Rabu, 7 Disember 2011

ETIKA & SAMAN

Polis Malaysia Baik


Itu hari, motor gua kena tahan. Gua berenti jela tepi jalan.

'Lesen dik' kata abam polis lembah lembut macam iklan dalam TV.

Oleh kerana mood gua baik itu hari, kerjasama rebelis-polis berjalan lancar.

'Maaf lah dik. Saya bukan apa, saya hanya menjalankan tugas sahaja' unjuk abam polis surat saman ke gua dengan tangan yang terketar ketar.

Gua angguk sambil mata terpejam. Gua tak banyak cakap sangat kalau dah buat salah. Redho je la.

* * * * *

Sekejap tadi, gua baru lepas pergi balai polis untuk menyetelkan hal saman menyaman ni. Macam biasa, lepas tongkat motor gua cabut helmet. Tak manis pula orang kabor pakai helmet kuning dalam balai.

Gua terus ke kaunter 'Pembayaran Saman'. Sambil unjuk surat saman ke mak cik kaunter, gua senyum tanda gua into 'kerajaan'. Makcik kaunter yang mukanya lagak seorang ibu tiri sikit pun tak pandang gua. Seolah olah depan dia ni banduan.

Pung Pang Pung Pang!

Makcik kaunter terpekik terlolong mengherdik gua. Tanpa banyak cakap lalu...

TA ! TA ! TA !

Makcik kaunter tertiarap diatas bibir kaunter. Mulutnya berbuih, spek matanya senget dan tudungnya herot petot. Gua berjalan keluar balai secara gostan. Itulah padahnya kalau tak beretika dengan seorang rebelis.

catitkiri: Gua bukan nak cakap semua public servant macam ni. Cer bandingkan situasi ketika disaman dan situasi ketika membayar saman. 

8 ulasan:

Nor atau Nad berkata...

makcik tu sawan ka??

Alif Amin Othman berkata...

Sawan lepas kena krate dengan aku!

Tanpa Nama berkata...

ingatkan kene rogol

Maira Junoh berkata...

kne saman ape ron ?

Nur Nadia berkata...

ko krate betol2 ke alip?

Alif Amin Othman berkata...

Kena saman motor takde sticker!

N A N a t O berkata...

ah kau..klu kau kompang citer...mcm satu balai tu ko kompang kemas...mak cik pejabat pos ko x nak sound ke? dgr kata, lepas hjh cyah benti keje nih..makin ganas dia org jd...

Alif Amin Othman berkata...

keh keh keh. bila legend berenti, semua naik kepala ni.