Khamis, 31 Mac 2011

SETAHUN

-Tak sangka. Pejam celik, pejam celik, pejam dah setahun dah saya berkecimpung dalam arena blogging ini.

Peh, ayat macam ayat orang kena interview. Sumpah geli. Macam gampang!

Ok, Ok. dah setahun dah rupanya usia Panas Punggung ni. Nanti kalau dia dah umur baya baya budak pra-sekolah, gua ingat nak hantar dekat taska yang bukan sekadar ada nyanyi lagu 'papa ku pulang dari kota..' tapi yang jenis ada mengaji mengaji, kenal huruf alif ba ta, ajar ilmu tarekat dan belajar ilmu usuludin. Baru lengkap ilmu dunia akhirat.

Sekian.  

Khamis, 24 Mac 2011

NUISANCE

Masa gua tengah makan tengah hari tadi. Betul betul tengah hari tadi. Gua port sebelah meja dengan budak undang undang. Entah betul betul punya undang undang, entah ke udang udang. Apa apa lah.

Sedang gua menyuap nasik. Tiba tiba gua terdengar perbualan scene undang undang, Malaysians, dan civilazation.

'...I think, all Malaysian must speak English...'

Peh, cakap orang putih. Gua tak berapa tangkap apa orang Melayu cakap orang putih. Kalau orang putih
cakap orang putih lain la, terus gua faham sepatah sepatah.

'...rather than... English.... language...'

Gua terhenti menyuap nasi. Maaflah kalau gua tak sealiran dengan korang semua. Maaf.

Bagi gua, 'all Malaysian should know how to use English.' Cukuplah, buat apa sampai nak berwajib wajib cakap orang putih.

Bahasa rasmi persekutuan bahasa apa? Bahasa Inggeris?

Hah, kepada budak budak sebelah meja gua ni tadi. Lu orang nuisance, annoying dan geli.

Nak cakap pasal politik, Lee Kuan Yuew pun tak kenal. Phui!

Nuisance tu lu tau apa? Tahu? Tahu?

Rabu, 23 Mac 2011

BANGUN PAGI PUKUL 11

Gua celik mata, celik celik mata aja. gua terpandang Audi. Tiba tiba gua buat perangai. 


'Miaau... Miau.. Miau...

Nak susu kerbau...'


Mana nak cari susu kerbau? Mana, mana?

hehehe....

Selasa, 22 Mac 2011

KITA ADA MASALAH BESAR NI

0000
Ada satu panggilan masuk telefon gua.

' Hello, Aron...kita ada masalah besar ni!'

'Hah, ada apa hal?'

'Laptop, laptop aku kena virus. Presentation kita kena buat semula.'

' Bangang!'

POW!

Gua letak gangang. Besok nak present ni. Malam ni pulak kena virus. Pukul 11.59 tadi. Cantik tak? Bangang! Takde otak. Bangkai. Barai!

Pagi pagi buta tu, gua, Mat Amin, Fakrul tersengguk sengguk depan lapop dalam bilik stadi. Tak pernah pernah masuk bilik stadi, masuk bilik stadi.

0400
Gua masuk bilik dengan muka lunyai. Sebelum tidur, gua mesej makwe supaya 'please, please, please' gerak gua pukul 7 dalam keadaan apa sekalipun.

0840
Gua berjalan laju macam orang lambat masuk kelas 10 minit. Dalam dada gua berdebar jenis tak tahu berdebar macam mana. Kejap lagi nak present ni.

Gua tengok budak kelas tak macam  biasa biasa. Tak macam budak budak U. Macam budak budak sekolah rendah time rehat dekat kantin.

'Assalamualikum prof, kelas takde ke hari ni?'

' Eh, saya dekat UUM sekarang ni. Tengah ada seminar ni.'

Pffffffftttttttttt!!!!!

catitkiri: sekarang gua nak tido. nak protes tido seminggu!

Khamis, 17 Mac 2011

MISTERI

Dah lama gua pendamkan cerita ni. Dah lama. Memang misteri. Misteri tahap 'KING' punya misteri. Takde mana mana misteri pun kat dalam Malaysia yang boleh lawan ini punya misteri. Misteri Nusantara, Misteri Malam Jumaat, Hadiah Misteri semua kalah. Misteri dalam Mastika tu? huuu.... toksah cakap banyak. Memang jauh kena tinggal.

Gua sebenarnya malas nak buka cerita cerita misteri ni. Tapi sejak akhir akhir ni jiwa gua memberontak. Tak tahu nak lepas pada siapa. Memang kalau gua pendam lama lama, boleh jadi gila meroyan tahap ketiga. Tahap ketiga tu sikit lagi boleh membawa bunuh orang. Silap sikit aja, ambil parang kerat leher orang. Kena cuit sikit, kerat leher orang. Kena cuit banyak, lagi power kerat leher orang. Kena slack masa main bola, kerat leher orang main bola. Ayam berkokok tepi telinga, kerat leher ayam. Pendek kata semua main kerat kerat leher punya kerja.

Ada satu hari tu, member gua tulis dalam wall pasebuk gua.

" Ko ni betul betul lelaki misteri "

Kejap kejap. Hii.... ni gua pantang betul. Time time orang nak menulis ni la henset ni ring sana, ring sini. Gua tak boleh betul henset gua bising tak tentu hala time menulis ni. Gua jadi pressure tau tak. Pressure.

* * * * * *

Cis, kelas pospone rupanya. Bangang! Kol macam ada orang mati aja. Tak putus putus. Sory sory, my bad.

aaa.... mana tadi?

Oh, ok. Ada satu hari tu, macam biasa lepas main petang, gua akan duduk di meja stadi gua untuk merenung papan kenyataan. Cis bangang apa, renung papan kenyataan ye dak? Ok, macam biasa gua akan beri ikan laga merah gua makan sekoi dan beras. Kadang kadang gua akan beri nestum budak bawah 3 tahun dan whey 2 auns. Hujung bulan tiga ni budak Kampung Binjai ajak berlawan ikan laga. Jadi, gua kena jaga sikit makanan si Rahizam supaya dia fit time sparring nanti.

Namun, semasa gua tengah ralit perati telatah Rahizam menari nari di depan cermin, ada sesuatu yang menyepoilkan halwa mata gua. Mata gua lantas tertancap pada formasi warna warni oren-kuning-putih dalam bakul sampah peribadi di satu sudut bawah meja. Gua bukan la nak berlagak sangat dengan menyatakan bakul sampah peribadi tu berjenama Ikea, tetapi agak agak la sikit. Gua pun tak pernah buang taik telinga gua dekat situ. Bangang!

Dan yang menjadi misterinya, gerangan siapakah empunya taik telinga tersebut? Sampai sekarang masih lagi belum terjawab dan menjadi misteri. Bukan sikit sikit punya misteri. Ini, King punya misteri.

Jumaat, 11 Mac 2011

KALAU DAH JODOH TAK KEMANA

Benarlah kata orang tua tua. Kalau jodoh tak kemana.

Kali ni henset gua hilang lagi. 2 kali berturut turut dalam masa sebulan. Ops, sebenarnya, 3 kali. Yang sekali tu gua perasan sendiri henset gua tertinggal atas motor.

Entah la. Dulu penyakit pening. Sekarang penyakit lupa. Epidemik. Lupa, lupa, lupa!

Entah apa ubat lupa nak makan gua pun tak tahu. Ada orang kata makan pucuk semalu tak habis layu lagi. Kalau dah layu, memang barai. Dari lupa lupa terus ke lupa lupa lupa lupa lupa.

Ok, dulu makwe yang jumpa. Sekarang pakwe yang jumpa. Tapi, bagi hemat gua dia ni er...err...errr... Ah pandai pandai la lu nilai sendiri. Nah ambik ko. KLIK sini.

Trimas Haziq!

Jumaat, 4 Mac 2011

PENING Pening. Pening. Pening. Pening. Fenin!

Pening la. Adui... pening la. Muda muda lagi dah kena penyakit pening. Kesian....

Tak faham betul gua. Amenda yang dipeningkan pun gua tak tahu. Ya Allah ya Rabi.

Adakah gua tak makan nasik dari semalam?

Adakah gua terkena penyakit keturunan pening?

Adakah gua berkelahi dengan makwe?

Haisyh....pening la. Diulangi. Pening. Pening. Pening. Pening. Fenin!

Gua tak tahu nak berkongsi cerita ni dengan siapa.

Pening. Pening. Pening. Pening. Fenin!

Khamis, 3 Mac 2011

HENSET HILANG

Dalam hidup gua, buat masa ni ada 2 aja yang penting.
 1. Wallet
 2. Henset

Mana mana gua pergi pun akan gua kelek kemana kemari dua benda alah ini. Memang penting. Wallet untuk mengelakkan gua dituduh sebagai pelancong Eropah dan henset untuk kecemasan.

Ok, gua terlupa. Satu lagi yang penting dalam hidup gua. Makwe. Tapi yang ni memang tak boleh nak dibawa ke hulu ke hilir.

Entah macam mana, gua jadi pana sikit semalam. Pergi taruk henset bawah meja sekolah gua. Dan selepas itu gua boleh lagi pergi buat buat steady pergi makan tengah hari di gerai Mak Jawa di sebelah simpang.

Peh... gua punya lupa memang bukan main main lagi pasal henset ni. Dari pagi bawak ke petang gua boleh rilek sambil membawak ke tidur atas lantai lepas makan tengah hari. Punya steady lain macam.

Bangun bangun tidur aja, (sebab ada orang terpijak tangan gua) terus teringat henset pasal nak tengok jam pukul berapa. Ha, sekarang baru gua gelabah puyuh. Ke hulu ke hilir cari henset tak berjumpa. Panas punggung jadinya. Pemikiran gua berputar 360 darjah ke belakang.

Ok, dipendekan cerita. Gua ke gerai Mak Jawa pasal suspek gua tertinggal dekat situ. Dan jangkaan gua meleset. Mak Jawa try miskol henset gua.

'Memang ada ringging' beritahu Mak Jawa sambil pejam pejam mata.

Mak Jawa pass hensetnya ke gua. Betul, memang ada ringging.

Truuut...tuuut....

Truuuut...tuuut...

Dan gua dengar ganggang diangkat.

 'Haluu...'

Lu tahu apa yang gua dengar?





Peh... Suara aweks.

P/s: terima kasih Syafiqa. (kalau gua tak silap dengar nama dia)