Isnin, 24 Januari 2011

DISYA 1

Disya. Umur lebih kurang 4 tahun lebih. Anak sedara.

Masa tu dekat kaunter KFC. Nak ambil order snek plate 3. Kak Long gua tengah beratur sambil bimbit tangan si Disya. Anak sulungnya.

Sedang Disya ralit main bibir kaunter, tiba tiba datang seorang Aci lebih kurang baya Benazir Bhutho. Aci hai ke Disya.

' hai '

' hai ! ' Dengan nada yang comel.

' What is your name?'

' err... Makan!' Tune suara jadi nyaring.

' what is your name?' Aci masih tak berpuas hati.

' MAKAN!'

Lalu kak long gua yang sedari tadi malu berbisik kepada anaknya.

' kakak, kalau orang tanya 'what is your name' kakak cakap nama kakak dalam English ya.'

Disya mengangguk faham.

' what is your name?'

' YES!'

penulis bersama watak. 
dari kiri- Disya, Pael, Kuding (aisya).

6 ulasan:

Feeqa berkata...

makna nya apa? disya pegi ckp 'ya' in english ek? so tu yg jd yes ek? haha

Fatin Myaa berkata...

comel anak2 buah lu, nasib tak ikot muka lu

FaMouS berkata...

yg tgh tu ada muka aaron laa...=D

adek dah besar berkata...

feeqa; maknya nya di hanya pandai cakap yes,no dan 'are you crazy' dalam bahasa orang pteh sahaja.

myaa; cilakak lu. muka Acu diorang adalah yg paling hensem.

famous; yg tengah tu rafael (baca pael) dan itu faveret saya.

afzan berkata...

hek depan sekali tu comey beter!

red prince berkata...

hahaha,, pandai anak buah lu cakap ngan india,, 1malaysia tuh,,