Khamis, 16 Jun 2011

PUNIR

Di dalam kelas gua mengajor, hanya terdapat kira kira 17 pelajar tingkatan empat. 3 Melayu, sorang India dan selebihnya Cina. Muhibah sungguh.

Gua mengajar subjek paling killer dalam kehidupan bebudak menengah atas. Hanya orang orang yang killer boleh mengajar subjek yang killer. Sungguh.

Tapi bukan itu yang gua mahu cerita. Bukan tentang subjek killer yang killer. Bukan juga pasal gua ini seorang killer dalam pasukan sepak takraw zon Sungai Kerpan. Bukan.

Seorang budak lelaki bernama Punirswaran. Orang banyak menggelarnya Punir. Seperti yang diberitahu, dia seorang sajalah yang budak India nya dalam kelas killer gua ni.

Punir seperti disisih. Kerana dia seorang sahaja yang berkulit 'killer' gelap. Jalannya terhincut hincut. Gua saspek kakinya cagu.

Tadi, semasa gua mengajar subjek killer, gua suruh murid murid untuk membuat beberapa buah group. Punir berada di dalam group killer bagi hemat gua. Kerana rata rata budak di dalam group itu killer.

Tiba tiba ada perkelahian mulut.

'Punir! Lu kan manyak busuk tau. Duduk sanalah! Olang keling manyak busuk' kata seorang budak paling killer dalam kelas gua.

Lalu gua rasa bertanggungjawab walaupun sebagai cikgu partime yang killer.

' HEY! You cakap baik baik ha. You mana duduk (rumah) ? gua bersuara parau. Lu killer tak killer. Dengan gua jangan main main. Dekat luar sekolah gua boleh cari.

Budak tersebut terkulat kulat dan kanyo dimarahi gua. Punir hanya tertunduk diam.

' Punir, mari duduk sebelah saya'

Gua berlembut. Jarang gua berlembut dengan orang banyak kecuali dengan makwe makwe.

13 ulasan:

izzah berkata...

cehh..baru la cikgu mithali..
weyh,btl ke punir tu busuk??

Fatin Myaa berkata...

lepas tu punir duduk sebelah lu lah? betul busuk ke? gua syak lu mengajar pendidikan seni. kan?

adek dah besar berkata...

biasa lah. bau budak budak menengah pagi2. macam bau serbuk pensel tu la.

Myaa.. peh palih. power betul tekaan ko. hihihi

Nor atau Nad berkata...

kirim salam punir

adek dah besar berkata...

punir tak boleh jawab salam.

~~NAnA fAthIRRa~~ berkata...

aiyaaa mne punir tu ddk???
waa ko nk cri dak cina yg ngate punir tu,,,hebat wey deme....hahhahha
ble nk bg aq status guru sandaran lak

adek dah besar berkata...

ko rajin rajin la sikit pakai tudung. baru boleh jadi cekgu. kah kah kah

Duan berkata...

hahaha!baru sikit tu bro.aku nak tunggu ko nye cite bila ko meletop satu ari 'nanti'.rasa la ko ape yg aku rasa dulu.hehehe.

HR berkata...

tahniah cikgu...hehe..

Feeqa berkata...

aphl byk cina conquer weh?

afzan berkata...

peh lu memang 1Malaysia. gua respek!

ju berkata...

mesti lu ajar subjek add math kn?

***

1st time komen.huhu

Penyo berkata...

kimakharamjadah.ape kesudahan nye.aok ni buat keh tertanye tanye ape die ending nyeh