Khamis, 20 Oktober 2011

DISAPA TABLIGH

Kong kong kong...

'Assalamualaikum...'

Kong Kong Kong...

Pintu bilik gua diketuk dengan lebih kuat. Macam nak tertanggal paku sangkut seluar tu.

'Assalamualaikum...'
Sekali lagi dengar suara sayup sayup memberi salam dari luar.

'Masuk je la woi. Pintu tak berkunci!'
Jerit gua dari arah dalam tanpa menghiraukan salam.

Pintu di kuak sedikit demi sedikit. Dari lampu koridor gua dapat nampak dua orang budak berjanggut datang ke arah gua- seorang berpakaian arab, seoarang lagi pakai T-shirt ada tulisan 'Hari Keluarga'.

'Kami nak pinjam beberapa minit dari saudara. Boleh ke?' Sambil berjabat tangan.

Gua angguk lalu capai jaket panas di kepala katil. Orang tabligh datang ni, kalau tak pakai baju nampak tak senonoh benar. Gua perbetulkan sila memandangkan kerusi di bilik gua tidak cukup kalau nak bawak berborak secara 3 on 3.

Dari cerita Abu Hurairah hinggalah ke Harta Karun. Dari Harta Karun hingga la ke cerita Pirate of  Carabean.
Semua benda keluar. Kapten Jack Sparrow la, orang perut gendut la, orang muka sotong la, orang kaki dengkot la, makwe Inggeris la, semua watak budak baju 'Hari Keluarga' tu perincikan satu persatu.

Gua banyak mengangguk dan ter 'haa, haaa...' jer.

Seperti biasa, gua pun buat buat tengok jam dan beberapa kali mengangguk serta ter haaa, haaa...

Agaknya mereka faham dengan bahasa tubuh gua, mereka pun berangkat mahu bertarbiah ke orang yang lebih patut. Tapi sebelum tu, abang pakai baju arab ada sound;

'Kami teringin benar nak dengar suara saudara di corong surau.' Sambil tersenyum manis penuh harahap.

Gua buat macam biasa, angguk dan ter haaa, haaaa...

4 ulasan:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

lu tak tak ajak diorang membincangkan isu maria ozawa?

Alif Amin Othman berkata...

Apa lu gila sundal nak berborak pasal maria. Apa lu gila?

FM berkata...

tabligh mana ni? student ke org luar?

afzan berkata...

tgk jam tu gua sokong. lepas ni bila rasa2 tabligh nak datang lu cepat2 gi kuar makan