Rabu, 24 Mac 2010

BACA, BANDING, NILAI

baru 4 hari aku duduk kat rumah, cuti dah habis. gampang betul. baru ingat nak menebas kat kebun tepi rumah aku tu. 3 hari sebelum ni, tak teringat pulak nak menebas, mesin rumput dan tutup reban ayam. time time last day macam nie pulak yang mula teringat nak buat rajin. tapi setakat teringat je la. pelik betul.

nak ke Sungai Petani bukan mudah. aku kena naik 3 trip bus, dua trip train dan 2 trip kereta. haa.. ada lagi satu cara, kali nie 2 trip bus, dan 1 trip kereta. tak usah naik train dah. aku pilih yang pertama, baru adventure!

lepas besalam dan kucup duit yang mak aku bank in kan, aku terus blah naik bas trans bersama sama member lama aku Faris Rendang. tak ada pilihan lain, kalau tak aku pilih bas Pak Sani, boleh duduk deck atas. kat Lipis tak banyak syarikat bas yang beroperasi. hanya ada bas Transnasional dan Mara Liner jer bagi perkhidmatan ekspres. khidmat domestik ternyata Pahang Lin Siong memonopoli. KSSK dan Tanjong Keramat dah basi!


juara domestik - bas pahang lin siong

nak sampai ke Kolumpo bas aku kene berhenti dekat Raub dulu nak ambik penumpang. sepanjang perjalanan Lipis-Raub tadi, aku duduk seorang jer tak duduk dengan Faris Rendang sebab dia beli tiket asing asing. lagi pun dia bukan nak ikut aku ke Sungai Petani.sampai kat Raub ada la sorang awek nie port sebelah aku. body tiptop, muka ala ala anak mami Penang. aku tak jadi mengorat sebab tengok jari dia pekat berinai.

baru dekat Bentong aku mula terasa nak terkencing. nie yang aku pantang nie. bas dah la sejuk senyai, naik Bukit Tinggi terangkak rangkak. lembab siput betul. sampai kat Bulatan Pahang, lagi la gampang! jam nak dekat setengah jam. aku dah la tercegor nie. aku riba beg saiz guni aku, lega la sikit. siasat punya siasat, rupanya ada festival kebudayaan Cina. diorang berarak sambil pakai kostum. aku mula mencarut dalam hati. dah la ada Cina dalam bas dekat belakang pung pang pung pang beborak. macam bas abah kau? aku mencarut lagi. dalam hati jugak.

sampai dekat Hentian Pekeliling, aku cari tandas awam dulu. dah la kene bayar, tapi tulis tandas awam. tak awam langsung! lepas sedap sedap badan, aku terus menuju ke stesen LRT. Faris Rendang tunggu Aiman Wong Chun punggut die. aku sedikit kerayan. ni baru second time aku naik LRT. dulu masa mula mula naik pun masa darjah 5, itu pun Abengah Ujang yang guide aku.
selesai beli tiket, aku tanya akak kaunter. 'assalamualaikum kak. errr.. nak tanye, nak duduk platform yang mana?' 'awak ambik yang Sri Petaling Punya'. ringkas padat. sama macam yang Kak De aku pesan 'aok ambik yang Sri Petaling punyer tau, jangan Ampang. karang sesat pulok.' aku akui. aku ingat sangat. setelah mengucapkan terima kasih kat akak kaunter, aku mendaki naik anak tangga.

'hallo..adik kalau saye mau pigi Masjid Jamek, mau ikut mana? Ampang ka Sri Petaling?' tanya nyonya pada aku. umur baya baya Norlia Ghani.

'err...ikut Sri Petaling'. tak berapa pasti.aku baru jer 2 kali bhai. tapi aku jawab gak la. kalau tak malu la aku. tak Kolumpo la. si nyonya ni pun satu, kenapa la dalam banyak banyak orang kat situ aku jugak nye pergi tanya? nak kata aku dress up Kolumpo, biasa jer. mana ada aku dress up shuffler.

'ooo..yaka? bukan boley dua dua ka?'

'saya rasa Sri Petaling jer la auntie' bajet pasti.

'ok la, kalau itu macam, saya follow awak la'

ahh sudah. nyer nak ikut aku pulak nyonya nie. kenapa aku? kenapa bukan amoi dekat tepi tiang tu?kenapa bukan apek yang cebet beg tu? mungkin ada nur disebalik wajah aku.

tring....trung....

LRT Sri Petaling sampai. aku persilakan nyonya tadi naik dulu. kami naik di gerabak yang sama. sepanjang pejalanan kami beborak.cina yang duduk sebelah nyonya tu usyar pelik jer kat kitorang. mesra sangat. tak macam Cina Melayu. mungkin die jaki tengok nyonya tu lebih mesra dengan aku berbanding dia. borak punya borak, rupa rupanya nyonya tu sekali satu bas dengan aku. mungkin die la yang memekak kat belakang tadi.

ahh..aku kerayan balik. aku tengok dekat atas pintu LRT tu ada peta perjalanan. tapi bukan tu yang aku kerayan. kat atas peta tu ada tulis 'Ampang Liner'!!!

aaaahh... penat la menaip....

bersambung......

8 ulasan:

DOLCEshasha berkata...

tu lah hang kalau serita , sampai esok pun tak habis (:

adek dah besar berkata...

apa serita serita??

N A N a t O berkata...

gambar bas pahang lin siong kat raub memang cara..giler r...sambung cepat skit...aku da buntu nak tulis blog nih...bc blog org yg panas punggung nih ok gak kan...

TiKa LEh berkata...

tu bas kat tmpt ko ke nana???sblm tu, hi adek nana yang memg dh besar...slmt brblog...

iKa iVy berkata...

adui la kamu neh...
pegi masjid jamik bole naik dua2...
yang ke ampang n ke sri petaling...
tak leh jadi org kolumpo lg la gni...
apa kata jd orang kolipeh jekk....

adek dah besar berkata...

ika iyy... kome tau laa, aok kene habis kan bace sambungan tu dulu k...hehehe trimas nge add

tika leh... hye, trimas...

nanato... sabar ey... best ker?.. aa payah ket la nak update dah.. dah takde tenet...

muhd afham berkata...

haha... tang bas lin siong tu aq suka...

afzan berkata...

dah tau ending dia camne. adek citer ngan panjang lebar smalam. entry pas ni malasla nak baca