Khamis, 29 April 2010

KERJA


sejak gua kerja area area perhotelan nie, gua mudah jadi Hulk Hogan. tangan ada urat selirat, muka berkerut, kolar gua kasi naik atas. nasib baik gua tak pakai bangle besi jer lagi macam itu abang abang pasar besar Tampoi. kalau tak memang 'bro' abis gua. pantang ada yang tak in sikit gua mudah jadi carut barut. ada yang sound, gua balas pakai kaki. yang maki, gua balas pakai kuali. yang cakap banyak, senduk stanby tepi pipi. kadang kadang ayam berkokok pun gua jadi sadis.

tapi tadi gua boleh cool sikit. dapat setengah ratus free free brader bonzer bagi. gua angkat tangan, ucap terima kasih sama itu datuk. saja gua malas nak salam. takut beliau angkat kaki. bonzer dia bukan boleh harap pun. gua jeling sepam, terabur sarung kasut.

not biru gua kuncup sampai basah. lipat baik baik. bucu bertemu bucu. baru kemas. gua simpan dalam poket.

besok gua nak datang lewat sikit. pasal gua dah kaya sikit.

Khamis, 15 April 2010

BACA BANDING NILAI, the last episode..,

Dipendekan cerita. Akhirnya nyonya dan aku selamat sampai ke destinasi masing masing. Sebelum keluar, nyonya sempat berterima kasih dan mengucapkan selamat tinggal dalam bahasa Inggeris. Aku balas balik dalam bahasa Inggeris. Malu la aku kalau balas dalam bahasa Lipis. Tak Kolumpo la.

* * *

Aku bertukar dari LRT ke sistem Komuter di stesen Salak Selatan. Disebabkan aku dress up ala kadar, aku pilih pembelian tiket secara manual. Sedang elok aku turun jejantas, Komuter pun sampai. Aku simpan niat nak pekena lepak atas tangga jejantas Tasik Selatan.

Masuk jer aku ke perut Komuter, anak mata aku melilau cari tempat duduk. Nah, ada port baik punya. Ngam ngam dengan jiwa aku. Aku port diantara aweks Melayu tak berapa seksi sama itu aweks bentuk ala ala Eropah. Hehe. Sebelum duduk aku senyum dulu, baru berbudi bahasa. Aku port. Diam. Aku amati betul betul, awek Eropah sebelah aku nie layan lagu ghazal. Oh, minah Arab rupanya. Sangkaan awal aku meleset. Awek tak berapa seksi nie pulak rupanya Indon educated. Dia boleh cakap BI dengan kawan dia dalam telefon bimbit. Mungkin student, bukan buruh kontrek.

Nuh, dekat hujung gerabak sebelah pintu, ada satu aweks Melayu badan gitar, rambut karat. Pakaian macam Angelina Jolie. Tomb Rider habis. Muka tak seberapa. Mungkin berasal dari Baling. Aku cuba layan betis aweks Tomb Rider tu. Ahh, cermin mata hitam tak bawak pulak. Kalau tak baru kemas nak layan betis. Bagi mengelakkan terkantoi, aku buat formasi macam Wan Jamak ajar. Pintu-tingkap-kerusi-betis. Betis-kerusi-tingkap-betis lagi.

Sampai stesen Kajang, kaki aweks Tomb Rider bergerak gerak. Formasi layan betis tergendala. Dia mula cemas, pintu Komuter dah mula nak tutup balik. Dalam gelabah puyuh, dia terus keluar cepat cepat dari badan gerabak.

Aku senyum sikit. Tulah, dress up lagi Tomb Rider. Kan dah tersepit dekat pintu Komuter. Aku senyum sikit.

Jumaat, 9 April 2010

MAIN-CHESS-KE-TEA ?

ya Allah...


hari nie Bandar Lipis penuh sesak. tak tau la mengapa. aku nak masuk ke bandar tadi dekat setengah jam tersekat. Bandar Lipis dah jadi Bandar Kolumpo gamaknya. sela hati aku. selepas setengah jam yang menyiksakan meredah lautan kenderaan, aku parking baik baik dekat kawasan pakir bangunan D'Mara. aku mula prejudis. siasat punya siat siat, rupanya ada sambutan meraikan kekalahan Man U. orang orang Lipis bersorak garing. siap ada pasukan kompang lagi.

pok...pok...pok...

Rabu, 7 April 2010

JANGAN CAKAP!!!

herm....

pagi tadi nasib baik aku tak terbangun pagi. dengar Sinar Pagi cukup. kemas! lepas nie aku malas nak cakap pasal bola sepak dah dengan K. Devan. eleh... setakat guna Messi sumbat semua gol baik tak payah. strategi macam Mizi men PES, asyik guna Messi jer bawak bola ke tepi, rembat, buat gol. yang penting menang. takde seni langsung!

tring...trung...

'takpe fabregas, aku tau nasib seorang kapten yang injurd. tak payah hantar emel sedih dekat aku.'

aaahhh..sapa nak join aku sokong Aston Villa?