Khamis, 24 Mac 2011

NUISANCE

Masa gua tengah makan tengah hari tadi. Betul betul tengah hari tadi. Gua port sebelah meja dengan budak undang undang. Entah betul betul punya undang undang, entah ke udang udang. Apa apa lah.

Sedang gua menyuap nasik. Tiba tiba gua terdengar perbualan scene undang undang, Malaysians, dan civilazation.

'...I think, all Malaysian must speak English...'

Peh, cakap orang putih. Gua tak berapa tangkap apa orang Melayu cakap orang putih. Kalau orang putih
cakap orang putih lain la, terus gua faham sepatah sepatah.

'...rather than... English.... language...'

Gua terhenti menyuap nasi. Maaflah kalau gua tak sealiran dengan korang semua. Maaf.

Bagi gua, 'all Malaysian should know how to use English.' Cukuplah, buat apa sampai nak berwajib wajib cakap orang putih.

Bahasa rasmi persekutuan bahasa apa? Bahasa Inggeris?

Hah, kepada budak budak sebelah meja gua ni tadi. Lu orang nuisance, annoying dan geli.

Nak cakap pasal politik, Lee Kuan Yuew pun tak kenal. Phui!

Nuisance tu lu tau apa? Tahu? Tahu?

9 ulasan:

FaMouS berkata...

fuuh, saya sependapat!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam rock
bahasa melayu itu ialah bahasa yang di tutur oleh orang banyak
sperti
jawa aceh bugis mendaling rawo minang bewen banjar kelwak

bahasa inggris itu ilah bahasa yang di tutur kebanyakan orang di luar england dan us

adek dah besar berkata...

fm: bagus. bagus.


brutal solo, salam.

ok, bahasa melayu secara origin nya merujuk kepada bahasa malaysia.

betul, sebab apa?

Sebab mengikut sejrahnya, Malaysia terdahulu bergelar Tanah Melayu.

nampak? dah ada perkataan 'melayu' dekat tanah melayu.

by the way, jawa, banjar, minang tu serumpun dengan BANGSA melayu.

tapi depa tak cakap BAHASA melayu.

dan gua pun tak faham apa jadah jawa Klang cakap.

apatah lagi minang, banjar, kelwak.

N A N a t O berkata...

pergh...best2...betul apa yg awak ckp dik...all Malaysian should know how to use English..klaua semua orang nak ckp bhs org putih...sape nak ckp bhs melayu...

adek dah besar berkata...

nanato, awak dapat meseg yang ingin saya sampai kai.

sarkastik.

izzah berkata...

entah,aku pun tak paham sgt org suka ckp omputih ni.
bukan jatuh taraf kau pun ckp melayu..

DOLCEshasha berkata...

bahasa ibunda tetap bahasa melayu :)

adek dah besar berkata...

ya, im proud to be MAlay, sori, tercakap omputih!

apa ada hal dengan bertutur guna bahasa MElayu.

bukan gugur taraf pun (izah)

bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa kita.

siapa lagi nak guna kalau buka kita-kita?

afzan berkata...

sekali lagi gua marathon tulis komen. apaadahal ye dak?