Rabu, 3 November 2010

BUDAK BARU NAK UP!




2000

Gua rasa gua baya baya Haziq Tom Tom Bak lagi masa tu. Darjah 3 tak silap gua. Mencarut gua pun masih di tahap 1 lagi.

Pada masa itu, scene Hindustan memang tengah naik. Kuch Kuch Hota Hei, Dil To Pagal Hei, Kuci Kuci Pampers Hey semua tengah naik dekat panggung. Zaman tu tak payah cerita la Shah Rukh KHan punya ekselen dia macam mana. Memang menjadi. Orang suruh berlakon jadi hero, dia jadi hero. Orang suruh sembah tok pekong, dia sembah. Orang suruh sembahyang Maghrib, dia buat juga dalam masjid. Memang ekselen la. Salman Khan jatuh hero nombor 2.

Entah macam mana gua terjebak dengan scene layan Hindustan pada waktu tersebut gua pun tak tahu. Mungkin sebab faktor dalaman yang mempengaruhi gua. Phui! Tapi gua stakat layan CD jer la, takde la nak berpanggung panggung.

Setengka belah kanan rumah gua, rumah pak cik Man Dapur. Kiranya, rumah Fahmi tengah tengah antara rumah gua dengan pak cik Man Dapur. Anak anak dia ada muka kacuk sikit pasal arwah makcik Zainab tu Chombi Penang. Tapi semua dah besar besar belaka. Anak bongsu dia,akak Lina gua panggil, tua 5 tahun dari gua. Kira dia tingkatan 2 gua baru darjah 3. Dia berkawan dengan akak gua yang nombor dua, pensel 2B Tikah.

Suatu hari kak Lina datang ke rumah gua nak beborak dengan kakak gua. Masa tu gua tengah ralit layan cerita Badshah.

'Waa syoknya dia layan cerita Hindustan' kak Lina tegur gua. Gua buat tak pada.

'Biasalah, dia perasan nak jadi Shah Rukh Khan, tapi tengkuk itang!' akak gua mencemuh.

'Eh, Amin ni hensem apa. Ada gaya sikit sikt macam Shah Rukh Khan. Betul la Tikah.'

Gua terus berpaling dari kaca televisyen.

'hehe...' gua senyum.

*****

 

2009

Gua dan Fahmi bermotorsikal balik ke rumah dari pekan sari, tempat paling happening kat Kuala Lipis pada hujung minggu. Lebih kurang 40 ela dari rumah gua...

'Eh Fahmi, sapa awek dekat sebelah rumah ko tu. Solid papadum jer aku tengok.' Gua tanya Fahmi dari atas motor.

'Ntah. Moh ko pergi la usyar. Mana tau dapat. Nampak dari belakang macam lawa jer.' Fahmi bagi idea sundal.

Gua terus pusing motor tak jadi masuk rumah dulu. Gua lalu depan rumah dia cadang nak sweet dua tiga kali.

'Cit cit cit...cit cit cit...hai awek' cara gua menyuit. Macam sundal!

Tak semena mena awek tu bagi respon. Awek tu berpaling ke arah gua.

' Eh Amin, dah besar dah awak ye.'

' Eh akak Lina...er..err..errr...'

Masa tu gua rasa nak menyamar jer jadi handle motor! Babi Fahmi!



RALAT: ralat kepada afzan kerana memang gua ukur betul betul. ala kalau tak betul pun tak jadi hal.. sebab budak ngukur tu pun orang MAJLIS!

13 ulasan:

izzah berkata...

haha....kau mmg la aron!!
kihkih..

afzan berkata...

ralat: gua rasa kuchi kuchi pampers hey naik kat punggung bukan kat panggung

afzan berkata...

ralat 2: aok jangan nak pedooh la adek,
1 ela = 0.914 meter
kalau 40 ela = 36.56 meter, gua syak baru sampai surau taman pertama!

baik aok pebeterkan, takut orang jabatan ukur dan pemetaan marah nanti kate diorang tak reti buat kerja!

nor berkata...

ahahaha
tulahh kau
x menyempat
pakai serbu jah

adek dah besar berkata...

afzan... betul la ngah... masa tu kome baru depan surau... LIna jalan dari kedai tengku... beli nyor... betul ngah tak tipu....

adek dah besar berkata...

wah korang... cepat komen ya....

N A N a t O berkata...

hahha..tu la x nyempat, pantang nmpk yg ramping skit semua kornag nak sebat...

EUNHYUKKIE's WIFE TO BE berkata...

lama x dgr kau ckp itang haruuun :D

afzan berkata...

ni ralat lagi. berapa banyak ralat pun dah tak terkira. taula online kat cc, tu nak kena cepat ye dak?

tolong link nama ke blog. bukan ke profile!

p/s: masih ada insan yang bertenet di cyber cafe. pergila kopitiam dapat wifi-free

hafidzah hafidz berkata...

bhahahaha~ ish3

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

kuang kuang

adek dah besar berkata...

jenis yang tak bersyukur lalu abezan ini

lain lain: trimas kerana gelak

Tanpa Nama berkata...

handle motor tu keding, aok niiii