Rabu, 24 Mac 2010

sambutan di LIPIS




itu hari PM mau turun Lipis. katanya saja nak lawat lawat tempat kelahiran dia, sekolah dia, rumah bidan dia dan grafitti yang ditinggalkan dekat area masjid jamek. ntah gua tak berapa pasti yang belah last sekali tu betul ke tidak. tapi itu orang kata la, bukan gua kata.

orang Lipis mula jadi kerayan. MDL toksah cakap la, kelam kabut kerah tenaga. semua pakat buat kerja betul betul. pasal sebelum ni tak penah buat kerja sungguh sungguh. main main je banyak. terhuing sana, terhuing sini. belum pukul sepuluh dah terpacak kat kedai tingkat 3 senteral point. mengeteh sampai pukul 3. pung pang pung pang kejap dalam sejam dekat pejabat lepas tu punch kad! ni kawasan perumahan area area suburban ni dah penuh dengan semak samun. nasib baik kes kes samun tak menular jer lagi. kalau tak memang gua karate kepala wan norizu! itu hari dengar MDL ada hutang RM3 juta dengan Alam Flora. itu orang cakap la, bukan gua.

aah...kalau bab mengumpat MDL ni, tentu sahaja tergendala gua nak tulis entri ni. MDL ni punya lah bengap sampai boleh bukak satu blog khas.

cerita Najib... jalan diturap balik, line jalan tu dah sama putih dengan kapur kasut. kalau dulu atap kedai deret kfc tu penuh dengan taik burung layang layang, hancing! sebijik macam bau mulut Tempe menguap pagi pagi. cis, hipokrit sungguh. PM nak datang baru nak cuci taik itu taik ini. taik judi kat kampung aku tu bila nak cuci? harap tabligh dapat datang lagi berdakwah. harapkan MDL? huuu...toksah berangan la. main petanque jer pandai. eh ngumpat MDL lagi.sori.

pagi tu sepupu aku- Apik, dah siap siap nak ke padang. nak jumpa PM. baju T oren berkolar dah tuck in dengan seluar jeans jenama sandos. ntah jenama apa. jenama Jerantut gamaknya. 'aok nak kemana nye Apik pakai semat semat nie?' tanya abah gua, eh abang ngah gua ramah. 'nok ke pada (padang) kejap.' jawab Apik dengan nada biasa. tune suara dia berat ke suara Accapan sikit, serak serak nyaring.

abah gua tak heran, malas nak pergi pun. kad jemputan ada, tapi sebab sepupu gua ada kawin dekat area area suburban Temerloh, bapak gua putuskan untuk pergi ke majlis tersebut. bukan apa, anak ada lagi 4 orang tak berwalimatus urus. karang tak datang pulak puak Lancahang karang, kerayan.

PM ke, Obama ke, Cesc Fabregas ke yang nak datang Lipis, gua? lagi la tak heran. baik gua layan tido kat rumah. lagi sedap. bukan boleh kaya pun!

catitkiri: Mahathir mungkin gua on.

2 ulasan:

N A N a t O berkata...

kerayan aku baca entry awk nih....

afzan berkata...

giler ah ding dong kutuk MDL. mau kena hangkut ngan lori MDL ni