Khamis, 30 Disember 2010

DARI BUNG KARNO


Gua tak berapa cukup patriotik.
Tapi gua bagi tepuk jugak la. POk POk POk


Menang piala kecil pun, piala jugak.

Israel ada?

penyokong depan: aouk aouk ! ! !
kredit semuthutan

Selasa, 14 Disember 2010

KICAK!


  1. Harga petrol naik.
  2. Harga gula naik.
  3. Harga kacang soya tak naik.
  4. Harga kicap apehal pulak naik?


    Gua mula jadi terkedu dan tak percaya. Semalam beli kicap botol kecil kena dekat 4 ringgit setengah.

    Gua ingat kena tipu. Sampai bertaki baik punya dengan itu cina.

    Cong ceng cong ceng!

    Pung pang pung pang!

    Keputusanya gua malu.

    Itu baru saiz kecil punya harga. Kalau saiz besar macam mana?

    'Buat memunah duit je beli kicap ni.' Bisik gua dalam hati.

    Sekarang gua pakai kicap jenama Tesco je. Murah sikit. Baru 2 ringgit lebih.

    Sedak tak sedak lain cerita. Janji dapat makan kicap.

    Mak gua ada marah, sebab adik beradik kami makan nasi lemak Zedah pun dengan kicap.

    'Lah! Kacang soya!!!'

    Kepada adik beradik gua yang nak balik ke rumah nanti, mak gua ada pesan.

    'Datang sini kalau nak makan kicap, beli sendiri. Kalau tidak, no kicap kicap!'

    ini faveret keluarga


Isnin, 13 Disember 2010

ROAD BULLY


KRINGGGG


 

Gua tengok jam dah pukul 6. Tepat pukul 6. Gua mengeliat malas nak meregangkan urat saraf.


 

Uuurrrggghhhh... TANG!


 

Gua terterajang kepala katil pasal gua tidur tebalik. Capai tuala di kepala katil guna kaki, gua bingkas bangun pergi mandi.


 

BRA...BRAA...BRAA...


 

Bapak sejuk mandi pagi. Rasa macam mandi ais. Tak pernah pernah gua mandi pagi pagi masa cuti sem. Gua rasa gua agak kemas pagi tu. Dress up baju kolar dengan seluar orang bawak pergi mancing. Gua pekena milo segelas lepas tu gua terus capai kasut.


 

Pada hemat gua, masih terlalu awal untuk gua ke dewan peperiksaan. Baru pukul 6.30, nak kena sampai sana pukul 7.30. Perjalanan gua pula hanya memakan 20 minit dalam kelajuan kadar biasa. Jadi, gua buat buat steady drive kereta. Slow slow siput orang kata. Range dia lebih kurang 60-80 kilo macam tu la kadar kelajuan masa tu.


 

Angin pagi bergitu nyaman. Gua buka tingkap separuh. Bagus orang kata hirup angin pagi ni. Hidung gua bagi kembang sais XL.


 

Haaaaaaaaaaa........


 

Sedap betul. Gua rasa gua la pemandu paling sopan pagi tu. Jari jemari gua teritip halus di hujung stereng. Bahu kasi naik. Badan tak bersandar.


 

Gua buka radio. Tak pasal pasal gua jadi termenyanyi.


 

' please, please, please kamu jangan nakal....'


 

WACHA!


 

Gua karate stereng. Hilang terus jiwa rock Kuala Lipis gua. Faking!


 

Tiba tiba sebuah kereta myvi pancung kereta Saga turbo gua. Gua jadi hangin dan terhoyong hayang. Tercarut carut kecil gua seketika. Lalu, pemanduan gua terus berubah jadi ganas. Siku mula terkeluar dari tingkap!


 

Gua mula mengejar guna gear 3 saja. Tak sampai 2 tiang gua pintas balik myvi kurang ajar itu di Bukit Sarang. Sambil memotong gua bakar bakar dan mengunakan body language seorang pembuli jalanan.


 

Dalam amatan gua, gua perasaan dia dress up ala ala cikgu. Baju kemeja lengan panjang cokelat berseluar yankey. Rambut sikat tepi dan gua rasa berkasut kulit hitam tajam ke hadapan. Gua memang aim muka dia kalau kalau terjumpa dekat traffic light nanti dekat bandar.


 

* * * * * *


Gua masuk ke perkarangan dewan peperiksaan dengan jiwa terbakar dan siku terkeluar.


 

BAAA!!!


 

Gua tutup pintu kereta turbo kasar. Masuk melalui pintu belakang, gua pandang bengis pada sesiapa yang pandang pandang gua. Dua tiga orang terus pandang bawah bila gua jegilkan mata gua yang bersaga.


 

08:00



' peperiksaan boleh di mulakan sekarang '


 

Gua mula menjawab dengan konsisten sampai terlupa baca bismillah. Ada tiga empat orang pengawas yang bertugas merayau rayau serata dewan.


 

Prap...prap..prap..


 

Boleh gua dengar dengan jelas derapan kaki seorang pengawas peperiksaan lalu lalang berhampiran gua. Gua mula jadi pressure dan saiko. Rasa macam nak slek jer kaki dia bila lalu dekat meja gua. Pengawas tak pengawas.


 

Perap..perap..pap!


 

Gua angkat muka. Gua jegilkan biji mata. Tiba tiba air muka gua berubah. Tak jadi nak bengis. Gua pandang atas bawah pengawas lelaki tersebut. Rasa macam kenal.


 

'Oooh... awak lah yang naik kereta Saga dekat Bukit Sarang tadi ya?'


 

'The hehe heee....'


 

Gua hanya mampu tersenyum dalam nada yang parodi.


pow pow pow!

Rabu, 8 Disember 2010

REBIU BOLA SEPAK PIALA AFF


dia lahir di Tanjung Karang ya Achenk


Semalam hujan lebat sampai ke Palembang. Gua, abah gua, mak gua duduk depan TV1 tengok bola. Malaysia lawan Laos. Abah gua macam biasa, seat paling mahal sekali, meniarap depan tv sambil kena urut kaki.


 

Separuh masa pertama

PRIIITTTT!!!!
Sepak mula bermula.


Minit ke 4' Amri Yahyah tanduk nipis. Satu gol buat Malaysia.

Abah: Tak lama la tu karang. Kejap lagi kena gol la.


 

Minit ke 7' penyerang Laos tanduk padu. Satu gol buat Laos.

Abah: Haa, kan abah dah kabor tadi.


 

Minit ke 14 game terlalu perlahan. Rooney Kelantan lebih suka menyepak ke langit. Mak gua tertidur atas sofa.


 

Minit ke 34' Mahali Jusali cross pass ke Kunalan. Bola terkeluar padang.

Abah: Passing lebih ke semak.


 

Minit ke 40' Amri Yahyah taping bola ke gawang Laos. 2 gol untuk Malaysia.

Abah: Hehee... (senyum nipis)


 

Separuh masa kedua

Hujan makin lebat di Palembang. Kedua dua pasukan bejeruk basah kuyup.


 

Minit ke 54' kapten Malaysia, Syafiq Rahim lebih banyak bernafas ikut mulut.

Abah: Macam hilang punca pulak dah Malaysia ni. Main slow jer.


 

Diberitakan Thailand mendahului dengan 1 gol. Abah gua mula panas punggung.

Abah: Kalau Indon kalah, tak lepas la kita ye adik?


 

Minit 70' lebih, Amirul Hadi menyumbat leret bola ke penjuru kanan gol Laos. Hasil kesilapan pertahanan mereka. 3 gol untuk Malaysia.

Abah: Gol weh kite, gol lagi. Hahaha. Dah tak menjadi dah rambut merah budak ni kene air hujan.


 

Minit ke 70' lebih juga gol oleh Rooney Kelantan. Mirip gol ke 3 malaysia, hasil tampanan tak kemas bek kiri Laos. Gol ke 4 buat Malaysia.

Abah: Sedap pulak game malam ni.


 

Hasbullah Awang lebih banyak merepek dan melalut. Asyik tersalah cakap jer. 'Malaysia 3, Laos 4'

Abah: Marah la di orang Laos cakap dia tak menyumbat gol langsung. Dah nyanyuk dah orang tua ni gamaknya.


 

Minit ke 80' diberitakan kedudukan Thailand-Indonesia seri. Penalty diperoleh Indonesia.

Abah: Bambang tu sapa?


 

Minit 90+' gol lewat permainan hasil rembatan kaki kiri pertahanan Loas. Gol sendiri. 5 gol buat Malaysia.

Abah: Lucu la aok ni. Keh keh keh. (sambil menuding telunjuk ke kaca tv)


 

Malaysia menang bergaya dengan membelasah Laos 5-1. Di tepi padang, Arsene Wenger Malaysia terjun tiruk tanda girang. Pasukan negara layak ke semi. Indon tundukan Thailand 2-1.

Trimas ya Bambang!


 

Jumaat, 19 November 2010

Scene hantu baru nak up 2


Jumaat

10.45 pagi

KRIIIINGGGGGG....

Loceng rehat mengering tanda waktu rehat dah tamat.


 

'Wiwi, ko tolong aku boleh?' Tanya gua dalam keadaan kabut.


 

'Amendanya? Cepat sikit, aku dah lambat masuk kelas ni.'


 

'Ko outing petang ni kan, ko pergi kedai TNT dekat bandar baru, ko belikan aku topeng hantu. Boleh?'


 

'Eh tak nak aku, segan bodo.'


 

'Dah tu ko ingat aku tak segan? Ko nak beli tak nak? Karang aku raba ko karang.' Desak gua dengan taktik lucah


 

'Ha, yela yela.' Gua berjaya


 

'Nah 2 ringgit. Kalau ada lebih ko pulang balik.'


 

Gua masuk kelas tanpa menghiraukan Wiwi lagi. Dalam kepala gua kejap lagi gua nak tibai pisang orang buat sedekah sembahyang Jumaat.


 

* * * *
Prep malam macam biasa. Gua dengan kaki kaki lepak membuat port sementara di bawah kipas. Malam malam kalau pakai baju gombang naik tangga 3 tingkat memang membahang. Kalau pekena lepak bawah kipas volume 5 memang jodo orang kata. Tangan masing masing dah tak in nak pegang buku, lebih berat nak pegang daun terup gayanya.

 
'Ha Wiwi, ada?' Tanya gua sepintas Wiwi lalu tepi kelas gua.

 
'Ada nie ha. Lalu menyuakan jabir pelastik hitam.'

 
'Berapa semua ni kena?'

 
'Urm 4 ringgit setengah.'

 
'Owh, ko ambik la duit belen tu. Terima kasih la. Dah pergi masuk kelas nuh.'

 
Gua tinggalkan Wiwi lalu hinggap kembali ke jerumun terup. Gua pandang Akram Merah, Akram Merah pandang gua.

 
'Amacam Aker malam nie? On?' Tanya gua sambil angkat angkat kening.

 
'Oonnn...' jawab Akram dalam nada yang penuh parodi. Cermin matanya di sepit celah kocek baju melayu.

 
Kaki kaki lain semua memegang erat daun terup. Saspek gua dengan Akram nak main tipu.

 
* * * * * *
Asrama

01.00 pagi

'Haa cepat sikit perabis milo ko tuh. Kita dah nak mula projek dah nie. Dah on timing nie.' Peringat gua pada Akram Merah.


 

'Kejap la, sedap nie.' Sambil menghabiskan kudapan yang terakhir.

 
Masa tu milo seterika memang tengah hip. Ranggup ranggup rapuh rasa dia. Mencair jer dalam mulut. Ntah macam mana budak budak ni dapat idea pergi seterika milo 3 in 1 tu, sampai habis seterika punah. Tak boleh pakai. Dalam populasi arama 700 lebih yang boleh pakai 2 jer. Apa gila kalau kena time pagi Isnin, semua nak menggosok baju kemeja lengan panjang.


 

Dalam pada tu gua ambil kesempatan buat last check pada alat alat gua. Beg hijau ada cap 'Anarchy' gua tersangkut pada engsel pembuka cermin tinggkap. Semua tip top. Gua kerling ke Akram.


 

'Okeh, dah siap. Moh!' sambil menjilat jilat jari.


 

' Pale otak ko, cermin mata ko kemana. Ko tu dah la rabun?'


 
'Alah, tak payah malam malam ni aku takut tinggal kat mana mana karang susah'

 
Target kami malam tu ialah nak pekena budak budak kelas ke 3. Maksud gua budak budak pondan. Keh keh keh. Pasal diorang punya effect kalau kena sakat memang terus jadi lelaki. Kadang kadang, yang jenis ni, kena cucuk pinggang pun boleh jadi urat urat tangan. Keh keh keh.

 
'Weh Aker, jom kita sakat Ghafar nak? Ki ki ki....'

 
'Jom jom. Aku memang dah lama geram dengan die tu. Rasa macam nak ramas ramas jer. Hik hik hik...'

 
Pada gua, Ghafar tu bukan la pondan, tapi lebih ke santun sikit. Wataknya persisi si Aznil Hj Nawawi. Nak ke bilik Ghafar memang nak kena lalu dekat gajah menyusur. Keras perut sepanjang jalan kami ketawa ketawa kecil di selang seli dengan kentut nipis sekali sekala.

 
Ki ki ki...ki ki ki...
Ki ki ki.. ki k...

 
Tiba tiba gua berhenti ketawa. Kira kira 100 meter dari tempat gua berdiri, mata gua tertancap pada sekujur putih di tengah tengah laluan gajah menyusur. Makhluk tu pada hemat gua menuju straight ke arah gymnasium. Jalannya mendatar. Tanpa langsung tampak derap langkah dan lenggok jalan. Mukanya tak berapa jelas, apa yang pasti putih. Plaint jer. Tiba tiba makhluk itu berhenti pada salah satu pokok sawit yang terdapat pada tepi gajah menyusur. Ianya memusingkan badan lalu memandang tepat kearah gua. Masa tu gua langsung tak rasa takut. Sumpah, jantung gua tak bedebar debar pun.

 
'Weh Aker, amenda tu?' tanya gua sambil menudingkan jari.

 
'Mana? Tak Nampak pun.'

 
'Tu la bodo, dekat pokok sawit tu'

 
'Mana? Takde pun'

 
'Tu haa. Hii ko nih'. Gua tarik kepala Akram Merah.

 
'Oh. Ok ok ok. Dah Nampak. Ala orang je tu.'

 
'La yeke.' Gua mula merasa lega.

 
'Dah la. Jom la sakat Ghafar'

 
Selesai kami menyakat Ghafar, memang nak kena lalu balik di tempat kejadian tu. Tiba tiba, gua jadi takut takut berani je nak lalu dekat tempat tu balik. Gua mula berhenti di tempat tadi dan memerhati sekeliling.

 
'Eh, betul ke yang kita nampak tu tadi orang?' Gua cuba mengambil kepastian dari Akram.

 
'Nampak? Masa bila? Akram mula menggaru garukan kepala.

 
'Ala yang dekat kelapa sawit tu tadi haa.'

 
'Aku tak nampak apa apa pun.' Akram dah jadi cakap berbelit belit.

 
'Ko biar betik. Yang ko cakap orang tu tadi amendanya?' Gua mula panas hati.

 
'Aku mana nampak apa apa tadi. Aku kan rabun......'

 
WACHAA!!!
Gua karate tengkuk Akram Merah. Faking betul. Mati mati gua ingat hantu tu orang. Kalau tak memang gua cancel nak pergi menyakat malam tu. Gua dah ketar lutut. Haa tu la, sapa suruh tak nak pakai cermin mata. 

Gua tinggalkan Akram Merah yang separuh sedar dalam keadaan mulut yang berbuih. Biar mati kena makan dengan hantu sawit. Gua lari zig zag tanda protes!

Sabtu, 13 November 2010

SCENE HANTU BARU NAK UP


Masa tu gua ingat lagi, gua baru tingkatan 2, sekolah sains tangki air. Scene scene hantu dekat sekolah gua baru nak up. Ada yang kata orang minyak Kampung Pintu Padang mengamuk. Masa tu scene orang minyaklah yang paling hip sekali. Sampaikan dekat perhimpunan hari Isnin pun cikgu ada buat text khas 'orang minyak, AWASLAH!!!'. Ada yang kata orang minyak tu boleh berubah jadi kucing. Masa tu, scene kucing kucing kantin kena tempiasnya jugak. Tak pasal pasal habis semua mati kena racun. Berbuih mulut makan poradan. Cis!


 

Budak perempuan sekolah gua terus kecut nak pergi berak tengah tengah malam. Tidur pun pegang yasin. Gua sebagai budak lelaki memang gua tak heran la. Gua lah hero gadis gadis. Keh keh keh. Ada senior senior gua yang nak tunjuk padu pada makwe, kata nak kejar orang minyak tengah malam. Tapi macam la gua tak tahu taktik lu orang tu senior, kata nak kejar konon, padahal pergi fly lompat pagar beli rokok kedai seberang. Phui!




Reda sekejap kisah orang minyak mengamuk, tup tup cerita pocong tangki air pulak meraban tengah tengah malam. Orang kata, pocong nie ada laluan panas tiga penjuru. Dewan makan-gymnasium-tangki air. Pergh memang goyang la gua pasal dorm gua masa tu tengah tengah laluan dewan makan-gymnasium jer beb. Tapi gua rasa cerita ni memang betul betul punya true. Member gua, Alip Amirul tidur bogel sebelah gua pasal takut nak tukar baju lepas nampak pocong dekat koridor belakang dorm dia. Satu selimut dengan gua lagi tu. Tapi yang tak boleh tahan, gua tiba tiba rasa ada 'lampu suluh' tala belakang badan gua. Cis!


 

Besoknya, subuh subuh lagi dekat surau semua jadi haruk cerita pasal pocong. Biasanya budak budak timing macam ni memang lebih berat ke mengantuk. Gua hanya mengiakan sahaja cerita yang menerjah tellinga gua. Pada gua, sesi tidur bersama Alip Amirul semalam lagi mengerikan, siap ada terjulur panas lagi belakang gua tuh.


 

Gua bertekad, hujung minggu ni gua ada plant baik punya untuk memadamkan topik yang tengah hip sekarang nie.


 

'Jumaat nie, turn budak perempuan outing kan?' tanya gua pada Akram Merah.


 

'Uhuh, kenapa?'


 

' Ada laa'


 

Bersambung...

Rabu, 3 November 2010

BUDAK BARU NAK UP!




2000

Gua rasa gua baya baya Haziq Tom Tom Bak lagi masa tu. Darjah 3 tak silap gua. Mencarut gua pun masih di tahap 1 lagi.

Pada masa itu, scene Hindustan memang tengah naik. Kuch Kuch Hota Hei, Dil To Pagal Hei, Kuci Kuci Pampers Hey semua tengah naik dekat panggung. Zaman tu tak payah cerita la Shah Rukh KHan punya ekselen dia macam mana. Memang menjadi. Orang suruh berlakon jadi hero, dia jadi hero. Orang suruh sembah tok pekong, dia sembah. Orang suruh sembahyang Maghrib, dia buat juga dalam masjid. Memang ekselen la. Salman Khan jatuh hero nombor 2.

Entah macam mana gua terjebak dengan scene layan Hindustan pada waktu tersebut gua pun tak tahu. Mungkin sebab faktor dalaman yang mempengaruhi gua. Phui! Tapi gua stakat layan CD jer la, takde la nak berpanggung panggung.

Setengka belah kanan rumah gua, rumah pak cik Man Dapur. Kiranya, rumah Fahmi tengah tengah antara rumah gua dengan pak cik Man Dapur. Anak anak dia ada muka kacuk sikit pasal arwah makcik Zainab tu Chombi Penang. Tapi semua dah besar besar belaka. Anak bongsu dia,akak Lina gua panggil, tua 5 tahun dari gua. Kira dia tingkatan 2 gua baru darjah 3. Dia berkawan dengan akak gua yang nombor dua, pensel 2B Tikah.

Suatu hari kak Lina datang ke rumah gua nak beborak dengan kakak gua. Masa tu gua tengah ralit layan cerita Badshah.

'Waa syoknya dia layan cerita Hindustan' kak Lina tegur gua. Gua buat tak pada.

'Biasalah, dia perasan nak jadi Shah Rukh Khan, tapi tengkuk itang!' akak gua mencemuh.

'Eh, Amin ni hensem apa. Ada gaya sikit sikt macam Shah Rukh Khan. Betul la Tikah.'

Gua terus berpaling dari kaca televisyen.

'hehe...' gua senyum.

*****

 

2009

Gua dan Fahmi bermotorsikal balik ke rumah dari pekan sari, tempat paling happening kat Kuala Lipis pada hujung minggu. Lebih kurang 40 ela dari rumah gua...

'Eh Fahmi, sapa awek dekat sebelah rumah ko tu. Solid papadum jer aku tengok.' Gua tanya Fahmi dari atas motor.

'Ntah. Moh ko pergi la usyar. Mana tau dapat. Nampak dari belakang macam lawa jer.' Fahmi bagi idea sundal.

Gua terus pusing motor tak jadi masuk rumah dulu. Gua lalu depan rumah dia cadang nak sweet dua tiga kali.

'Cit cit cit...cit cit cit...hai awek' cara gua menyuit. Macam sundal!

Tak semena mena awek tu bagi respon. Awek tu berpaling ke arah gua.

' Eh Amin, dah besar dah awak ye.'

' Eh akak Lina...er..err..errr...'

Masa tu gua rasa nak menyamar jer jadi handle motor! Babi Fahmi!



RALAT: ralat kepada afzan kerana memang gua ukur betul betul. ala kalau tak betul pun tak jadi hal.. sebab budak ngukur tu pun orang MAJLIS!

Sabtu, 30 Oktober 2010

Malam Jumaat Keliwon!


Pada suatu malam, Kamal yang baru sahaja sampai ke bandar Kuala Lipis dengan menaiki keretapi telah ditegur oleh seorang seorang pemandu prebet sapu.


 

"Aok nok balik ke mana?"


 

"Koyan." balas Kamal.


 

"Weh, jauh het. Kala 20 hinggit buleh?.. Pasei aok sorang jer.. Keh balik ke sini pun karang kosong jer van keh…."


 

Kamal tiada pilihan. Malam dah semakin larut. Dah pukul 12.30 tengah malam. Bas pun tiada lagi. "Hmm.. Buleh la, Pak Cik.."

Lalu, pakcik kereta sewa itu pun menghidupkan enjin van.


 

Tas!

ZA..ZA..ZA...ZA


 

Maka mereka pun memulakan perjalanan. Kamal mengambil tempat duduk belakang. Sepanjang perjalan yang sunyi itu Kamal dan Pak Cik itu tidak langsung berbual. Masing-masing mengelamun sendirian. Kamal memerhatikan Pak Cik itu seolah-olah mengantuk. Bimbang pula Pak Cik itu tertidur ketika memandu.


 

Tergerak hatinya untuk berbual-bual dengan Pak Cik itu untuk menghilangkan mengantuknya, seraya menepuk bahu Pak Cik itu. "Pak Cik…!" kata Kamal.


 

"B*****, C*****, Aok, Jatuh, Tekejut… Hantu.. Setan. Ghimo Akor." Jerit Pak Cik tersebut sambil mencarut-carut dan vannya terhoyong-hayang hampir terbabas ke bahu jalan. Pak Cik itu terus memberhentikan van.


 

Keadaan menjadi sunyi sepi kerana kedua-duanya tergamam. Yang hanya kedengaran hanyalah bunyi kipas enjin van.


 

ZA...ZA...ZA..ZA


 

"Lain kali aok, jangan la buat gitu lagi.. terkeranjat keh ni tadi…" Pak Cik bersuara.


 

"Mintok maah, la Pak Cik… saya tak sangka la pulok Pak Cik buleh terkejut sampei gitu sekali…" Kamal membalas.


 

"Takpe la. Bukan saloh aok pon. Mende baghu ni la keh mbawok Prebet Sapu ni lepaih keh pencen. Dah 25 taun keh njadi drebo, takde la terkejut sempei gini me…." Kata Pak Cik itu.


 

"Ooo.. Pak Cik keje mende dulu?" Tanya Kamal.


 

"Bawok Van Jenazoh. Baru bulan lepas berenti" kata Pak Cik.


 

"Ooo.."


 

"Yang aok ni kerje mende pulok?"


 

"Saya tak kerja dah pak cik"


 

"Lah meknye? (laa.. kenapa?)"


 

"Saya la yang yang pak cik bawak bulan lepas. Arwah Kamal...!!!"


 

ZAaa...ZAaa...ZAaa...ZAaaa...

Tas!






Catitkiri: okeylah, cerita yang sebenarnya gua ceduk dari sini.

Rabu, 27 Oktober 2010

Sekuel METROPO-LIPIS-TAN


sekali lagi gambar ini digunakan

TANG TANG TANG TANG

'Alah lampu merah la pulak. Gampang betul'

Gua cuba mengomel kerana pecutan tenggiling hitam gua mula menurun.

'Motor ni kalau naik berdua ginilah gayanya'

Gua cuba perlahankan volume suara ke tahap 1. Takut Fahmi berkecil hati. Tiba tiba mata gua tertancap pada sebuah tenggiling berjenama nasional mirip member sejawatan gua dahulu.

'Eh Boy, aok kerja di mana sekarang? Pakai semat semat gaya orang kerja bank.'

TANG TANG TANG KELENTANG

'Haaa?'

Boy jadi tak dengar sebab bunyi ekzoz membingitkan telinga.

'Aok kerja di mana sekarang?'

'Majlis!'

'Owh'

PRAAAUUUUUWWWW.......

Gua dan Fahmi terus memecut meninggalkan pekerja Majlis Daerah Lipis (MDL) itu. Gua mula jadi tersenyum senyum.

Selasa, 26 Oktober 2010

Epic-CINTA STELETA

ini mungkin watak utama

Adanya cerita ini bukanlah ditokok tambah, apatah lagi direka reka. Biarkan sahaja, sahaya, seorang penglipur lara ingin tunaikan cerita. Sahaya, penglipurlara, bernasihat melalui cerita, bertegur melalui cereka. Maka, biarkan sahaja.


Di dalam sebuah kehidupan di lopak pensil, hidupnya alat alat tulis yang bersejahtera. Adanya mereka adalah berlapan sekeluarga. Satu kepala dan 7 anggota. Biarlah si kepala bergelar Pembaris, titah mengukur dan menilai setiap garis harafiah dan harmoniah anggotanya. Manakala, di sebelah kanannya, tersudut permaisurinya, cik Tolok Jangka, yang adanya pedas dan punya bisa di hujung mata. Maka terlahirlah tiga putera dan tiga puteri hasil perkongsiannya. Adanya si Gunting, Pemadam, Pensil 2B, Pen, Pengasah Bercermin dan Pisau Lipat.



Adanya diperkhabarkan kehidupannya yang bersejahtera, tetapi tidaklah pula tiada sengketa. Sedangkan lidah lagi tergigit. Si Pensil 2B dan si Pen tidaklah sekacip yang dijangka. Adanya Pensil 2B bersikap cengenging, manakala si Pen perengus sifatnya. Maka tidak sekacip dan seromalah keduanya. Tetapi sudah menjadi adat berkeluarga. Masakan putus air dicincang?



Hanya pada si Pengasah Bercermin jugalah tempat si Pensil 2B mencurah rasa. Tidak hairanlah banyak yang zahir mahupun batin diketahuinya. Adanya, tidaklah pula dapat sahaya ceritakan permainan si sulung Gunting itu dan si tengah, Pemadam itu. Dan apa pula jadinya si bongsu? Pisau Lipat itu? Tungguuu....hehehehe



Bersambung ke babak 2...

Jumaat, 22 Oktober 2010

BLUES METROPO-LIPIS-TAN




Ada la lebih kurang dalam pertengahan bulan 10 ni gua balik ke kampung gua, err maksud gua kampung saya, Kuala Lipis- sebuah daerah metropolitan. Bukan Kg Gua, sebuah kampung yang juga terletak dalam daerah metropolitan itu.

Dari selalu naik bas dan berkereta, gua tukar selera naik keretapi. Mujur mujur gua dapat makan nasi kerabu budak Kelantan itu hari. Cilakak!

Dalam berseluar padu dan berjiwa seni, gua stand by dekat stesen lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Gua perhati, banyak kereta tesekat dalam lalu lintas daerah metropolitan itu. Pada gua, tak pernah pernah Lipis jadi jam sampai ke tengah hari. Tak silap gua masa masa pick hour jer. Itu pun pada sesetengah spot.

'Lipis dah banyak berubah' getus hati gua sambil mengusap janggut janggut nipis.

Dalam pada jiwa bercelaru, gua cek in rumah gua dekat Taman Pertama. Ya Taman Pertama, bukanlah bererti taman itu mula mula sekali diduduki atau dibina di daerah metropolitan itu. Tetapi bagi hemat gua, nama Pertama itu sendiri mempunyai sentiment 'market' dalam taktik perniagaan Jay Phi Tong.

'hai Aming, baru balik? Aok cuti ke?' sapa jiran Abah gua, Pakcik Sahpri

'baru je balik ni pakcik. Pakcik ape kabor? Fahmi ada balik?' sambil salam.

'Baik. Die ada di dalam. Tido agoknye'

Ha yela, bio(biar) la nanti petang kome jumpe. Saye masuk dulu pakcik!'

TIK TOK TIK TOK...

Gua tak jadi nak tidur. Gua text Fahmi ,

'dengar aok ade di sebelah...karok jom karok...'

'jom'

VROOOMMMM..... Gua dan Fahmi pecut ke K-ZONE!

***

Fahmi menyanyi memang menjadi jadi dengan suaranya yang sebu dan berdengung. Gua menyanyi jadi entah ke apa apa. Suara Hattan jadi ke suara Hattan sangat, suara Awie jadi ke suara Awie sangat. Gua mula jadi serba salah. Maaf Hattan. Maaf Awie.

Tiba tiba muka Fahmi jadi kanyo di kaunter pembayaran. Fahmi mula gelabah puyuh sebab tak cukup duit nak bayar karaoke. Gua pula tak faham kenapa dia pula beria ria yang nak payung, padahal gua yang ajak tadi. Tapi gua buat buat tak peduli.

'alah aku lupa la pulak, aku ada sepuluh ringgit je.ko ada lagi 2 ringgit?'.

'Hiiee ko ni. Nah sepuluh, itu pun duit nak topup kejap lagi'

'alah nanti la aku draw duit kat BSN kejap lagi'

***

Gua parking betul betul depan BSN. Fuh ramai betul beratur dekat ATM. Semua awek awek belaka. Dress up bukan main lagi. Macam dah awek belah Kolumpo. Gua jadi panas punggung duduk atas motor. Ada dua tiga awek daring lain macam pada gua. Terus gua tanggal helmet, touch up rambut dan seraya berkata.

'Lipis dah banyak berubah'

Jumaat, 8 Oktober 2010

BERAKHIRNYA SEBUAH PERJALANAN

Sg Petani: 2009-2010

Berakhirnya sebuah penantian, berakhirnya sebuah kisah epik perjalanan seorang Aron. Apa gila tiba tiba nama gua jadi nama serupa yahudi? Phui! Sumpah bukan gua yang letak nama tu. Tak ekselen langsung! Tak Islamic! Gua ingat gua nak letak nama arab arab la sikit, Armand Yahya ke, Mahmoud Ahkmadi ke, Jose Maurinho ke, tak pun paling kuat gua pilih Nik Aziz! Cey cey cey!
Lama jugak gua duduk kata atas sana. Err maksud gua, dekat utara, dekat Sungai Petani. Ada la dekat dekat sama dengan nak menyetat enjin bot abah gua. Bila gua pikir pikir balik, stroke kehidupan gua ada juga lari tune dia. Tapi biasa la, takan gua nak jadi seperti dahulu beb, takan gua nak jiwa jiwa remaja lagi. Sekarang gua pun dah rasa macam nak dewasa dah. Dah boleh bawak mengundi orang kata. Cey cey cey!
Daripada tak pandai main gitar gua dah boleh duduk semeja dengan Slash dan S.Atan. Dari pada rambut beruban gua dah pandai rambut berkuning. Daripada seluar kecik bawah gua dah pandai pakai seluar straight cut. Daripada hensem gua jadi lagi hensem. Cey cey cey!
Herm, banyak kenangan suka duka gua kat sana. Tapi gua bukan nak tokek la, orang Kedah memang baik baik. Tak tipu. Gua sendiri sebagai outsider gua rasa. Diorang memang senang nak ajak bersembang, kadar penerimaan kepada orang luar memang tinggi. Tak macam sesetengah tempat kat dalam Malaysia ni sendiri.
Walaupun gua sendiri bukan orang Kedah, tapi kadar ke-fluent-an gua cakap slanga utara memang tahap tinggi. Sebab tu gua senang jer in dengan diorang diorang ni. Memang orang Kedah ramah tamah, tengok saja Kak Zee, baru jer kenal 2 minit terus dah beborak macam dah kenal 2 tahun. Siap tanya pasal mak abah gua sihat lagi ke tidak di kampung nuh.
Gua sendiri tak lupa jasa member member gua yang banyak kali asis gua masa gua susah. Terima kasih Faiz John, Izzati Munawwarah, Hazamin, Botak, Crocs, Arip ‘pelak angkat sat’ dan jugak member gua di luar Kedah, Tok Ngulu, Syawal Teddy,Amin, Mamu, Hisyam, Achenk dan banyak lagi. Sori la kalau gua tak sebut nama sapa sapa, tapi tangan gua dah lenguh ni, gua menaip sambil meniarap tau tak?
Kepada lu all gua ucap terima kasih banyak banyak sebab banyak tolong gua dan gua mintak sori kalau gua ada pasal dengan lu all semua. Babi touching! Cey cey cey!
Tak. Bukan. Bukan gua tak suka duduk sini. Betul orang Kedah semua baik baik.Tapi gua dah serik. Gua serik tau tak? Tiap kali nak balik Lipis, muka gua jadi belemin duduk dalam bas lama lama.  Belemin tu boleh membawak kepada buruk rupa! Phui!
 Gua harap 2015 akan sempat gua kecapi. Masa tu tiap tiap hari gua boleh berulang ke Kedah pasal Lipis International Airport (LIA) yang tengah buat sekarang ni dah betul betul siap. Cey cey cey!

 cey cey cey!

Isnin, 4 Oktober 2010

MASIH SEMPAT

WOOFF WOOFF!!!

Sory la geng dah sebulan tak update. Bukan apa, gua bizi sikit buat ibadah ibadah lepas bulan puasa ni. Tak menang tangan dibuatnya. Aish.....


sempat lagi kut...
 SELAMAT HARI RAYA!!!

catitikiri: gambar songkok dah memadai, gua tak sempat nak dress up penuh.

Rabu, 25 Ogos 2010

GUA IN FUTURE

 auuuwwww...




‘Cakap betul betul. Siapa girl dalam henpon you tu?’ jerit Diana pada gua.
Gua jadi tepana dek pertanyaan Diana Danielle.

Apa gila perempuan ni telolong lolong macam orang meroyan? bisik gua dalam hati. Tak berani gua cakap luar hati.



‘Apa yang you kerepek ni Diana?’ Gua cuba beseloroh sambil hulur cip kentang.



POW!

Cip cip kentang beterabur atas lantai kena lempang dengan Diana.



‘You jangan nak buat lawak bodoh you tu sekarang dengan I! Tadi masa you tengah scene, I cek PDA you and then ada mesej sampai dari one girl ni!!!’ sambil tunjuk gambar seorang makwe dari dalam skrin PDA betul betul tala depan muka gua.

Gua perhati dalam dalam gambar makwe dalam PDA gua. Gua mula senyum nipis. Serta merta gua jadi macam mamat layan drama Tasbih Cinta. Mata gua mula jadi redup. Bibir gua tak pasal pasal mengukir senyuman paling sweet sekali. Gua mula syahdu. Satu persatu kenangan gua dengan makwe dalam PDA berlegar legar.



‘Siapa dia?’ Tanya Diana.

‘………….’ Gua masih terpana sambil menopang dagu. Fikiran gua jauh.

‘Alif, who is she? Siapa dia?’ Diana mula bekerut dahi.

‘…………’ gua topang dagu.

‘ALIF AMIN!!! Why you refuse to answer my question? You dengar tak? Siapa DIA? Siap GIRL tu?’

‘Aaaaaa….?’ Gua dah tak jadi mengelamun. Gelabah puyuh jugak gua kena jerkah dek Diana. Dan…



PRAAAAAA!!!!!

PDA gua bederai kena hempas dengan Diana. Diana mula naik syeh. Macam orang silat lepas baca jampi Ustad Muhammad Matahari. Muka Diana mula jadi merah padam. Hidung Diana berhingus!



‘Now, I nak you buat decision. You pilih yang mana satu? I atau dia?’



Gua berlagak tenang sambil kutip sim card selkam gua atas lantai. Sambil mencangkung, gua nyala sepuntung Nusantara Hijau. Gua tarik dalam dalam sampai paru paru gua penuh dengan asap cengkih. Gua hembus sambil buat asap bulat bulat. Gua bangun lalu selak rambut depan guna tangan kiri. Sekarang gua betul betul dah rasa solid nak jawab soalan si Diana Danielle. Gua tarik nafas dalam dalam. Gua pejam mata.



‘Sekarang I betul betul dah bertekad. I pilih………..’

‘ woi! *Bangkit soq, bangkit soq. Dah pukui berapa dah la nie?’ Faiz John gerak gua pakai kaki.



Gua bukak mata. Eh ini bukan dekat Ukay Perdana. Ini bukan tempat scene drama gua. Eh ini bilik gua.

Gua pandang jam pada henfon gua. Apa 5.43 am? Kejap lagi dah nak imsak!



Gua baling henset gua atas tilam tanda protes. Pagi tu gua sahur milo!



SELAMAT BERPUASA =)



Catitkiri: bangkit soq = bangun sahur ,loghat utara

Jumaat, 20 Ogos 2010

PUTUS LAGI

Laptop gua crashed!

Gua perlu menaip.

Apa gila gua nak karang cerita guna mesin taip?
Apa ingat typewriter ada USB boleh cucuk internet ke?

Ahad, 15 Ogos 2010

SAYA OK KAWAN KAWAN!!!

Bulan Ramadahan menjelang kembali.
ahh...kejap lagi laa gua tulis cerita baru


lalalalalaaaaaa....


 Update: sapa rate 'macam haram' kat bawoh nie? Lu orang memang betul betul true!

Jumaat, 6 Ogos 2010

RASA NAK LIBAS PAKAI KAKI


Mula mula muka gangster habis. Macam nak ajak beperang jer muka. Alih alih masuk bilik kol kolar biru.

Kepada BRADER yang bajek brader semalam, gua nak pesan. Nak ajak 'bersembang' jom la depan depan. Tak payah nak menyalak nyalak dari depan bilik lu tu. Macam budak sekolah menengah baru nak up. Nie gua dah ajak depan depan yang lu pergi panggil pak guard tu apahal?

Mula la buat muka sayur je depan pak guard. Terus muka lari tune jadi muka budak layan Nur Kasih. Cakap pun susun susun baris.Kepit kepit kaki. Tak true langsung. Tak bengis!

Haa... kan sekarang hidup lu dah tak tenteram!


muka lagi layu dari yap choi ni

catitkiri: takde pasal cari pasal pulak.

TANDAS, KENAPA KAU TAK SIMPAN RAHSIA?



saja nak kasi menaik

Perut gua mula memulas. Biasa la pagi pagi. Memang dah time. Lalu, gua bangun sarung selipar asadi milik Penghulu Naim. Tuju ke tandas.

Tak sampai setengah minit, baru nak panas punggung gua patah balik tak banyak kira. Perut gua terus jadi tak solid nak memerut. Gua mengeluh.


'hurm... memang payah kalau orang dah tau tandas feveret aku. Soya betul!'

Selasa, 3 Ogos 2010

TAK RELEVANT

Mata gua ni dah rasa macam kena tarik dek tali tangsi jer. Menurun jer. Merunduk tunduk. Mengantuk kantuk....

Aaahh... Apa pulak kena mengena subjek ekonomi dengan jurusan undang undang?
Tak significant langsung!
Phui!

rosak dah gamaknya kalkulator saintifik ni asyik asyik 'syntax error' jer.
CIS!

Jumaat, 30 Julai 2010

HAMID SEORANG GURKHA 2

-Pak Hamid- 
bukan watak cerita
gua saja letak, bagi up sikit cerita ni


Kepada sesiapa yang baru saja layan siri Hamid Seorang Gurkha ini, sila baca episod sebelumnya atau petik SINI.


Sambungan...

Hamid panjat tebing parit dengan bersusah payah. Hamid raup muka yang sudah buruk dek air parit. Sudah 3 kilo air parit Hamid tertelan masa buat kuak kupu kupu tadi. Binasa Hamid. Masih sempat Hamid membuang saki baki parit seperti modeh, kuman taun, sawang parit, getah spender dan seeekor biawak komodo yang terlekat pada belakang badanya.

Dengan keadaan yang sebegitu, Hamid mengorak langkah maju untuk mencari arah. Hamid nampak sepohon kelapa separuh tinggi lebih kurang 15 meter jaraknya dari tempat Hamid berdiri. Hamid tuju ke pokok kelapa tanpa sebarang niat. Tanpa banyak soal.

Buruk muka Hamid makin jelas bila dia sampai pada pangkal batang kelapa tersebut. Matanya tetancap pada satu box hitam yang berpunat merah dibahagian atasnya. Pada penglihatan Hamid, di bawah punat merah seperti butang buzzer rancangan kuiz itu tertera perkataan, ‘TEKAN SINI’. Tanpa banyak soal dan sebarang niat, Hamid tekan punat ’TEKAN SINI’. Dan....



Zhiung,

zhiung,

zhiung,

PELEPOW!!!



Dengan satu letupan serdehana padu dan diselubungi asap (bayangkan efek gaya filem P. Ramlee), saiz Hamid berubah kepada -16 kali ganda. Hamid menjadi cuak dengan perubahan serta merta itu. Jersi Spain dan seluar jeans birunya tidak mengikut mengecil sekali. Yang hanya pada Hamid hanyalah lalang lalang hangus yang belum ditebas. Kini kesemua pakaianya longgar dan hanya tersidai pada pucuk pucuk rumput. Tempat Hamid berdiri jadi teduh. Mahu sahaja Hamid meraung raung tapi Hamid pendamkan sahaja niatnya itu. Hamid berjalan di celah celah rumput yang sekarangnya lagi tinggi dari dirinya.

Tiba tiba Hamid ternampak seekor kerengga pekerja berskala kerengga sedang berjalan menuju arah selatan. Ke arah parit. Hamid mula berasa kaget dan takut takut berani. Yela, kalau dulu Hamid selalu ridset kerengga pada batang mempelam belakang rumahnya. Manalah tahu kerengga ni nak balas dendam ke. Hamid menyorok disebalik pelepah rumput yang dah tua. Hamid diam.

Tiba tiba bahu Hamid ditepuk dari arah belakang.

‘Hoi, kenapa tak senonoh sangat ni? Baju baju ko mana?‘ sergah seekor lagi kerengga pekerja yang kebetulan melewati belakang Hamid.

‘Err, err...‘ hanya itu yang Hamid mampu luahkan sebab memang dia terkejut beruk sangat. Sampai biru biru muka.

‘Hey... rileks laa. Awat hang ni? Kalut semacam? Cuba story pelan pelan dengan aku. Mana tau kut kut boleh tolong lebih kurang.’

Muka Hamid dah nak jadi ke warna unggu dah. Dah terkejut beruk sangat gayanya tengok kerengga cakap slanga utara. Berbuih buih mulut Hamid. Setelah keadaan kembali steady, Hamid pun story lebih kurang pada kerengga pekerja apa yang terjadi.

‘Hahahaha....‘ kerengga pekerja ketawa besar sesudah dengar cerita Hamid.

‘Apasal ko ketawa pulak?’ Hamid kepal penumbuk gaya nak sparring. Kalah ke menang ke Hamid dah tak peduli, yang penting puas.

‘Nah.’ Pelawa kerengga pekerja sambil menyuakan sebuah bungkusan hitam pada Hamid.

Tanpa banyak soal dan sebarang niat, Hamid terus ambik dan buka bungkusan hitam tersebut. Oh rupa rupanya, sebiji kuih kasui. Dan ditengah tengahnya ada tertera ‘MAKAN GUA’ tertulis daripada kelapa parut.

Hamid pandang kerengga pekerja dengan penuh kehairanan. Kerengga pekerja balas dengan senyum nipis sambil pejam pejam mata. Tanpa banyak soal dan sebarang niat. Hamid makan kuih kasui dengan sekali ngap. Gulp! Dan...



Zhiung,

zhiung,

zhiung,

POW!! PELEPOW!!!



Dengan gaya serupa, Hamid berubah. Kali ini dengan gaya yang lebih tidak relevant. Lebih tak diterima akal. Hamid berubah menjadi sebatang kemuncup!

+

+

+

Hoh, lu orang pandai pandai la sambung sendiri. Gua dah kering idea dah. Apa gila gua nak menyelami hati dan perasaan sebatang kemuncup? Phui!


Selasa, 27 Julai 2010

KISAH EPIK ISTANA

'Beta dah lama tak dengar cerita yang best best. Boring pulak duduk dalam istana sorang sorang. Nak cari cikaro, dah takde spirit. Nak lepak mapley tak boleh kena asap rokok pulak. Herm maklumlah, dah tepok...... ' keluh King Howard Ismail. Baginda seorang sultan dalam sebuah negeri yang diberi nama, Negeri Pasir Berdengung. Sejak kematian Queen Sharifah Aini, life King Howard Ismail dah macam takde life. Sunyi. Sepi.

'Ampun Tuanku, apa kata kalau kita adakan acara "Banjingan Terpilih" mengikut tema'. Cadang Datuk Pasola pada sultan. Dengan berbaju batik kuning bercorak rebung, beliau tampak yakin bahawa cadangannya akan diterima.

' err, tapi bagaimana datuk menteri?' King Howard Ismail garu kepala yang tidak gatal.

' bergini, minggu ini kita panggil seluruh rakyat jelata yang mana bijak pandai datang mengadap. Kita adakan kuiz matematik, algebra, theorem phantagoras, indeks serta ilmu alam dan manusia bagi menguji kebistarian mereka. Siapa yang didapati berjaya melepasi saringan saringan tersebut, kita akan jadikan dia sebagai penasihat istana. Amacam tuanku?' sambil mengangkat angkat kening. Tanda ekselen.

' tapi bosan la, macam dalam cerita P.Ramlee jer cadangan ko nie, dah la nama pun ko pakai nama Pasola. Nanti orang ingat penulis blog ni jenis yang plagiat pulak. Herm, tapi ok jugak la. Biar aku oter sikit. Kita cari orang yang paling malas. Amacam?' Sambil angkat angkat kening jugak.

'cuntaaaa....' Menteri Pasola angkat ibu jari sambil terjelir lidah. Berair biji mata Menteri Pasola.

*****

Maka besoknya acara "Banjingan Terpilih" diadakan. Setelah semboyan berbunyi, hanya 4 orang sahaja banjingan banjingan pemalas yang berani datang mengadap.

PRAM PAM PAAM...

Banjingan 1

'assalamualaikum tuanku. Nama patik Akob. Patik memang malas sekali dalam family patik. Patik akan biarkan orang gaji patik buat kerja sorang sorang. Patutnya patik kemas la lebih kurang, tolong sikit sikit ke. Amacam tuanku, pemalaskan patik nie?'

Tuanku jebik muka. Next!!!

Banjingan 2

Tiba tiba datang seorang berguling guling masuk mengadap. 'ceh ada ker macam tu gaya pemalas. Ini patik, the King Of Malas datang mengadap. Patik punya malas memang king orang kata. Semua benda yang patik buat semua dengan berbaring. Makan baring. Minum baring. Berak baring. Tidur pun baring. Hah, sekarang mengadap pun baring!'

POW!!! King Howard Ismail tak cakap banyak terus terajang King Of Malas masuk dalam tempayan. Next...!!!

Banjingan 3

'Itu king pala hotak punya tuanku. Ada ke mengadap beguling guling. Tak senonoh betul. Ini patik, Sang Kelembai. The Master of Malas. Patik punya master memang takde siapa yang berani celen. Hatta King Of Malas tadi tu pun. Patik punya malas dah tak dapat dibendung. Dah capai tahap kronik. Nak makan pun patik suruh orang lain tolong kunyahkan. Pastu patik telan jer. Senang sikit.' Dengan yakin open story. Dia yakin dah dia bakal jadi juara. Bakal penasihat istana.

King Howard Ismail teguk air liur. Rasa rasa macam dah jumpa dah yang super duper pemalas dalam negeri ni. Oops terlupa, masih ada seorang lagi peserta tak masuk interview. Maka calon yang penghabisan pun tiba...

PRAM PAM PAAM...

Banjingan Last

Sekonyong konyong datang seorang kutu kerempeng mengadap sambil terdengkot dengkot mengesot.

Sambil mengaru garu leher yang tidak gatal, beliau seraya berkata....


 

' herm....patik nak cerita pun malas....'

Isnin, 26 Julai 2010

Sekilas dalam keretapi


9.40 am.

Gua text dekat Abengah gua.

Kek gomeh dohGua

Amboih copeknyo eih doh samphei gomeh doh- Abengah

Sekali pilot kereta api nie Sultan Ismail daa. Kembara mahkota pakai enjin turbo!- balas Gua

Kentot aok la. Kembara mahkota bln 6 lepasla. Jgn carik pasal dgn gua!!!


Catitkiri: macam gampang jer yang belah last tu. Reply gaya orang kerja mekanik!

KELABU KERABU


6.30 am

Tring trung...

'Perhatian, ekspres Singapura-Tumpat di jangka akan tiba pada pukul 6.50 minit pagi. Terima kasih.'

Cilakak! Tulis pada tiket train sampai pukul 6.32 am. Ini delay pulak 6.50. Gua mula panas punggung. Gua pandang abang gua. Dia balas sampai pejam pejam mata. Abengah gua ralit dukung anak dia, Pael.

Buas jugak anak sedara gua yang satu ni. Pagi pagi dalam kereta layu jer. Sayur jer. Keluar kereta nampak kucing terus nak terkam. Cerah biji mata. Gua senyum sinis. Anak zaman sekarang, biarlah aktif sikit. Budak cerdik. Gua biar gua senyum sinis lagi. Pagi pagi macam ni memang gua tak galak nak menyalak. Sayu. Sejuk.

Hari tu gua balik Pahang. Lipisan orang kata. Gua dari JB pasal ada hal sikit. Yang paling gua menyampah time time nak balik ni lah. Spirit dia terus tak jadi. Sayu, pilu, tilu. Ah makin di layan makin lesu. Nak sampai ke rumah gua boleh jadi buruk muka duduk dalam train. Cilakak!

6.53 am

Foonn fooonn...

Keduk keduk keduk...

Gua duduk jauh sikit dari garisan kuning. Takut kena sound dengan brader KTM. Gua masuk coach 5. Kelas 2. Duduk dalam air cond la pulak. Gua dress up tak nak kalah masa tu. Baju nipis, seluar slack kerat. Amenda jenis dress up lebih orang putih dari orang putih. Memang paru la sejuk dia. Gua lambai 2-3 kali tanda selamat tinggal JB.

Foon fooonn...

Keduk keduk keduk...

Gua cadang nak sambung tidur gua. Dalam pagi pagi nie memang sedap tidur dalam air cond. Nasib baik gua kencing dulu kat stesen tadi. Kalau tak kerayan jugak gua nak ke tandas. Gua tidur...zzzzz

9.07 am

Nasik.... nasik...!!!

Cilakak! Siapa pulak yang memekak jual nasik dalam train ni. Serta merta perut gua dung dang dung dang. Minta diisi. Lapar. Gua bingkas. Dari segi amatan gua, budak ni sah sah budak Kelantan. Cara dress up, style rambut. Stereotype!

Dalam hati gua dah terbayang nasik kerabu. Gua lapar nasik kerabu tahu tak???

'Berapa sebungkus?' gua tanya tanpa banyak dalih.

'Tigo riya setengoh.'

Memang tak salah lagi betul dah prediction gua. Memang sah budak Kelantan. Gua seluk 'jaws' gua. Ngam ngam 3 ringgit. Gua mula cakap dalam slanga Kelantan.

'Menta haa... samah sat gi kawe wi ko demo'

'Bereh...'

Dalam hati gua mula berkocak. Memang dalam jaws gua tu jer la duit nyer. 3 ringgit. Mana gua nak cari lagi 50 sen?

'..........' Gua tunggu.

'..........' Dia pun tunggu.

Gua buat buat seluk poket seluar. Manalah tahu kut kut ada sekeping. Nasib gua baik. Mujur dekat poket belakang ada ngam ngam sekeping. Gua bagi sambil merungut.

Ingatkan tadi kecek kelate dapat la murah sikit. Ni haram! Nasik dah la nipis. Telur mata gred D nye pakai. Yang paling gua terkilan bukan nasik kerabu, tapi nasik goreng. Rasa dah macam nasik goreng asrama sekolah jer rasa. Phui!

Gua makan dalam makan dalam. Dah siap makan gua ingat nak sambung lena. Tiba tiba...

Tring trung....

Ah, makwe mesej. Nanti la sambung tidur. Mesej dulu la. Lalalalala...

11.54 am.

Ah dah sampai Jerantut. Cepat pulak. Ada 2-3 kapel mat salleh naik port betul betul depan gua. Oh orang German rupanya. Patut la dari jauh ada sense of manschalalf. Gua pung pang pung pang beborak dalam bahasa German sedas. Terkesima Cina Singapore tengok gua. Macam tengok Lokman Mahathir. Rupa rupanya diorang baru lepas trekking dekat Hulu Tembeling. Nak turun Tumpat.

12.00 a.m

Perut gua lapar balik. Ni semua pasal nasi goreng nipis tadi. Cilakak! Nasi kerabu, nasi kerabu. Gua tertipu. Mengeluh.

Nasik...nasik...!!!

Ah mamat jual nasik goreng nipis ni datang lagi. Buat bisnes macam Yahudi. Mampus gua takan beli dah. Biarpun perut gua dah tarik,' bam bam rambu ramba' paling nyaring sekalipun. Takan gua tertipu lagi. Nasik kerabu konon. Huh! Duit pun dah pokai pasal melabur dalam skim nasik goreng nipis kau tu. Cilakak!

'Err, give me three.'

'Bereh...'

Mat salleh depan gua bukak bungkusan polisterin. Dari segi bau dan texture nasik gua dah dapat cam.

Apa NASIK KERABU???

Tiiiidaaakkkkk....!!!!!!


Foonn....Fooonn.....!!!

 

Rabu, 14 Julai 2010

DARJAT EKONOMI

benda ni memang gua dah lama idam. bukan senang nak dapat woo... orang putih kata, once in the blue moon. memang rare!

tapi time time macam ni la dia nak datang deman nye pula. hiiii..... hantu betul!


catitkiri: title post memang takde kena mengena dengan isi entry gua. hantu betul!

Ahad, 11 Julai 2010

Hamid seorang Gurkha- sebuah NOVEL

Hamid buka mata. oh sudah pukul 6.30 petang. sedap betul Hamid tidur petang tu. cadang nak bangun pukul 5, layan spongebob dekat TV9 sepam. tapi petang tu Hamid menyasar sejam setengah.

dengar kata malam ni ada game sedap. Hamid bingkas pakai jersi Spain yang dah 3 hari dia hanger pada almari zip. Hamid capai seluar jeans biru yang ada tulis '501 straight cut'. itulah satu satunya seluar panjang yang Hamid ada setakat ini. cadangnya nak pakai short kuning bundle dengan stokin panjang. tapi Hamid pikir balik tak senonoh pula orang kata kalau setakat pergi tengok bola tapi dress up macam Subkhidin Mohd Salleh. jadi, dia sarung saja seluar yang tersangkut pada paku besi pintu.

mandi tak mandi belakang kira. Hamid tak sembur deadoran sebab bagi Hamid dia lebih suka yang natural. rambut, Hamid kibas kibas pakai hujung jari. setelah Hamid rasa dia cukup kemas, Hamid sarung selipar menuju ke tanah. Hamid menapak ke rumah Pian. sebab rumah Pian satu satunya yang ada stesen TV berbayar dalam kampung dia. jarak rumah Pian-rumah Hamid adalah lebih kurang sepuntung rokok surya.

sepanjang perjalanan Hamid makin membara nak tengok bola. lebih lebih lagi apabila seteru utama Hamid, Sarip pakai baju T-shirt jabatan pertahanan awam. Sarip sokong Belanda malam tu. Hamid memang tak berapa in sangat dengan si Sarip. sebab dulu masa kecik kecik, Sarip selalu diberi watak suami masa main pondok pondok manakala Baidura, kekasih hati Hamid jadi isteri Sarip. watak yang pakage untuk Hamid hanyalah sebagai seorang pencacai.

Hamid tak jalan dulu. bagi Hamid, dia lebih rela lambat sampai dari jalan saing dengan Sarip. Hamid lepak sekejap pada simen kalbert tepi parit. lagi pun lambat lagi kick off. getus Hamid.

Toing!!! toing!!!

mata Hamid tertancap pada seekor katak hijau dress up orang kerja bank. berjam tangan. katak tersebut melompat lompat akrobatik depan Hamid. kadang kadang katak tersebut siap shuffle shuffle lagi depan Hamid. seolah olah menganjing Hamid sebab ada hati nak sokong Espana walhal seorang kaki bangku.

Hamid ketap gigi. geram. mahu sahaja dia menyepak laju laju amphibia tersebut. Hamid lincah bangun. tetapi katak yang berkemeja putih itu bingkas melompat lompat melarikan diri. Hamid kejar.

Toing toing

pelepup!

katak hijau dress up orang kerja bank terjun dalam parit menyelamatkan diri. akibat momentum yang padu, dan konsep fizik inertia, Hamid gagal mem'brek'an diri lalu ikut sama terjun ke dalam parit.

POW!!!

air parit berkocak. berombak sampai ke tebing. keladak hitam naik ke permukaan parit. dasar parit menjadi pekat hitam. gelap. Hamid jauh tenggelam dalam perut parit.


pelup...pelup..pelup...


Hamid buka mata. masih lagi gelap. Hamid mula panik. dengan tenaga bujang yang masih ada, Hamid buat kuak kupu kupu naik ke permukaan.

BUUUSSH!!!

Hamid pandang sekeliling. nampaknya dia berada jauh dari tempat dia kejar katak tadi. jauh dari kampungnya. apa yang pasti tempat itu benar benar asing bagi Hamid.

Dimanakah Hamid? Apakah yang bakal terjadi selepas ini?

bersambung.... (klik sini)

Isnin, 5 Julai 2010

ABSTRAK 2009

lepas game England dulu, terus gua halo Jens Kelisa-man snap satu kali dekat Wall of Berlin. Jens Kelisa cakap mungkin lambat sikit sampai gambar, sebab sistem kurier lebih tertumpu pada belah belah Afrika. belah Asia diorang bagi sekunder servis.


abstrak bukan?




catitkiri: gambar ori gua simpan dalam kotak kasut.

Khamis, 1 Julai 2010

WORLD CUP

30 Jun 2010

sedang gua enak berjalan jalan...

'Aron, Aron....' sambil terkerenyih kerenyih macam kerang busuk.

gua senyum.

sedang gua enak berjalan jalan...


"hai Aron, semat nampak. macam orang kaya.'


gua senyum.gua sambung jalan.
sedang gua enak berjalan jalan...

'Aron, nak sikit?' sambil hulur cekedis perisa keju.

gua senyum sambil raba cekedis dalam plastik. gua ucap terima kasih.
sedang gua enak berjalan jalan...

'halo member. bila mau open table?' melambai lambai dari jarak 400 meter.

gua senyum sambil buat buat tak nampak.
sedang gua enak berjalan jalan...

'woi TJ. malam nie boleh laa belanja haa. tak luak pun duit hang tu'

gua senyum sambil gengam penumbuk.
sedang gua enak berjalan jalan...

gua jadi hairan. apasal mesti ada yang memuji muji gua, paling tidak pun hai hai gua. semua orang yang gua jumpa mesti memberikan reaksi positif. 3-4 langkah gua disela dengan sanjungan. ini pun gua diskaun cerita cerita tadi, bayangkan laa dari kelas gua ke asrama lebih kurang 1453 langkah gua kena menapak. ini bermakna ada lagi 484.333 story lagi gua tak bukak.

mata gua tertancap pada Botak. bokie gua malam semalam. Botak panggil gua masuk bilik. pung pang pung pang kejap. gua keluar bilik. dan segala persoalan yang bermain dalam geliga gua tadi terjawab.

padan muka korang, nak nak si Abah,(bukan abah gua haa, tapi member gua) siap letak 3 tapak lagi tu. 1 pun tak kena. kuang kuang kuang. siapa suruh tak tikam 1-0. gua puas. poket gua penuh. terima kasih David Villa. terima kasih Sepanyol.

catitkiri: gua mula memikirkan kerjaya masa hadapan.


Selasa, 29 Jun 2010

SURE GERAM

gua rasa malam nie jiwa gua mungkin lara...

Suriram,
Suriram..ram ram,
Suriram yang manis

aduhai Suriram sayang,
makin di pandang semakin manis...

catitkiri: gua saja layan lagu Suriram nyanyian Kartina Dahari, bagi naik fell sikit..

Isnin, 28 Jun 2010

PUISI PANTAS RINGKAS

England perangai macam memerang ...
bola berapa kali masuk cekangkang..
main kene banting tulang..
last last kene 4 gol bawak pulang..


huhuhu


brader, lain kali shave dulu keti masing masing.
 nak masuk panas punggung nie.

Ahad, 27 Jun 2010

SABAR TU SUBUR, TAK SABAR MASUK KUBUR


gua amati betul betul. mata gua mula berpinar....

dalam kehidupan survival budak budak tinggal berasrama:- maksud gua tidak kiralah asrama sekolah ke, asrama kolej ke, mahupun asrama kerja (hostel budak kilang), menuntut mereka untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis. dalam juak juak kemandirian hidup itu, macam macam idea timbul.

gua bangun pagi. tapi tidaklah sepagi sangat, dalam pukul 9 nak ke pukul 10 sikit. haruman kopi membangkitkan naluri gua untuk terus bangun dan melupakan golek-golek-geliat. gua capai kole dekat meja stadi Obami, gua hirup dua pam pekena nescafe panas. pergh padu. tuan punya kopi entah kemana, mandi gamaknya. 

dengar sahaja tag line selipar orang balik mandi dekat luar bilik. gua buat buat steady sambil garu garu jubo, baru nampak natural sikit bila bangun tidur. tak gaya hipokrit.

gua amati betul betul. mata gua mula berpinar....

Obami masuk bilik dengan badan separa berasap. sejuk sangat gayanya mandi pukul 9 lebih. phui. gua angkat kaki pergi bilik sebelah, bilik gua sendiri. sebab gua tak pernah tidur bilik gua sendiri pasal kuat bau rokok, bilik gua kedai surya. tapi pekara paling penting gua cepat cepat blah sebab gua lupa nak lap sisa nescafe tadi. gua tak mahu dituduh hipokrit.

gua kuak pintu bilik gua. tombol gua dah tak pulas dah sebab dah 'jam'. yang boleh selamat lagi, selak pintu tu jer.

gua amati betul betul. mata gua mula berpinar....

gua tengok beterabur ashtray atas meja stadi gua, meja stadi Johan. macam macam pesen ashtray ada. yang di buat pada botol air mineral, botol air coke dan botol air oren serta balang Pringles, malah kotak air kotak saiz besar turut sekali jadi bahan. semua benda yang boleh buat takung abu rokok mahu dijadikan ashtray. dulu meja stadi Irsyad yang belubang tengah tu pun boley dijadi kan ashtray. lepas tu Irsyad tampal guna saletip. haa baru padan.

gua amati betul betul. mata gua mula berpinar....

mata gua tertumpu pada satu objek hitam. adakah ini hasil kreativiti roomate gua selepas bosan dengan komitmen pada ashtray ashtray yang sedia ada? adakah mereka semua tidak relevan lagi diguna pakai?

gua amati betul betul.kali ni mata gua memang true punya berpinar....

'takde tempat lain ker korang nak ketis rokok ha??? pasal aku punyer penutup deodoran jadi ashtray pulak??? gampang!!!! sok sek sok sok !@#$$%^!!!'



perangai macam setan bukan???


Ahad, 20 Jun 2010

HAPPY 'ABAH' DAY


ah mungkin gua terlupa. hari ABAH gua sudah tiba. sori naik feri Abah. nanti kome tolong basuh kereta ye Abah.

dulu time hari jadi Abah gua dulu gua wish kaw kaw masa tepat pukul 12 seminit pagi. tapi Abah gua balas dengan kuapan padu. Hurgh. tiada apa la Abah, kome tahu Abah letih. dok berulang Lipis ke Kecau tiap hari.

ini pun pakai internet dekat library. dungu punya management. dah tahu sistem down bukan nak baiki balik. terkerenyih kerenyih dalam pejabat. siap main dart lagi tu. phui!. perangai sama jer macam MDL. lembab siput. dah la jauh berjalan, panas terik lagi. kaki gua nie jadi bau jeruk pulak dah tau tak?

catitkiri: nanti gua upload gambar Abah gua.




update: senyuman Abah gua yang paling solid sekali dalam hidup. siapa yang cakap muka abah gua macam Anuar. gua kira tak halal!

Khamis, 17 Jun 2010

siung mai.. mesti mari!!!

gua rasa malas nak menulis lagi. nantikan epik percintaan 'pengasah stabilo dan pensel HB'.

Jumaat, 11 Jun 2010

BAFANA BANANA

hari ini 11 hari bulan. jadi, gaji pun dah lama berlalu, renew road tax pun dah siap, bayar ansuran kereta selesai, duit kutu makteh Tipah pun langsai. bil api, bil letrik, bil berukband, bil Astro, bil itu, bil ini semua dah siap 'chai'. tapi gua masih lagi gelisah.


gua mundar mandir dalam bilik yang jadi kedai surya pada budak sekolah gua. dengan hanya bertuala katuk, gua tak semena mena jadi tak keruan semacam. gua cari jam dinding, tapi tak jumpa. gua pandang pula pada syiling yang bekarah dek sawang. mana lah tahu kut kut jadi jam syiling. pun takde. gua buntu.


gua pandang katil. selerak gua tengok budak bilik gua tidur. Tempe dengan Johan tidur katil atas. pakai bokser petak petak. gua nampak rambutan pada bokser Tempe. terus gua kalih bawah.

* * * * *
pukul 8 p.m.

lepas sedap sedap mandi, gua mula cari taktik. tapi gua buntu.

'oh my god' sela hati gua. gua cuba untuk bermonolog gedik getis bagi mengelakan gua jadi havoc tak tentu pasal.

'kenape la aku tak bawok jer tibi dulu....???'

lagi 2 jam je lagi. apa perlu gua buat???



bersambung...

catitkiri: megi saya sudah kembang

Isnin, 7 Jun 2010

PERGI BERAK CARI ILHAM

bila dah terbangun pagi, pekena berak sepam memang payah dah gua nak lelap balik. itu yang gua tak seberapa jer bila bangun pagi pagi nie. semalam masa gua tengah free mungkin timing berak tak sampai lagi. tapi tiada apa, sekurang kurangnya gua tahu sistem cernaan gua berfungsi dengan solid dan padu.

gua jalan ke jamban dengan selipar faveret gua. bunyi 'pret pret' selipar bintil kurang menaik bila pak cik Judan tukang kebun pasang mesin rumput kuasa tinggi. tenggelam bunyi selipar gua. takpe, kali ni selipar gua mengalah.

dalam pada gua berjalan menderu gua juga melewati akak cleaner, skill dia sudah improve bagi perkiraan gua. pegang 2 penyapu sekali gus, kiri penyapu buluh, kanan penyapu jerami. 'POW POW' sekali hayun debu, cagu kaki dan bangkai ulat semalam semua hilang entah kemana. macam magik!

gua perhati, nampak budak sekolah gua dress up lain macam jer. pakai kemeja, seluar slack. siap ada tie lagi. owh gua terlupa, hari nie hari Isnin. budak budak ni lagak buat formal sikit. baju kene tuck in dalam seluar. jauh seberang koridor, gua tengok Amin si beruk-man dress up semat macam orang kerja bank. Edward Cullen main henset macam kontraktor kelas F. gua nampak rakan sparring gua, Audi ECPI terkocoh kocoh bawak kotak jenama double A ke dalam bilik pun dress up formal formal. tapi kasut die jer bukan kasut kulit hitam, lebih ke kasut futsal. sekali gua tengok macam PA pun ada budak ECPI ini.

gua kira orait lagi. kelas gua start pukul 4 petang karang. masa tu pak cik guard pun malas nak cek in sorang pesorang dress up macam mana. baju kemeja bundle gua pun tak bergosok lagi, bukan nyer tak ada baju lain. tapi gua lebih prefer bundle, kalau kene kicap time makan nanti, tak la ralat sangat.

gua cadang nak pegi kelas Miss Julia nanti dress up futsal jer. gua konfem dia mesti bagi thumbs up punya pasal gua dress up lain macam kejadah. habis jer kelas pukul 6, gua sprint sambil tangan berdepa terus ke court futsal. cadang kali ni nak rempuh kipper bagi sampai kene strok.