Sabtu, 15 Oktober 2011

DAPAT HAMPER


Pagi tadi gua ada menyertai satu aktiviti ekstrim, merujuk kepada banner yang tergantung- FEAR FACTOR!


Cilake, sumpah tak Fear Factor bagi gua. Steady je gua abseiling pejam mata. Tak berdebor langsung. Peh...

Lepas tu gua dengan grup gua menang beberapa acara 'ekstrim'. Ada la wang tunai sikit buat beli rokok sedap. Hamper dua tongkoh buat kongsi ramai ramai.

Bila dah kata kongsi ramai ramai, semua jadi ketar kepala berebut nak hamper. Gua steady duduk belakang sekali atas divider longkang. Malas gua nak berebut macam budak budak tadika. Tak rebel langsung!

Tapi ada la yang prihatin hulur gua sumi sikit, tam tam sikit, supering sikit, kuih rokok sikit, maruku ikan sikit, air botol 100 Plus dan cekelat getah sikit. Last last gua punya jadi banyak pada orang lain. Gua buat senyap je la lepas tu.

Sebelum gua balik, gua sauk 2-3 karipap sama cucur badak yang mana berlebih takde orang makan. Gua letak sekali dengan hamper dalam raga motor. Oleh kerana hari berdentum dentam hujan, gua pecut tak menyempat nyempat.

Gua menuruni bukit yang pada hemat gua, sebelum ni memang gua boleh makan. Gua steady pecut dengan tak menyempat nyempat!

TRAAAAAA........!!!!

Gua dive atas tar....

Karipap, cucur badak, tam tam sama supering gua tak ingat tercampak dekat mana. Ke longkakng gamaknya. Yang gua ingat satu je.

'Muka aku ok? Muka aku?' tanya gua pada brader yang tolong angkat motor.

'er... dekat dagu tu je kena sikit...'

Hari tu gua dapat hamper beb. Gua dapat hamper!





Gua dapat hamper!

Posted by Picasa

5 ulasan:

FM berkata...

alaa kesian karipap, cucur badak semua..

eh bubuh oilment cepat sikit baik..

Alif Amin Othman berkata...

ok ok. baru lepas cuci luka ni tin.

izzah berkata...

wah..ni baru btl LELAKI dpt hamper BESAR cenggitu!!haha..get well msoon,aaron!*bru mlm td tgk kau sihat walafiat je

Alif Amin Othman berkata...

gua saje buat buat sihat. Nanti org kata manja pulak.

afzan berkata...

eleh baru luka siku dah nak menunjuk-nunjuk. siku kang!