Isnin, 19 Disember 2011

LAWAK PEKAK 2

Oleh disebabkan kak De gua nak menikoh hujang bulan ni, gua pun terpaksalah berulang seminggu sekali ke Kuala Lipis. Hal ini membolehkan mak abah gua memerah kudrat gua untuk standby apa yang patut di hari kenduri.

'Adik, moh kita punggah pinggan mangkuk arwah wan dekat rumah Pok De' Ajak mak gua yang hanya berkain batik dan berbaju ala ala Opah.

Gua yang baru selesai memunggah kelapa hendak rileks sedikit sambil baca Berita Minggu di anjung belakang rumah rasa terganggu. Oleh sebab gua yang pada ketika ini duit poket pun sokmo takde menuruti kata mak. Orang kabor tak baik melawan cakap orang tua lalu gua capai kunci pajero!

* * * * *

Selesai memunggah pinggan mangkuk yang lebih kurang 50 biji kesemua sekali ke dalam bonet kereta, Mak gua yang selaku King of Akak dalam family Aki gua berborak hal ehwal kenduri dengan Pok De yang hanya berkain pelikat, bert-shirt Barisan dan bermuka macam orang tak mandi pagi.

'Enal, aok ada tidak tong itang yang aok buat mandi tu? Akok ingat nak buat menadoh air masa kenduri Mira ni nanti.' Tanya mak gua kepada Pok De. 'Enal' adalah nama manja Pok De manakala nama sebenarnya adalah Zainal.

'Hah? Mende?' Sahut Pok De gua yang kebetulan bersiap siap baru nak turun ke tanah.

'Ada tak tong itang yang aok buat air mandi?

'Apa? Tong itang yang keh buat air barli?

TA TA TA !!!

Gua geleng kepala tiga kali sambil karate pokok semalu!

 catitkiri; Minggu depan gua terpaksa berulang alik lagi ke Kuala Lipis untuk menebas semak di sekeliling rumah. Show show untuk bulan 12 ni terpaksa gua tolak. Aiceh!

Ahad, 11 Disember 2011

BERTUMBUK

Scene bertumbuk ni gua dah lama dah tak into. Tangan pun dah lama tak merasa jadi kebas.

Tadi, gua main rugby. Semasa proses rucking....

-RUCKING-
BUK BUK BUK !!!

Badan gua di tumbuk dari arah belakang. Gua jadi panas hati lalu bangun.

Woi, ape hal ni woi?

Offside bro, offside!

Kalau offside ko tak boleh tepuk je ke? Apesal ko debuk belakang aku gampaa?

Muka lelaki petak tengelam timbul kena tarik kolar dengan gua.

POW POW POW!!!

Seluruh padang jadi kucar kacir. Bola entah kemana, player entah kemana, penonton hilang ke tengah padang. Reff pulak tenggelam timbul tenggelam timbul.

Priittt!!!

'Ko apehal Aron, masuk baru 2 minit dah nak bertumbuk?'-coach.

'Saja. Lama tak bertumbuk' Jawab gua steady sambil minum air jagung keluar padang.

Rabu, 7 Disember 2011

ETIKA & SAMAN

Polis Malaysia Baik


Itu hari, motor gua kena tahan. Gua berenti jela tepi jalan.

'Lesen dik' kata abam polis lembah lembut macam iklan dalam TV.

Oleh kerana mood gua baik itu hari, kerjasama rebelis-polis berjalan lancar.

'Maaf lah dik. Saya bukan apa, saya hanya menjalankan tugas sahaja' unjuk abam polis surat saman ke gua dengan tangan yang terketar ketar.

Gua angguk sambil mata terpejam. Gua tak banyak cakap sangat kalau dah buat salah. Redho je la.

* * * * *

Sekejap tadi, gua baru lepas pergi balai polis untuk menyetelkan hal saman menyaman ni. Macam biasa, lepas tongkat motor gua cabut helmet. Tak manis pula orang kabor pakai helmet kuning dalam balai.

Gua terus ke kaunter 'Pembayaran Saman'. Sambil unjuk surat saman ke mak cik kaunter, gua senyum tanda gua into 'kerajaan'. Makcik kaunter yang mukanya lagak seorang ibu tiri sikit pun tak pandang gua. Seolah olah depan dia ni banduan.

Pung Pang Pung Pang!

Makcik kaunter terpekik terlolong mengherdik gua. Tanpa banyak cakap lalu...

TA ! TA ! TA !

Makcik kaunter tertiarap diatas bibir kaunter. Mulutnya berbuih, spek matanya senget dan tudungnya herot petot. Gua berjalan keluar balai secara gostan. Itulah padahnya kalau tak beretika dengan seorang rebelis.

catitkiri: Gua bukan nak cakap semua public servant macam ni. Cer bandingkan situasi ketika disaman dan situasi ketika membayar saman. 

Khamis, 1 Disember 2011

Jumaat, 18 November 2011

HAMPA

Hujan petang petang membuatkan gua menjadi boring. Bila gua boring gua buka internet. Internet pulak macam cilake. Lembab siput. Lalu boring gua tadi berlipat kali ganda. Gua merenung luar jendela. Eh, tak sedap. Gua merenung luar tingkap.

Di luar tingkap, hujan turun lebatnya bukan main. Gua tengok langit dah jadi warna kelabu. Awan mendung membawa hujan berarak mengikut hala angin. Secara tak langsung, gua termenyanyi lagu Awan Nano.

Pow!

Birai tingkap dikarate bila gua tersedar yang gua termenyanyi sampai ke korus. Selalunya gua akan tarik part korus, tapi petang tu gua takde mood sangat nak mengasah vokal.

Dari tingkap, gua dapat perhati air longkang mengalir ganas menuruni anak bukit depan jalan sana. Selalunya, time gua kecik kecik dulu, kalau nampak air macam tu punya ganas gua akan cari selipar dengan tali tangsi. Buat buat bot pelampung. Baru macam river rafting sikit orang kabor. Kalau nak lagi fell, letak lipas atas selipar.

Dengan suhu yang rendah, kadar metabolisma gua meningkat. Keadaan cuaca sebegitu mengehadkan gua untuk keluar membeli makanan.

Gua berfikir apa barang yang ada dalam bilik gua sekarang untuk dibuat makan. Tiba tiba gua teringat kek pelangi yang mak gua kirim. Nafsu makan gua memuncak.

Gua pergi mendapatkan kek pelangi yang terletak di celah celah buku dalam bekas tupperware jernih. Dari luar, kek yang sememangnya berwarna warni itu nampak berseri seri. Ada kaler hijau, kuning, unggu dan merah.

Gua membuka penutup tupperware dengan air liur yang berlenja.

Pup!

Gua tutup balik bekas tupperware. Gua lupa, dah seminggu mak gua kirim kek tu. Gua kembali melayari internet dan pasang lagu Awan Nano kuat kuat.

Khamis, 17 November 2011

MAINSTREAM


Kali ni gua main mainstream. Siapa tak datang rugi. Sebab setahu gua, Datuk Datuk dan aki aki semua dah berebut tempah kerusi depan. 

Guru besor, pegawai kastam, ketua pejabat pos dan beberapa lagi pegawai kerajaan semua dah siap gosok baju batik dan kiwi kasut nak tengok gua perform. 

Tengok bola belakang kira. Astro boleh pasang bola ulang ulang.

Lagi sekali, siapa tak datang dia rugi. Jarang gua masuk scene mainstream. Ini bukan hal runcit runcit. Ini- Rare! 

Sabtu, 12 November 2011

ABAH POWER

TRAAAA....

Gua menjadi berkerut dahi semasa melayan cerita Kung Fu Cina di peti television. Ah celaka apa 'peti television'. Tak sedap langsung. Ok,... semasa melayan cerita cina dekat TV.

Bunyi yang berdetar parau membuatkan cerita kung fu jadi tak berapa kick! Mak gua juga turut jadi berkerut dahi semasa melipat kain.

TRAAAA...

Gua cuba memanjangkan leher mencari arah bunyi tersebut.

'Bunyi mende tu mak?' 

'Hii... dia ni macam budok kecik!' jawab mak gua separa menjerit sambil menjuihkan bibir kearah ceruk rumah.

Gua nampak Abah steady main helikopter control anak sedara gua yang tertinggal masa balik beraya dengan muka terkerenyih kerenyih pegang remote dalam gelap.

Isnin, 31 Oktober 2011

SAKIT GIGI

Pekara sakit gigi ni bukan baru punya cerita. Gua pernah hendel sakit gigi ni dengan cemerlang sekali. Tak menangis sikit pun, tapi nak marah tu ada.

Dulu first time gua punya sakit gigi masa umur 6 tahun macam tu la. Kesnya, gua kuat makan cekelat antu yang kaler kaler. Sedap sikit menyakat member balik mengaji lidah kaler kaler. Gigi geraham belah bawah yang berlubang.

Masa tu, abah gua ada beli kereta Charred dua pintu, kaler merah dan suspension keras. Dalam perjalanan ke kampung gua yang jarak perjalanan jalan dulu, 40 kilometer lebih memang macam gampang dia punya rasa. Jalan konar konar satu hal, jalan lubang lubang satu hal, tak sempat pintas lori balak sebab kereta ada depan satu hal. Hal hal ini buat gua jadi mudah nak mengamuk dalam kereta.

'Aboh, bawok la kerete ni slow slow sikit. Adik sakit gigi ni ha' sound gua sebab dah nak terkencing dia punya sakit gigi.

'Ha, lain kali makan lagi cekelat banyak banyak. Nanti mak beli selori aok makan sampai hilang semua gigi' Balas mak gua sinis.

Akak gua yang tua sikit pada gua angkat ibu jari, Very Good!

BEDEBOK!!!

Gua debuk sekali belakang akak gua.


 * * * * *

Lepas tu ada lagi kisah lain punya sakit gigi. Yang sampai tercabut cabut gusi pun ada. Tapi ada lah lebih elok gua simpan buat modal pada entri yang akan datang.

Yang gua tengah alami sekarang ni konfius sikit. Sakit gigi ke sakit gusi. Gua check dekat cermin tadi gusi belakang belah hujung yang bengkak. Gua saspek gigi bongsu dah nak tumbuh.

Cilake, ni semua kerja orang orang dewasa!

Jumaat, 28 Oktober 2011

PADAN MUKA KO !!!

Itulah, memandai sangat nak naikan rega tiket. Orang kalau pasal bola ni boleh bawak berbunuh tahu.

Tiket bas kalau nak naik rega boleh kawtim lagi. Ni tiket bola tau tak? Tiket bola.

Kan dah kena godam.....

sumber: fam.org.com


Tiket bola nak naik seratus ke lima ratus ke, gua peduli mende! Pahang tak main pun Liga Malaysia. Phui!

Khamis, 20 Oktober 2011

DISAPA TABLIGH

Kong kong kong...

'Assalamualaikum...'

Kong Kong Kong...

Pintu bilik gua diketuk dengan lebih kuat. Macam nak tertanggal paku sangkut seluar tu.

'Assalamualaikum...'
Sekali lagi dengar suara sayup sayup memberi salam dari luar.

'Masuk je la woi. Pintu tak berkunci!'
Jerit gua dari arah dalam tanpa menghiraukan salam.

Pintu di kuak sedikit demi sedikit. Dari lampu koridor gua dapat nampak dua orang budak berjanggut datang ke arah gua- seorang berpakaian arab, seoarang lagi pakai T-shirt ada tulisan 'Hari Keluarga'.

'Kami nak pinjam beberapa minit dari saudara. Boleh ke?' Sambil berjabat tangan.

Gua angguk lalu capai jaket panas di kepala katil. Orang tabligh datang ni, kalau tak pakai baju nampak tak senonoh benar. Gua perbetulkan sila memandangkan kerusi di bilik gua tidak cukup kalau nak bawak berborak secara 3 on 3.

Dari cerita Abu Hurairah hinggalah ke Harta Karun. Dari Harta Karun hingga la ke cerita Pirate of  Carabean.
Semua benda keluar. Kapten Jack Sparrow la, orang perut gendut la, orang muka sotong la, orang kaki dengkot la, makwe Inggeris la, semua watak budak baju 'Hari Keluarga' tu perincikan satu persatu.

Gua banyak mengangguk dan ter 'haa, haaa...' jer.

Seperti biasa, gua pun buat buat tengok jam dan beberapa kali mengangguk serta ter haaa, haaa...

Agaknya mereka faham dengan bahasa tubuh gua, mereka pun berangkat mahu bertarbiah ke orang yang lebih patut. Tapi sebelum tu, abang pakai baju arab ada sound;

'Kami teringin benar nak dengar suara saudara di corong surau.' Sambil tersenyum manis penuh harahap.

Gua buat macam biasa, angguk dan ter haaa, haaaa...

Sabtu, 15 Oktober 2011

DAPAT HAMPER


Pagi tadi gua ada menyertai satu aktiviti ekstrim, merujuk kepada banner yang tergantung- FEAR FACTOR!


Cilake, sumpah tak Fear Factor bagi gua. Steady je gua abseiling pejam mata. Tak berdebor langsung. Peh...

Lepas tu gua dengan grup gua menang beberapa acara 'ekstrim'. Ada la wang tunai sikit buat beli rokok sedap. Hamper dua tongkoh buat kongsi ramai ramai.

Bila dah kata kongsi ramai ramai, semua jadi ketar kepala berebut nak hamper. Gua steady duduk belakang sekali atas divider longkang. Malas gua nak berebut macam budak budak tadika. Tak rebel langsung!

Tapi ada la yang prihatin hulur gua sumi sikit, tam tam sikit, supering sikit, kuih rokok sikit, maruku ikan sikit, air botol 100 Plus dan cekelat getah sikit. Last last gua punya jadi banyak pada orang lain. Gua buat senyap je la lepas tu.

Sebelum gua balik, gua sauk 2-3 karipap sama cucur badak yang mana berlebih takde orang makan. Gua letak sekali dengan hamper dalam raga motor. Oleh kerana hari berdentum dentam hujan, gua pecut tak menyempat nyempat.

Gua menuruni bukit yang pada hemat gua, sebelum ni memang gua boleh makan. Gua steady pecut dengan tak menyempat nyempat!

TRAAAAAA........!!!!

Gua dive atas tar....

Karipap, cucur badak, tam tam sama supering gua tak ingat tercampak dekat mana. Ke longkakng gamaknya. Yang gua ingat satu je.

'Muka aku ok? Muka aku?' tanya gua pada brader yang tolong angkat motor.

'er... dekat dagu tu je kena sikit...'

Hari tu gua dapat hamper beb. Gua dapat hamper!





Gua dapat hamper!

Posted by Picasa

Isnin, 10 Oktober 2011

CIKGU SEKOLAH CERDIK

Waktu tu gua ada kes. Tak tahu la gua buat kes mende. Kes menyakat la yang pastinya. Cubit tetek budak lelaki chubby form 1 rasanya. Macam tu la.

Ah peduli mende. Gua lupa. Kes tu dah 5-6 tahun mana gua nak ingat. Ok, gua sambung.

Waktu tu gua ada buat kes. Kes ni telah dapat tahu di cikgu KH - Latifah Affandi atau dengan nama manja 'Latip'. Pasal dia hendel budak yang gua menyakat tu. Lalu gua di panggil slow talk di bengkel KH.

'Duduk.' cikgu Latifah memulakan bicara.

Gua senyap sambil memerhati bucu meja.

'Kenapa awak pergi kosek budak tu? Dia ada buat salah apa dengan awak?'

'Saya gurau je..' jawab gua sama rata sambil meneliti kejuruteraan meja. Terlihat ada seekor semut hitam memanjat naik kaki meja.

'Saya tahu niat awak hanya nak bergurau, tapi bukan cara macam ni. Kalau mak dia tak call sekolah saya tak kisah..'

Pung pang pung pang....

Cikgu Latifah bersyarah depan gua. Gua tertunduk duduk. Kenalah buat muka bersalah sikit walau hati rebel.

'Dulu, saya tengok awak saya respek dengan awak. Saya tak tahu kenapa saya rasa macam tu. Tapi saya dapat rasa awak ni bila besar berpontensi jadi......'

Ok, sampai sekarang gua tak cerita pada sesiapa apa yang arwah cakap pada gua. Biarlah orang nak cakap gua ni perahsia ke, makan tak pelawa ke, cungkil gigi ke. Gua tak kira. Biarlah rahsia. Eceh!

* * * *

Hari tu ada pengawas buat request bersempena Hari Guru. Gua pun dapat la beberapa keping tart telur sama muffin murah. Gua tak kisah langsung dalam hal hal request ni. memang gua tak into.

Tapi ada satu keping card request tu sampai sekarang gua simpan dalam tin biskut butter. Card tu berbunyi bergini:

Ingat pesan saya,
ketahui potensi diri.
Berlajar bersungguh sungguh.
Good Luck.
                                                -Latifah Affandi

Waktu tu gua dah rasa macam nak nangis. Al-Fatihah buat arwah. (8 October 2011)

Ahad, 2 Oktober 2011

CLASSIC 2004

Masa tu gua dalam tingkatan satu. Pada mulanya gua bersekolah dekat dengan rumah, SMK Clifford selama dua bulan. Sempat juga la gua berkelahi dengan budak form 2 dekat sana sekejap. Nasib baik abang gua datang back up.

Selepas itu, gua bersekolah di sekolah jauh. Dekat Raub. Sekolah tu orang kata sekolah cerdik. Semua budak pandai pandai. Semua budak pakai cermin mata. Sape tak pakai cermin mata dia tak nampak cerdik. Tapi gua peduli apa. Phui!

Setelah gua kira kira, baldi, cebuk, stoking hitam bawah dan berus gigi semua ada, gua rilek depan rumah dengan dada yang berdebor. Spender je gua tak beli. Pasal masa tu gua tak pakai spender. Rimas.

‘Semua barang dah ada dah adik?’ Tanya mak gua.

‘Ada dah dalam beg nuh’ jawab gua sambil menjebik bibir ke arah bonet belakang kereta.

Abah gua start enjin kereta, masuk gear gostan. Gua, mak gua dan abah gua berangkat ke sekolah cerdik. Jaraknya sebelum jalan baru di buka lebih kurang sejam lebih sikit. Tapi bila jalan baru di buka lebih kurang 40 minit.

* * * * *

Hari pertama gua berjalan lancar. Gua dapat abang angkat yang malas peduli pada gua. Belah petangnya ada sukan tara. Gua pakai kasut merah. Kacip dengan rumah sukan gua- Rumah Merah.

Belah malamnya, setelah siap prep gua ke bilik yang di panggil dorm. Gua berkira kira mahu tidur, kerana petangnya gua puas berlari.

Gua sarung seluar bola yang abah gua beli di pekan sari dua hari lepas. Tiba tiba gua disound oleh dua orang abang.

‘Woi, lower form mana boleh pakai short!’

‘La, yeke... Mana aku tau..’ jawab gua sama rata.

‘Aku?’ abang tadi buat muka pelik nak makan orang.

‘La, yela. Dah ko tak bagi tahu. Mana la aku tahu.’ Jawab gua sama rata lagi.

‘Ko?’abang lagi satu mencelah sambil terbeliak mata.

POW!
POW!
POW!

* * * * *

Selepas dari malam itu, gua hanya tidur pakai seluar baju melayu dan bercakap ‘saya-abang, saya-abang’ dengan abang abang.

Sabtu, 1 Oktober 2011

SUBCULTURE

Tadi, gua baru lepas balik dari Pekan Frinjan. Ada la gua sambar buku sebuah bawak balik. Penulisnya orang kampung gua jugalah. Tak payah dah rasanya gua nak kenalkan siapa lagi, dia tu femes benar orangnya.

Gua sebenarnya memang takde hati sangat nak ke Frinjan kali ni. Pasalnya, sekarang Frijan dah terlampau komersial sangat. Lepas main bola petang tadi, gua tidur atas lantai bawah kipas. Itu pun gua pergi sebab member gua, Achenk ajak usyar ketiak makwe.

Di atas pentas, gua tengok adik Najwa tengah nyanyi sambil strumming gitar acoustic. Pakwe yang rambut tegak layan kepala sambil terhangguh hangguk. Gua duduk perhati dari jauh sambil merokok atas tembok batu. Dua tiga orang makwe usyar gua time lalu lalang, tapi gua buat sombong. Malas layan.

* * * * *

‘Welcome back, the Subculture!!!’

Suara MC memekik membuatkan gua jadi panas punggung. Gua ketis punting rokok sipi nak kena jubur pondan.

Gua berdiri di depan sekali stage. Lepas tu ada brader badan besar berdiri depan gua. Lepas tu ada budak budak rambut kuning berdiri pulak depan brader badan besar. Gua dah jadi berdiri dekat belakang belakang. Tak apa.

‘Even my baby don’t wanna play with you...’

Vokal abam Subculture mantap. Gua jadi hilarious. Brader badan besar depan gua tu pun hilarious. Terloncat loncat sambil tangan dijulang ke atas. Bimbang juga kalau kalau hilang imbangan. Gua bertepuk mengikut tempo. Steady.

Dalam pada bau badan brader yang hanyir, gua tak peduli. Peduli apa gua. Abam Subculture perform malam tu memang menaik. Macam masa diorang zaman muda muda. Steady selamber. Sungguh gua tak tipu.

Tiba tiba gua teringat kaset akak gua yang tertinggal dalam kereta proton abah gua lama dulu. Masa tu gua kecil lagi. Dalam darjah darjah lagi rasanya. Pada kaset tu ada tertulis ‘Subculture’ yang tulisan putihnya dah tak berapa nampak.

Gua cucuh kaset dalam radio kereta. Itulah pertama kali gua dengar local punk rock. Gua layan kepala. 

Isnin, 26 September 2011

LIPIS GENGSTER 4

Sebuah lori sampah Alam Flora memecut di jalan yang hanya muat muat sebuah kereta sahaja di Kampung Seberang Jelai. Semua bonggol yang terletak di depan masjid, balai raya, jambatan dan tadika tidak di slow langsung speed lori tersebut. Barangkali, pemandu yang samar samar kelihatan dari luar badan lori sedang bergesa sesuatu.

* * * * *

Di depan rumah Tok Empat, Jemir masih lagi ralit memerhati sesuatu di pucuk rambutan manakala Tok Empat tengah bizi memaku untuk membuat sesendal lampu lip lap lip lap.

'Tok, mende tu tok atas ulai mutan tu tok?' Tanya Jemir sambil menuding jari ke pucuk rambutan.

'Aok mulut tu jaga sikit. Jangan buat pasal tengah tengah malam ni.' sound Tok Empat. Dia masih lagi bizi memaku dengan ritma 2-1-2-1.

Jemir diam membisu. Tidak berani lagi dia bertanya selepas di sound oleh Tok Empat. Menurut wan, malam malam bergini di rumah Tok Empat memang 'laluan' tiga penjuru. Jadinya kalau nampak benda pelik sikit jangan memandai nak tegur.

'Kah kah kah kah, Kah kah kah'

Suara berdekah dari pucuk rambutan memeranjatkan Tok Empat. Tune mengetuknya dah lari sikit.

'Woi, ko sape?'
Tanya Tok Empat ke arah sesusuk tubuh yang berdiri di pucuk rambutan sebaik turun dari tangga.

'Aku lah Pendekar Ulu Rambutan. Kah kah kah kah'
Jawab lembaga tersebut steady sambil memeluk tubuh.

KEDEGANG!

Kereta proton saga merah model lama milik Tok Empat yang dipakir di bahu jalan di langgar oleh lori sampah yang memecut laju.

Jemir bungkam, Tok Empat pun bungkam, Pendekar Ulu Rambutan pun bungkam. Ketawanya yang berdekah dekah tadi senyap.

Bonet depan lori sampah itu berasap manakala kereta saga Tok Empat tercampak ke dalam semak tak tahu mana dah. Tok Empat ketap gigi, namun tangan seluk poket.

Di sebalik lori sampah yang barai, keluar seekor lagi susuk tubuh yang kali ni macam Malik Nor. Badannya berasap rasap. Rambutnya tegak tetapi mukanya tak jelas atas sebab cahaya lampu lori sampah yang high bim belum ditutup.

Dia melangkah penuh steady ke arah pekarangan rumah Tok Empat. Jemir jadi kecik, Tok Empat pun jadi kecik. Tapi Pendekar Ulu Rambutan masih lagi jadi tinggi sebab duduk atas pucuk rambutan. Namun ketawanya yang 'kah kah kah' terhenti.

Lipis Gengster 
Lipis Gengster 2
Lipis Gengster 3

Sabtu, 24 September 2011

ENTRI DUA BUDAK MERAPOH

Oleh kerana ada member member gua yang ingin mengambil jalan pintas nak pupolar cepat, jadinya gua story la sikit sikit pasal diorang ni. Gua dah letih tau, lu orang asyik menyuruh itu dan ini. Macaa gampaa.

Baiklah, Merapoh ni terletak di hulu Kuala Lipis dan di pangkal celah kangkang Gua Musang. Kiranya, Merapoh ni terletak antara sempadan Lipis-Guo Musei. Alah, yang femes eksident time raya tu, dekat Merapoh la. Ada yang cakap slanga Lipis dan ada yang cakap Kelantan. Ada yang mengada ngada cakap Kolumpo. Contohnya, Baseri.

Baseri ni belajar lagi. Dulu time lepas SPM dia mengikut ayahnya memunggah getah ke dalam lori dan menyimen jamban belakang. Maklumlah, adik beradik Baseri ni ramai. Kalau time pagi raya semua berebut nak mandi sunat raya. Tapi, Baseri je steady tak berebut. Sebab Baseri ni tak bersunat lagi. Keh keh keh.

Lagi sorang ni namanya Azizul. Bukan Azizul Hasni ya adik adik, tapi Azizul Kubis. Nak kata gemar makan kubis tak juga. Kesian Mak Itang (tukang masak dewan makan SMK Clifford) masak gulai lemak manis kubis tak berhabis. Puncanya si Azizul ni la. Korek hidung lepas tu gentel buang dalam bekas sayur.

Azizul atau dengan lebih manja 'Jijah' ni peminat setia Liverpool. Gua tak tahu ada lagi manusia bingai yang boleh minat Liverpool macam Jijah ni. Loser tau, loser! Hah, molek sangat la ko berkawan dengan si Loser 5 Cokmar 1 tu, Ravind. Dia pun peminat Liverpool. King Konek!

Apa? Faris?

Faris gua tak kenal, Jin gua kenal. Tapi dia bukan budak Merapoh. Dia budak Telang je. Budak Telang tak market macam budak Merapoh. Keh keh keh.

Khamis, 22 September 2011

DISAPA OLEH ORANG PUTIH

Cuaca di Shah Alam begitu panik. Kejap hujan kejap panas, kejap hujan balik. Tak menentu. Tak macam di Lipis sana, aman damai nyaman.

Oleh kerana iklim di sini yang bergitu havoc, efek pada badan gua yang gentle ni turut terjejas. Tekak gua terasa macam selalu nak kena air.

Gua start motor dan menuju ke Giant depan. Shah Alam lifestyle kalau pakai kereta memang takde stail. Jam satu hal, nak tunggu traffik light kering satu hal. Macam gampang lamanya. Habis dua putung rokok baru boleh jalan balik.

Gua masuk ke pintu utama dengan cara gengster. Tangan huing kanan, huing kiri. Gua perhati di kaunter bayaran orang beratur bukan main panjang. Bentuk macam ular kena palu.

Yang Giant ni lagi satu bangang nak mampus pergi bukak satu kaunter aja apa hal? Dah pukul 5 petang ni woi!

Selesai gua ambil air mineral sais botol minyak saji, gua kena beratur. Di belakang gua turut ada orang beratur. Orang putih. Perempuan. Gua fikir dia dalam grup MILF.

Dia senyum pada gua, gua balas nipis. Selepas tu dia tanya gua itu ini. Gua balas nipis. Lepas tu gua tanya pulak ke dia. Dia balas panjang lebar. Gua berasa seronok kerana dia berpakai separa seksi.

Oleh kerana barisan beratur panjangnya nauzubillah, kami sempat berborak serdehana berat tentang hal hal ekonomi, sastera art, scene ISA dimansuhkan dan perbezaan budaya UK dan Malaysia. Gua berasa excited.

Pung Pang Pung Pang, MILF berborak.

Gua geleng kepala.

Pung Pang Pung Pang, gua berborak.

MILF garu kepala.

Pung Pang Pung Pang, gua berborak lagi.

MILF hangguk kepala.

Pada gua, orang putih ni bukan lah pandai sangat. Ko ingat dia sekolah sains ke masa dia sekolah menengah? Jangan kita ingat dia orang orang putih, semua dia pandai belaka. Kah kah kah! (gelak angkuh)

catitkiri: tapi apa yang penting, gua dapat konfiden untuk sesi berdebat malam nanti.

Selasa, 20 September 2011

EDISI BERBAHAS

Gua perhati skrin laptop yang berdebu, berhabuk. Dengan sisa Marlboro sejuk di tangan, gua sedut dalam dalam sebelum mengetis abu dalam astray- sebiji tin koka kola.

Di badan tin itu ada tertulis, Ulangtahun 125 Tahun. Hidup koka kola!

Gua geleng kepala. Badan yang berasap sebab baru lepas main futsal dalam hujan tadi, gua pecat baju sidai di kepala katil dengan niat untuk mengeringkan. Mudah mudahan badan gua sekali baju kering di bawah kipas berspeed tinggi.

Katil yang cadarnya sedikit berkeronyok disebabkan tidur petang yang buas, gua palar. Malas gua nak kemas. Karang nak tidur balik.

Besok kelas awal pagi. Subjek serius. Cikgu gua garang orangnya.

Lusa gua kena berdebat. Harap harap gua dapat kawal emosi. Emosi jiwa berdarah pendekar.Cilake, gua malas dah nak bertumbuk time tengah berdebat. Macam yang lepas lepas.

Jumaat, 16 September 2011

PENDEKAR BUKIT PUTERI 3

Di sebuah batu besar yang lagi satu, gua ternampak seseorang sedang bertapa. Masa tu mulut gua kumat kamit dah jadi tak tentu hala. Jantung gua jatuh. Keberanian gua barai.

Dia pakai pakaian hitam. Macam pakaian pendekar. Berambut panjang melepasai bahu. Dahi berikat kain merah. Muka tak jelas. Dagunya penuh berjambang lebat. Dua kali tengok macam orang baru lepas dari perut ikan paus.

*  *  *  *  *

Di rumah, gua bertanya itu ini sama Pak Busu. Apa nama bukit tu dan siapa yang gua nampak tadi. Pak Busu hanya berkata itulah orang yang selalu bertapa di sana (Bukit Puteri)

Gua berasa janggal dan sedikit havoc, kerana itulah pertama kali gua terjumpa pendekar secara live.

Lagi Pak Busu bercerita, orang orang seperti dia lah (pendekar Bukit Puteri) yang akan turun bila mana negara kita dilanggar perang. Mereka penuh ilmu. Tak lut di keris, tak tembus di peluru.

Bila negara kita dilanda chaotic 13 Mei 1969, pendekar yang mana sedang bertapa di bukit atau di gunung gunung turun ke Kolumpo untuk mambantu orang Melayu yang sedang berperang dengan orang Cina.

Antara nama yang familiar adalah Kiai Salleh, Pawang Noh, Tok Jelai dan beberapa hulu balang dari Gunung Tahan dan Gunung Ledang.

Ada juga orang melayu yang di Muar dan Batu Pahat yang bergelar Tentera Sabil ingin datang ke Kolumpo untuk membantu orang Melayu Kampung Baru tetapi dapat di tahan oleh polis di pertengahan jalan. Geng geng Selempang Merah dan Selempang Biru juga turun ke Kampung Baru. Mereka semua handal handal berpencak silat.

Di Kolumpo, kongsi gelap Cina telah mengeluarkan senjata kepada orang Cina dan ada juga di bantu oleh komunis untuk memenggal kepala orang Melayu. Pelbagai senjata tajam seperti tombak zaman dinasti serta pedang panjang digunakan.

Para pendekar Melayu yang berjuang untuk bangsa dan agama bermati matian membela nasib penduduk minoriti Kolumpo. Pada masa tu la, didengar cerita mulut dari mulut ada yang terbang, jalan hujung atap, kepala di sangkut atas pagar, badan tak lut senjata dan pelbagai lagi cerita kesatria.

Bila mana gua bercerita tentang 16 Mei 1969 ni, gua menjadi terlalu syok sampai tak tahu hujung pangkal apa point gua tulis siri Pendekar Bukit Puteri ni. Cilake!

Tapi kalau terjadinya lagi insiden yang sebagaimana ini, gua akan turun jadi pendekar bersama sama bak up besar dekat Bukit Puteri sana.

Ingat, mereka berperang dan berkorban untuk bangsa negara dan agama. Bukan untuk Anuar atau pun Rosmah.

SELAMAT HARI MALAYSIA

Rabu, 14 September 2011

LIPIS GENGSTER 3

Di sebuah rumah separuh kayu, separuh simen, terlihat Tok Empat sedang terbongkok bongkok memikul tangga ke penjuru rumah. Baru separuh jalan, Tok Empat berhenti melepaskan lelah.

'Tok, Tok. Tok buat mende tu' sapa Jemir dari arah belakang. Lelaki tua itu sedikit terkebelakang kerana terkeranjat.

'Hah, aok Jemir. Buat mende sini, tak tolong mak aok buat kuih?'

'Tak tok. Malas la. Asyik asyik buat kuih je. Boring.'

'Ha, dengan duit buat kuih tu la mak aok menyekolohkan aok sampai sekarang ni tau?'

'Yela tok. Ni tok nak buat mende ni. Ada tangga tangga lagi ni?' Ulang Jemir. Barangkali dia tidak berpuas hati kerana soalannya tidak sikit pun diambil peduli Tok Empat.

'Nak memasang lampu lip lap lip lap ni ha' Jawab Tok Empat ala kadar sambil menyandar tangga pada tupai tupai.

'Lah, kan awal lagi nak rayanya. Malam tujuh likur pun belum masuk lagi tok'

'Wan aok ni la. Sibuk sangat suruh pasang lampu lip lap lip lap. Nak pasang pelita karang minyak tanah dah mahal'

'Oooo....' Jawab Jemir tak seberapa. Mata dia tertancap pada sesuatu yang berada di hujung pucuk rambutan depan rumah Tok Empat.

Setelah yakin tangga yang disandar pada tetupai rumah mantap, Tok Empat memanjat tangga.

' Jemir, bak tukul dengan paku dalam pongkes tu'

'Nah tok.'

Jemir hulur tukul dengan tiga batang paku ke Tok Empat tanpa kepalanya berkalih ke arah lain. Matanya tak berkedip memerhatikan sesuatu dipucuk rambutan.

Tuk.. Tuk.. Tuk..

Tok Empat menukul dengan irama 2-1-2-1 dalam senafas. Dua batang paku lagi diselit antara gigi kapaknya yang rompong.


LIPIS GENGSTER
LIPIS GENGSTER 2

RUMAH TERBUKA

Di rumah terbuka Datuk Hol, gua makan dengan begitu power sekali. Selepas itu hujan turun dengan amat lebat. Gua tidur terlentang di bawah kipas ber-speed tinggi.

Selasa, 13 September 2011

PENDEKAR BUKIT PUTERI 2

Lebih kurang lepas Zohor macam tu, gua ada menerima panggilan dari Pak Busu untuk masuk hutan. Pada masa tu gua tak berapa syak apa sangat pasal Pak Busu gua buat suara biasa dalam telefon.

" Adik, petang ni moh kita masuk hutan nak"

Ha, lebih kurang macam tu la tune nya. Gua pun mengiakan jela. Tak manis pula kalau gua kabor petang tu gua nak beraya di pekan Lipis. 

Selepas makan nasik, gua packing barang macam biasa. Air sebotol, ubat sakit perut, mancis dan parang, gua pun menggalas beg dan start motor Yamaha enjin CDi yang bunyinya mengalahkan bunyi sedawa orang lepas kenyang.

Gua masuk hutan berdua masa tu. Pak Busu lead depan. Gua follow belakang. Kami melalui jalan ladang dan juga trek balak untuk menuju ke hutan. (pada masa tu gua tak tahu lagi Pak Busu nak ajak gua ke Bukit Puteri) 

Lebih kurang 7-8 kali turun naik bukit serta terserempak kesan rimau, Pak Busu memberi tanda tangan supaya berhenti. Gua berhenti betul betul di sebelahnya. Pak busu tanggal topi. Gua sangkut topi gua di side mirror sebelah kiri.

" Adik, ni karang kalau aok nampak mende mende jangan tegur ye. Jangan tanya apa apa"

Gua angguk tak banyak songeh. Dalam hutan ni tak boleh bawak bergurau. Semuanya kena main dengan serius.

Pak busu menadah tangan sambil mulutnya terkumat kamit. Gua pun turut mendadah amin. Selesai mengaminkan, Pak Busu start motor dan mendaki bukit yang  curamnya bukan main dengan muka serius.

Sesampai di puncak bukit, gua bungkam! Di situ terdapat banyak batu batu granit merah hijau yang terceroking di permukaan tanah. Batu batu besar itu ada yang bertindih antara satu sama lain. Ada yang kecik atas besar bawah. Ada pulak batu besar atas, batu kecik bawah. Dan ada yang duduk solo atas tanah membentuk gua gua kecil.

Batu yang duduk solo tertulis ' La haulawala Kuwatailahi' dan batu besar atas, kecik bawah tertulis dua kalimah syahadah. Batu batu lain pun ada tulis tulis juga dalam tulisan arab. Gua tak berani nak kabor itu ayat al quran ke mende.

Gua perhatikan sekeliling, kawasanya bersih tak macam dalam hutan. Macam tempat petapaan. Lantai hutan bersih dan sunyi. Tak dengar sikit pun bunyi burung ke cengkerik ke. Senyap sunyi.

Pak Busu menongkat motor. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Gua panjangkan leher. Dari situ gua dapat nampak ada bungkusan yang di balut dengan kain kuning. Gua jadi seram.

Pak Busu bawa bungkusan itu ke dalam salah satu gua kecil. Dia hilang di dalam gelap gua tersebut. 

Gua terus meninjau keadaan sekeliling dari atas motor. Tiba tiba gua terpana dan jadi ketar kepala lutut. Di atas satu batu besar yang lain, gua nampak.... gua nampak....



Bersambung.....

catitkiri: gua tak sabar nak balik rumah, tanya itu ini sama Pak Busu. Cilake, sumpah seram apa yang gua nampak tadi. 

Jumaat, 9 September 2011

KUAH ROJAK KACANG MAK BEE

Orang cakap ko bodo ko marah.  Tapi ko tu memangnya bodo.

Yang ko pergi ratah otak otak tu buat mende?

Kan dah berak berak. Purrr...puuurrr purrr...

BETUL BETUL PUNYA KOLUMPO

Sejak dua menjak semak dah tak ada ni, profession gua beralih kepada membuat batas sayur dan menampal rumput karpet di halaman rumah. Yelah, dari tak berbuat apa cuti cuti ni, ada baiknya gua berpeluh membuat itu ini.

Sedang gua asyik menampal rumput karpet di laman rumah, tiba tiba gua terpana. Kalau setakat pandang makwe budak sekolah menengah main motor petang petang, gua tak heran lagi. Biasa biasa je lagi tu. Ini tidak, dengan motor plat 'C' terkini, makwe makwe kampung ni dah lain macam dah dress up nya. Dress up Kolumpo mengalahkan orang Kolumpo.

Kalau yang belah pekan Lipis tu gua tak heran la nak dress up Kolumpo pun sebab rata rata dah ada Pesbuk. Nak la juga tangkap gambar sendiri dalam tandas KFC sambil buat mulut itik. Lepas tu edit dalam henset soni. Letak lurve dekat pipi, letak tanduk syaitan dan buat muka Korea walaupun muka mengalah pada orang Asli. Lepas tu letak dalam profile picture. Terseling seling la mat rempit Kedah nak add buat belen. Ye dak?

Ha, yang jenis tu gua tak kesah. Memang dah barai. Tapi gua sedikit berkecil hati la jugaknya. Pasal makwe makwe di kampung gua ni dulunya semua stok buat isteri. Jenis pandai masak. Pakai kain batik. Tak bersekolah menengah. Kahwin awal.

Tapi sekarang semua tunggang terbalik. Dress up pun baju tak berlengan. Kalau ketiak putih tak apalah juga. Ini berkarah dengan daki. Itang! Ini gua syak tidak lain tidak bukan la sebabnya ni. Ini sebab projek kerajaan.

Rata rata penduduk kampung ni dah dapat duit compensate tanah untuk buat highway bagi orang Kelantan pergi Kolumpo dengan laju. Rata rata dah pergi Sogo beli kain baju canggih canggih.

Apalah nak jadi. Orang kampung lain yang senang, orang kampung gua yang susah.

Khamis, 8 September 2011

PENDEKAR BUKIT PUTERI

Dahulu, masa time gua kecik kecik. Ada juga cerita pendekar pendekar ni main dekat tivi. Gua tak pasti la tivi mende yang wajib tayang cerita pesen pendekar ni. Gua kecik lagi. Empat lima enam tahun macam tu la.

Masa tu, gua ingat R. Jaafar jadi Pendekar Ayam Berkokok dalam filem Pendekar Lapok. Heronya AR Badul. Cilake. Tak hensem langsung punya hero.

Lepas tu gua tanya wan gua. Pendekar tu mende? Wan gua kabor, pendekar tu macam Hang Tuah. Lawan dengan orang jahat. Ada kuasa sakti. Power.

Jiwa gua bergoncang.

Mak gua kabor, keturunan kitorang keturunan pendekar. Wan gua pun kabor macam tu. Pasal wan gua ni orang Kampar, seketurunan dengan Dato Bahaman.

Lagi sekali jiwa gua bergoncang. Gua turun ke tanah.

* * * * *

Di tanah, gua perati sepupu gua yang bawah gua setahun dua, sedang main tanah sama semut laga.

Hiap!

Sepupu gua terjelepik atas tanah.

Waaaaaa....

'Aok buat mende tu Alih (Alif)? Meknya aok pergi bedal ke budak tu?' Tempik wan gua dari atas rumah.

'Main pendekar, pendekar wan'

* * * * *

Tapi sekarang gua dah tak berapa dengar dah scene pendekar ni dalam tibi. Naruto pulak yang tengah naik. Babi, gua tak tahu macam mana abang gua sampai ke tua ni layan lagi cerita Naruto. Sumpah tak faham cerita tu.

Lama kelamaan gua jadi tak berapa nak bergoncang kalau ada orang sebut pasal pendekar, scene lawan lawan dan Dato Bahaman. Terus gua lupa asal usul gua yang mana berdarah pendekar. Terus gua ingat pendekar ni hanyalah momokan dari arwah wan gua untuk bagi gua bedal sepupu gua yang main tanah itu hari.

Gua nak tanya, lu orang percaya tak scene pendekar ni masih wujud pada zaman sekarang?

Gua percaya, pasal itu hari gua masuk hutan gua jumpa seorang tengah bertapa atas batu dekat Bukit Puteri. Ini bukan sembang. Gua ada bukti. Cilake, serem....

Bersambung......

Jumaat, 26 Ogos 2011

LAST DAY

Hari ni hari last gua jadi cikgu. Tiba tiba gua rasa sebak. Cilake!

Ahad, 21 Ogos 2011

KERJA GUA PADA HARI INI (AHAD)

Tadi, baru tadi, gua sedang menolong mak gua menyiput kuih dan menggoreng tempeyek kacang hijau di anjung belakang rumah. Suasananya begitu redup sebab hari tak berapa nak panas, tak berapa nak hujan. Sedap sedap time buat kuih la orang kata.

Aboh gua bersandar di salah satu kerusi rotan yang terdapat di bahagian anjung itu dengan bersilang panggung, mata terpejam dan mulut ternganga ke atas.

Gua saspek abah gua sedang beryoga.

Kelentung kelentang bunyi sudip berlaga sama kuali sedikit pun tak merencatkan yoga abah. Lalu mak gua yang berasa fedap dengan bunyi kelentung kelentang mengambil keputusan untuk layan radio.

Tip!

' Klasiiiikkk.... Nasional! Klasiiikk... Nasional! Segalanya disini, menggamit memori. Klasik Nasional...'

Gua mula panas punggung. Lima minit je gua boleh bertahan. Lepas tu gua tukar ke stesen radio lain.

'Itulah aok. Kalau orang tua nak dengor radio je aok alih. Kalau lagu rok tu cepat je aok kuat ke lagi' sound abah gua sambil mata tak berbuka.

Gua buat buat sedang beryoga.

Sabtu, 20 Ogos 2011

KERJA GUA PADA HARI INI

Peh, nampaknya gua masih mampu bertahan biarpun bibir ni dah start merekah.

Steady Aron, steady.....

Jumaat, 19 Ogos 2011

KERJA GUA PADA HARI BESOK

Besok celik celik mata aja gua dah kena sahur. Mesti kena sahur. Kalau tidak aok sayur.- Itu pesan Aboh gua sebaik memulakan bicara dalam kereta selepas opis time.

Lepas sahur gua boleh tidur balik la. Subuh tu mak gua malas nak kejut dah. Bior gasok ke dia la. Dah besor panjang pun nak berkejut semayang lagi- Itu pesan Mok Choh pada gua.

Kalau gua bagun awal sikit, dalam pukul 7 ke pukul 8 tu sedap la sikit nak buat kerja, pasal hari redup lagi. Kalau gua bangun pukul 10 nak dekat pukul 11 macam gampang la jadinya. Berjenero peluh.

Ok, tugas gua besok kena kerat kayu getah besar peha gajah. Kena ketung bagi sama saiz. Kena punggah dalam lori. Kena bawak lori sampai belakang rumah. Kena bawak turun kayu getah. Kena susun kayu getah ikut sedap mata memandang.

Lepas tu kalau aok tak letih (ayat mak gua la), tapi gua tahu memang gua kena buat jugak- gua kena tebang buluh panjang buat penggalah nyiur. Kena mesin semak tepi rumah.

Lepas tu, kena beri ayam makan. Kena beri angsa makan. Kena beri gua makan.

Yang pasal gua makan tu, gua tak tahu pukul berapa gua akan makan. Keh keh keh.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Khamis, 11 Ogos 2011

JOM TULIS, JOM BERKARYA, JOM SERTAI

Kepada sesiapa yang berasa tulisan dia begitu mesum hingga mampu membuat Cikgu Intan (cikgu BM gua) kincit dalam kain, boleh la belek belek borang kuning ni ha.

Gua hanya menyampaikan aja. Pasal tulisan gua hanyalah main ikut dan serta tidaklah begitu power sepower Power Rangers Kuning. Sekian, selamat berkarya.





Rabu, 10 Ogos 2011

LIPIS GANGSTER 2

Jemir menggesik mata yang masih terasa pedih pedih baru bangun tidur.

Haaaaaa.....

Jemir menguap malas yang bau mulutnya mengalahkan bau berak budak. Dua tiga ekor nyamuk yang kebetulan lalu depan mulut Jemir dah tak daya nak terbang sebab pening pening. Empat lima nam ekor lalat yang kebetulan ada melawat stokin Jemir yang berjelempuk di belakang pintu hinggap di tepi bibir Jemir.

‘Jemir, Jemir. Deras la tolong mak membungkus kuih koci ni. Duduk teperuk dalam bilik tu jadah mende nye?’ Pekik Mak Cik Rounoh yang tanganya ligat menguli tepung kuih keria.

‘Jemir... cepat la tolong mak ni ha. Banyak kuih ni orang pejabat tempah.’ Mak Cik Rounoh terus mengomel.

‘Nazmir Masnawi !!!’

‘Yela.’ Jawab Jemir malas malas.

Jemir bangkit tidur sambil tergaru garu perutnya yang bertulang. Dia berdiri senget sedikit di gelegar pintu setentang  maknya yang sedang membuat kuih pejabat gomen. Jemir mengorak langkah.

Praaaa....

Satu persatu adunan tepung ubi di masukan dalam minyak yang panas menggelegak. Bau garing kuih keria yang sedang di goreng menyucuk hidung. Di satu sudut meja, ada empat lima biji loyang berisi agar agar sirap. Di satu sudut yang lain pula, segelas oren sunkis sejuk sedang berasap atas meja.

Dari dalam bilik, Jemir perlahan lahan hilang di celah kain langsir pintu bilik. Cilake, gua dah tak tahu nak tulis mende. Gua lapo.


Ahad, 7 Ogos 2011

PENGALAMAN GUA BERPUASA DI TINGKATAN 4 - DUA

Lebih kurang pukul tujuh lebih nak ke pukul lapan malam, kebanyakkan penduduk Islam di kawasan sekitar rukun tetangga Taman Pertama semuanya dah kenyang kenyang dan dah ada yang start merokok selepas berbuka. Yang mana tak siap siap makan tu lagi hanyalah golongan yang mana lauknya havock dan jenis perut menggelembung ke depan.

Setelah beberapa kali setting niat yang tidak baik pada malam berpuasa, gua text beberapa orang kutu rukun tetangga untuk memulakan satu lagi mission yang power.

' Jadi kita mlm ni?'

' Jadi jadi. Ko jmput aku dkt port biasa' balas seorang kutu yang bernama Safiq.

Pada masa tu, Fahmi tak bersekolah dah di Lipis. Dia bersekolah di daerah Gombak sana dengan Yassir dan hanya balik Lipis kalau ada henset baru beli dari Kolumpo dan buat rambut spike.

' Aok malam ni jangan nak pergi merayau adik. Pergi tarawikh!' sound abah gua setelah perasan gua terkerenyih kerenyih menghadap henpon skrin biru.

' Yela..' balas gua rata.

Gua pun dress up orang sembahyang tarawikh sekali dengan kain pelikat kotak kotak cap gajah duduk. Gua capai kunci motor slow slow kerana memang tidak relevan sangat kalau gua pergi surau naik motor sebab jarak rumah gua dan surau hanyalah sepelaung.

Sambil berambi, gua menolak motor di port biasa kutu rukun tetangga  lepak, belakang stor surau. Di situ kelihatan Safiq, Kacang, Jeman dan beberapa penyangak rukun tetangga berborak pung pang pung pang sambil mulut berasap tak mengira ke orang tengah bang Isyak.

' Amboh, tolak motor ye aok' sound seorang kutu.

Gua malas cakap banyak lalu gua ambil mercun bola cucuh pada lighter.

' Babi, dia baling mercun' 

POW!

Kutu kutu dan penyangak rukun tetangga bersepah lari. Gua start motor dua lejang gua yang berrim tiga batang. Masa tu siapa ada rim tiga batang dah kira hippies dah. Farid Kamil pun masih terkial kial ejas skrip Remp-it. Brek angin pun tak wujud lagi masa tu.

TA TA TA TA

Enjin motor gua berbunyi parau diikuti beberapa lagi bunyi motor kutu lain membelah Jelai Street. Gua menyidai kain pelikat di tengkuk motor dan hanya berboxer polkadot kerana bagi gua tidak kacip kalau main snuker tapi berkain pelikat.

Asap rokok pung pang pung pang di belakang gua.

* * * * *

Lebih kurang pukul sepuluh lebih gua sampai di rumah.

' Aih lambat balik. Aok kemana?' tanya abah gua sambil makan kacang goreng tabur garam.

' Sembahyang la.' jawab gua dalam dalam.

' Sembahyang pakai seluar pendek?'

' Ha?'
* * * * *

Malam tu melilau gua bawa torch light tengah jalan mencari kain pelikat. Ntah mananya dia terbang. 




Sabtu, 6 Ogos 2011

PENGALAMAN GUA BERPUASA DI TINGKATAN 4

Biasanya time tingkatan 4 ni la zaman rebel orang kabor. Nak nak pulak time tu gua baru je kena buang sekolah sains, jadinya prinsip punk anarchy sangat membuak buak di kotak fikiran gua pada masa tu.

Gua akui, gua punya buas dah sampai tahap mak gua bawak berjampi di rumah Aki Andok Kampung Dusun sana. Kata mak gua, biarlah jadi budak yang dengor sikit ke orang tua. Ni tidak, dah kena lempang 24 das pun gua buat buat rilek tengok tv lepas tu. Mana aboh gua  tak hangin?

Semenjak gua kena sekolah harian biasa ni, gua lah hero. Liar sikit tu biasalah, sebabnya dulu time duduk asrama mana boleh main snuker petang petang. Nak merokok pun kena bawa cekelat hacks dalam poket buat kaber bau mulut.

Faveret pas time gua lepas sekolah adalah di lorong belakang Jelai Street. Di situ segala jenis kegiatan bawah tanah berlangsung siang malam tak peduli ke polis atau van agama. Satu je aktiviti yang paling hip pada masa tu adalah scene snuker. Dan hanya satu kedai aja yang into scene snuker yang digelar 'PACIKO'.

Gua main nak kata cun sangat tu tak adalah, tapi ada 'isi' orang kabor kalau gua placing bola. Rata rata budak yang melepak di situ punya ralit layan lucky ball sampai tak ingat maghrib. Dan penyakit ini terus menerus sepanjang tahun yang menyaksikan tauke PACIKO jadi kaya mengalahkan tokei stesen minyak Padang Tengku.

Apa yang membimbangkan, penyakit ni semakin menjadi jadi bila bulan puasa. Rata rata budak Melayu saja termasuklah gua yang berseluar cerut bawah naik ke bangunan tingkat 2 berpintu jenis tolak tarik tu. Dan disilah segalanya bermula....

Di satu sudut di kedai tersebut, gua Fahmi dan beberapa orang kutu tengah berbincang mengenai satu mission.

'Weh, dah pukul tiga ni, bazar ramadhan dah buka rasanya.'

Fahmi menyeluk poket mengeluarkan duit dua ringgit. Gua pun seluk poket keluar dua ringgit, dan 2 kutu yang lain pun keluar duit 2 ringgit dari poket masing masing.

Gua jadi kepala dan kumpul duit yang masing masing berjumlah 8 ringgit. Pada masa tu 8 ringgit tu kira dah boleh kautim dah murtabak dua saiz sedang sedang. Lalu, gua pass duit ke Indon yang jaga kaunter.

' Murtabak dua ha.' Terang gua sambil buat isyarat dua jari.

Indon jaga kaunter berlari menurun tangga selepas faham arahan gua.

* * * * *

Di satu port rahsia dan terselindung, bau semebak murtabak bertebaran di seluruh pelusuk ruang sempit itu.

Di satu sudut yang lain, kelihatan seorang brader pangkat abang abang sedang memukul bola terkembang kempis hidung.

' Amboh, kuatnya bau murtabak. Deme tak puasa ye?' jerit brader pangkat abang abang. Satu kedai senyap.

2 kutu lain dah berterabur turun kedai. Fahmi buat muka barai sambil lap bawang di tepi bibir. Gua buat buat steady pilih kayu kiu sedap di rak kayu kiu sambil bersiul.

Rabu, 3 Ogos 2011

LIPIS GANGSTER

Cuaca tengahari panas membahang. Takde siapa berani berjalan di tengah jalan walaupun seorang askar komando 69 sekalipun di ‘tengahari gehege’ orang Lipis kabor.

Kecak!

Jemir membuka pintu hadapan rumah. Takde siapa siapa di dalam rumah kecuali Si Tombong,kucing peliharaan Jemir sekeluarga.

Jemir menyeka air peluh yang berjera di dahi.  Dengan muka berlemin sebab baru balik sekolah dan kena berjalan kaki lebih kurang 14 tiang letrik, Jemir takde pikir lain dah selain air peti ais dan lauk pauk sampai tak muat tudung saji.

Jemir menghumban beg sekolahnya di penjuru bilik sampai ber’lekung’ bunyinya sebab didalam beg sekolah itu hanyalah spray warna hitam mati dan bukanlah buku report sains peka.

Sambil memecat seluar kaler hijau seluar budak sekolah menengah, Jemir menjilat bibir atas yang kering dia sampai ke tahap ada keras keras di permukaan bibir atas. Begitu power sekali Jemir haus hari tu.

Sekarang, yang tinggal pada Jemir hanyalah spender dan baju kemeja bertali leher tak berbuka habis. Lalu tanpa banyak songeh, dia menghempas badan di atas tilam nipis.

Tip!

Jemir menekan suiz kipas kotak yang diletak di atas lantai setentang dengan kiblat menggunakan ibu jari kaki.

Braaa.....

Kipas kotak volume 3 berbunyi gampang. Bunyi macam mesin rumput Pak Cik Bidin tukang kebun sekolah. Jemir membuka kangkang luas luas.

Braaa.....

’ Legaaaa...’.Bisik Jemir dalam hati sambil mata terpejam.


 catitkiri: cilake, gua lapo ni. Ko tak lapo?

Selasa, 26 Julai 2011

KUIH KOSUI

Tiba tiba gua teringat kes kuih kosui zaman gua sekolah dulu dulu.

Ah nantilah gua cerita. Gua nak melipat kertas soalan periksa P3 ni ha.

catitkiri: kepada student gua, selamat menjawab soalan seni. Ko jangan buat muka gampang!

Selasa, 19 Julai 2011

GUA BUKAN BIZI !!!

Gua bukan bizi. Di ulangi, BUKAN BIZI.

Kerja gomen ni mana ada bizi? Tak ada.....

Sori la pada pemanas punggung yang asyik tanya,

'bila nak update enrti'

'bila nak update entri'

Laptop gua crashed. Ntah apa sebab gua tak tahu.

Hah? Apa? Porno?

Huh, mungkin juga. Ni semua salah King Ery sebab bagi bang bus sampai 76 gig. Gua dah la tak khatam lagi.

Benda salah salah ni memang tuhan tak beri. Sekejap je dapat la celaka.

Ok, gua gerak dulu. Ada orang nak guna komputer buat print kertas periksa.

Sehingga berjumpa lagi...... Daaaaaa PLING! (hilang)

Jumaat, 8 Julai 2011

GEMUK ITANG

Di tempat kerja gua ada rakan sekerja. Biasalah. Mana mana opis pun ada rakan sekerja. Kalau kerja sorang sorang tu bukan keja di opis namanya, tu duduk kerja dekat kebun getah.

Banyak orang banyak ragam. Yelah, macam macam fiil boleh tengok. Ada hak mudah pening kepala la, hak kuat makan la, hak kuat pau rokok la dan bermacam macam lagi karenah. Yang kuat mengumpat tu, toksah kira lah. Masing masing kuat mengumpat termasuklah gua. Sedap jugak mengumpat ni sebenarnya. Hihihi.

Ok, sebenarnya gua nak mengumpat seorang rakan sekerja. Maaf lah kalau gua jadi makcik makcik sikit. Tapi sejak gua dah bercampur dengan rakan sekerja yang rata rata dah beranak ni, selera rock gua bertukar ke selera Sharifah Aini. Ceh.

Ceritanya bergini....

Semasa gua berjalan dengan anak murid gua yang menyokong kelab picisan Liga Inggeris, Manchester United   , tiba tiba opis gua menjadi crowded tak tentu pasal. Tapi takde la sampai lekat tak boleh sorong kaki. Stakat badan gua yang masih solid dengan seluar saiz 33 boleh lagi la nak mencelah sikit sikit. Gua berjalan biasalah, mesti nak kena gengster. Tangan kena huing sana huing sini. Tiba tiba....

Pub...

' Eh?' Kakak berseluar saiz 50 menge'eh' dan terlompat kecil.

'Er, sori kak sori' gua meminta maaf lalu berjalan pantas menuju meja.

Kakak berseluar saiz 50 pandang tajam tanpa mata terkedip. Gua buat buat baca Kosmo.

Dah tau badan besar yang ko pergi duduk tengah jalan tu buat mende? Macam la aku hadap sangat ke jubo ko tu. Dah la itang!

Peristiwa itu berhenti hari itu sahaja tanpa dibawa keluar masa pejabat.

* * * *

Hari hari lain kakak berseluar saiz 50 membuat muka gampang sewaktu berselisih dengan gua. Gua pun malas dah nak senyum yang pastinya takan berbalas.

Di meja gua berkerja, belakangnya adalah laluan untuk orang lalu lalang ke pintu utama. Alah kiranya belakang kerusi gua memang hip bila time nak punch card.

Tapi ada satu misteri. Tiap kali gua buat kerja boleh kata setiap hari kerusi gua rasa macam di tolak tolak ke depan. Selalunya masa nak balik dan masa nak datang kerja kerusi gua terbatuk batuk. (biasalahlah, the first man in but the last man out).

Pada mulanya gua buat tak pada dulu. Apa la sangat bagi gua setakat kerusi terbatuk batuk ni. Tapi bila dah kena tiap tiap hari gua dah rasa perkara ini dah menjadi penyakit yang perlu dibawa berubat. Lalu gua buka fail siasatan.

* * * *

Hasil siasatan...

Tiap kali penyakit tu datang mesti si gemuk itang lalu belakang gua. Dan tiap kali lalu belakang gua, mesti penyakit kerusi datang.

Lu orang dapat agak apa 'barang' yang buat kerusi gua berpenyakit? Lu orang dapat agak?

Jawaban: JUBO.....


catitkiri: Jawab dekat komen dengan bahasa Lipis.

Selasa, 5 Julai 2011

PELUDAH WARNA


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

 A. SAMAD SAID

Isnin, 27 Jun 2011

MASUK HUTAN 2


Hari ini adalah bukan kali pertama gua buat perhitungan dengan alam. Bagi gua masuk hutan ni bukanya perkara yang boleh di buat main. Kena ada ilmu, kena baca bismillah dan kena pakai kasut.

Gua dress up macam biasa, baju barisan sama seluar budak PLKN. Kepala, gua kaver dengan topi ada cop ‘ Hari Keluarga PPRT’ taman perumahan gua yang dulu. Tak selera juga gua masuk hutan kalau topi pun ada cop dacing. Nampak sangat gomen nya.

Gua masuk hutan bertiga. Gua, Pak Busu sama Mak Busu. Hajatnya nak berburu ‘daging hutan’ sepeti kijang, kambing gurun, rimau, seladang dan burung kuang. Kalau setakat nak berburu babi hutan tak payah masuk dalam hutan, dekat Bandar Lipis nuh penuh tengah malam berbaring atas jalan.

‘ Busu, meknya bawok jala ni? Kabor nak pergi menengok jerat je.’ Gua sedikit pelik melihat karung jala yang berisi dalam raga motor EX5 plat terkini dengan tayar bunga tebal.

‘Saja je. Kalau tak dapat daging nanti, kita boleh menebor ikan buat lauk’ jelas Pak Busu sambil buat gaya menebar jala di atas jalan.

Setelah berjalan selama kira kira 40 minit, memang sangkaan Pak Busu mengena. Jerat terlepas. Patah tiga kayu sentap tu dikerjakanya. Bagi hemat gua, tak rusa, kijang saiz saiz tong dram aja yang boleh bawak lari umpan sepower ini.

‘ Kesan makan ade. Boleh terlepas pulak tu. Pukimok anak mok punya menatang’ Carut Pak Busu sambil mengesat peluh di batang gelugur.

Gua hanya mampu geleng kepala. Pak Busu keluarkan jala dari karung guni.

‘ Moh kita menebor’ jerit Pak Busu bersemangat.

Mak Busu yang diam dari tadi mula ligat terjun ke sungai yang berarus deras. Gua yang masih berdiri di tebing hanya memerhati keletah dua sekelamin itu meranduk sungai yang berarus deras.

Sungai tu punya lawa tak payah cerita la. Dengan air yang jernih dan batu kerikil sama sama menambah lanskap semulajadi sungai tersebut. Rugi juga tak bawa kamera seluar (SLR) Abezan. Sedap juga dapat snap gambar sini sana.

Dengan parang tersisip dipinggang dan bersusuk Melayu Pahang, gua terjun ke sungai macam Pandikar Idi Amin. Baru dramatic.

KECEBOR!!!

‘Jangan la buat bising. Karang lari ikan tu karang’ Sound Pak Busu antara dengar tak dengar.

Gua diam. Pak Busu melompat dari batu ke batu mudik ke hulu.

‘Hiap. Hiap. Hiap’

Pak Busu mengatur langkah di atas batu yang terceroking tajam.Tiba tiba.....

BRAAAA!!!

‘Addoooooo.....’

‘ Kenapanya Busu?’

‘Takde mende’ Jawab Pak Busu acuh tak acuh. Bajunya lencun basah.

Gua perati macam ada benda yang tak kena dengan Pak Busu ni.  Tebaran jalanya dah lain macam. Mukanya dah lari tune. Gua terus meranduk sungai sambil mengincah air.

‘ Aok baik baik sikit berjalan atas batu tu, perut Pak Busu ni dah pedih bercalor jatuh atas batu ni tadi’

Gua buat buat muka steady. Tak berani juga nak gelakan orang tua dalam hutan. 

Selasa, 21 Jun 2011

Khamis, 16 Jun 2011

PUNIR

Di dalam kelas gua mengajor, hanya terdapat kira kira 17 pelajar tingkatan empat. 3 Melayu, sorang India dan selebihnya Cina. Muhibah sungguh.

Gua mengajar subjek paling killer dalam kehidupan bebudak menengah atas. Hanya orang orang yang killer boleh mengajar subjek yang killer. Sungguh.

Tapi bukan itu yang gua mahu cerita. Bukan tentang subjek killer yang killer. Bukan juga pasal gua ini seorang killer dalam pasukan sepak takraw zon Sungai Kerpan. Bukan.

Seorang budak lelaki bernama Punirswaran. Orang banyak menggelarnya Punir. Seperti yang diberitahu, dia seorang sajalah yang budak India nya dalam kelas killer gua ni.

Punir seperti disisih. Kerana dia seorang sahaja yang berkulit 'killer' gelap. Jalannya terhincut hincut. Gua saspek kakinya cagu.

Tadi, semasa gua mengajar subjek killer, gua suruh murid murid untuk membuat beberapa buah group. Punir berada di dalam group killer bagi hemat gua. Kerana rata rata budak di dalam group itu killer.

Tiba tiba ada perkelahian mulut.

'Punir! Lu kan manyak busuk tau. Duduk sanalah! Olang keling manyak busuk' kata seorang budak paling killer dalam kelas gua.

Lalu gua rasa bertanggungjawab walaupun sebagai cikgu partime yang killer.

' HEY! You cakap baik baik ha. You mana duduk (rumah) ? gua bersuara parau. Lu killer tak killer. Dengan gua jangan main main. Dekat luar sekolah gua boleh cari.

Budak tersebut terkulat kulat dan kanyo dimarahi gua. Punir hanya tertunduk diam.

' Punir, mari duduk sebelah saya'

Gua berlembut. Jarang gua berlembut dengan orang banyak kecuali dengan makwe makwe.

Selasa, 14 Jun 2011

BERKIRA KIRA

Sekarang ni gua dah boleh start dah nak beli seluar slack kain licin sama kemeja lengan panjang. Kasut kulit hitam tak payah beli. Memunah duit. Kasut Crock abah gua muat lagi rasanya.

Tapi masalahnya, tuck in. Dah dekat 3 tahun gua tinggal scene tuck in ni. Apa pula cakap member member gua kalau gua tuck in?

Takan gua nak jadi macam Onizuka? Apa pula cakap pengetua? Apa pula cakap member member abah gua?




power juga kalau boleh dress up macam ni

Update: Lupa, gua kena beli pen merah sebatang. Baru sedap nak me-right buku budak.

Isnin, 13 Jun 2011

Ahad, 12 Jun 2011

AMBIK KO

Ada beberapa orang yang sedang berkelahi. Ada orang Gomen, ada orang Anuar. Entah ke butir apa yang diorang cakapkan gua pun tak faham. Cakap pakai boo saja orang Penang panggil. Tapi ada la sebut pasal 'naik harga' dan 'subsidi'.


 Ada yang cakap orang putih, dan ada yang berbahasa. Tapi sebetulnya, gua dapat aim sesetengah daripada mereka (bukan semua) hanyalah ingin tunjuk yang diri mereka pandai, cerdik dan hebat dengan hujah hujah berbahasa Inggeris. Kononnya jawapan mereka lebih tampak educated di dalam bahasa itu. Tapi isi entah kemana, grammar entah kemana.


Terus gua balas sambil karate papan kekunci. TAA!




salam. Saya rasa terpanggil untuk melontar komentar ini. Sebelum itu, biarlah saya katakan yang saya ini bukan pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. pro-Lipis mungkin. Saya di pihak neutral. di sini saya nak ajak kamu semua supaya berfikiran realistik. ya reaslistik. Saya pun pengguna petrol dan mendapat subsidi minyak. Tapi saya hanya guna motor. Kerajaan telah menanggung kos ini saban tahun. Namun, cuba kita fikirkan, berapa peratuskah pemberian subsidi ini betul betul kena pada golongan sasar? Dan di Malaysia, adakah orang miskin (golongan sasar) ini pakai kereta turbo, mercedes, bmw, perdana dan lori? Rata rata mereka pakai motor EX5. Sebaliknya, dengan hanya berplat dan berpelekat khas di hadapan kereta, mereka (golongan bukan sasar) tidak perlu bersusah payah membayar petrol walaupun telah diberikan subsidi minyak. Apa kata, kos subsidi minyak ini, kita laburkan dalam pemberian biasiswa. Yela, nak dapat biasiswa kena tunjuk slip gaji ye dak? Dan saya yakin seratus peratus hal ini akan dapat ditujukan pada golongan sasar jika semuanya telus. Ya, TELUS. Sebab itulah rata rata anak orang kerja Petronas dapat biasiswa Petronas dan belajar di UTP. Sebab tak telus. Kita tak mahu yang kaya lagi raya, yang miskin makin rikin. Kita bukannya India dan Indonesia. Dan dengan biasiswa atau lebih tepat ‘elaun minyak’ ini, dapat lah kita kurangkan aktiviti penyelewengan subsidi minyak yang mana melibatkan tak kira orang pembangkang mahupun orang kerajaan. Kalau ada penyelewengan juga dalam ‘elaun minyak’ ini, senanglah pembangkang nak tuduh orang kerajaan. Kikiki. Dah la, saya rasa nak lesing je kepala kamu semua sebab asyik berkelahi aja. Tak bawa apa apa penyelesaian. Yang bawa penyelesaian adalah jalan penyelesaian. Perangai macam Mesir. Lempang karang, bisu!


-Ini jawaban gua yang paling solid. Payah juga nak explained pada orang yang malas membaca ni.  


Klik SINI untuk lu lebih faham. 



Isnin, 30 Mei 2011

WALLPAPER

Entah macam mana tangan ni gatal godek sana, godek sini dekat dalam design blog ni. Sebelum ni usah ke usik, nak tala arrow mouse ke butang 'Design' tu pun gua tak lalu.

Lepas tu gua jumpa macam macam gambar. Gambar hak pelik pelik ada, gambar keluarga ada, gambar permandangan ada, gambar kasut ada, gambar seluar ada, gambar kerusi, wayar letrik, seluar denim, kuih bingka, mesin tebu, ah pendek kata macam macam gambar la yang tak tergambar. Cuma gambar porno je yang tak ada. Puas juga gua mencari. Tak berjumpa. Hi hi hi.

Lepas tu puas gua tanya orang itu orang ini tentang gambar itu gambar ini yang mana sesuai nak tampal belakang karangan gua. Tapi ada satu makwe tu, gua panggil dia 'kekasih'. Dia suruh pilih kayu. Sebab apa....



kayu byk mksd dia...
keras...
tp mdh pth..
mcm awk pemarah tp mdh reda..
tak lama...


ummm kayuu nih kuat liat...
sgt2 berguna..
mcm awk gak...




Terus gua senyum sampai ke telinga. Hi hi hi.

Ahad, 29 Mei 2011

MENEBAS

KECAK!

TA TA TA TA !

KECAK!

TA TA TA....

PRENG RENG PENG PENG...

' Hoh, hidup pun'

Peluh bertitis dari kepala ke dagu. Gua menyeka peluh yang berjejih di dahi dengan hujung lengan baju T Barisan . Selalunya baju tulah yang jadi faveret yang mana bukan sahaja gua malah hampir kesemua orang kampung. Pergi ke kebun baju tu lah, pergi menoreh baju tulah, pergi menebas baju tulah, pergi mengangkat getah baju tulah, kiranya, baju Barisan tulah yang buat kerja kerja penting penduduk Kampung Kechau Tui ni.

RENG PENG PENG PENG....

Sengaja gua biarkan mesin rumput Tanaka abah gua tu hidup lama sikit. Biar enjin dia panas dulu. Bergetar getar body mesin rumput duduk atas tanah.  Pepagi ni banyak pulak asap putih keluar dari muncung ekzos dia. Payah betul nak menyetatnya. Dah naik lenguh tangan menyentap starter tali tu. Tak jalan juga. Chock dah tarik dah. Petrol dah campur minyak hitam sikit dah. Tak mboh hidup juga. Berjera juga peluh nak menyetat mesin rumput seusia budak darjah 1 ni.

Last last, gua simbah ke Petrol atas enjin dia baru la terhenggut henggut ada nafas sikit. Dua tiga kali menyetat, barulah hidup.

Model hak Abah gua pakai


Walaupun hari masih lagi pagi, dalam pukul 9-10 macam tu, namun panas dia bukan main panas lagi. Macam dah gaya tengah hari punya panas dah gayanya gara gara menyetat enjin mesin rumput ni tadi. Setelah gua rasa suhu enjin sudah ngam, gua menyediakan kuda kuda dan menggalas mesin rumput bila kekuda gua sudah berasa mantap.

Tempat yang gua nak tebas ni tidaklah jauh dari rumah orang tua gua. Tepi rumah aja. Tapi dia punya semak mengalahkan ladang tebu dekat Cuping sana. Semak, sesemak semak. Perasaan, gajah bersarang di dalam pun kita boleh tak nampak.

Mula mula gua mesin pokok renek yang light light dulu. Mata bilah besi baru gua kikir sebaik turun ke tanah sebelah petang semalam. Jadinya kalau setakat anak anak pokok yang baru nak bercambah tu, sekali huing aja dah nampak tanah.

PRENGG..PRENGG... RENGGG

TIUNG!

Sesekali deraman mesin rumput gua menyumbang. Mata bilah besi terkena batu. Berapi juga. Gua buat derk sambil menipis sedikit ulas mata. Takut terkena batu atau serpih kayu sesat. Kalau setakat nak menebas di tepi rumah, tak payah berpakai cermin mata Rayben.

PRENG RENG TENG TENG

TA!

KECAK!

' Mati semula !!!'

Gua bertempik sedikit parau. Lalu, gua humban mesin rumput dengan rumput rumput ke dalam semak. Marah betul gua. Apa lagi yang tak kenanya. Baru 5 minit memesin mati semula.

Spirit menebas gua down. Yang naik, spirit memaki hamun. Matahari mula terik di sebelah timur. Gua kira jam dah pukul 10 lebih. Tak '5 minit' jugalah gua menebas tadi. Bisik gua dalam hati.

Dalam keadaan yang memaki hamun itu, gua duduk menghela lelah yang baru separuh guna. Tekak terasa teking, air pula tak bawak. Nak pergi ke dalam rumah karang, kena cuci kaki dulu. Malas pulak. Ya tak ya, gua duduk aja di pangkal perdu pisang.

Setelah agak lama, gua bangkit dan pergi ke arah semak tempat mesin rumput  dihumban. Dan dalam semak semak tu jugalah gua menyetat hampir sepuluh kali setat. Lenguh tangan tak sekira dah la, sampai ke tulang kipas dia tarik. Dan pada kali ke sebelas tu, gua tarik nafas dalam dalam dan sekali henjut....

PRENG PRENG PRENGG...

RENG....

Nafsu menebas gua membuak buak. Gua tak toleh belakang. Gua press kuat kuat suis mesin rumput. Berderu mata bilah besi makan batang tepus. Kaki gajah habis luka luka kena tebas.

catitkiri: takde hati gua nak post pasal bola.

Isnin, 23 Mei 2011

MELAYU, CINA, INDIA, ORANG PUTIH

Tengah hari tadi gua turun pekan Lipis. Selain pesat dengan bangunan bangun pencakar langgit, ianya juga terdapat burung merpati yang jinak jinak merpati apabila diberi sekoi dan beras. Ok, ok yang bangunan pencakar langit tu gua tipu. Tapi sebetulnya, sejak Najib penggang jadi Perdana Menteri ni, gua tengok tak banyak berubah pun Lipis ni. Nak harapkan Lipis Centrepoint tu? huuu....bangunan aja besor, maintainance tarak. Bermacam macam taik ada. Tak kucing, taik burung layang layang, taik orang, kencing orang. Semua ada.  Bodoh kayu punya MDL. Tak pandai jaga.

Sejak dah berumah jauh di kampung ni, scene turun pekan Lipis ni dah down sikit. Kalau turun pun, pasal ada hal yang mustahak mustahak je macam pergi menjual pisang, buka akaun ASB, renew road tax motor, beli mata kail, berjumpa Siti dan sebagainya yang penting penting.

Tapi kadang kadang hal yang tak mustahak pun gua jadi juga turun Lipis ni seperti mengetey bersama rakan taman perumahan dahulu, bermain snuker kalah bayar, karaoke lupa bayar dan mengurat budak sekolah menengah balik rumah.

Tadi punya cuaca memang panas terik. Panas tu dia punya tahap sampai peluh gua dari atas kepala mengalir ke pipi, terus ke dagu dan menyelinap di sebalik janggut janggut nipis lantas jatuh ke jalan tar lalu meruap menjadi wap.

Dan dalam tengah hari 'gehege' orang Lipis kabor, gua berjalan dari satu kedai ke satu kedai mencari topup selkom 5 ringgit.

Mula mula gua pergi kedai Melayu. Gua keluar sambil geleng kepala dua tiga kali. Lepas tu gua pergi kedai Cina, gua keluar sambil geleng kepala tiga empat kali. Gua masuk pula kedai India stesen bas lama, pun gua geleng kepala lima enam kali.

'Kenapa korang nak markup sampai 50 sen untuk topup harga 5 ringgit? Kepala Banaaaaarrr!!!' gua menjerit  sambil mencarik rambut betul betul bawah matahari tegak atas kepala.

Dalam badan belemin dan berpeluh peluh, gua masuk Seben-E. POW! gua terajang pintu tanda protes.

' Bang, topup Selkom 5 ringgit berapa harga?'

' err... 5 ringgit'

* * * * *



Lepas tu, lama juga gua duduk dalam kedai tu. Sejuk. Ada air-cond.

Sabtu, 21 Mei 2011

RIADAH

Petang karang, gua, Mak gua, Kak Cik gua, Kak De gua, Abang Teh gua, nak pergi memancing dekat sungai belakang rumah.

Aboh gua?

Aboh gua sakit kaki. Gula tinggi. Makan benda manis banyak sangat.

Khamis, 12 Mei 2011

CEWAH !

Besar nanti, kalau gua dah kaya sikit, gua ingat nak buka mini studio dalam rumah. Gua nak tubuh band 'Anak Beranak' dengan anak anak gua. Biar mereka tau papa diaorang ni power mengalah dari Ahmad Dani. Nanti, gua sebut apa tadi? 'PAPA'? Cewah!

Tepi mini studio tu gua nak buat ruang solat keluarga. Bila time mengaji, kami mengaji. Time sembahyang kami sembahyang.Tapi bila time gua bizikir, anak anak gua berjamming, gua tak teragak agak  berjamming sekali. Cewah!

Tapi masalahnya, team gua nak buat band 'Anak Beranak' ni tak cukup. Bini gua nak anak 2 orang aja. Tapi gua nak lebih. Tak larat nak beranak banyak banyak katanya. Cewah!

Kalau gua kata bini gua ni tak produktif untuk populasi Melayu karang dia merajuk. Yela, kalau dah dua dua orang tu jadi menteri nanti, siapa nak jadi macam gua? Lelaki rebel jalan tak tentu hala. Cewah!

Sabtu, 7 Mei 2011

MAK CIK PESOH, MAK ANDAK SIOH

Rata rata panggil Mak Cik Pesoh. Nak lebih manja sikit orang panggil Cyah. Selalunya abah gua la yang panggil macam tu. Hak belah kampung sikit panggil Choh. Rata rata sepupu gua panggil Mak Ngah Pesoh, tak pun ada yang panggil Mok Besor.


Tapi nama beliau Hapsah Idris. Tak tahu la pulak gua kiranya Habsah Idris ni ada link dengan Habsah Hassan.


Yang sorang lagi ni pula rata rata orang panggil Mak Andak. Ada orang panggil Mak Andak Sioh. Yang mana kenalan rapat tu panggil Sioh aje. Jarang orang panggil Sammy atau Siah.

Tapi nama beliau Samsiah Kerib. Tak tahu la pulak gua kiranya Samsiah Kerib ni ada link dengan Samsiah Fakeh.

Apa yang pasti, kedua dua watak di atas gua panggil mok. Tak kira la Mok Choh atau Mok Sioh. Dua dua mak gua.

Sorang yang melahirkan gua sampai berbelah perut (buat operesen). Sorang yang jaga gua lepas yang sorang tu pantang lepas operesen. Sorang ibu kandung gua. Sorang ibu angkat gua.

Dua dua gua sayang. Sayang sungguh sungguh. Bukan main main punya sayang. Sampai satu tahap, gua tak tahu nak explained sayang yang jenis tak tahu sayang yang macam mana.

Kepada yang masih ada ibu, mama, mami, umi, bonda, mak, mok tu semua, buatlah amal sebelum mereka pergi. Yang mana dah tak ada tu, doakan. Buat amal dekat dunia ni niat pahala sedekah dekat mereka.

Jangan jadi macam gua. Asyik nak menyakat mok je kerjanya.

SELAMAT HARI IBU, MOK.

Mok Choh dan Aboh. 
Cewah!


catitikiri: cilakak apesal mata gua berair ni? 

Khamis, 5 Mei 2011

BUDAK PENING

' Aok duduk Kolumpo tu baik baik sikit. Jangan buat jahat. Jangan menyakat orang'

'Yela mok.' Balas gua sambil gengam duit sepuluh ringgit.

Gua lambai dua tiga kali dekat mak gua sebelum bonceng Fahmi ke stesen bas. Zaman sekarang ni payah dah nak tengok anak lelaki Kuala Lipis peluk erat sambil cium tangan mak sendiri. Gua sorang aja. Cewah!

Gua parking sebelah pakcik berkopiah, kerusi depan sekali belakang driver. Dari segi amatan gua, pakcik ni tentu pesara orang kerja kerajaan. Dengan kemeja papan lengan panjang lining tajam, seluar slack kelabu pudar sikit, jam tangan kaler emas, kasut warna koko, baca pulak surat khabar Utusan, memang betul betul orang gomen. Tiada dakwa dakwi lagi. Orang gomen.

Gua tak jadi banyak beborak sebab pakcik berkopiah lebih berat nak baca artikel tulisan Sulaiman Kadir. Lalu, gua jadi boring tak tentu hala. Nak berborak dengan driver pulak, dia tu India. Kalau gua cakap pasal artikel 153 karang tak sedap pulak orang kabor. Jadinya gua pendamkan aja.

Tiba tiba, datang terhuyung hayang seorang mamat kurang tinggi dari arah belah belakang badan bas.

' Uncel, boleh perlahan sikit tak? Saya  pening la'

'Tak boleh, ini kalau dia tak pergi laju, sana bukit tarak boleh pergi.' Balas uncle drebar.

' Ye sunggoh kate aok terr.' Sampuk pakcik berkopiah tiba tiba.

Gua bungkam.

* * * * *

Dalam keretapi, gua duduk sebelah seorang brader ni.

' Adik ni nak pergi mana?'

' Padang Jawa, abang?'

' Nak pergi Karangkraft. Adik ni dari mana?'

'Ooo.. err, saya ni dari rumah. Lipis.'

' La Kuala Lipis? Huu... dulu abang rajin buat show dekat sana'

Train berhenti. Gua perhati brader kurus, kepala botak, dress up baju batik kuning, pekena rayben gelap terhiling hiling turun stesen Shah Alam.

Gua geleng kepala. Dalam hati gua berbisik.

'Apalah nasib artis veteran kita' 




Update: Gua lupa nak beri tahu, Brader Osman Kering main lagu Sudirman pada henset Soni dia. Kuat sungguh, sampai negro depan gua boleh terjaga tidur.