Ahad, 27 Februari 2011

APA KAU PEDULI?

Apa kau peduli dengan persekitaran yang becak dan tak penah tenang?

Apa kau peduli dengan hidup yang kucar kacir dibalik tabir peperangan?

Apa kau peduli dengan hidung berhingus tak berlap habis?

Apa kau peduli dengan tingkah orang atas jenuh dengan tindasan?

Apa kau peduli dengan gerakan solo Azman Kamaludin di depan gol?

Apa kau peduli dengan nasib pengemis hamis Seksyen 2?

Apa kau buat?

Apa kau laku?

Apa kau bantu?

Senang. Kau bagi je si pengemis kecil itu makan mi goreng basah. Sekurang kurangnya biarlah dia yang merasa sendiri kenyangnya. Bukan 'orang lain'.

catitkiri: gua saja pakai 'kau'. baru dramatik sikit.

Khamis, 24 Februari 2011

BUDAK BARU NAK SOKONG MALAYSIA

Entah kenapa gua tiba tiba minat pulak dengan rimau ni. Entah kenapa la. Gua pun tak tahu. Eh, pening la.

malayan tigris

Sementara itu...


Malaysia 2-0 Pakistan

Sementara itu lagi...

Ada budak Manchester tanya,

' Eh, Safee Sali tak main ke malam ni?'

Ahad, 20 Februari 2011

MARKONAH

Ada satu hari tu gua ada terkenal dengan seorang makwe. Namanya Markonah. Entah ke nama betul ke entah ke nama Facebook. Gua tak kenal sangat si Markonah ni.

Dia ni jenis perempuan yang suka berborak tak tentu hala. Pung pang pung pang sepanjang masa. Gua pun jadi pelik. Tak letih ke dia ni?

Ok gua terlupa. Dia juga punyai bibir yang jebir. Dan mungkin faktor itu membantunya untuk bercakap dengan lebih pung pang pung pang.

Sepanjang perkenalan gua dengan Markonah suasana berubah jadi hitam putih. Jadi macam dalam filem P.Ramlee. Sekali lagi gua pelik.

Gua pelik. Kenapa hari tak macam biasa biasa? Macam mana gua nak tahu nanti hari nak hujan ke, hari nak geruh ke, hari nak Maghrib ke, hari nak jadi hari minggu ke?

Gua juga pelik macam mana tone kulit gua jadi pudar dan sedikit kelam. Tak macam kulit pahlawan pahlawan Melayu dah?

Sementara itu, Markonah masih lagi pung pang pung pang tak tentu hala di tepi gua. Ke benda yang di borakkan tu pun gua tak berapa pasti. Seorang seorang pun jadi nak berhomih.

Sabor je la.

Gua mengaru kepala yang tidak gatal. Gua pelik. Gua pelik tahu tak? Pening la... 


Baru gua tersedar...
sekadar gambar hiasan


peh.... rupa rupanya gua bermimpi. Macam bangang kan cerita gua? (kalau ya, sila rate 'macam haram'). Nasib baik gua tak inzal bersama Markonah dalam mimpi tadi.

Sabor je la.

MACAM GAMPANG

Sekarang gua nak tulis sikit sikit aja cukup. Tak nak dah gua tulis panjang panjang. Membuang masa. Gua tulis panjang panjang pun macam lu orang nak baca?

Semalam ada physical training dan bergaduh dengan komander.

Komander: 'Kau tak kenal aku siapa lagi!'

Gua: 'Jangan bagi sampai aku kenal ko!'

Lepas tu gua bejalan dengan seorang makwe sampai tak ingat nak tidur. Ok, sekarang gua letih. Gua tidur dulu. Bye!

Jumaat, 18 Februari 2011

ACU 1979-2011

Dahulu, lama dahulu, gua masuk ke rumah bernombor 39. Terlihat di satu sudut, terjulur susuk kurus yang hanya mengenakan boxer cap 'sponge bob' tanpa berbaju. Itu Acu, seorang abang, tapi bukan abang gua sebetulnya. Dan dia hanyalah berbaring lemah di kerusi malas menghadap Astro. Menonton Discovery.

'Assalamualaikum'

'Waalaikumusalam...' Acu hanya mampu menjawab lemah.

'Mak kerja ke Acu?'

'Kerja, pukul 2 karang baru balik'

Suasana menjadi pana. Angin tengah hari membuatkan rumah teres sempit itu semakin membahang. Gua dan Acu tidak banyak berborak seperti sekala. Kadang kadang batuk batuk kecil Acu yang hanya memenuhi suasana hambar dan membahang itu.

Gua pandang sesusuk tubuh yang semakin melidi itu. Kulitnya semakin pudar. Dahulu otot jantannya jelas kelihatan. Sewaktu dianya masih belia. Sekarang hanya tinggal kulit dengan tulang. Pehanya sahaja sebesar lengan gua.

Mungkin dia ralat. Ya, ketika dia terpaksa meringkuk di penjara, ayahnya pergi buat selama lamanya. Dan sejak dari itu dia berubah. Dia bukan lagi Acu yang bongsu.

'Adik, bagi rokok  Acu tu' Acu mematikan lamunan gua.

Gua bingkas bangun dari persilaan dan mengambil kotak rokok di cupir almari TV. Gua perhati jenama sementara ia bertukar tangan.

Ini rokok budak budak ni. Budak sekolah gua selalu isap. Harganya murah. Orang kata ini 'rokok bola'.

Tup...Tup...Tup..

Acu menghentak hujung puntung bagi mendapatkan tembakau yang ngam. Lalu Acu mengacukan rokoknya di hujung lighter.

Gua perhati Acu sedut asap rokok dalam dalam. Sedut sungguh sungguh. Setiap genap paru parunya dipenuhi kepulan asap rokok bola.

Dada Acu berombak. Dia hanya mampu bersandar menghela lelah.

*  *  *  *  *  

Malam Jumaat lepas, Gua sekali lagi melangkah masuk ke rumah bernombor 39 itu. Gua bungkam terlihat sekujur tubuh tidak lagi seperti biasa- terjulur di kerusi malas menghadap Astro, tapi tubuhnya kini sudah di litupi kain batik lepas.

Gua selak kain batik yang menyelimuti wajahnya. Mukanya pucat lesi. Sejuk tatkala gua mencium dahinya.

Gua mengucap panjang lalu membaca Yassin untuk arwah.

Al-Fatihah.
.

Khamis, 17 Februari 2011

ARSENAL 2-1 BARCA


Pep Guardiola: tahniah la Arsenal. Jemputlah datang ke rumah

Arsene: hehe... biasa je tu Pep . InsyaAllah..

Khamis, 10 Februari 2011

ENTRY FEBRUARY

Gua rebel, rebel juga. Tapi hati kaca, boleh pecah juga.

Hari tak selalunya cerah. Jiwa tak selalunya cekal.

Besok mak gua akan menjalani pembedahan. Mak gua dah lebih separuh usia.

Gua harap mak sihat dan kembali sembuh sedia kala. Amin.