Isnin, 23 Mei 2011

MELAYU, CINA, INDIA, ORANG PUTIH

Tengah hari tadi gua turun pekan Lipis. Selain pesat dengan bangunan bangun pencakar langgit, ianya juga terdapat burung merpati yang jinak jinak merpati apabila diberi sekoi dan beras. Ok, ok yang bangunan pencakar langit tu gua tipu. Tapi sebetulnya, sejak Najib penggang jadi Perdana Menteri ni, gua tengok tak banyak berubah pun Lipis ni. Nak harapkan Lipis Centrepoint tu? huuu....bangunan aja besor, maintainance tarak. Bermacam macam taik ada. Tak kucing, taik burung layang layang, taik orang, kencing orang. Semua ada.  Bodoh kayu punya MDL. Tak pandai jaga.

Sejak dah berumah jauh di kampung ni, scene turun pekan Lipis ni dah down sikit. Kalau turun pun, pasal ada hal yang mustahak mustahak je macam pergi menjual pisang, buka akaun ASB, renew road tax motor, beli mata kail, berjumpa Siti dan sebagainya yang penting penting.

Tapi kadang kadang hal yang tak mustahak pun gua jadi juga turun Lipis ni seperti mengetey bersama rakan taman perumahan dahulu, bermain snuker kalah bayar, karaoke lupa bayar dan mengurat budak sekolah menengah balik rumah.

Tadi punya cuaca memang panas terik. Panas tu dia punya tahap sampai peluh gua dari atas kepala mengalir ke pipi, terus ke dagu dan menyelinap di sebalik janggut janggut nipis lantas jatuh ke jalan tar lalu meruap menjadi wap.

Dan dalam tengah hari 'gehege' orang Lipis kabor, gua berjalan dari satu kedai ke satu kedai mencari topup selkom 5 ringgit.

Mula mula gua pergi kedai Melayu. Gua keluar sambil geleng kepala dua tiga kali. Lepas tu gua pergi kedai Cina, gua keluar sambil geleng kepala tiga empat kali. Gua masuk pula kedai India stesen bas lama, pun gua geleng kepala lima enam kali.

'Kenapa korang nak markup sampai 50 sen untuk topup harga 5 ringgit? Kepala Banaaaaarrr!!!' gua menjerit  sambil mencarik rambut betul betul bawah matahari tegak atas kepala.

Dalam badan belemin dan berpeluh peluh, gua masuk Seben-E. POW! gua terajang pintu tanda protes.

' Bang, topup Selkom 5 ringgit berapa harga?'

' err... 5 ringgit'

* * * * *



Lepas tu, lama juga gua duduk dalam kedai tu. Sejuk. Ada air-cond.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kelakar laaaa awk nih...ntah apa2.huhuhu...dpt tak tpup 2????

adek dah besar berkata...

dapat dapat. 5 ringgit aja la tapinya.

Azim Idris berkata...

cancel aku nk turun lipis, topup ada kena byr komisen agen 50sen, agak2 la

Tanpa Nama berkata...

dah 2...jdi rm10 laa kredit awk yea...hehehe....=P

husna berkata...

HAHA, bila la lipis nak maju

adek dah besar berkata...

Azim, tu la pasal. celaka betul. dulu tak macam gini.

anon, hehe tapi tak masuk topup lagi la.

adek dah besar berkata...

husna, aok cakap cantik sikit. Seven Eleven ada tu kira maju dah tu Lipis tu. keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

ooo tak msuk agy.....ummm..napew???wat simpanan kew??hehe..=P

Feeqa berkata...

50 sen pn nk berkira!!

izzah berkata...

gua paham lu baran mcm mne wlu 50 sen je!!haha

FM berkata...

jumpa siti? hehe..

adek dah besar berkata...

ko tahu tak diorang dah dapat untung kalau jual dengan harga 5 ringgit tau.

tak silap aku 5 percent untung dia.

lagi mau markup. cis!

Fm, hehe siti yang jumpa gua. hihihi

Mama Zara berkata...

zaman sekarang topup online je :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
ada makwe yg ciri awek tak kat 7e tu..err nanti kalaunak mengamuk ajak gua sekali

adek dah besar berkata...

tak, yang adanya pakwe. Semua muka barai.