Jumaat, 21 Mei 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/panaspunggung

HARI YANG PALING 'IN'






sejak gua tak in dengan sekolah tangki air Raub masa gua tingkatan 4, market gua semakin menjadi jadi di sebalik sekolah tepi sungai Lipis. tanggungjawab gua semakin sofistikated. dari pelajar biasa,gua boleh into pengawas sekolah pulak. padahal, gua bukan main buas lagi. dah la dulu gua benci dengan pengawas. ada ke patut suruh gua kutip sampah dilereng bukit masa gua sekolah rendah dulu. dah lah pagi pagi sebelum masuk kelas nyer suruh. gua sayang kasut gua, takut kena lecah. gua duduk jer atas palang besi tangga. gua tahu, diorang dami jer nak tulis nama budak tak kutip sampah. berani la tulis nama gua tak kutip sampah, karang besepah.

dalam pada gua pegang antara jawatan yang paling kemas sekali dalam biro gua, gua jugak adalah seorang ketua kadet polis. wah bukan main lagi gua beri command tiap Rabu. meremang, meroma sekali gua henjut!

tapi tulah, tuah ayam nampak di kaki. Cikgu Fakrul pernah pesan dekat gua, ' Alip, biar macam mana cikgu cekgi kat sini cakap awak tu budak paling nakal, tapi kat luar lagi banyak. sejahat jahat budak kita pun, ada lagi jahat daripada kita.' biar pun beliau selalu suruh buat 5 karangan sehari, gua siap 3, tapi gua ingat lagi kata kata Cikgu Fakhrul sebelum gua blah dengan 'sengaja' dari sekolah tangki air Raub dulu.

pada perkiraan gua, hari itu, adalah hari sukan. sekolah tepi sungai Lipis buat malam. katanya baru grand. ada bunga api. gua mengepalai pasukan kadet polis untuk acara perbarisan. gua bersiap siap dengan seragam lengkap. siap baray, mafla, tali pinggang polis, dan kasut but gua dah sarung kemas kemas. puas gua tahan nafas. rasa macam pakai bengkung. bodoh punya tali pinggang tak cukup lubang.

gua berjalan persis robot pasal but gua tu cuting potongan tinggi. memang la, bederap derap time gua jalan tu, tapi semua orang pandang pandang gua. apa, lu orang ingat gua polis makan rasuah ke?

PRAP..PRAP..PRAP.....

jenuh nak menyampai ke padang. tapi gua buat buat steady. dengan angkuh gua bederap. lama gua bagi briefing dekat anggota anggota gua. mantap. penjelasan gua pasal peraturan dan salah laku ketika berkawat gua bagi last warning. etika berpakaian gua cek in sorang pesorang.

ahh sudah. nie yang gua tak in ni.semua salah mak cik Saemah petang tadi, masak lauk paling keji bagi warga asrama seluruh Malaysia. tauhu goreng berlada. siapa yang faveret ini lauk angkat tangan. gua gerenti ada 3 orang jer yang telus. masak dah la banyak lada. pedas. gua harap pihak kerajaan boleh ambil berat sikit pasal ini hal. kaji balik menu. sakit perut gua tahu tak?

kalau ikutkan hati gua memang malas dah nak berpandir. tapi bila difikir-fikirkan balik, tak akan gua nak berkawat sambil punggung berlecah? tiada pilihan lain. gua bergegas ke tandas. baray, mafla, tali pinggang polis, but, seluar dan baju seragam, semua gua tanggal.takut kena air. basah nanti sapa nak tolong gosok?

gua setting baik baik.

Phiuuuuuukh....!

gua pandang bawah. tiada hasil. tiada sisa pepejal. cuma gas. perut gua lega.gua pandang baray, mafla, tali pinggang polis, but, seluar dan baju seragam. hati gua mula membara.

'tahu tak payah nak pakai balik semua benda nie!!!!!'

Selasa, 18 Mei 2010

PAYAH TAPI TAK SUSAH



dulu hujung minggu belah belah bulan yang semua orang dok ralit mengulor dekat rumah, Acap Semang ada kontek gua satu kali. gua dalam pada tu terkejut terkejut basah, pasal gua tengah makan gulai asam rong kaki ayam. pedas ya amat. belinja peluh di dahi.

'Alip, err kita ada game hujung minggu nie.... sok sek sok sek.... aaa ko datang aaa... brok brek...penting... pung pang...'

gua sambung makan. tapi dalam hati bergelora nak buat side step dekat Padang A sekolah tangki air Raub. gulai asam rong yang masih berbaki gua hirup satu pam, sisa sisa batang sayur pucuk paku gua kunyah cermat. bimbang juga tergigit lidah.

sampai di Raub, gua cek in satu kali. ah, bandar Raub tak macam Lipis. Raub ada pasaraya Ten Ten dan restoran makanan segera Marry Brown sahaja. gua malas nak sembang panjang pasal hak dan batil Kuala Lipis nie, korang bukan nak percaya pun.

datang lah sekonyong konyong member member lama gua.Ustad Capang, Fit anak tok empat, Mat Pet, Alip Mirul, Jibam dan ramai lagi. takan lah aku nak senarai sorang sorang.

mula lah kami selak berborak.mengobrol dari satu perkara ke dua pekara, dua pekara ke tiga perkara,tiga pekara ke empat pekara dan begitulah seterusnya. sesekali hilaian gelak ketawa boleh memberi implikasi tidak sihat ke kawasan kejiranan. al maklumlah, lama dah tak betemu roma. sesekali berjumpa, apa salah bergurau seloka.

dalam pada bersembang kemas, Fit anak tok empat bukak cerita. tajuk dia ala ala panas punggung juga. bertapa payahnya zaman kitorang 'muda muda' dulu mau layan @#$%^. gua pun ada story tersendiri. tapi gua nak dengar dulu si Fit nie menceritakan aib si Alip Mirul.

kami semua diam mahu mendengar cerita Fit anak tok empat. Alip Mirul membiarkan sahaja pekungnya dibuka.

menurut cerita Fit, selepas Alip Mirul membeli bahan di kedai tersorok dalam daerah Jerantut, dia pulang ke rumah. Alip Mirul menunggu malam tiba. sesekali dia kelihatan gelisah. serba tak kena. sesekali Alip mengerling jam tangan, jam dinding, jam loceng, dan jam kereta Proton Saga. setiap saat yang berdetik terasa lambat benar. 'kenapa lah lambat sangat nieh...' keluh Alip. jiwa kacau. cacamarba.

malam semakin larut, Pak Din melabuhkan tirai langsir. katup pintu.isteri tercinta merangkap ibu Alip Mirul sudah lama masuk. TIP! ruang bilik gelap. Alip tak hirau kan apa yang terjadi dalam bilik itu lagi. baginya, inilah peluang.

Alip bingkas bangun menuju ke biliknya. dia menggenggam satu bungkusan plastik berisi 'todi' panas jiwa. setelah menekan butang play. screen AV sudah mula menunjuk pelbagai corak eksotik.

dalam takut takut berani itu, Alip Mirul mengenakan formasi abstrak. sambil berlunjur, tangan kiri memegang remote, tangan kanan menopang badan manakala kaki kiri mengekalkan posture badan dan yang paling utama,ibu jari kaki kanan ditala pada pemetik suis tv. takut takut kalau ada yang tersedar dari lena. tiba tiba.....

KROK..KROOK..KROIK.....

aahh... hanya dengkuran. lega. Alip Mirul mengenakan posisi sedia kala. kaki kanan siap siaga menutup suis. cuma kali ini tangan kirinya tidak lagi memegang remote.

catitkiri: tak sedap langsung cerita yang ko beli tu Alip, buat rugi jer 10 ringgit- Ustad Capang.

FAVERET GUA

pagi tu gua bangun. abah gua yang gerak subuh. gua sedikit kacau dengar tune suara abah gua teriak pagi pagi. volume dia punya la padu sampai boleh berombak dada, nafas jadi tak tentu hala. gua capai baju T kolar V faveret gua yang bersidai kat kepala katil.

subuh gua ala kadar. gua sarung selipar abah gua, terus bukak reban ayam. tulah rutin gua tiap tiap pagi. tapi kadang kadang gua sarung selipar gua sendiri. sebab selipar gua itu hari ada dekat pintu depan, selipar abah gua jadi penyedap kaki. ayam nie pun satu, belum sempat gua nak bukak pintu reban, semua pakat berkumpul depan pintu. lepas tu lari laju laju keluar. bila time nak mereban jer, payah sekali. dekat sejam jugak gua tunggu nak tutup pintu reban. gatai kaki sudah tak tekira. diketik nyamuk senja sangat seksa. amboih, berseloka bagai.

ahh gua dah banyak melalut. nie yang gua nak story. baju kolar V faveret gua tu dah lusuh benar. banyak kenangan manis, pahit, cuka dan sarsi gua dah rasa. pasal dulu masa gua pau air sarsi Najmi, sarsi boleh pula tertumpah pada baju kolar V gua. dia punya kedekut dan tak sudi bagi secangkir sarsi, dia tarik tangan genggam tin sarsi, akibat impak seta merta,terjadilah elastic collision, dan menyebabkan sarsi kena baju faveret kolar V. sebelum gua hirup baki sarsi di resapan baju kolar V, gua stalat dahi dia sedas. cis, kedekut pahit betul Najmi tu, taik hidung masin! ahh... yang itu gua tak berani jamin. pasal gua tak pernah lagi pau taik hidung die.

dulu baju kolar V faveret gua memang ekselen. tip top. orang kata, sedap sedap badan memakai. kemana saja aktiviti lincah, pasti bersama. mengurat dara, ke pasar tani, ke Euro Fun Fair, malah menjadi uniform rasmi kala mereban ayam. gua jadi tak seberapa kalau tak kena sarung seminggu sekala. ibarat langkah mati, meningggal berdiri.

dulu, gua menebas tepi rumah guna mesin rumput pun pakai baju kolar V. gua bukanlah nak manja sangat, tapi lepas menebas, gua rasa lain macam. tak seberapa jer dalam jiwa. gua tanggal baju, gua lihat kualiti tekstile sudah lari tune.

'walaupun gua beli lu dengan harga bundle, tapi lu tak perlu segan dengan Armani, Diesel, Topman dan pak cik Smith. gua tak malu pakai lu. gua bangga.' gua bermonolog sambil pegang baju kolar V. gua pandang sekeliling. risau juga kalau kalau ada orang nampak. mula la tuduh gua ni siulman.

gua tahu, gua bukan orang ada ada. tapi gua juga bukan jenis yang mengada ngada. nak pakai mahal mahal, barang branded branded, kasut nak yang tajam ke depan. baju nak kolar yang terangkat. jam nak yang ada lampu! asal nampak semat, sedap pakai, kena gaya, gua sentap selalu. biar la bundle ke, uptown ke, pekan sari sekali pun. bukan hina sangat. ada gua mintak duit kerajaan nak beli semua tu?

bukan semua orang kaya raya, bukan sepeta orang miskin rikin. ikut telaah sendiri, ikut kadar sendiri. di mana, apa, harga sebuah pakaian bukanlah pengukur kepada kita untuk menjadi orang BERGELAR.