Ahad, 20 Februari 2011

MARKONAH

Ada satu hari tu gua ada terkenal dengan seorang makwe. Namanya Markonah. Entah ke nama betul ke entah ke nama Facebook. Gua tak kenal sangat si Markonah ni.

Dia ni jenis perempuan yang suka berborak tak tentu hala. Pung pang pung pang sepanjang masa. Gua pun jadi pelik. Tak letih ke dia ni?

Ok gua terlupa. Dia juga punyai bibir yang jebir. Dan mungkin faktor itu membantunya untuk bercakap dengan lebih pung pang pung pang.

Sepanjang perkenalan gua dengan Markonah suasana berubah jadi hitam putih. Jadi macam dalam filem P.Ramlee. Sekali lagi gua pelik.

Gua pelik. Kenapa hari tak macam biasa biasa? Macam mana gua nak tahu nanti hari nak hujan ke, hari nak geruh ke, hari nak Maghrib ke, hari nak jadi hari minggu ke?

Gua juga pelik macam mana tone kulit gua jadi pudar dan sedikit kelam. Tak macam kulit pahlawan pahlawan Melayu dah?

Sementara itu, Markonah masih lagi pung pang pung pang tak tentu hala di tepi gua. Ke benda yang di borakkan tu pun gua tak berapa pasti. Seorang seorang pun jadi nak berhomih.

Sabor je la.

Gua mengaru kepala yang tidak gatal. Gua pelik. Gua pelik tahu tak? Pening la... 


Baru gua tersedar...
sekadar gambar hiasan


peh.... rupa rupanya gua bermimpi. Macam bangang kan cerita gua? (kalau ya, sila rate 'macam haram'). Nasib baik gua tak inzal bersama Markonah dalam mimpi tadi.

Sabor je la.

5 ulasan:

Fatin Myaa berkata...

lu suka buat entry provok kan!

adek dah besar berkata...

eh... itu dah stroke gua.

afzan berkata...

macam gampang. pung pang pung pang!

adek dah besar berkata...

hehehe~!

cheng berkata...

mimpi basah sekali lagi?