Khamis, 27 Januari 2011

SEMBANG KEMAS

Pagi tu, gua, Fahmi dan Yassir tidak tahu buat apa. Bangun awal sangat gamaknya. Tak pernah pernah kami bangun awal pagi kala cuti sem. Pukul 8 tu kira pagi sangat dah.

Gua, Fahmi dan Yassir mati kutu tak tahu nak buat apa. Nak pergi ke pasar, takanlah nak beli sayur pulak. Apa pula cakap cakap awek taman nanti kalau nampak kami yang masih sunti dan aggap ini mencebit jabir plastik penuh sayur, ikan kembung, kobis, bawang, petola dan sebungkus bihun cap masjid.

Lalu gua mencadangkan idea yang tak kira berapa idea sangat.

'kita pergi memancing nak. Dekat Terenggun'

' boleh jer. Aku pun tak menoreh pagi ni.' sambut Fahmi parau.

Yassir menganggukan kepala tanpa berkata kata. Mulutnya lebih nak menyedut asap rokok.

Selepas siap mengeteh di kedai Bahar sebelah tandas awam. Kami pun kenyang.

' hoh, barang barang semua dah ada dah? Mata kail, rod, mesin, kekili, umpan, parang?'

' beressss' serentak Fahmi dan Yassir.

'Pongkes tak nak bawak?' Fahmi tiba tiba berseloroh.

Gua kerling tajam tanda tak bersetuju. Nak pergi mengail ni tak boleh suka suka. Mesti kena serius. Nak nak memancing dekat dalam hutan. Tak boleh suka sangat, nanti jadi duka.

Yassir campak alatan kail ke dalam but kereta. Gua start enjin kereta Saga separuh turbo gua. Peh, sekali start enjin turbo terus mengaum pagi pagi.

Tak sampai sepuluh minit deruman enjin turbo dah memecah keheningan pagi Hutan Simpan Terenggun.

hutan simpan terenggun

Tanpa membuang masa kami terus setting mata kail dan letak umpan pada hujung joran. Gua pakai umpan hidup, iaitu anak keli dan katak. Fahmi dengan Yassir pakai gewang pasal geli dengan katak dan takut kena sengat dek anak keli. Apa punya lelaki, kata gua dalam hati.

Gua baling umpan jauh ke tengah tasik. Gua memang aim nak naikan tongsan atau rohu. Paling tidak pun toman bunga saiz saiz baldi basuh kain.

Sedang gua ralit membaling-tarik umpan. Gua perati kenapa Yassir dengan Fahmi ni tak mula mula lagi mengail. Dah dekat setengah jam dah.

' kenapa nya korang ni? Terkial kial lagi?'

' ntah la Alif, mesin Yassir ni tak mboh pergi la. Bila baling jer tersangkut, bila baling je tersangkut.' Balas Fahmi.

' Bila tarik bunyi krek krek.' sambung Yassir.

' Aok pakai hok murah memang la tak pergi'

* * * * *

3 jam mengail, Fahmi mula gatal sana, gatal sini. Yassir mula tak tentu arah rokok habis. Gua perati hari dah makin ke tengah hari. Lalu gua ambil keputusan untuk balik.

Di sebabkan kami cuma dapat seekor haruan yang saiz saiz tabung shuttle cock sahaja, sepanjang perjalanan kami cuba mengelak berborak pasal memancing, ikan dan umpan. Kami lebih suka buka topik pasal ekonomi, harga getah dan wang segera.

Dalam perjalanan menuju kereta, kami melalui denai yang disediakan oleh renjer. Betul betul tepi bukit. Tiba tiba Fahmi buka cerita pasal cicak Pokkei.

' sekarang ni harga tengah naik. orang kampung aku tak menoreh getah dah sibuk mencari pokkei.'

'uiiii.... Fahmi, buatnya kita tengah berjalan ni, tiba tiba menggelongsor seekor Pokkei besar tong deram turun dari bukit. Sedap kita.' Sambung gua.

' kalau dah besar tong deram aku terkam terus belakang dia. Ko duduk dekat kepala dia, Yassir pulak pijak ekor dia. Bergoyang goyang kita bila dia menggelupur' Fahmi bercerita sambil menggayakan tangan.

' dengar kata sekilo boleh dapat sejuta' celah Yassir yang sekali sekala bersuara.

'kalau dah sekilo sejuta, Besar tong deram ni dapat la 7 juta. Kita berbagi 2 juta sorang. Aku 2 juta, ko 2 juta, Yassir 2 juta. yang lagi sejuta kita buat kenduri' 

' betul tu Alif, Betul' Fahmi sokong gua.

Lepas tu semua jadi senyap. Sepanjang perjalanan balik masing masing tengah fikir, nak buat apa dengan duit 2 juta tu.


cicak pokkek





7 ulasan:

Mama Zara berkata...

ohh...ada nama lain ke..igt kan cicak tokek je namanya :)

N A N a t O berkata...

cerita pasal kalau, kucing bertanduk pun ble dapat..tapi itu kalau la kan...

adek dah besar berkata...

mama zara: orang belah sini (lipis0 ada juga yg panggil pok-kei. orang belha perak pun ada panggil pokkei jugak

nanato; kalau la dapat wira turbo... fuhhhh... itu cerita pasal kalau la...

Feeqa berkata...

oloh, berangan lebih. haha

adek dah besar berkata...

berangan ni sihat untuk orang yang berfikiran jauh.

afzan berkata...

kalau cerita kalau memang lain pulak jadiknya. itupun kalaula..

adek dah besar berkata...

afzan. base cakap pantat.....