebagai pengerusi merangkap wakil Belia 4B kampung kita ni, saya terpaksa menjawab. Kalau tak, malu besarlah Tok Empat kampung kita ni tuan tuan sekelian'

Meja kayu yang ibarat hogei menanti roboh itu terus menerus dikepalabanakan. Pak Ali geleng kepala tiga kali.

'Pening kepala saya ni tuan tuan. Pening kepala saya ni.' kata pemuda itu sambil menepuk nepuk dahi.

'Mana saya nak taruk muka kalau budak budak ni tahu Tok Empat yang sorok piala pusingan tu? Mana saya nak letak muka saya ni tuan tuan? Itu belum lagi kes baja subsidi. Berapa banyak orang kampung nampak dia sorok berguni guni baja bawah rumah.'

Lagi sekali Pak Ali geleng kepala tiga kali. Tuala Good Morning yang tersidai di tengkuknya dihempas ke meja setentang denganya. Pak Ali kepal penumbuk.

'Kalau tuan tuan nak tahu, saya sendiri nampak dengan mata kepala saya Tok Empat jual baja baja tu pada cina Ah Siong  Padang Tengku. Saya sendiri nampak. Ni mata ni jadi saksi' Pemuda tadi bertegas sambil menjuling julingkan biji matanya yang terjegil.

'Saya sebagai wakil Belii...'

Pub!

'Mende yang ko merepek sorang sorang ni Mail? Habis la punah meja aku tu, yang ko pergi hogoh tu pasalnya?

'Sss... saja je Pak Ali. Nak berdrama sikit.' Balas pemuda tersebut dengan mata pejam celik pejam celik sebaik ditinju oleh Pak Ali.

'Drama drama kepala koma ko! Dah dah, pergi balik. Aku nak tutup kedai ni.'

Pemuda tadi terkerenyih kerenyih meninggalkan Pak Ali mengemas kerusi di warungnya. Sambil berjalan, dia memetik bunga raya di sempadan masjid untuk dibuat cucuk sanggul.

'Ada hati nak jadi kepala belia. Tak padan dengan gila.' Pak Aji geleng kepala lagi tiga kali saat menutup pintu gelangsar warungnya.


LIPIS GANGSTER 
LIPIS GANGSTER 2
LIPIS GANGSTER 3
LIPIS GANGSTER 4 

Sabtu, 11 Februari 2012

KUIH KOSUI 2

Masa tu gua berada dalam tingkatan dua. Tingkatan dua ni adalah tingkatan yang paling celaka dalam banyak banyak tingkatan. Masa ni la gua kena kantoi* buat itu ini seperti membasuh baju abang abang, mengambil air di water cooler, jaga line abang abang merokok di luar tandas dan segala kerja gampang yang boleh buat gua buruk muka nak menulis kesemua sekali satu persatu.

Dalam banyak banyak gua kena kantoi tu tadi, ada satu scene ni gua tak boleh tak ingat. Mesti gua ingat. Pasal kisah ni gua rasa epic dia sampai sekarang gua dapat rasa pada celah kangkang gua ni. Celaka!

* * * * *

Ketika itu, gua dan member gua- Cheng Jambu baru sahaja selesai makan petang di dewan makan. Dalam kepala masing masing semua dah ketar kepala nak main bola dekat padang belakang asrama blok A.

Dalam perjalan menuju ke bilik masing masing, tiba tiba kami di 'sweet' oleh brader yang separuh Melayu separuh India iaitu Mamok.

'Weh, ko berdua tolong ambik kuih dekat dema* untuk aku. Lepas tu bawak dekat bilik aku ya' Kata Mamok sambil menepuk nepuk bahu Cheng Jambu.

Cheng Jambu yang ketika itu mukanya mengalahkan bebudak Super Junior dia punya jambu senget sedikit bahunya ke sebelah kanan akibat tepukan tangan Mamok. Ko tau je la Mamok tu besarnya mengalahkan tong deram. Dah la itang. Tetek lanjut. Kalau cakap bab bau badan pula, usah cerita la. Gua yang tengah menaip ni pun nak terjeluak. Wek!

Lalu selesai saja kami, ceh kami. Tak sedap langsung. Ok gua tukar. Lalu selesai saja kitorang mendapatkan dua biji kuih kosui tiap seorang, tanpa membuang masa kitorang menuju ke bilik Mamok.

Masa tu dalam kepala gua asyik main perkara perkara yang Mamok buat pada gua seperti lintas gua sewaktu beratur nak ambik nasik ayam di dewan makan dan pow Nescafe ais gua sampai kering dengan sekali sedut je padahal waktu tu gua tengah pedas. Gua jadi menyirap!

'Stop dulu Cheng, stop!' arah gua yang ketika itu sikit lagi nak naik tangga menuju ke bilik Mamok.

'Pasal ko ni?'

'Kita ke kolah sekejap'


* * * * *

Cheng Jambu pandang gua. Gua pandang Cheng Jambu. Gua hangguk. Cheng Jambu pejam mata rapat rapat. Masing masing tanggal seluar.

Pap ! Pap! Pap!

* * * *

Mamok makan dengan selera sekali kuih kosui yang gua dan Cheng Jambu bawak. Walaupun kelapa parut pada kuih kosui tu dah takde, tapi dia mampu makan sampai menjilat bibir atasnya yang tebal.

Sewaktu gua melangkah keluar dari bilik Mamok, gua geleng kepala dua kali. Satu pasal tengok nasib Mamok makan kuih kosui kepit celah kangkang, satu lagi pasal macam mana gua nak settle kes celah kangkang penuh dengan kelapa parut.



Catitkiri:
Kena kantoi = Kena suruh buat kerja oleh senior.
Dema= Dewan Makan

Jumaat, 10 Februari 2012

TAK DAPAT TIDUR

Dalam pukul 2 lebih macam tu, entah macam mana mata gua ni tak boleh pejam pulak. Bila gua pejam gua rasa nak buka. Bila gua dah buka, gua terkebil kebil pandang syiling.

Pa ! Pa ! Pa ! Pa !

Bunyi kipas syiling membuatkan gua rasa nak terjeluak. Lalu gua ketik suis off pada remote kipas.

Gua ke ruang tamu dengan selera nak layan TV. Kusyen sofa ada sebiji atas lantai gua buat jadi bantal. Layan TV sambil berbaring ni baru feel. Gua tekan punat merah.

Dari satu channel gua kalih ke channel lain. Satu apa pun rancangan TV tak kena dengan tekak gua. Gua alih sukan, pun tak jadi. Apa ke banarnya golf ni boleh jadi sukan? Pada firasat gua, golf ni sejenis alat melobi tender JKR.

Gua alih lagi dari satu channel ke channel yang lain dengan harapan jumpa cerita yang benar benar into gua punya taste, gua punya mata.

Alih, punya alih, punya alih... gua dapat cerita hantu. Channel apa gua dah tak ingat. Tapi cerita hantu Indonesia la tapinya. Ceritanya lebih kurang sekerat dah berlalu.

Dalam kepala gua tak pikir lain, sambil gua tengok TV gua teringat cerita pasal anak Yong jumpa hantu tinggi dekat selekoh belakang rumah lepas dari mengisap gam. Lepas tu, gua teringat pula cerita Mok De gua dengar orang perempuan mengilai di batang durian dekat jalan yang sama. Lepas tu, gua teringat pula kes gua dengar bunyi langsuir waktu nak makan malam di berandar belakang rumah.

Tapi gua steady lagi. Dalam TV tengah main scene makwe makan bakso setelah penat membeli belah di sebuah gedung terkemuka Jakarta. Teguk air liur juga tengok makwe tu dress up.


Lepas tu scene dalam rumah. Makwe tu ke dalam bilik air untuk membersihkan badan. Tiba tiba black out. Suasana menjadi kelam. Dalam samar samar lampu lilin, di dalam tap mandi yang sudah separuh dipenuhi air terlihat......

Tip !

Anak anak beruang berlari ke arah ibunya. Ibu beruang yang baru sahaja mendapat seekor salmon mengagih agihkan hasil buruannya kepada dua ekor anak yang baru 2 bulan hidup di hutan Alaska.

Catitkiri: Ok, gua terus alih Nat Geo Wild. Apa gila gua nak tengok cerita hantu sorang sorang dekat kampung?

Khamis, 9 Februari 2012

MANDI

BRA !!! BRA !!! BRA!!!

Amboi, kuat betul bunyi orang rumah sebelah ni mandi.

Rabu, 8 Februari 2012

AKADEMI FANTASIA

Pada masa tu, Akademi Fantasia memang tengah hippies. Orang Lipis semua pakat pakat pasang Astro nak layan AF punya pasal. Rumah Mak Ngah Zainoh pasang Astro, rumah Ayah Akob pasang Astro, rumah Mat Jidin pasang Astro, rumah Zul Kambing pasang Astro dan rumah Tok Imam Ali pasang Astro. Malah rumah yang nak roboh dekat kampung gua ni pun turut tak terkecuali dalam hal ehwal  memasang Astro.

Gua baru je habis SPM. Masa tu Mawi dah popular dah. Semua orang nak jadi Mawi. Asal botak sikit je terus orang cakap buat rambut Mawi.

'Tu potong rambut botok tu, nak jadi Mawi lettew'

Kepala banar dia. Gua masa tu botak pasal gua main rugby. Baru la saiko sikit pihak lawan. Ganas. Rebel. Agresif ! Cheeewah.....

Memandangkan bakat gua dalam bidang seni suara berada dalam rangking atas atas daerah Lipis, adik beradik gua berkonspirasi untuk menghantar gua ke audition di selatan tanah air tanpa pengetahuan Mak. Kerana mak gua dah sound dah awal awal dulu.

' Aok jangan nak berangan nak jadi penyanyi adik. Belajo dulu. Menyanyi tu tak lepas kemana.'

Lalu disambung dengan ayat padu abah gua.

'Muka tak sepera, nak jadi penyanyi. Aok tengok muka Awei tu lawo ke tidok?'


Kesudahanya, gua berangkat ke JB atas alasan bagi menimba pengalaman di negeri orang. 

* * * * * *

Ni lagi dua hari sebelum audition di Plaza Angsana bermula. Gua dah beberapa kali tarik lagu Aduh Saliha time mandi dalam bilik air. Sedap. Ada gema. Kekeke.

Selesai berjimak, tiba tiba telefon bimbit gua berbunyi. Skrin menunjukan "Mak Calling...". Gua ketik punat hijau.

'Hah adik. Aok nak buat mende duduk Johor lama lama tu?'

'Cari kerja la mak.'

'Aok jangan pedeoh. Mak tahu aok nak masuk AF kan?'

Gua diam....

'Aok balik Lipis sekarang. Aok balik Lipis sekarang' Mak gua sambung.

* * * * * *

Beberapa bulan selepas itu, gua yang kebetulan sedang menjadi kutu, meluangkan malam minggu bersama keluarga memandangkan hari hujan dan tiada  aktiviti sedap dapat dilakukan.

Dalam kaca TV, rancangan Akademi Fantasia musim ke 6 (kalau tak silap) tengah dimainkan. Mak gua macam biasa terlentang atas 'kerusi dia'. Kerusi tu takde orang boleh duduk. Manakala, abah gua ambil seat murah- atas lantai sambil makan kacang goreng tabur garam.

Kesemua kami tengah ralit menonton tv. Semua terpana. Diam dan khusyuk mendengar lagu 11 January yang dialunkan oleh seorang pemuda gempal-Riz. Tiba tiba dalam semua terdiam tu, mak gua bersuara.

'Aok tak rasa menyesal ke tak pergi audition hari tu adik?'

'Kenapanya? Mak nak suruh kome masuk AF ke?'

'Nak jugak.....' jawab mak gua sambil tersenyum parody.

Ta ta ta !

Mak.... ko, ko, ko, ko memang........!

LARIS


Cerita dalam slanga Kuantan campur Tranung sikit sikit. Ork, ke tak ork?

Lagi satu, gua nak nasihatkan, janggut tu bela sikit lagi, kalau tak baik cukur terus.

Laris....laris...


Selasa, 17 Januari 2012

PAHANG VS KEDAH

'Nanti, hang konfem tak larat punya nak layan Tok aku. Dia tu kuat berborak!' tegas Mat Amin yang sedang dalam perjalanan menuju ke rumah toknya di Petaling Jaya.

Gua, Bang Bil dan Lelaki Ipoh yang sebelumnya riuh di dalam kereta berhenti berhomih. Masing masing senyap melempar pandangan ke luar tingkap. Barangkali, dalam kepala masing masing tengah kumpul point apa barang nak berborak dengan tok si Mat Amin ni nanti.

* * * * * *

Setelah pintu pagar dibuka secara manual, kereta Pesona kaler hitam metalic memasuki laman rumah teres yang berseni bina era 70 an. Pada firasat gua, rumah ini kalau di bawak gadai, rega dia dekat dalam ratus ratus ribu juga. Gua geleng kepala.

Beg, kipas, safety helmet, pongkes dan beberapa lagi alat kelui dikeluarkan dari dalam bonet kereta. Gua yang ketika itu bersama sama Lelaki Ipoh dan Bang Bil mengangkat barang barang Mat Amin ke dalam rumah.

'Eh, mai mai mai. Masuk rumah dulu. Minum ayaq dulu'

'Eh, tak pe la Tok. Takpe, nak angkat barang dulu.' Kata gua sambil bersalaman cium tangan.

Mat Amin diam terpana.

* * * * *

Dalam perjalan pulang menaiki kereta...

'Woi, tadi tu Pak aku. Bukan tok aku!' sound Mat Amin keras.

Ta ta ta !

'Mana la aku tahu. Dekat Pahang, orang panggil Tok tu untuk lelaki, bukan perempuan.' jawab gua sambil tahan zakar!

Jumaat, 6 Januari 2012

BENDE SEDAP

Bangun dari tidur dalam pukul 10 macam tu, gua termenung lama depan skrin laptop. Dada gua dub dab dub dab. Rasa macam tak kena.

Menguap gua dah lari tune. Gua rasa macam tak kena kalau tak pekena- sejenis bende sedap. Kira kira lama juga gua tak pekena benda sedap ni. Badan pun dah khakes lain macam.

Lalu gua bangun pakai baju dan terus menuju ke pasor. Dua tiga budak rumah yang tidur bergelempang depan pintu gua langkah. Badan tengah tak sedap ni tak berapa boleh dibawak bersopan sangat.

'Bang, bagi kaki ayam sekilo'

Ta ta ta!

Brader kerat kaki ayam dari badan ayam dalam keadaan yang epic.

Duit baki 30 sen dalam kocek kanan seluar jeans kerat, gua buat beli daun kesum.

* * * * *

Baru sekejap tadi gua hirup kuah bende sedap ni. Kuah yang panas menggelegak gua hirup muncung bibir pada ceper sudip.

Ta ta ta!

Gua karate sinki! Puas. Alip, ko, ko, ko, ko memang power masak gulai masam!

catitikiri: 'gulai masam' = gulai asam tempoyak. (dialek Lipis)

Khamis, 5 Januari 2012

LAYAN TAHUN BARU

Layan juga lagu ni tengah pening kepala ni. Makwe garing. Sayangnya, celoh pelipat itang. Kekekeke