Selasa, 26 Oktober 2010

Epic-CINTA STELETA

ini mungkin watak utama

Adanya cerita ini bukanlah ditokok tambah, apatah lagi direka reka. Biarkan sahaja, sahaya, seorang penglipur lara ingin tunaikan cerita. Sahaya, penglipurlara, bernasihat melalui cerita, bertegur melalui cereka. Maka, biarkan sahaja.


Di dalam sebuah kehidupan di lopak pensil, hidupnya alat alat tulis yang bersejahtera. Adanya mereka adalah berlapan sekeluarga. Satu kepala dan 7 anggota. Biarlah si kepala bergelar Pembaris, titah mengukur dan menilai setiap garis harafiah dan harmoniah anggotanya. Manakala, di sebelah kanannya, tersudut permaisurinya, cik Tolok Jangka, yang adanya pedas dan punya bisa di hujung mata. Maka terlahirlah tiga putera dan tiga puteri hasil perkongsiannya. Adanya si Gunting, Pemadam, Pensil 2B, Pen, Pengasah Bercermin dan Pisau Lipat.



Adanya diperkhabarkan kehidupannya yang bersejahtera, tetapi tidaklah pula tiada sengketa. Sedangkan lidah lagi tergigit. Si Pensil 2B dan si Pen tidaklah sekacip yang dijangka. Adanya Pensil 2B bersikap cengenging, manakala si Pen perengus sifatnya. Maka tidak sekacip dan seromalah keduanya. Tetapi sudah menjadi adat berkeluarga. Masakan putus air dicincang?



Hanya pada si Pengasah Bercermin jugalah tempat si Pensil 2B mencurah rasa. Tidak hairanlah banyak yang zahir mahupun batin diketahuinya. Adanya, tidaklah pula dapat sahaya ceritakan permainan si sulung Gunting itu dan si tengah, Pemadam itu. Dan apa pula jadinya si bongsu? Pisau Lipat itu? Tungguuu....hehehehe



Bersambung ke babak 2...

4 ulasan:

afzan berkata...

cilake! aku tergelak dari perkataan pertama "Adanya" hingga nokhtah terakhir.kah kah kah. hanya orang yang betul2 TRUE je dapat memahami kisah ini!

p/s: dah lama tunggu kisah ni! sangat Epik!

afzan berkata...

ni ape cer tak boleh komeng kat sekuel metrolipistan? gua baru nak kutuk MDL! simpan dalam hati jela ini macam.

N A N a t O berkata...

kehkehkeh...adanya hati aku mula bertanya..kisah apakah disebaliknya...

adek dah besar berkata...

cilakak!
laptop gua kene fomat, last last gua karang balik!