Jumaat, 19 November 2010

Scene hantu baru nak up 2


Jumaat

10.45 pagi

KRIIIINGGGGGG....

Loceng rehat mengering tanda waktu rehat dah tamat.


 

'Wiwi, ko tolong aku boleh?' Tanya gua dalam keadaan kabut.


 

'Amendanya? Cepat sikit, aku dah lambat masuk kelas ni.'


 

'Ko outing petang ni kan, ko pergi kedai TNT dekat bandar baru, ko belikan aku topeng hantu. Boleh?'


 

'Eh tak nak aku, segan bodo.'


 

'Dah tu ko ingat aku tak segan? Ko nak beli tak nak? Karang aku raba ko karang.' Desak gua dengan taktik lucah


 

'Ha, yela yela.' Gua berjaya


 

'Nah 2 ringgit. Kalau ada lebih ko pulang balik.'


 

Gua masuk kelas tanpa menghiraukan Wiwi lagi. Dalam kepala gua kejap lagi gua nak tibai pisang orang buat sedekah sembahyang Jumaat.


 

* * * *
Prep malam macam biasa. Gua dengan kaki kaki lepak membuat port sementara di bawah kipas. Malam malam kalau pakai baju gombang naik tangga 3 tingkat memang membahang. Kalau pekena lepak bawah kipas volume 5 memang jodo orang kata. Tangan masing masing dah tak in nak pegang buku, lebih berat nak pegang daun terup gayanya.

 
'Ha Wiwi, ada?' Tanya gua sepintas Wiwi lalu tepi kelas gua.

 
'Ada nie ha. Lalu menyuakan jabir pelastik hitam.'

 
'Berapa semua ni kena?'

 
'Urm 4 ringgit setengah.'

 
'Owh, ko ambik la duit belen tu. Terima kasih la. Dah pergi masuk kelas nuh.'

 
Gua tinggalkan Wiwi lalu hinggap kembali ke jerumun terup. Gua pandang Akram Merah, Akram Merah pandang gua.

 
'Amacam Aker malam nie? On?' Tanya gua sambil angkat angkat kening.

 
'Oonnn...' jawab Akram dalam nada yang penuh parodi. Cermin matanya di sepit celah kocek baju melayu.

 
Kaki kaki lain semua memegang erat daun terup. Saspek gua dengan Akram nak main tipu.

 
* * * * * *
Asrama

01.00 pagi

'Haa cepat sikit perabis milo ko tuh. Kita dah nak mula projek dah nie. Dah on timing nie.' Peringat gua pada Akram Merah.


 

'Kejap la, sedap nie.' Sambil menghabiskan kudapan yang terakhir.

 
Masa tu milo seterika memang tengah hip. Ranggup ranggup rapuh rasa dia. Mencair jer dalam mulut. Ntah macam mana budak budak ni dapat idea pergi seterika milo 3 in 1 tu, sampai habis seterika punah. Tak boleh pakai. Dalam populasi arama 700 lebih yang boleh pakai 2 jer. Apa gila kalau kena time pagi Isnin, semua nak menggosok baju kemeja lengan panjang.


 

Dalam pada tu gua ambil kesempatan buat last check pada alat alat gua. Beg hijau ada cap 'Anarchy' gua tersangkut pada engsel pembuka cermin tinggkap. Semua tip top. Gua kerling ke Akram.


 

'Okeh, dah siap. Moh!' sambil menjilat jilat jari.


 

' Pale otak ko, cermin mata ko kemana. Ko tu dah la rabun?'


 
'Alah, tak payah malam malam ni aku takut tinggal kat mana mana karang susah'

 
Target kami malam tu ialah nak pekena budak budak kelas ke 3. Maksud gua budak budak pondan. Keh keh keh. Pasal diorang punya effect kalau kena sakat memang terus jadi lelaki. Kadang kadang, yang jenis ni, kena cucuk pinggang pun boleh jadi urat urat tangan. Keh keh keh.

 
'Weh Aker, jom kita sakat Ghafar nak? Ki ki ki....'

 
'Jom jom. Aku memang dah lama geram dengan die tu. Rasa macam nak ramas ramas jer. Hik hik hik...'

 
Pada gua, Ghafar tu bukan la pondan, tapi lebih ke santun sikit. Wataknya persisi si Aznil Hj Nawawi. Nak ke bilik Ghafar memang nak kena lalu dekat gajah menyusur. Keras perut sepanjang jalan kami ketawa ketawa kecil di selang seli dengan kentut nipis sekali sekala.

 
Ki ki ki...ki ki ki...
Ki ki ki.. ki k...

 
Tiba tiba gua berhenti ketawa. Kira kira 100 meter dari tempat gua berdiri, mata gua tertancap pada sekujur putih di tengah tengah laluan gajah menyusur. Makhluk tu pada hemat gua menuju straight ke arah gymnasium. Jalannya mendatar. Tanpa langsung tampak derap langkah dan lenggok jalan. Mukanya tak berapa jelas, apa yang pasti putih. Plaint jer. Tiba tiba makhluk itu berhenti pada salah satu pokok sawit yang terdapat pada tepi gajah menyusur. Ianya memusingkan badan lalu memandang tepat kearah gua. Masa tu gua langsung tak rasa takut. Sumpah, jantung gua tak bedebar debar pun.

 
'Weh Aker, amenda tu?' tanya gua sambil menudingkan jari.

 
'Mana? Tak Nampak pun.'

 
'Tu la bodo, dekat pokok sawit tu'

 
'Mana? Takde pun'

 
'Tu haa. Hii ko nih'. Gua tarik kepala Akram Merah.

 
'Oh. Ok ok ok. Dah Nampak. Ala orang je tu.'

 
'La yeke.' Gua mula merasa lega.

 
'Dah la. Jom la sakat Ghafar'

 
Selesai kami menyakat Ghafar, memang nak kena lalu balik di tempat kejadian tu. Tiba tiba, gua jadi takut takut berani je nak lalu dekat tempat tu balik. Gua mula berhenti di tempat tadi dan memerhati sekeliling.

 
'Eh, betul ke yang kita nampak tu tadi orang?' Gua cuba mengambil kepastian dari Akram.

 
'Nampak? Masa bila? Akram mula menggaru garukan kepala.

 
'Ala yang dekat kelapa sawit tu tadi haa.'

 
'Aku tak nampak apa apa pun.' Akram dah jadi cakap berbelit belit.

 
'Ko biar betik. Yang ko cakap orang tu tadi amendanya?' Gua mula panas hati.

 
'Aku mana nampak apa apa tadi. Aku kan rabun......'

 
WACHAA!!!
Gua karate tengkuk Akram Merah. Faking betul. Mati mati gua ingat hantu tu orang. Kalau tak memang gua cancel nak pergi menyakat malam tu. Gua dah ketar lutut. Haa tu la, sapa suruh tak nak pakai cermin mata. 

Gua tinggalkan Akram Merah yang separuh sedar dalam keadaan mulut yang berbuih. Biar mati kena makan dengan hantu sawit. Gua lari zig zag tanda protes!

Sabtu, 13 November 2010

SCENE HANTU BARU NAK UP


Masa tu gua ingat lagi, gua baru tingkatan 2, sekolah sains tangki air. Scene scene hantu dekat sekolah gua baru nak up. Ada yang kata orang minyak Kampung Pintu Padang mengamuk. Masa tu scene orang minyaklah yang paling hip sekali. Sampaikan dekat perhimpunan hari Isnin pun cikgu ada buat text khas 'orang minyak, AWASLAH!!!'. Ada yang kata orang minyak tu boleh berubah jadi kucing. Masa tu, scene kucing kucing kantin kena tempiasnya jugak. Tak pasal pasal habis semua mati kena racun. Berbuih mulut makan poradan. Cis!


 

Budak perempuan sekolah gua terus kecut nak pergi berak tengah tengah malam. Tidur pun pegang yasin. Gua sebagai budak lelaki memang gua tak heran la. Gua lah hero gadis gadis. Keh keh keh. Ada senior senior gua yang nak tunjuk padu pada makwe, kata nak kejar orang minyak tengah malam. Tapi macam la gua tak tahu taktik lu orang tu senior, kata nak kejar konon, padahal pergi fly lompat pagar beli rokok kedai seberang. Phui!




Reda sekejap kisah orang minyak mengamuk, tup tup cerita pocong tangki air pulak meraban tengah tengah malam. Orang kata, pocong nie ada laluan panas tiga penjuru. Dewan makan-gymnasium-tangki air. Pergh memang goyang la gua pasal dorm gua masa tu tengah tengah laluan dewan makan-gymnasium jer beb. Tapi gua rasa cerita ni memang betul betul punya true. Member gua, Alip Amirul tidur bogel sebelah gua pasal takut nak tukar baju lepas nampak pocong dekat koridor belakang dorm dia. Satu selimut dengan gua lagi tu. Tapi yang tak boleh tahan, gua tiba tiba rasa ada 'lampu suluh' tala belakang badan gua. Cis!


 

Besoknya, subuh subuh lagi dekat surau semua jadi haruk cerita pasal pocong. Biasanya budak budak timing macam ni memang lebih berat ke mengantuk. Gua hanya mengiakan sahaja cerita yang menerjah tellinga gua. Pada gua, sesi tidur bersama Alip Amirul semalam lagi mengerikan, siap ada terjulur panas lagi belakang gua tuh.


 

Gua bertekad, hujung minggu ni gua ada plant baik punya untuk memadamkan topik yang tengah hip sekarang nie.


 

'Jumaat nie, turn budak perempuan outing kan?' tanya gua pada Akram Merah.


 

'Uhuh, kenapa?'


 

' Ada laa'


 

Bersambung...

Rabu, 3 November 2010

BUDAK BARU NAK UP!




2000

Gua rasa gua baya baya Haziq Tom Tom Bak lagi masa tu. Darjah 3 tak silap gua. Mencarut gua pun masih di tahap 1 lagi.

Pada masa itu, scene Hindustan memang tengah naik. Kuch Kuch Hota Hei, Dil To Pagal Hei, Kuci Kuci Pampers Hey semua tengah naik dekat panggung. Zaman tu tak payah cerita la Shah Rukh KHan punya ekselen dia macam mana. Memang menjadi. Orang suruh berlakon jadi hero, dia jadi hero. Orang suruh sembah tok pekong, dia sembah. Orang suruh sembahyang Maghrib, dia buat juga dalam masjid. Memang ekselen la. Salman Khan jatuh hero nombor 2.

Entah macam mana gua terjebak dengan scene layan Hindustan pada waktu tersebut gua pun tak tahu. Mungkin sebab faktor dalaman yang mempengaruhi gua. Phui! Tapi gua stakat layan CD jer la, takde la nak berpanggung panggung.

Setengka belah kanan rumah gua, rumah pak cik Man Dapur. Kiranya, rumah Fahmi tengah tengah antara rumah gua dengan pak cik Man Dapur. Anak anak dia ada muka kacuk sikit pasal arwah makcik Zainab tu Chombi Penang. Tapi semua dah besar besar belaka. Anak bongsu dia,akak Lina gua panggil, tua 5 tahun dari gua. Kira dia tingkatan 2 gua baru darjah 3. Dia berkawan dengan akak gua yang nombor dua, pensel 2B Tikah.

Suatu hari kak Lina datang ke rumah gua nak beborak dengan kakak gua. Masa tu gua tengah ralit layan cerita Badshah.

'Waa syoknya dia layan cerita Hindustan' kak Lina tegur gua. Gua buat tak pada.

'Biasalah, dia perasan nak jadi Shah Rukh Khan, tapi tengkuk itang!' akak gua mencemuh.

'Eh, Amin ni hensem apa. Ada gaya sikit sikt macam Shah Rukh Khan. Betul la Tikah.'

Gua terus berpaling dari kaca televisyen.

'hehe...' gua senyum.

*****

 

2009

Gua dan Fahmi bermotorsikal balik ke rumah dari pekan sari, tempat paling happening kat Kuala Lipis pada hujung minggu. Lebih kurang 40 ela dari rumah gua...

'Eh Fahmi, sapa awek dekat sebelah rumah ko tu. Solid papadum jer aku tengok.' Gua tanya Fahmi dari atas motor.

'Ntah. Moh ko pergi la usyar. Mana tau dapat. Nampak dari belakang macam lawa jer.' Fahmi bagi idea sundal.

Gua terus pusing motor tak jadi masuk rumah dulu. Gua lalu depan rumah dia cadang nak sweet dua tiga kali.

'Cit cit cit...cit cit cit...hai awek' cara gua menyuit. Macam sundal!

Tak semena mena awek tu bagi respon. Awek tu berpaling ke arah gua.

' Eh Amin, dah besar dah awak ye.'

' Eh akak Lina...er..err..errr...'

Masa tu gua rasa nak menyamar jer jadi handle motor! Babi Fahmi!



RALAT: ralat kepada afzan kerana memang gua ukur betul betul. ala kalau tak betul pun tak jadi hal.. sebab budak ngukur tu pun orang MAJLIS!