Sabtu, 9 April 2011

BERTUKAR SCENE

Scene sekarang sudah berubah.

Dulu budak budak berebut rebut pakai basikal chopper, jenis handle panjang ke depan, lepas tu BMX. Hah sekarang pakai frexsie, meksi? Ah apa apa lah, payah nak menyebut. yang penting basikal jenis tayar nipis tu.

Dulu budak budak taman gua ada musim main gasing pangkah. Lepas tu gua dah bersekolah menengah, main Bay Blade, yang jenis ada api api time berlaga tu. Peh.

Dulu time gua baru nak into sekolah rendah, budak besar sikit dari gua dah pandai pecah tabung beli kereta Dashankuro. Kereta mini Jepun tu, hak kontrol guna kayu hoki. Lepas tu gua dah besar sikit gua main kereta remote kontol jenis separa mahal. Kira bawah seratus masa tu dah kira mahal dah kereta kontrol.

Lepas tu ada scene remaja. Rock, Skin, Punk dan Grunge dah lama ada dah. Sejak gua rangkak rangkak berjalan pun dah ada dah. Lepas tu scene hip hop baru nak up dekat Lipis. Kucar kacir budak budak Lipis cari baju bundle basketball saiz XXL buat baju. Takpe. Lepas tu time gua dah pandai jadi penyanyi rock kugiran orang kawin, budak budak baru nak up dengan Shuffle terkinja kinja depan gua. Apa ada hal? Degan rambut kuning terhenjut henjut macam orang mabuk todi memang gua pantang. Dah musim orang kawin buat cara orang kawin. Lepas tu, merebas Shuffler (shuffler la sangat) kena lempang keras dengan Rockers Sejati Kuala Lipis. Baru diorang rasa. Rambut Kuning!

masa ni badan tengah sedap sedap lempang budak shuffle


Lepas tu scene dewasa. Ntah, gua pun tak tahu kenapa scene dewasa ni noob sangat. Dulu orang mati kena langgar, berkelahi, berperang, berebut tanah, jatuh bilik air. Sekarang scene mati pun dah tukar dah dekat Malaysia ni. Ramai pulak hat yang nak terjun bangunan. Magik betul. Nasib baik bukan budak shuffle. Bukan yang jenis rambut kuning. Kalau tidak sumpah gua lempang. Gua bagi lempang rock tak banyak kira. Phui!

8 ulasan:

izzah berkata...

betul lu tk pernah shuffle??

adek dah besar berkata...

cis.! dalam banyak banyak scene, shuffle la yang gua paling tak into sekali.!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

transformasi dr.david bruce Banner kepada Incredible Hulk. tapi dia baik
transformasi in buleh guna ke kalu guna tukar kan senang

gua rasa ada hulk yang jenis baran kat sini. bangunan kaca kaca apa apa pun buleh buat risau

Feeqa berkata...

hahah, lawak pulak aku byg kn dorg terkinja2 tu.

adek dah besar berkata...

brutal solo: sumpah gua blur apa ayat lu ni. dan ko jangan nak memandai mandai sarkastik cakap gua Hulk pulak. keh keh keh

adek dah besar berkata...

pika: macam ko la suka terkinja kinja.

afzan berkata...

dash yonkuro la. ni tidak Dashankuro. menatang apa tu weh?

Tanpa Nama berkata...

These services are not against the traditional practices and generally will not try and prevent their patients from seeking the advice of traditional medicine providers. This workout is supposed to take about 15 minutes to complete, but in some cases it can take as long as 30 minutes. Encourage participants to ask questions.In a lively, dynamic exchange, more questions may be asked than can be answered. [URL=http://lopolikumieo.com ]grinch[/URL] As a result, the public was first given a glimpse of what Spiderman might be like via a television series and then later various movies. There are other types of transference.