Khamis, 15 April 2010

BACA BANDING NILAI, the last episode..,

Dipendekan cerita. Akhirnya nyonya dan aku selamat sampai ke destinasi masing masing. Sebelum keluar, nyonya sempat berterima kasih dan mengucapkan selamat tinggal dalam bahasa Inggeris. Aku balas balik dalam bahasa Inggeris. Malu la aku kalau balas dalam bahasa Lipis. Tak Kolumpo la.

* * *

Aku bertukar dari LRT ke sistem Komuter di stesen Salak Selatan. Disebabkan aku dress up ala kadar, aku pilih pembelian tiket secara manual. Sedang elok aku turun jejantas, Komuter pun sampai. Aku simpan niat nak pekena lepak atas tangga jejantas Tasik Selatan.

Masuk jer aku ke perut Komuter, anak mata aku melilau cari tempat duduk. Nah, ada port baik punya. Ngam ngam dengan jiwa aku. Aku port diantara aweks Melayu tak berapa seksi sama itu aweks bentuk ala ala Eropah. Hehe. Sebelum duduk aku senyum dulu, baru berbudi bahasa. Aku port. Diam. Aku amati betul betul, awek Eropah sebelah aku nie layan lagu ghazal. Oh, minah Arab rupanya. Sangkaan awal aku meleset. Awek tak berapa seksi nie pulak rupanya Indon educated. Dia boleh cakap BI dengan kawan dia dalam telefon bimbit. Mungkin student, bukan buruh kontrek.

Nuh, dekat hujung gerabak sebelah pintu, ada satu aweks Melayu badan gitar, rambut karat. Pakaian macam Angelina Jolie. Tomb Rider habis. Muka tak seberapa. Mungkin berasal dari Baling. Aku cuba layan betis aweks Tomb Rider tu. Ahh, cermin mata hitam tak bawak pulak. Kalau tak baru kemas nak layan betis. Bagi mengelakkan terkantoi, aku buat formasi macam Wan Jamak ajar. Pintu-tingkap-kerusi-betis. Betis-kerusi-tingkap-betis lagi.

Sampai stesen Kajang, kaki aweks Tomb Rider bergerak gerak. Formasi layan betis tergendala. Dia mula cemas, pintu Komuter dah mula nak tutup balik. Dalam gelabah puyuh, dia terus keluar cepat cepat dari badan gerabak.

Aku senyum sikit. Tulah, dress up lagi Tomb Rider. Kan dah tersepit dekat pintu Komuter. Aku senyum sikit.

2 ulasan:

N A N a t O berkata...

perangan mcm hantu..betis org pun mau usha ke??

hana.rihan@yahoo.com berkata...

gilax ko neh..boleh jdi penulis larr..ayat maju wooo...jdi penulis komik lar..aku lukis ko tulis, amacam?? haha