Jumaat, 30 Julai 2010

HAMID SEORANG GURKHA 2

-Pak Hamid- 
bukan watak cerita
gua saja letak, bagi up sikit cerita ni


Kepada sesiapa yang baru saja layan siri Hamid Seorang Gurkha ini, sila baca episod sebelumnya atau petik SINI.


Sambungan...

Hamid panjat tebing parit dengan bersusah payah. Hamid raup muka yang sudah buruk dek air parit. Sudah 3 kilo air parit Hamid tertelan masa buat kuak kupu kupu tadi. Binasa Hamid. Masih sempat Hamid membuang saki baki parit seperti modeh, kuman taun, sawang parit, getah spender dan seeekor biawak komodo yang terlekat pada belakang badanya.

Dengan keadaan yang sebegitu, Hamid mengorak langkah maju untuk mencari arah. Hamid nampak sepohon kelapa separuh tinggi lebih kurang 15 meter jaraknya dari tempat Hamid berdiri. Hamid tuju ke pokok kelapa tanpa sebarang niat. Tanpa banyak soal.

Buruk muka Hamid makin jelas bila dia sampai pada pangkal batang kelapa tersebut. Matanya tetancap pada satu box hitam yang berpunat merah dibahagian atasnya. Pada penglihatan Hamid, di bawah punat merah seperti butang buzzer rancangan kuiz itu tertera perkataan, ‘TEKAN SINI’. Tanpa banyak soal dan sebarang niat, Hamid tekan punat ’TEKAN SINI’. Dan....



Zhiung,

zhiung,

zhiung,

PELEPOW!!!



Dengan satu letupan serdehana padu dan diselubungi asap (bayangkan efek gaya filem P. Ramlee), saiz Hamid berubah kepada -16 kali ganda. Hamid menjadi cuak dengan perubahan serta merta itu. Jersi Spain dan seluar jeans birunya tidak mengikut mengecil sekali. Yang hanya pada Hamid hanyalah lalang lalang hangus yang belum ditebas. Kini kesemua pakaianya longgar dan hanya tersidai pada pucuk pucuk rumput. Tempat Hamid berdiri jadi teduh. Mahu sahaja Hamid meraung raung tapi Hamid pendamkan sahaja niatnya itu. Hamid berjalan di celah celah rumput yang sekarangnya lagi tinggi dari dirinya.

Tiba tiba Hamid ternampak seekor kerengga pekerja berskala kerengga sedang berjalan menuju arah selatan. Ke arah parit. Hamid mula berasa kaget dan takut takut berani. Yela, kalau dulu Hamid selalu ridset kerengga pada batang mempelam belakang rumahnya. Manalah tahu kerengga ni nak balas dendam ke. Hamid menyorok disebalik pelepah rumput yang dah tua. Hamid diam.

Tiba tiba bahu Hamid ditepuk dari arah belakang.

‘Hoi, kenapa tak senonoh sangat ni? Baju baju ko mana?‘ sergah seekor lagi kerengga pekerja yang kebetulan melewati belakang Hamid.

‘Err, err...‘ hanya itu yang Hamid mampu luahkan sebab memang dia terkejut beruk sangat. Sampai biru biru muka.

‘Hey... rileks laa. Awat hang ni? Kalut semacam? Cuba story pelan pelan dengan aku. Mana tau kut kut boleh tolong lebih kurang.’

Muka Hamid dah nak jadi ke warna unggu dah. Dah terkejut beruk sangat gayanya tengok kerengga cakap slanga utara. Berbuih buih mulut Hamid. Setelah keadaan kembali steady, Hamid pun story lebih kurang pada kerengga pekerja apa yang terjadi.

‘Hahahaha....‘ kerengga pekerja ketawa besar sesudah dengar cerita Hamid.

‘Apasal ko ketawa pulak?’ Hamid kepal penumbuk gaya nak sparring. Kalah ke menang ke Hamid dah tak peduli, yang penting puas.

‘Nah.’ Pelawa kerengga pekerja sambil menyuakan sebuah bungkusan hitam pada Hamid.

Tanpa banyak soal dan sebarang niat, Hamid terus ambik dan buka bungkusan hitam tersebut. Oh rupa rupanya, sebiji kuih kasui. Dan ditengah tengahnya ada tertera ‘MAKAN GUA’ tertulis daripada kelapa parut.

Hamid pandang kerengga pekerja dengan penuh kehairanan. Kerengga pekerja balas dengan senyum nipis sambil pejam pejam mata. Tanpa banyak soal dan sebarang niat. Hamid makan kuih kasui dengan sekali ngap. Gulp! Dan...



Zhiung,

zhiung,

zhiung,

POW!! PELEPOW!!!



Dengan gaya serupa, Hamid berubah. Kali ini dengan gaya yang lebih tidak relevant. Lebih tak diterima akal. Hamid berubah menjadi sebatang kemuncup!

+

+

+

Hoh, lu orang pandai pandai la sambung sendiri. Gua dah kering idea dah. Apa gila gua nak menyelami hati dan perasaan sebatang kemuncup? Phui!


9 ulasan:

izzah berkata...

pelik2 la kau ni!!
haha..

adek dah besar berkata...

hehe...imagination
(macam sponge bob buat)
hehehe...
amacam story kali ni..
naik x?

•myraSHJ• berkata...

naik kemendenya,
dari Hamid terus jdi kemncup!
hailoh hailoh

FeeQa berkata...

aku salute kalau kau sambung versi kemuncup punya.
kekeke

FeeQa berkata...

aku salute kalau kau blh smbung version kemuncup punya.

kekeke

DOLCEshasha berkata...

kemuncup weyh ? hahaha . jenuh nak dalami tuh .

adek dah besar berkata...

2 laa pasal, tolong sambung la kalau berani...
gua payung teh ais segelas..
amacam?

stock! berkata...

hamid belum gurkha,.

adek dah besar berkata...

wak lu stock!