Isnin, 22 Mac 2010

JANGAN TANYA KENAPA



puk...puk...puk...


Kotak keretek di ketuk. Klasik cara itu. Memampatkan lagi tembakau. Tis... api menyala di muncung lighter. Tempe sedut dalam dalam asap keretek. Kadang kadang sedutannya kekok. Disela dengan batuk kecil. Mungkin tembakau terlalu mampat.

'Eh ko ada pesebuk tak?' tanya Tempe.

'Err...ada. Baru bukak semalam. Ntah aku tak reti sangat mende mende camnie. Tekan sana sini.
Payah sikit la. Lagi pun aku mana ada komputer. Asal tanya?'

Tempe sedut kretek dalam dalam. Kali ni dengan gaya angkuh. Sangat angkuh. Macam sedut cerut Cuba.

' Lah, tak reti ke? Apa barang....' kerek.
' Tapi kalau ko ada pasebuk, ko kene ada blog. Boleh la hilang sikit gile ko kat dalam kelas' provok Tempe.

'Yela, yela. tengok la macam mana' jawab aku acuh tak acuh sambil hirup kuah kuey tiaw lakna yang masih berbaki.

slurp..slurp...

* * * * *

' Ey adik, kome dah ada blog. Aok bila lagi?' kerek. Silap, mengada. Sama jer macam Tempe.

'Aaa??? Nanti laa. Sekarang internet tak laju la kat bilik kome'

'Nanti aok follow blog kome ye' Nanato promote.

* * * * *

'Aron, bila ko nak ada blog?'

'Budak budak nie semua dah ada blog, ko bila lagi?'

BLOG???

Gua mulai hangin. Gua karate sedas kat meja papan. POW!!!
Meja tak jadi apa apa. Struktur normal. Satu food court hening. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.

Semua mata memandang tepat kearah meja tepi tasik. Tempat kami duduk.

'Kenapa korang suka tanya soalan pedih pedas? Aku takde komputer. Aku takde laptop. Takde internet. Macam mana aku nak buat blog. Online pasebuk? Myspace?' teriak aku. Kuat.

Mata semua terarah pada raut wajah melayu aku. Bengis.
Aku jeling 45 darjah. Guna mata kiri. Mata kanan aku simpan. Apa guna tuhan bagi kelebihan. Semua tunduk. Ada yang pura pura makan, sambung peluk awek, main laptop dan basuh tangan. Dua tiga orang sarung selipar. Takut kalau diapa-apakan.

Hangin aku masih berbaki. Tapi aku malas nak cakap banyak. Aku malas cakap dengan orang yang ada laptop dan brukband. Hanya orang takde laptop internet sahaja yang memahami orang takde laptop internet.

Aku sarung selipar bintil bintil. Buat muka kemas. Jalan sambil terhenjut henjut. Baru nampak gengster. Aku sedikit menyeringai. Tangan kanan aku simpan dalam saku. Kebas.

Tadi meja papan ke besi?

catitkiri: ni post pertama aku. aku dah tak larat dengar soalan yang ke 54.

3 ulasan:

afzan berkata...

blog dah ada. mana shoutbox? nak spam sini barang lima nam pam

N A N a t O berkata...

hahhaha...kaik upgrade shout mix la bro...
isi ada....
lawak ada...
tatabahasa kurang...
balas nanato dengan mengada sebab da lm ada blog...wahahahhahey...
follow jom...

adek dah besar berkata...

oo..uk uk... trimas nanto!