Selasa, 4 Januari 2011

BILA GUA KENA TIKAM

sambungan entri lepas....

Dulu masa musim Piala Dunia gua pernah kena tikam. Bukan main main punya tikam. Seratus lebih jugak gua kena tikam. Keh keh keh.

Orang lain tagang dekat sepuluh ringgit, gua letak dua ringgit terus pulang modal. Berbaloi gua sokong Sepanyol.

Duit seratus tu gua buat la belanja bokie malam tu, Botak. Sekotak Winston dah memadai buat Botak bangun tidur tak payah berkejut.

Lain lain yang belen gua buat bayar dobi, bayar cukai pintu, bayar bil letrik, bayar yuran anak anak sekolah, bayar rumah dan buat beli kasut.

Ya, kasut Adidas putih. Memang rare la gua kata, nak cari memang payah, merata gua cari sampai merah merah mata. Dengan duit tikam gua buat beli kasut di idam.

Tapi jangka hayat tak lama. Baru sekali gua sarung, ada orang buat bergurau baling mercun dalam kasut Adidas tikam.

POW!

'ko nak bergurau pun agak agak la Botak!!!'

' sori Aron, sori '

Terus Botak pergi basuh tapak dalam kasut.

Zreh Zreh Zreh, Botak berus.

Bila gua fikir fikir balik, memang senang nak perabis duit tak berkat. Memang tak ke mana.

6 ulasan:

izzah berkata...

tu la kau..
duit haram!!
haha..

adek dah besar berkata...

ko penah tengok aku pakai kasut tu pergi kelas tak?

afzan berkata...

ni yang keh malas nak bagi duit ni. mesti aok TIKAM punya. cis!

adek dah besar berkata...

tikam sekali terus kena.

Feeqa berkata...

alah, bkn rosak sgt pun kaaaan

adek dah besar berkata...

rosak la jugak.... tapi aku dah jadi kurang bekenan dah

dulu sebelum beli tangjap cintanya sungguh leleh