Ahad, 24 April 2011

ENTRI YANG KE-99

Tiba tiba gua jadi tak berapa in pulak nak bergurau. Sungguh! Dah lari mood dah nak berseloroh sokmo. Gasak la orang nak cakap gua sombong ke, riak ke, tak boleh bawak bergurau ke, kepala angin ke, tak bergaul dengan orang kampung ke, perangai macam Pak Teh gua ke. Gua tak heran!

Gua ingat nak slow sikit menulis dalam dua tiga minggu ni. Gua kena tunpukan pada stadi gua dulu. Ini bukan runcit runcit punya hal. Banyak hak yang kena ingat, banyak hak yang kena kira. Gua kalau main pasal nombor nombor ni memang gua fail. Memang gua fail. Tapi yang jenis berutang tak reti nak bayar tu jangan harap nak fail-kan gua. Gua memang sensitif kalau bab nombor yang melibatkan ringgit.

Gua kena belajar betul betul. Belajar sungguh sungguh. Jangan menyakat orang (ayat mak gua). Kalau gua jadi Perdana Menteri nanti lu orang jugak yang senang. Biar gua aim pada satu benda dulu. Kalau markah gua lepas, gua dapat duit kerajaan. Dah dapat duit kerajaan nanti, gua belanja lu orang semua makan cekelat udang. Lu ingat zaman sekarang senang ke nak dapat cekelat udang?

cekelat udang

catitikiri: tolong doakan gua.

17 ulasan:

FaMouS berkata...

goodluck aaron!

afzan berkata...

kalau kira tolak tambah ntah dari mana datangnya ENTRY ke-99, misteri sungguh. bab bilangan entry pun nak menyakat jugak ke? baler.. baler..

adek dah besar berkata...

famous: tenkiu kawan.

abengoh! Betul la ni entri hak ke 99. aok ingat ni runcit runcit punya blog ke?

Fatin Myaa berkata...

kenapa panggil cekelat?
cekelat tu macam cadbury kan! ni bukan cekelet!

adek dah besar berkata...

kalau lu pergi belah belah Lipis, Ipoh, konggo, Batu pahat, orang sana tak panggil gula gula sangat. orang panggil cekelat.

Lu jangan guna bahasa cekgu dengan gua!

Mimi Saidi berkata...

aaron!!hehe..aku baru tau wujud blog kau...

Alia Syamimi Ahmad berkata...

aaron??
porahhhhh!! HAHAHAH!!
waeyh!! aku suke cekelat tu!
bapok payoh beno nak cari! HAHAHAK!
btw, selamat belated hari lahir.
nak siket cekelat?!!
heheheeeeeeeee -______-

Feeqa berkata...

gd luck weh :)

afzan berkata...

amboih histeria org tgk aaron. baler baler!

luna D berkata...

alip ngengg

izzah berkata...

aku tggu kau belanje cekelat udang.nak 10 biji.

miss shark berkata...

wa kira2 entri lu ada 87 entri. ke wa yg fail dalam bab kira2 ni -_-

adek dah besar berkata...

Lu janagn buat hal. Ni lu dah dah masukan sekali gua punya Draf tak?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
mana lu tau gua suka benda ni..pembalut dalam dia buleh makan sekali.

lea berkata...

cekelat ni boleh makan plastinya kan kan

Cempaka R.Minta berkata...

hiii
awak kat sana tak habis lagi ujian

adek dah besar berkata...

Tiba tiba gua rasa sombong pula nak balas komen banyak banyak ni. hihihi

Sori!