Ahad, 24 April 2011

ENTRI YANG KE-99

Tiba tiba gua jadi tak berapa in pulak nak bergurau. Sungguh! Dah lari mood dah nak berseloroh sokmo. Gasak la orang nak cakap gua sombong ke, riak ke, tak boleh bawak bergurau ke, kepala angin ke, tak bergaul dengan orang kampung ke, perangai macam Pak Teh gua ke. Gua tak heran!

Gua ingat nak slow sikit menulis dalam dua tiga minggu ni. Gua kena tunpukan pada stadi gua dulu. Ini bukan runcit runcit punya hal. Banyak hak yang kena ingat, banyak hak yang kena kira. Gua kalau main pasal nombor nombor ni memang gua fail. Memang gua fail. Tapi yang jenis berutang tak reti nak bayar tu jangan harap nak fail-kan gua. Gua memang sensitif kalau bab nombor yang melibatkan ringgit.

Gua kena belajar betul betul. Belajar sungguh sungguh. Jangan menyakat orang (ayat mak gua). Kalau gua jadi Perdana Menteri nanti lu orang jugak yang senang. Biar gua aim pada satu benda dulu. Kalau markah gua lepas, gua dapat duit kerajaan. Dah dapat duit kerajaan nanti, gua belanja lu orang semua makan cekelat udang. Lu ingat zaman sekarang senang ke nak dapat cekelat udang?

cekelat udang

catitikiri: tolong doakan gua.

Sabtu, 23 April 2011

INI ABANG NGAH GUA

Ini Abang ngah gua. Gua senang panggil 'abengoh'. Yela, senang dengan tema Lipisan. Apa yang hurufnya bervokal 'A' pastinya dibunyikan 'O'. Gua ambil kira sebagai contoh,

TIKAR = TIKOR
BOLA = BOLO
PENAMPAR = PENAMPOR

Ayatnya:

Mbudak, jadilah berempas atas tikor teh (tu). Orang main bolo di pada (padang) nuh. Karang, keh bagi penampor karang!

Ha, apa buruk benar bola jadi bolo gua pun tak tahu. Gasok la. Tak pasal pasal gua buat kelas bahasa Lipis ni apa ada hal?

Ni sebenarnya ni, gua dah lari tajuk entri ni. Abengoh gua  seorang yang buruk sifat, cacat cela, hingus meleleh namun baik hati dan kaya raya.

Sungguh pun dia kaya raya, dia hanya punyai sehelai seluar jeans dan satu baju cop print 'Linkin Park' warna merah hati. Apa punya tak rock la aok ni abengoh.

Anaknya bernama Rafael menjadi watak utama dalam siri Aku, Dia dan Lensa. Dan gua saspek budak ni besar nanti boleh jadi lesung batu.

Dah la abengoh, gua tak tahu lagi nak introduce apa lagi tentang aok. Harap aok puas hati.

Ni gua takde gambor dia ni, kalau nak tengok selebriti blogger letup masa kini ni, lu kelik sini, sini, dan sini.

Sekian.

Jumaat, 22 April 2011

DARI PAL KE PAL

Sungguh ! 
Gua punya mata merah berkaca,
Sejurus gua baca pusajak lu yang puitis,
Lantas,
Dengan adanya kudrat ini,
Jari gua menari nari di papan kekunci,
Ingin menyatakan perasaan terperi.

Maaflah,
Gua punyai ayat yang tak berbunga,
Persis tulisan lu.
Maaflah, 
Jika kosa katanya lari tune,
Tiada edit-an, tiada suntingan,
Gua hanya menulis terus.

penulis dan Pal

Pal,
Gua tersijap pada pagi itu,
Apa banar nya gua tertinggal henpon?
Ralat,
Di saat gua berak, gua tersesal,
Ingin sekali gua menoron diri gua sendiri,
Phui!
Maafkan gua Cheng.

Pal, 
Masih ingatkah lagi?
Lu nombor 1, Gua nombor 2,
Lu tinggi, Gua rendah,
Lu besar, Gua lebar,
Walaupun kita tak serupa, kita berbeza,
Brotherhood, itu yang sama,
Dan gua senang.

Pal,
Lu dah sembahyang?
Jangan lupa Allah, jangan lupa Muhammad,
Lu dah berubah, ke arah lebih siasah,
Tahniah.
Gua hanya mahu menyusul. 

Pal, 
Gua doakan lu hidup senang,
Capai apa yang dicita,
Ada apa yang digenggam,

Pal,
Gua buntu.

Lu dah makan?
Gua dah kenyang.
Jadinya gua mulai mengantuk.

Tapi, 
Yang pastinya,
Gua tak akan lupa,
Surya, Jawa, Tanjong Karang, dan...

Khairi Jamian,
Sebagai kawan. 

Khamis, 21 April 2011

20th

Bersempena gua dah masuk puluh puluhan ni, gua nak angkat kasut Nike hijau markoni. Tapi gua kayap dan barai.



Nike hijau markoni


Ni gua nak tanya ni, apa jadah hadiah lu orang nak bagi kat gua ni?

catitikiri: setahun lagi boleh la gua start mengundi.

Selasa, 19 April 2011

SEPERJALANAN KE KUALA LIPIS

kalau lu orang cukup Kolumpo, 
tekalah apa jadah kawasan ni?

Hari tu hari Sabtu. Gua gerak sorang sorang naik bas dekat Perkeliling tak tentu hala. Hujan lebat makin ke lebat. Tahap King of Lebat dah gayanya. Sambil menapak dengan kaki belah kanan yang becak, gua menyumpah seranah pak cik hok kerja PPD Kuala Langat. Sebab apa? Ada lah. Malas gua nak cerita. Karang panjang pulak.

Gua melompat cuba mengelak lopak yang berlecah becak. Tapak kasut kuning jenama Pamu terlohong tak cukup gam. Tu yang kaki gua basah sebelah tu.

Gua cek tiket ke Kuala Lipis, paling awal pukul 11.30, Pahang Lin Siong. Kedua awal 1.30, Transnasional. Gua pilih Pahang Lin Siong pasal gua tak nak buruk rupa tunggu bas lama lama dekat Pekeliling.

BRAAA....

Hujan masih lagi lebat. Ramai orang berpusu naik turun bas cepat cepat. Gua masih steady tunggu dekat sejam. Dalam hati jiwa muda, masih menyumpah pakcik hok kerja PPD Kuala Langat. Pasal dialah gua terlepas bas pukul sepuluh. Bangang!

Tempat duduk memang ada, banyak. Tapi yang duduk tak sampai 3 orang. Gua perati, lebih ramai yang rela beg yang duduk dari diri sendiri yang duduk. Lalu gua membuat persoalan yang relevant:

'Tahukah anda, tempat duduk ini dibina atas ihsan untuk orang melegakan osteoporosis, lenguh buku lali, dan untuk pengguna bas yang kena tunggu lama macam gua ? Dan tahukah anda, tempat simpan beg hanyalah di bagasi, dan kalau takde bagasi lu boleh pergi mati. Gua dah lenguh kaki ni tahu tak?'

Tapi ternyata diorang buat tak pada sebab gua simpan dalam hati. Malas gua nak berkelahi sebab tak dapat tempat duduk. Macam orang politik aja. Cheh!

Lalu, gua mencelah dan berpeluang duduk sebaik seorang makwe saiz guni naik bas ke Temerloh. Sempat gua goyang kaki dua tiga hayun tanda gembira. Namun durasi gua duduk tak lama. Gua bagi laluan kepada seorang nyonya yang terhuing huing bawa beg separa berat. Dengan mukanya yang polos, gua berasa redup untuk menidakan hak gua.

Gua bangun lantas memberinya tempat duduk yang berbaki panas punggung. Nyonya tunjuk tanda bagus tanpa sepatah kata. Senyumnya ikhlas dengan ibu jari yang terketar ketar. Ulas jarinya berurat hijau. Gua balas dengan senyum nipis.

BRAAA.... BRAAA....

Hujan tidak menunjukkan tanda tanda mahu berhenti. Enjin bas hijau dah terhidup beberapa minit lepas. Sengaja gua naik lambat sikit nak tunjuk protes. Kerusi gua bernombor 32. Gua perhati ada lelaki Melayu saiz abah abah duduk di sebelah kerusi gua sambil begnya diletakkan diatas kerusi gua.

' Err, encik ini tempat saya. Boleh saya duduk?' Gua bersopan tak macam dalam iklan mintak tempat duduk.

' Ya, ni pun tempat duduk saya jugak. Kenapa?' Lelaki Melayu saiz abah abah buat muka jelik sambil tiada tanda untuk mengalihkan begnya dari kerusi 32.

Gua tunjuk tiket gua, lelaki Melayu saiz abah abah buat pandang ke luar tingkap.

Lantas gua malas nak bertonyi lebih dengan orang yang tak reti bahasa, gua duduk di kerusi paling belakang memandangkan terdapat tempat duduk yang masih kosong dalam dua tiga orang.

Gua pejam mata sambil hati bara. Hati gua berubah dari menyumpah seranah pak cik hok kerja PPD Kuala Langat ke lelaki Melayu saiz abah abah.

' Sori ya abang, tumpang duduk sebelah'

Gua terkejut sampai letak duduk gua dari menyandar berubah tegak. Ada 2 orang makwe India duduk sebelah gua. Gua redha dan pasrah.

' Takpe takpe. Duduklah' Gua bersopan tak macam dalam iklan.

' Abang, nak Nips?'

Gua pandang makwe India atas bawah. Gua teguk air liur dua tiga kali.

' Takpe, takpe. Makanlah.' Gua senyum dalam dada berdebar debar.


catitkiri: lu dapat tak apa gua nak bagi tahu? ada dua nilai kat sini, 1, sivik dan intergriti, dan yang satu lagi tu paham paham la ya. hihihi

Sabtu, 9 April 2011

BERTUKAR SCENE

Scene sekarang sudah berubah.

Dulu budak budak berebut rebut pakai basikal chopper, jenis handle panjang ke depan, lepas tu BMX. Hah sekarang pakai frexsie, meksi? Ah apa apa lah, payah nak menyebut. yang penting basikal jenis tayar nipis tu.

Dulu budak budak taman gua ada musim main gasing pangkah. Lepas tu gua dah bersekolah menengah, main Bay Blade, yang jenis ada api api time berlaga tu. Peh.

Dulu time gua baru nak into sekolah rendah, budak besar sikit dari gua dah pandai pecah tabung beli kereta Dashankuro. Kereta mini Jepun tu, hak kontrol guna kayu hoki. Lepas tu gua dah besar sikit gua main kereta remote kontol jenis separa mahal. Kira bawah seratus masa tu dah kira mahal dah kereta kontrol.

Lepas tu ada scene remaja. Rock, Skin, Punk dan Grunge dah lama ada dah. Sejak gua rangkak rangkak berjalan pun dah ada dah. Lepas tu scene hip hop baru nak up dekat Lipis. Kucar kacir budak budak Lipis cari baju bundle basketball saiz XXL buat baju. Takpe. Lepas tu time gua dah pandai jadi penyanyi rock kugiran orang kawin, budak budak baru nak up dengan Shuffle terkinja kinja depan gua. Apa ada hal? Degan rambut kuning terhenjut henjut macam orang mabuk todi memang gua pantang. Dah musim orang kawin buat cara orang kawin. Lepas tu, merebas Shuffler (shuffler la sangat) kena lempang keras dengan Rockers Sejati Kuala Lipis. Baru diorang rasa. Rambut Kuning!

masa ni badan tengah sedap sedap lempang budak shuffle


Lepas tu scene dewasa. Ntah, gua pun tak tahu kenapa scene dewasa ni noob sangat. Dulu orang mati kena langgar, berkelahi, berperang, berebut tanah, jatuh bilik air. Sekarang scene mati pun dah tukar dah dekat Malaysia ni. Ramai pulak hat yang nak terjun bangunan. Magik betul. Nasib baik bukan budak shuffle. Bukan yang jenis rambut kuning. Kalau tidak sumpah gua lempang. Gua bagi lempang rock tak banyak kira. Phui!

Selasa, 5 April 2011

BERGADUH

Bergaduh tu berkelahi. Berkelahi tu orang kampung gua panggil 'kelaie' je. Senang. Buat mende nak bersusah menyebut ke-la-hi. Bukan boleh kaya pun. Sungguh!

Ni zaman sekarang ni, apa cerita? Dari besar besar pekara sampai ke kecik kecik hal, semua benda nak kelaie. Kelaku kalah pada orang Libya. Sikit sikit kelaie. Asal anu sikit, kelaie, beramuk, berempas.

Nak buat esement, kelaie. Nak naik bus, kelaie. Naik kapal terbang, kelaie. Nak basuh baju guna mesin, kelaie. Nak lintas jalan, kelaie. Berebut kupon asrama, kelaie. Minyak naik, kelaie. Kawan pinjam pen drive tak pulang, kelaie. Orang pintas barisan, kelaie. Cakap, bende je hak yang tak jadi kelaienya? Semua benda jadi kelaie.

Ni yang lagi satu ni. Dah tua tua tu buat la perangai pasal sikit. Ni karang, nak mengundi kelaie. Nak buat projek dengan amoi, kelaie. Tengok porno hitam putih pun kelaie.

Fikir la sikit, yang baca surat khabar, tengok berita TB3, tengok Youtube, bukannya semua yang dah terkeluar mani. Yang dah inzal. (yang manual gua tak ambil pusing). Budak budak kecik zaman gua dulu, memang payah nak tahu benda benda yang budak sekarang tak patut tahu. Payah.

Fikir la sikit ye. Fikir. Mana hak tua kelebi tu malu sikit ke mbudak mbudak.Karang gua lempang karang, sia je.

Jumaat, 1 April 2011

APRIL FOOL tak APRIL FOOL !!!


Sepatutnya gua dah boleh jengok mak abah gua di Lipis semalam. Pasal hari ni (Jumaat) tiada kelas.

Sementara gua tengah setting kepala hotak nak perkena sambal itang dengan nasi panas di kampung nanti, tiba tiba ada mesej masuk.

Tring trung...

'salam. bsok kelas law pukul 6-8 pm. miss nk bt kelas ganti'

Gua hempas henpon atas tilam. Celaka!

* * * * * * * *


Lepas gua makan tengah hari tadi, ya baru tadi, ada 1 mesej masuk.

Tring trung....

Selepas gua selesai baca isi mesej itu, gua jadi ketar kepala.

Ah malas la gua nak bercerita panjang. Asyik asyik kelas cancel aja. Deng!