Khamis, 17 Mac 2011

MISTERI

Dah lama gua pendamkan cerita ni. Dah lama. Memang misteri. Misteri tahap 'KING' punya misteri. Takde mana mana misteri pun kat dalam Malaysia yang boleh lawan ini punya misteri. Misteri Nusantara, Misteri Malam Jumaat, Hadiah Misteri semua kalah. Misteri dalam Mastika tu? huuu.... toksah cakap banyak. Memang jauh kena tinggal.

Gua sebenarnya malas nak buka cerita cerita misteri ni. Tapi sejak akhir akhir ni jiwa gua memberontak. Tak tahu nak lepas pada siapa. Memang kalau gua pendam lama lama, boleh jadi gila meroyan tahap ketiga. Tahap ketiga tu sikit lagi boleh membawa bunuh orang. Silap sikit aja, ambil parang kerat leher orang. Kena cuit sikit, kerat leher orang. Kena cuit banyak, lagi power kerat leher orang. Kena slack masa main bola, kerat leher orang main bola. Ayam berkokok tepi telinga, kerat leher ayam. Pendek kata semua main kerat kerat leher punya kerja.

Ada satu hari tu, member gua tulis dalam wall pasebuk gua.

" Ko ni betul betul lelaki misteri "

Kejap kejap. Hii.... ni gua pantang betul. Time time orang nak menulis ni la henset ni ring sana, ring sini. Gua tak boleh betul henset gua bising tak tentu hala time menulis ni. Gua jadi pressure tau tak. Pressure.

* * * * * *

Cis, kelas pospone rupanya. Bangang! Kol macam ada orang mati aja. Tak putus putus. Sory sory, my bad.

aaa.... mana tadi?

Oh, ok. Ada satu hari tu, macam biasa lepas main petang, gua akan duduk di meja stadi gua untuk merenung papan kenyataan. Cis bangang apa, renung papan kenyataan ye dak? Ok, macam biasa gua akan beri ikan laga merah gua makan sekoi dan beras. Kadang kadang gua akan beri nestum budak bawah 3 tahun dan whey 2 auns. Hujung bulan tiga ni budak Kampung Binjai ajak berlawan ikan laga. Jadi, gua kena jaga sikit makanan si Rahizam supaya dia fit time sparring nanti.

Namun, semasa gua tengah ralit perati telatah Rahizam menari nari di depan cermin, ada sesuatu yang menyepoilkan halwa mata gua. Mata gua lantas tertancap pada formasi warna warni oren-kuning-putih dalam bakul sampah peribadi di satu sudut bawah meja. Gua bukan la nak berlagak sangat dengan menyatakan bakul sampah peribadi tu berjenama Ikea, tetapi agak agak la sikit. Gua pun tak pernah buang taik telinga gua dekat situ. Bangang!

Dan yang menjadi misterinya, gerangan siapakah empunya taik telinga tersebut? Sampai sekarang masih lagi belum terjawab dan menjadi misteri. Bukan sikit sikit punya misteri. Ini, King punya misteri.

9 ulasan:

afzan berkata...

1st.
ni jenis yang tulih komen dulu baru baca lagi MISTERI. cis!

adek dah besar berkata...

2nd! hey. ni ingat sokernet tilusan maksimus ke nak main 1st 1st baru komen!

misteri misteri!

anis anak mat yusoh berkata...

syg bona adek nih kat bakul sampah dia...:P

adek dah besar berkata...

tu pun bakul misteri.

Fatin Myaa berkata...

boleh jadi gila lah gua bc entry lu!

adek dah besar berkata...

tin tin tin: sudah lah ambil hati gua!

izzah berkata...

lu punye citer tak cukup misteri arr!!gua punye citer lg misteri!

•myraSHJ• berkata...

mcm mana nama aku naik kat komen ,sedangkan aku tak tulis apa apa ?
INI 'KING' punya MISTERI ni . kehkehkeh

adek dah besar berkata...

izzah; ok, gua cek sekarang


myra; lu ni memang perempuan misteri! king of misteri!