Selasa, 5 Julai 2011

PELUDAH WARNA


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

 A. SAMAD SAID

9 ulasan:

nurniyusoff berkata...

wow .. a samad said dah tulis puisi bru.

FM berkata...

orang tua tu kena bayar la aaron...

Azim Idris berkata...

lawan tak semesti pakai keris/parang tapi pakai otak.

salute a.samad said - pejuang negara

adek dah besar berkata...

entah la, yang pastinya dia dah memang dah kaya.

Dan apa yang pentingnya, bait puisinya ada makna, ada isi.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

kuning hidup gua
kuning juga hidup lu
bila lu nak ajak nurni date
ko tak tengok ke bunga mata hari kuning

adek dah besar berkata...

Gua dekat kampung ni. Jauh.

Nanti gua balik Kolumpo gua dating la dengan matahari kuning tu.

HR berkata...

kuning??mmglaa aok peminat kuning..tak akn smpai nak date pn nan kuning kot...cap tggu balik kolumpo 2..oooo...=)

KHALID ISMATH berkata...

gua suspek and respek kat kau aron. aku ingt kau ni kepala otak keris. tapi rupanya ada muafakat tangan, bulan , mata dan roket la. kah kah kah!

Alif Amin Othman berkata...

Gua neutral tenkiu.