Isnin, 31 Januari 2011

GUA, KAIN BAJU DAN HARI ISNIN 2

Usai gua menulis enri tadi, dan hujan pun berhenti.

WACHA!

Gua terus karate bakul yang sarat kain baru berangkat dan kena jemur balik.

GUA, KAIN BAJU DAN HARI ISNIN

Hari ini aktiviti gua adalah nak membasuh baju yang dah seminggu terkepam dalam bakul Ikea tu. Sengaja gua pilih hari Isnin pasal, bagi hemat gua Ahad adalah hari yang paling hip sekali orang dok basuh baju.

Tapi percaturan gua hari tu barai. Gua terpaksa menunggu 15 minit untuk ambil giliran membasuh baju pakai mesin. Apa? Guna tangan? Ahh... rajin pulak orang zaman sekarang ni basuh sebakul baju pakai kuderat sendiri.

Selesai aja membasuh, gua ke penyidai berbumbung di hadapan bilik. Gua perhati, kesemua ampaian penuh dengan baju yang masih lagi berjemur. Depan bilik gua penuh, depan bilik sebelah kiri penuh, depan bilik sebelah kanan penuh, depan bilik pundan, lagilah penuh.

Tapi tidak apa. Gua masih mampu tersenyum nipis. Masih ada lagi alternatif lain- ampaian berbumbung di tingkat bawah. Peh, baru gua sedar dia punya 'pergi', sampai berombak dada pikul bakul sarat penuh turun tangga.

Gua menyeka peluh yang bermanik di dahi. Perasaan gua jadi celaka. Semua ampaian penuh dengan baju. Kebanyakan baju yang dah kering. Gua saspek ni kerja orang yang jenis lambat update baju.

Ada la jugak sikit ruang gua nak selit selit menyidai. Yang mana boleh masuk, gua menyempel lebih kurang. Yang mana boleh tolak tepi, gua tolak tepi. Yang mana kain pelikat jenis cepat kering tu, gua lipat dua bagi kecil sikit luas permukaan menyidai. Yang mana boleh hanger, gua hanger.

Selesai menyidai kala tengah hari, peluh berjijis tengah belakang. Gua perati baju baju sidaian gua bersepah sepah. Ada yang duduk dawai nombor satu, 2-3 helai duduk pada dawai nombor 3. Boxer duduk pada palang besi. Stoking gua sumbat dalam mulut palang besi. Baju baju kemeja pula gua hanger pada batang penyapu silang atas palang besi.

Gua berdiri di bawah bayang block asrama. Gua senyum nipis sambil memandang ke arah kain baju di ampaian. Selerak memang selerak. Tapi gua puas.

Gua mula menapak naik dan...

Tik... tik... tik...

' Aik, hujan?'

P/s: Kadang kadang menyidai baju ni kena pilih hari yang betul betul ngam.

Sabtu, 29 Januari 2011

PANAS ... PANAS!!!

Entah kutu mana yang dengki dengan gua pergi tutup kipas masa tengah sedap tidur ni tadi. Panas tahu tak? Panas!

Hah, sekarang apa kejadahnya gua pergi menulis entri kala 5 pagi?

Khamis, 27 Januari 2011

SEMBANG KEMAS

Pagi tu, gua, Fahmi dan Yassir tidak tahu buat apa. Bangun awal sangat gamaknya. Tak pernah pernah kami bangun awal pagi kala cuti sem. Pukul 8 tu kira pagi sangat dah.

Gua, Fahmi dan Yassir mati kutu tak tahu nak buat apa. Nak pergi ke pasar, takanlah nak beli sayur pulak. Apa pula cakap cakap awek taman nanti kalau nampak kami yang masih sunti dan aggap ini mencebit jabir plastik penuh sayur, ikan kembung, kobis, bawang, petola dan sebungkus bihun cap masjid.

Lalu gua mencadangkan idea yang tak kira berapa idea sangat.

'kita pergi memancing nak. Dekat Terenggun'

' boleh jer. Aku pun tak menoreh pagi ni.' sambut Fahmi parau.

Yassir menganggukan kepala tanpa berkata kata. Mulutnya lebih nak menyedut asap rokok.

Selepas siap mengeteh di kedai Bahar sebelah tandas awam. Kami pun kenyang.

' hoh, barang barang semua dah ada dah? Mata kail, rod, mesin, kekili, umpan, parang?'

' beressss' serentak Fahmi dan Yassir.

'Pongkes tak nak bawak?' Fahmi tiba tiba berseloroh.

Gua kerling tajam tanda tak bersetuju. Nak pergi mengail ni tak boleh suka suka. Mesti kena serius. Nak nak memancing dekat dalam hutan. Tak boleh suka sangat, nanti jadi duka.

Yassir campak alatan kail ke dalam but kereta. Gua start enjin kereta Saga separuh turbo gua. Peh, sekali start enjin turbo terus mengaum pagi pagi.

Tak sampai sepuluh minit deruman enjin turbo dah memecah keheningan pagi Hutan Simpan Terenggun.

hutan simpan terenggun

Tanpa membuang masa kami terus setting mata kail dan letak umpan pada hujung joran. Gua pakai umpan hidup, iaitu anak keli dan katak. Fahmi dengan Yassir pakai gewang pasal geli dengan katak dan takut kena sengat dek anak keli. Apa punya lelaki, kata gua dalam hati.

Gua baling umpan jauh ke tengah tasik. Gua memang aim nak naikan tongsan atau rohu. Paling tidak pun toman bunga saiz saiz baldi basuh kain.

Sedang gua ralit membaling-tarik umpan. Gua perati kenapa Yassir dengan Fahmi ni tak mula mula lagi mengail. Dah dekat setengah jam dah.

' kenapa nya korang ni? Terkial kial lagi?'

' ntah la Alif, mesin Yassir ni tak mboh pergi la. Bila baling jer tersangkut, bila baling je tersangkut.' Balas Fahmi.

' Bila tarik bunyi krek krek.' sambung Yassir.

' Aok pakai hok murah memang la tak pergi'

* * * * *

3 jam mengail, Fahmi mula gatal sana, gatal sini. Yassir mula tak tentu arah rokok habis. Gua perati hari dah makin ke tengah hari. Lalu gua ambil keputusan untuk balik.

Di sebabkan kami cuma dapat seekor haruan yang saiz saiz tabung shuttle cock sahaja, sepanjang perjalanan kami cuba mengelak berborak pasal memancing, ikan dan umpan. Kami lebih suka buka topik pasal ekonomi, harga getah dan wang segera.

Dalam perjalanan menuju kereta, kami melalui denai yang disediakan oleh renjer. Betul betul tepi bukit. Tiba tiba Fahmi buka cerita pasal cicak Pokkei.

' sekarang ni harga tengah naik. orang kampung aku tak menoreh getah dah sibuk mencari pokkei.'

'uiiii.... Fahmi, buatnya kita tengah berjalan ni, tiba tiba menggelongsor seekor Pokkei besar tong deram turun dari bukit. Sedap kita.' Sambung gua.

' kalau dah besar tong deram aku terkam terus belakang dia. Ko duduk dekat kepala dia, Yassir pulak pijak ekor dia. Bergoyang goyang kita bila dia menggelupur' Fahmi bercerita sambil menggayakan tangan.

' dengar kata sekilo boleh dapat sejuta' celah Yassir yang sekali sekala bersuara.

'kalau dah sekilo sejuta, Besar tong deram ni dapat la 7 juta. Kita berbagi 2 juta sorang. Aku 2 juta, ko 2 juta, Yassir 2 juta. yang lagi sejuta kita buat kenduri' 

' betul tu Alif, Betul' Fahmi sokong gua.

Lepas tu semua jadi senyap. Sepanjang perjalanan balik masing masing tengah fikir, nak buat apa dengan duit 2 juta tu.


cicak pokkek





Isnin, 24 Januari 2011

DISYA 1

Disya. Umur lebih kurang 4 tahun lebih. Anak sedara.

Masa tu dekat kaunter KFC. Nak ambil order snek plate 3. Kak Long gua tengah beratur sambil bimbit tangan si Disya. Anak sulungnya.

Sedang Disya ralit main bibir kaunter, tiba tiba datang seorang Aci lebih kurang baya Benazir Bhutho. Aci hai ke Disya.

' hai '

' hai ! ' Dengan nada yang comel.

' What is your name?'

' err... Makan!' Tune suara jadi nyaring.

' what is your name?' Aci masih tak berpuas hati.

' MAKAN!'

Lalu kak long gua yang sedari tadi malu berbisik kepada anaknya.

' kakak, kalau orang tanya 'what is your name' kakak cakap nama kakak dalam English ya.'

Disya mengangguk faham.

' what is your name?'

' YES!'

penulis bersama watak. 
dari kiri- Disya, Pael, Kuding (aisya).

Khamis, 6 Januari 2011

MASUK U TAPI MACAM SEKOLAH

1. Semalam kenapa kena ada taklimat pengetua?

2. Kenapa kena ada lapar?

3. Kenapa kena ada 1 kedai runcit?

4. Kenapa kena ada ramai orang?

5. Kenapa kena ada beratur huruf S?


Gua pegang nasi lemak dengan air oren. Gua pegang lima ringgit sekeping.

' adik, beratur dulu' tegur akak cashier.

' eh, kena beratur ye. Sori tak perasan.'

Gua pandang seluruh pelusuk kedai, budak budak beratur macam gampang panjang. Dah jadi bentuk ular.

Gua pandang hujung barisan.Sampai ke muka pintu kedai budak beratur. Kira kira 50-80 orang memang tak lari la yang nak membayar.

Itu hal semalam.

Sekarang baru gua ingat, semalam punya nasi lemak dengan air oren tak berbayar lagi. Jadi gua nak bayar.

Jadi, gua berenti menulis entri.

keh keh keh.

KETAR KEPALA

Semalam semua orang jadi ketar kepala. Semua dah tahu result Inggeris masing masing. Semua pakat pakat nak jadi lawyer. Macam cilaka!

Gua?  Apa ada hal?

Cita cita gua satu aja. Nak tolong orang susah.

Gua target nanti gua nak jadi Perdana Menteri.

Sekian.

Selasa, 4 Januari 2011

BILA GUA KENA TIKAM

sambungan entri lepas....

Dulu masa musim Piala Dunia gua pernah kena tikam. Bukan main main punya tikam. Seratus lebih jugak gua kena tikam. Keh keh keh.

Orang lain tagang dekat sepuluh ringgit, gua letak dua ringgit terus pulang modal. Berbaloi gua sokong Sepanyol.

Duit seratus tu gua buat la belanja bokie malam tu, Botak. Sekotak Winston dah memadai buat Botak bangun tidur tak payah berkejut.

Lain lain yang belen gua buat bayar dobi, bayar cukai pintu, bayar bil letrik, bayar yuran anak anak sekolah, bayar rumah dan buat beli kasut.

Ya, kasut Adidas putih. Memang rare la gua kata, nak cari memang payah, merata gua cari sampai merah merah mata. Dengan duit tikam gua buat beli kasut di idam.

Tapi jangka hayat tak lama. Baru sekali gua sarung, ada orang buat bergurau baling mercun dalam kasut Adidas tikam.

POW!

'ko nak bergurau pun agak agak la Botak!!!'

' sori Aron, sori '

Terus Botak pergi basuh tapak dalam kasut.

Zreh Zreh Zreh, Botak berus.

Bila gua fikir fikir balik, memang senang nak perabis duit tak berkat. Memang tak ke mana.

Isnin, 3 Januari 2011

BILA KELAMBATAN.

Korang pernah kena tak? Bila kelambatan, bersiap kemas,  berkemeja papan, berseluar slack, bertali pinggang, berstokin, berkasut tali siap ikat tapi....

Tiba tiba sakit perut, nak berak selalu.

Pernah kena?

Aku pernah kena. Pagi tadi aku kena. Macam memerang!