Isnin, 22 Mac 2010

BODOH SAHAJA

mata aku terkerbil kebil. berat benar rasanya nak pekena bangun pagi ini. aku kerling jam. ah pukul 11.57. nasib baik pagi lagi. sapa suruh kedah cuti hari jumaat?

aku layan kepala. baring semula. selimut semalam ntah kemana aku campak. aku bukan 'in' sangat dengan selimut selimut ni. itu pun terpaksa sebab takut disengat dek menatang Charlie ni. Dia punya bisa, fuh 15 kali ganda bisa dari venom ular tedung. betul, ni aku tak kencing. aku baca sendiri kat pamplet yang Obami cilok kat klinik itu hari. patutlah pedih pedih dekat kelopak mata dengan dada aku. berparut pulak. dah tak dapat aku bertelanjang dada dengan skodeng aweks. hilang nikmat tuhan sekejap.

ah selimut mana selimut. masa kecik kecik dulu mak aku selalu praktikan.'pakailah gebor ni. Doknye di ketik dek nyamuk besok'.mak coh beri khidmat, sambil kempas kempas tilam guna gebor benggali yang arwah wan aku beli. besik tilam dengan pasir memang selalu. budak kecik suka berempas atas katil. kaki tak pakai selipar main kat tanah. maunya tak besik. aku 5 minit dah celaru. terus tendang gebor jauh jauh bawah katil. berpeluh kaki. limas!

ah.. aku terjaga. rasa rasa macam baru lima minit je aku tidur. aku capai tuala yang bersidai kat tangga katil. ah silap, itu gebor tadi, bukan tuala. aku capai baldi. berus gigi, pencuci muka, tuala.semua ada. pakej! ubat gigi sama itu sabun mandi takde. bagi aku itu tak penting. aku boleh cret sikit yang member aku punya masa mandi nanti. apa guna mandi setoilet.

brus brus brus.... aku mandi betul betul. mana boleh main main, karang sembahyang boleh jadi tak sah.

selesai semua, rata air di badan. aku dress up macam biasa. aku sarung selipar berbintil. selesa dan kemas. tak gelincir. sebab dia tahu tugas dia hanyalah sebagai selipar tandas. aku bertolak.

krek....krek...krek..krek...

satu persatu bilik aku lewati. ada dua tiga bilik yang masih dung dang dung dang lagi. nak tegur dah besar, tak tegur bedosa.

bersambung...

1 ulasan:

iKa iVy berkata...

org lipis biasanya tak cakap berempas atas katil...
kalau utk bebudok diorg slalu ckp berkinja atas tilam...
perbaiki lg tatabahasa...