Isnin, 31 Januari 2011

GUA, KAIN BAJU DAN HARI ISNIN

Hari ini aktiviti gua adalah nak membasuh baju yang dah seminggu terkepam dalam bakul Ikea tu. Sengaja gua pilih hari Isnin pasal, bagi hemat gua Ahad adalah hari yang paling hip sekali orang dok basuh baju.

Tapi percaturan gua hari tu barai. Gua terpaksa menunggu 15 minit untuk ambil giliran membasuh baju pakai mesin. Apa? Guna tangan? Ahh... rajin pulak orang zaman sekarang ni basuh sebakul baju pakai kuderat sendiri.

Selesai aja membasuh, gua ke penyidai berbumbung di hadapan bilik. Gua perhati, kesemua ampaian penuh dengan baju yang masih lagi berjemur. Depan bilik gua penuh, depan bilik sebelah kiri penuh, depan bilik sebelah kanan penuh, depan bilik pundan, lagilah penuh.

Tapi tidak apa. Gua masih mampu tersenyum nipis. Masih ada lagi alternatif lain- ampaian berbumbung di tingkat bawah. Peh, baru gua sedar dia punya 'pergi', sampai berombak dada pikul bakul sarat penuh turun tangga.

Gua menyeka peluh yang bermanik di dahi. Perasaan gua jadi celaka. Semua ampaian penuh dengan baju. Kebanyakan baju yang dah kering. Gua saspek ni kerja orang yang jenis lambat update baju.

Ada la jugak sikit ruang gua nak selit selit menyidai. Yang mana boleh masuk, gua menyempel lebih kurang. Yang mana boleh tolak tepi, gua tolak tepi. Yang mana kain pelikat jenis cepat kering tu, gua lipat dua bagi kecil sikit luas permukaan menyidai. Yang mana boleh hanger, gua hanger.

Selesai menyidai kala tengah hari, peluh berjijis tengah belakang. Gua perati baju baju sidaian gua bersepah sepah. Ada yang duduk dawai nombor satu, 2-3 helai duduk pada dawai nombor 3. Boxer duduk pada palang besi. Stoking gua sumbat dalam mulut palang besi. Baju baju kemeja pula gua hanger pada batang penyapu silang atas palang besi.

Gua berdiri di bawah bayang block asrama. Gua senyum nipis sambil memandang ke arah kain baju di ampaian. Selerak memang selerak. Tapi gua puas.

Gua mula menapak naik dan...

Tik... tik... tik...

' Aik, hujan?'

P/s: Kadang kadang menyidai baju ni kena pilih hari yang betul betul ngam.

3 ulasan:

FaMouS berkata...

hahaha ada jugak lelaki pandang serius soal basuh-jemur-baju-kain ni... hmmm

afzan berkata...

apesal gua marathon tulis komen hari ni. cilake!

adek dah besar berkata...

2 2 macam cilake!