Khamis, 8 September 2011

PENDEKAR BUKIT PUTERI

Dahulu, masa time gua kecik kecik. Ada juga cerita pendekar pendekar ni main dekat tivi. Gua tak pasti la tivi mende yang wajib tayang cerita pesen pendekar ni. Gua kecik lagi. Empat lima enam tahun macam tu la.

Masa tu, gua ingat R. Jaafar jadi Pendekar Ayam Berkokok dalam filem Pendekar Lapok. Heronya AR Badul. Cilake. Tak hensem langsung punya hero.

Lepas tu gua tanya wan gua. Pendekar tu mende? Wan gua kabor, pendekar tu macam Hang Tuah. Lawan dengan orang jahat. Ada kuasa sakti. Power.

Jiwa gua bergoncang.

Mak gua kabor, keturunan kitorang keturunan pendekar. Wan gua pun kabor macam tu. Pasal wan gua ni orang Kampar, seketurunan dengan Dato Bahaman.

Lagi sekali jiwa gua bergoncang. Gua turun ke tanah.

* * * * *

Di tanah, gua perati sepupu gua yang bawah gua setahun dua, sedang main tanah sama semut laga.

Hiap!

Sepupu gua terjelepik atas tanah.

Waaaaaa....

'Aok buat mende tu Alih (Alif)? Meknya aok pergi bedal ke budak tu?' Tempik wan gua dari atas rumah.

'Main pendekar, pendekar wan'

* * * * *

Tapi sekarang gua dah tak berapa dengar dah scene pendekar ni dalam tibi. Naruto pulak yang tengah naik. Babi, gua tak tahu macam mana abang gua sampai ke tua ni layan lagi cerita Naruto. Sumpah tak faham cerita tu.

Lama kelamaan gua jadi tak berapa nak bergoncang kalau ada orang sebut pasal pendekar, scene lawan lawan dan Dato Bahaman. Terus gua lupa asal usul gua yang mana berdarah pendekar. Terus gua ingat pendekar ni hanyalah momokan dari arwah wan gua untuk bagi gua bedal sepupu gua yang main tanah itu hari.

Gua nak tanya, lu orang percaya tak scene pendekar ni masih wujud pada zaman sekarang?

Gua percaya, pasal itu hari gua masuk hutan gua jumpa seorang tengah bertapa atas batu dekat Bukit Puteri. Ini bukan sembang. Gua ada bukti. Cilake, serem....

Bersambung......

4 ulasan:

Alif Amin Othman berkata...

cilake, tadi gua bace hilang punca, pipi kata dia ni keturunan Hang tuah.

Cilake, cilake!

Bella Bell berkata...

pehhhh.. ada sambungan pulak kisah pendekar ni.. hehehe..


psl ko punya entry sebelum ni.. ko cikgu ke?

Alif Amin Othman berkata...

aku cikgu part time je. Cuti panjang hari tu.

sabtu ni nak balik yu dah.

Azim Idris berkata...

ahha, nak tgk la keturunan pendekar belajar ekonomi. jumpa kat sana weh