Rabu, 31 Mac 2010

BACA, BANDING, NILAI, 2

sementara aku tunggu mak aku keluar pejabat pos, aku on dulu kat cc pariah belah atas pejabat penerangan daerah Lipis nie dulu. selain berdekatan dengan tempat mak aku kerja, ianya juga tiada ganguan seksual dari Abang Am.



sambungan....



aku mula gelabah puyuh. sudah lah, mungkin aku tak akan sampai ke stesen Bandar Tasek Selatan untuk membuat transasi ke komuter. tapi yang lagi parah. nyonya depan aku ni!!!



dalam tak sedap hati, aku bertanya pada apek cebet beg tu.



'err, halo tokey ini train haa lalu itu Masjid Jamek sama Bandar Tasek Selatan ka?'



'aiya...sori aaa.. saye bukan olang sini. saye pun tak tau'. sejibik macam Johan Raja Lawak buat slanga Cina.



'oooo...you olang mane?'



'Ipoh!'



ceh! dress up Kolumpo. pakai minyak wangi. tie belang belang. bawak beg James Bond pun ngaku orang Ipoh. malu la orang Ipoh.



'apa pasai adik? kita sudah sala train ka?' nyonya mula berkerut dahi.



'err..sikit jam aaa nyonya, saya 'cek in' kejap.' bahasa aku mula terabur.



aku tiada cara lain. aku tinjau dekat peta yang berada jauh sikit dengan tempat kami duduk. aku guna mata kiri. mata kanan aku simpan. ala macam yang aku buat masa 'aura' aku naik kat food court dulu.

ternyata peta tu menunjukan......

bersambung lagi....


catitkiri: sori laa geng, mak aku tu tak boleh lambat sikit jemput dia. nanti 'aura' dia mari. KERAYAN!

Selasa, 30 Mac 2010

SULIT


sory laa geng... sekarang gua dah keputusan bekalan internet... abang Am ni asyik berborak jer kerja nyer... tanya itu ini.. pung pang pung pang.. brok brek brok brek.. aku nak menaip pun kacau.. ni kalau tak boleh ejas harga cc nie.. mau nyer aku hentak muka ko tu dengan moniter!!!

Rabu, 24 Mac 2010

BACA, BANDING, NILAI

baru 4 hari aku duduk kat rumah, cuti dah habis. gampang betul. baru ingat nak menebas kat kebun tepi rumah aku tu. 3 hari sebelum ni, tak teringat pulak nak menebas, mesin rumput dan tutup reban ayam. time time last day macam nie pulak yang mula teringat nak buat rajin. tapi setakat teringat je la. pelik betul.

nak ke Sungai Petani bukan mudah. aku kena naik 3 trip bus, dua trip train dan 2 trip kereta. haa.. ada lagi satu cara, kali nie 2 trip bus, dan 1 trip kereta. tak usah naik train dah. aku pilih yang pertama, baru adventure!

lepas besalam dan kucup duit yang mak aku bank in kan, aku terus blah naik bas trans bersama sama member lama aku Faris Rendang. tak ada pilihan lain, kalau tak aku pilih bas Pak Sani, boleh duduk deck atas. kat Lipis tak banyak syarikat bas yang beroperasi. hanya ada bas Transnasional dan Mara Liner jer bagi perkhidmatan ekspres. khidmat domestik ternyata Pahang Lin Siong memonopoli. KSSK dan Tanjong Keramat dah basi!


juara domestik - bas pahang lin siong

nak sampai ke Kolumpo bas aku kene berhenti dekat Raub dulu nak ambik penumpang. sepanjang perjalanan Lipis-Raub tadi, aku duduk seorang jer tak duduk dengan Faris Rendang sebab dia beli tiket asing asing. lagi pun dia bukan nak ikut aku ke Sungai Petani.sampai kat Raub ada la sorang awek nie port sebelah aku. body tiptop, muka ala ala anak mami Penang. aku tak jadi mengorat sebab tengok jari dia pekat berinai.

baru dekat Bentong aku mula terasa nak terkencing. nie yang aku pantang nie. bas dah la sejuk senyai, naik Bukit Tinggi terangkak rangkak. lembab siput betul. sampai kat Bulatan Pahang, lagi la gampang! jam nak dekat setengah jam. aku dah la tercegor nie. aku riba beg saiz guni aku, lega la sikit. siasat punya siasat, rupanya ada festival kebudayaan Cina. diorang berarak sambil pakai kostum. aku mula mencarut dalam hati. dah la ada Cina dalam bas dekat belakang pung pang pung pang beborak. macam bas abah kau? aku mencarut lagi. dalam hati jugak.

sampai dekat Hentian Pekeliling, aku cari tandas awam dulu. dah la kene bayar, tapi tulis tandas awam. tak awam langsung! lepas sedap sedap badan, aku terus menuju ke stesen LRT. Faris Rendang tunggu Aiman Wong Chun punggut die. aku sedikit kerayan. ni baru second time aku naik LRT. dulu masa mula mula naik pun masa darjah 5, itu pun Abengah Ujang yang guide aku.
selesai beli tiket, aku tanya akak kaunter. 'assalamualaikum kak. errr.. nak tanye, nak duduk platform yang mana?' 'awak ambik yang Sri Petaling Punya'. ringkas padat. sama macam yang Kak De aku pesan 'aok ambik yang Sri Petaling punyer tau, jangan Ampang. karang sesat pulok.' aku akui. aku ingat sangat. setelah mengucapkan terima kasih kat akak kaunter, aku mendaki naik anak tangga.

'hallo..adik kalau saye mau pigi Masjid Jamek, mau ikut mana? Ampang ka Sri Petaling?' tanya nyonya pada aku. umur baya baya Norlia Ghani.

'err...ikut Sri Petaling'. tak berapa pasti.aku baru jer 2 kali bhai. tapi aku jawab gak la. kalau tak malu la aku. tak Kolumpo la. si nyonya ni pun satu, kenapa la dalam banyak banyak orang kat situ aku jugak nye pergi tanya? nak kata aku dress up Kolumpo, biasa jer. mana ada aku dress up shuffler.

'ooo..yaka? bukan boley dua dua ka?'

'saya rasa Sri Petaling jer la auntie' bajet pasti.

'ok la, kalau itu macam, saya follow awak la'

ahh sudah. nyer nak ikut aku pulak nyonya nie. kenapa aku? kenapa bukan amoi dekat tepi tiang tu?kenapa bukan apek yang cebet beg tu? mungkin ada nur disebalik wajah aku.

tring....trung....

LRT Sri Petaling sampai. aku persilakan nyonya tadi naik dulu. kami naik di gerabak yang sama. sepanjang pejalanan kami beborak.cina yang duduk sebelah nyonya tu usyar pelik jer kat kitorang. mesra sangat. tak macam Cina Melayu. mungkin die jaki tengok nyonya tu lebih mesra dengan aku berbanding dia. borak punya borak, rupa rupanya nyonya tu sekali satu bas dengan aku. mungkin die la yang memekak kat belakang tadi.

ahh..aku kerayan balik. aku tengok dekat atas pintu LRT tu ada peta perjalanan. tapi bukan tu yang aku kerayan. kat atas peta tu ada tulis 'Ampang Liner'!!!

aaaahh... penat la menaip....

bersambung......

sambutan di LIPIS




itu hari PM mau turun Lipis. katanya saja nak lawat lawat tempat kelahiran dia, sekolah dia, rumah bidan dia dan grafitti yang ditinggalkan dekat area masjid jamek. ntah gua tak berapa pasti yang belah last sekali tu betul ke tidak. tapi itu orang kata la, bukan gua kata.

orang Lipis mula jadi kerayan. MDL toksah cakap la, kelam kabut kerah tenaga. semua pakat buat kerja betul betul. pasal sebelum ni tak penah buat kerja sungguh sungguh. main main je banyak. terhuing sana, terhuing sini. belum pukul sepuluh dah terpacak kat kedai tingkat 3 senteral point. mengeteh sampai pukul 3. pung pang pung pang kejap dalam sejam dekat pejabat lepas tu punch kad! ni kawasan perumahan area area suburban ni dah penuh dengan semak samun. nasib baik kes kes samun tak menular jer lagi. kalau tak memang gua karate kepala wan norizu! itu hari dengar MDL ada hutang RM3 juta dengan Alam Flora. itu orang cakap la, bukan gua.

aah...kalau bab mengumpat MDL ni, tentu sahaja tergendala gua nak tulis entri ni. MDL ni punya lah bengap sampai boleh bukak satu blog khas.

cerita Najib... jalan diturap balik, line jalan tu dah sama putih dengan kapur kasut. kalau dulu atap kedai deret kfc tu penuh dengan taik burung layang layang, hancing! sebijik macam bau mulut Tempe menguap pagi pagi. cis, hipokrit sungguh. PM nak datang baru nak cuci taik itu taik ini. taik judi kat kampung aku tu bila nak cuci? harap tabligh dapat datang lagi berdakwah. harapkan MDL? huuu...toksah berangan la. main petanque jer pandai. eh ngumpat MDL lagi.sori.

pagi tu sepupu aku- Apik, dah siap siap nak ke padang. nak jumpa PM. baju T oren berkolar dah tuck in dengan seluar jeans jenama sandos. ntah jenama apa. jenama Jerantut gamaknya. 'aok nak kemana nye Apik pakai semat semat nie?' tanya abah gua, eh abang ngah gua ramah. 'nok ke pada (padang) kejap.' jawab Apik dengan nada biasa. tune suara dia berat ke suara Accapan sikit, serak serak nyaring.

abah gua tak heran, malas nak pergi pun. kad jemputan ada, tapi sebab sepupu gua ada kawin dekat area area suburban Temerloh, bapak gua putuskan untuk pergi ke majlis tersebut. bukan apa, anak ada lagi 4 orang tak berwalimatus urus. karang tak datang pulak puak Lancahang karang, kerayan.

PM ke, Obama ke, Cesc Fabregas ke yang nak datang Lipis, gua? lagi la tak heran. baik gua layan tido kat rumah. lagi sedap. bukan boleh kaya pun!

catitkiri: Mahathir mungkin gua on.

Selasa, 23 Mac 2010

BODOH SAHAJA 2




krek....krek...krek...

bunyi selipar hitam bintil aku masih padu. hasil geseran antara air sembahyang, kulit kaki kematu dan bintil bintil permukaan selipar. cukup menyampah didengar. namun aku pekakan telinga. selipar aku. biarlah! dulu Azmy Nani ada sound aku pasal ini kes.

"weh, aku tiap pagi selalu dengar bunyi selipar ko. sampai aku kene sembahyang subuh on time!
aku cadang pukul sepuluh baru on projek subuh. dah terbangun kene la sembahyang jugak. lau tak tentulah berdosa!" sembang Azmi Nani kemas. muka serius macam orang baru tarik 'batu'.

aahh...aku malas begurau. macam aku tak tau ko tu Azmi. ceh sembahyang subuh konon. kelas pukul 8 bangun pukul 11.43. clubing tak sudah. mengalahkan budak MMU. macam gampang!

aku lihat kiri kanan, jalan tak macam biasa. ah sudah. aku mula rasa tak sedap hati. kenapa aku...

aku percepatkan langkah.

kret..kret..kret..


sampai kat pos guard C, aku mula kerayan. peluh menghujani dahi. ketiak basah. mandi tadi dah tak 'in'. ditambah pulak dengan kadar suhu tengahari jumaat. memang paru!

"assalamualaikum warahmatullah..... assalamualaikum warahmatullah"

wacha!!!! aku karate divider besi jalan sedas. patah. aku patah balik. gampang betul. ketiak basah, mandi tak 'in', perut lapar, tangan kebas. BODOH SAHAJA!!!

KRET.....KRET...KRET....

Isnin, 22 Mac 2010

sapa apa?

tring.... trung....

ni sape?

satu message daripada nombor tak dikenali masuk. Ceh takde adab langsung. Salam tak, say hi pun tak.

nie aku! ko sape msg nie sape?
Orang kurang hajar kena kasi ajar. Itu pesan Guru Hadi.

tring.... trung....

sape nama?
Aih, budak ni. Kemain lagi.

Aku Bin Hamzah! ko neh sapa? jangan byk tanye la... aku xde kdt nie..ko 2 da la pakai meksis..lau nak borak kol aku la..


tring.... trung....

Owh bukan message dia. Takde kredit la tu.


BODOH SAHAJA

mata aku terkerbil kebil. berat benar rasanya nak pekena bangun pagi ini. aku kerling jam. ah pukul 11.57. nasib baik pagi lagi. sapa suruh kedah cuti hari jumaat?

aku layan kepala. baring semula. selimut semalam ntah kemana aku campak. aku bukan 'in' sangat dengan selimut selimut ni. itu pun terpaksa sebab takut disengat dek menatang Charlie ni. Dia punya bisa, fuh 15 kali ganda bisa dari venom ular tedung. betul, ni aku tak kencing. aku baca sendiri kat pamplet yang Obami cilok kat klinik itu hari. patutlah pedih pedih dekat kelopak mata dengan dada aku. berparut pulak. dah tak dapat aku bertelanjang dada dengan skodeng aweks. hilang nikmat tuhan sekejap.

ah selimut mana selimut. masa kecik kecik dulu mak aku selalu praktikan.'pakailah gebor ni. Doknye di ketik dek nyamuk besok'.mak coh beri khidmat, sambil kempas kempas tilam guna gebor benggali yang arwah wan aku beli. besik tilam dengan pasir memang selalu. budak kecik suka berempas atas katil. kaki tak pakai selipar main kat tanah. maunya tak besik. aku 5 minit dah celaru. terus tendang gebor jauh jauh bawah katil. berpeluh kaki. limas!

ah.. aku terjaga. rasa rasa macam baru lima minit je aku tidur. aku capai tuala yang bersidai kat tangga katil. ah silap, itu gebor tadi, bukan tuala. aku capai baldi. berus gigi, pencuci muka, tuala.semua ada. pakej! ubat gigi sama itu sabun mandi takde. bagi aku itu tak penting. aku boleh cret sikit yang member aku punya masa mandi nanti. apa guna mandi setoilet.

brus brus brus.... aku mandi betul betul. mana boleh main main, karang sembahyang boleh jadi tak sah.

selesai semua, rata air di badan. aku dress up macam biasa. aku sarung selipar berbintil. selesa dan kemas. tak gelincir. sebab dia tahu tugas dia hanyalah sebagai selipar tandas. aku bertolak.

krek....krek...krek..krek...

satu persatu bilik aku lewati. ada dua tiga bilik yang masih dung dang dung dang lagi. nak tegur dah besar, tak tegur bedosa.

bersambung...

JANGAN TANYA KENAPA



puk...puk...puk...


Kotak keretek di ketuk. Klasik cara itu. Memampatkan lagi tembakau. Tis... api menyala di muncung lighter. Tempe sedut dalam dalam asap keretek. Kadang kadang sedutannya kekok. Disela dengan batuk kecil. Mungkin tembakau terlalu mampat.

'Eh ko ada pesebuk tak?' tanya Tempe.

'Err...ada. Baru bukak semalam. Ntah aku tak reti sangat mende mende camnie. Tekan sana sini.
Payah sikit la. Lagi pun aku mana ada komputer. Asal tanya?'

Tempe sedut kretek dalam dalam. Kali ni dengan gaya angkuh. Sangat angkuh. Macam sedut cerut Cuba.

' Lah, tak reti ke? Apa barang....' kerek.
' Tapi kalau ko ada pasebuk, ko kene ada blog. Boleh la hilang sikit gile ko kat dalam kelas' provok Tempe.

'Yela, yela. tengok la macam mana' jawab aku acuh tak acuh sambil hirup kuah kuey tiaw lakna yang masih berbaki.

slurp..slurp...

* * * * *

' Ey adik, kome dah ada blog. Aok bila lagi?' kerek. Silap, mengada. Sama jer macam Tempe.

'Aaa??? Nanti laa. Sekarang internet tak laju la kat bilik kome'

'Nanti aok follow blog kome ye' Nanato promote.

* * * * *

'Aron, bila ko nak ada blog?'

'Budak budak nie semua dah ada blog, ko bila lagi?'

BLOG???

Gua mulai hangin. Gua karate sedas kat meja papan. POW!!!
Meja tak jadi apa apa. Struktur normal. Satu food court hening. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.

Semua mata memandang tepat kearah meja tepi tasik. Tempat kami duduk.

'Kenapa korang suka tanya soalan pedih pedas? Aku takde komputer. Aku takde laptop. Takde internet. Macam mana aku nak buat blog. Online pasebuk? Myspace?' teriak aku. Kuat.

Mata semua terarah pada raut wajah melayu aku. Bengis.
Aku jeling 45 darjah. Guna mata kiri. Mata kanan aku simpan. Apa guna tuhan bagi kelebihan. Semua tunduk. Ada yang pura pura makan, sambung peluk awek, main laptop dan basuh tangan. Dua tiga orang sarung selipar. Takut kalau diapa-apakan.

Hangin aku masih berbaki. Tapi aku malas nak cakap banyak. Aku malas cakap dengan orang yang ada laptop dan brukband. Hanya orang takde laptop internet sahaja yang memahami orang takde laptop internet.

Aku sarung selipar bintil bintil. Buat muka kemas. Jalan sambil terhenjut henjut. Baru nampak gengster. Aku sedikit menyeringai. Tangan kanan aku simpan dalam saku. Kebas.

Tadi meja papan ke besi?

catitkiri: ni post pertama aku. aku dah tak larat dengar soalan yang ke 54.